Jumaat, September 03, 2021

Pemeriksaan selepas sebulan kelahiran Nadhira

 



Tahu tak korang, bahawa selepas usia sebulan bayi harus diperiksa setiap anggota badan bersama dengan pengawai perubatan? 


Benda ni kadang-kadang si ayah selalu tak tahu. Jadi, di sini Aien nak berkongsi pengalaman dan sebenarnya setiap kelahiran ada pemeriksaan tubuh badan ini cuma bezanya cepat atau lambat sahaja. 


Fungsi pemeriksaan ini adalah untuk memastikan kesihatan dan tindak balas bayi selepas mereka berusia satu bulan. Dengan erti kata lain selepas ibu dan bayi habis tempoh berpantang 44 hari. Dari pemeriksaan ini juga, kita boleh tahu bayi kita sihat ke tidak, atau ada masalah lain selepas sebulan dilahirkan. 

Kisah ini ingat Aien abadikan sebagai perkongsian supaya kita tak alpa tentang anak-anak. Ini pun teringat nak tulis sebab terbaca di kumpulan Kelab Ibu Hamil dan Menyusu Malaysia di Facebook yang kerap bertanya soalan yang luar akal padahal hakikatnya jawapan itu memang tersedia di hadapan mata. 

Geram jugak asyik tanya soalan sama je, pergi la baca sikit tambah ilmu tu supaya tak ada la nampak ba wau dal wau ha tu. Haa kan dah. Ini pun juga teringat sebab laki tanya, dulu masa Nayla dan Najmi ada ke kena cek macam ni? Sebab masa mereka dahulu, pemeriksaan ini disekalikan ketika temujanji usia 2 bulan.

Walaupun setahun jarak Najmi dan Nadhira, rasa banyak betul perubahan dalam rutin pemeriksaan si kecil ni. Bayi satu bulan tiada suntikan vaksin. Kalau baca di group ibu hamil confirm dok tanya kenapa eh tak ada cucuk lagi? Ehhhhh.. dah misi kata tak ada iye iye la tak da. sibuk nak tanya lagi buat apa. Ini kerana digantikan dengan suntikan vaksin phemucocal pada usia 6 bulan nanti kalau tak silap Aien la. Peraturan ini ditetapkan sejak tahun 2020. Boleh baca di  5 perkara ibu bapa wajib tahu tentang phemucocal


Berbalik dengan cerita kita, selepas pemeriksaan sebulan, bayi akan diaturkan temujanji bersama pengawai perubatan untuk pemeriksaan tubuh badan. Masa ini bagi Aien untuk memastikan tahap kesihatan bayi sejajar dengan umurnya. 


Dan pada 25/8, Nadhira hadir untuk temu janji pemeriksaan ini di Klinik Kesihatan. Selepas memberikan buku rekod kesihatan, harus tunggu sehingga nama dipanggil. 


Antara yang diperiksa ketika ini adalah: 

  • ukur panjang tubuh bayi (ketinggian bayi) 
  • ukur lilitan kepala bayi 
  • tahap paras okisgen dalam paru-paru bayi. 

Selepas itu, baru la pemeriksaan bersama dengan pengawai perubatan. Antara yang diperiksa oleh mereka, Ibu-ibu boleh rujuk dalam buku rekod kesihatan bayi muka surat -selepas note pemeriksaan satu dan dua bulan. Di situ kita lihat sama ada keadaan bayi kita baik-baik saja atau remark daripada pengawai perubatan. 

Masa ni la Ibu nak tanya apa tanya la. Kalau pada masa Nadhira hari tu, Ibu tanya pasal perut dia macam busong sikit. Tapi, Doktor kata okay, sebab lembut dan tiada masalah apa-apa. Nasib juga masa tu Nadhira terberak. Doktor tanya najis dia warna apa. Ibu pun yakin la jawab kuning. Pahtu ditambah lagi kuning pekat ke kuning cair atau kuning pastel gituu? Selagi lagi Ibu yakin cuba kuning pekat. itu la kata nasib Nadhira berak. Jadi MO nampak sendiri najisnya warna apa. Haha

Sebelum keluar, Aien sempat bertanya, kenapa kalau dengan kuning pastel tu kan, 

Jika najis bayi berwarna kuning pastel bermakna si bayi ada masalah usus atau sistem digestion dia. 


Kemudian pengawai perubatan periksa tindak balas Nadhira, tangan dia, jantung dia dan yang berkaitan. 

Hasil dari pemeriksaan Nadhira baik-baik saja cuma pengawai perubatan ada meletakkan note di sebahagian anggota tubuh badan lain. Nak baca tak berapa nak faham sangat. Rupa-rupanya dibaca lagi sekali, pegawai perubatan meletakkan catatan yang mengatakan najis bayi baik-baik saja. 


Apapun masa kakak Nayla dan Abang Najmi dulu, terlewat sikit pemeriksaannya sebab masa tu dah balik rumah sendiri, jadi set temu janji baru di Klinik Kesihatan sana pulak. Macam ni la rutin bila kita menumpang klinik kan. Next, pemeriksaan dua bulan dan cucuk. Yeay! 


ps: Nadhira dah pandai senyum dan respon bila orang cakap dengan dia. ♥



Khamis, September 02, 2021

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 Suprise suprise suprise!! 


You all mesti suka sangat kalau orang buat suprise kan? Dan di sini, sempena bulan kegemaran Aien tiba, nak juga la buat suprise untuk reader Aien yang sudi-sudi datang jengah, tinggalkan komen dan shout out at my blog. Sebagai tanda terima kasih sayang atas kesudian takorang ya teq. Eh, tershasul.


Back to our story, cerita apa yang suprise sangat tu. Here! 



SUPRISE GIVEAWAY UNTUK KORANG! 




Seperti biasa, setiap giveaway akan ada syarat dan terma yang korang kena ikut and don't worry senang amat ya teman-teman. Jangan boring jangan bosan sebab mana tau ada rezeki korang, will get a suprise box from me. 👏👏 



SYARAT UNTUK SERTAI SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA


  • Please do follow my blog first! 

  • Copy banner di atas dan buat satu entry untuk giveaway ini. Don't forget untuk backlink dia tau. 

  • Jika tak keberatan, meh la follow akaun media sosial Aien: 


  • Story sikit the best suprise yang korang pernah dapat sebelum ni. 

  • Publish the entry, and tinggalkan link di komen bawah. 

  • Dah siap! 


Senang tak tu? Kalau tak senang lagi… Tak tau la. Hihi Well, every each of contestant akan dimasukkan ke bloglist baru Aien. Nak reboot balik bloglist tu. Macam ada yang dah tak aktif juganya. Nak buang sayang, yet we need to move on beb. 


Giveaway ini akan berlangsung dari 2 September 2021 sehingga 22 September 2021. 


Jom rebut peluang korang untuk dapat 3 suprise box daripada Aien. Haa, one more thing! there will be another suprise tau. Nak tau apa.. Tunggu sehingga 25hb nanti ya. Moga panjang umur kita bertemu lagi. 


Selamat mencuba semua! 😘





Selasa, Ogos 31, 2021

My Merdeka Story. Happy Independence Day Malaysia!


 

Getting exciteddd!! 


Tak expect pun cerita Merdeka Aien happy macam ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Setelah 11 tahun bertapak dalam dunia blogger, beberapa kali mohon asyik ditolak. Dan pending tak sudah-sudah. Dua hari lepas cuba mohon balik. Dan yeah! Semalam dah approved gais! 


Ya Allah, terima kasih. Tak sia-sia Aien taip panjang-panjang tiap malam, schedule post sebab tahu siang walaupun ada masa pegang phone, tapi mesti akan hadapi writer block. Alhamdulillah. Akhirnya. 


Korang mesti boleh agak kan apa yang buat Aien happy sangat ni? *sengih kerang busuk* 


Ya. Bijak sekali! Kalau korang reader dan follower yang sentiasa setia dari blog ni ntah berapa kali tukar nama, dan tahun lepas Aien consistent dengan Kisah Aienienka dan tahun ni rezeki Nadhira, dapat template dan Aien fokus kepada Little Noone Family, mesti tahu benda apa yang Aien nak sangat. 


Baca kisah : Blogger dulu, kini dan selamanya



Bertahun wei, tunggu. Dia dah approved! Umm.. umm.. bis tu macamana ya. Dah tampal iklan tu. Semoga lepas ni consistent la terus menulis. Dan boleh jana duitt poket geli geli la. Buat belanja diri sendiri dan anak-anak. Lepas duit skincare pun jadi la. Duit mainan Nayla, Najmi dan Nadhira pun okay jugak. Rezeki anak-anak la ni. Merdeka kali ni, Ibu dapat menjana dari blogger. Keep moving Nur! Korang jangan jemu pulak OK? 


Wei, excited tak habis wei. Allah, ni kira hadiah paling syiok yang Aien tunggu dari dunia blog ni. My hidden port. Semoga lepas ni Aien boleh berkongsi benda bermanfaat lagi untuk korang singgah. Semalam tengok analytics blog pun dah makin cantik. BR pun dah turun sampai 85% kalau tak, asyik nak main sekitar 88-89% je. Chiayok Nur! 


Sebelum korang menyampah tengok mak anak tiga ni excited lebih sangat, baik undur diri la. Happy Independence Day Malaysia! Selamat hari Kemerdekaan yang ke -64! Bersama-sama kita bersatu untuk melawan wabak Covid-19. Jom berganding bahu, ambil la vaksin untuk lindungi diri dan lindung semua. Stay at home and stay healthy gais! Happy Holiday!