Isnin, September 13, 2021

Intellifluence: Ketahui bagaimana aplikasi berfungsi


 

Selepas update Cara untuk daftar Intellifluence di aplikasi ramai orang semakin berminat nak menjana pendapatan melaluinya. Untuk kali ni, Aien nak kongsi sikit tutorial macamana nak terima job melalui aplikasi ni. Jom kita start! 


Kenali 5 butang di bawah muka depan aplikasi 



Dasboard: 

muka depan aplikasi yang menempatkan profil kita, dan marketplace sekaligus. 

Transactions: 

interface yang menunjukkan kerja yang kita mohon, kerja yang telah diluluskan oleh pihak brand, dan juga rentetan syarat-syarat setiap job yang kita mohon tu. 

Marketplace: 

Tempat iklan kerja daripada pihak brand yang bersesuaian dengan negara kita dan mrngikut kelayakan kita. Makin banyak media sosial yang korang sambungkan, makin banyak pilihan job yang korang dapat. 

Reports: 

Ni kira macam payslip korang la. Korang boleh tengok berapa yang korang akan dapat, bila dia dimasukkan kepada korang dan proses perjalanan gaji korang tu. Di sini juga, informasi bila tarikh seterusnya pembayaran gaji dibuat. Biasanya setiap hari Jumaat. 

Profil: 

Alah, ini pun nak kena cerita ka? Haha 


Done membebel dalam tulis meh la tengok usaha keras Aien buat table dia supaya korang lebih faham lagi. 





Faham tak tu? Tak faham boleh je komen kat bawah. 




Kat sini korang boleh usha job untuk negara lain. Al-kisah Intellifluence ni merupakan platform brand seluruh dunia  sambung dengan para influencer.  Ada kalanya job ke negara kita ni dah tak semeriah dulu. Eh, macam dah lama je kan join? Haha Bila dah mohon kerja tu, kena la message pihak brand dengan penuh yakin supaya korang pun dapat tugasan tu. 




Part ni la seronok nak bukak taip hari padahal tahu dia cuma payout pada setiap hari Jumaat. Al-maklum la boleh dikatakan ini perjalanan gaji kita. Setiap kerja yang telah ditandakan selesai akan mendapat bayaran 2-3 minggu paling awal. Jadi sabar la tunggu ya. 



Di profil ni, nota ringkas pasal diri korang. Jadi setiap kali brand nak tengok adakah kita layak ke tak untuk diberikan tugasan tu. Macam Aien, tamau la letak tinggi-tinggi sangat. Nanti melangit susah pulak kan. Yang penting profil kita dah lengkap 100% dan capaian tu kalo boleh tinggi, tinggikan lagi. 


Faham tak setakat ni? Kot ada yang Aien tertinggal lagi? Bila kita dah selesai tugasan di mana-mana media sosial yang kita ada, setiap satunya ada butang diberikan kepada kita yang menunjukkan kita influencer di intellifluence yang boleh dipercayai.  Bila orang dah percaya, senang nak kembangkan tugasan kita kan? 


All the best semua. Selamat mencuba. 😘 Bagi yang belom lagi mendaftar boleh klik Daftar sekarang ini menjana pendapatan sekarang. :)


Ahad, September 12, 2021

CHINESE DRAMA: MOONLIGHT

 



Tajuk: Moonlight 

Genre: Comedy, Romantic, Drama 

Bil. Episod / Durasi: 36 / 47 minit

Cast: Ryan Ding, Esther Yu, Yang Shi Zhe, Yinyin Ma

Channel: iQiyi

Sinopsis: After graduating university with a major in financing, Chu Li successfully enters her dream company, Yuan Yue Publishing House. However a challenging path lies ahead of her when she finds out that the publishing industry at this time has undergone huge changes. There she meets author, Zhou Chuan, who is said to be gentle as a jade, when he's really not. The two are immediately at odds, with Zhou Chuan later discovering Chu Li is his online friend, Monkey.  -Source: Dramawiki, dramapanda

Adapted from web novel 'Here's Chu Li' by Qing Mei


MY REVIEW


Lama dah perati drama ni masa dia ditayangkan tapi bila tengok pelakon utama perempuan dia macam acah-acah comel, dan drama best pun ada masa tu, malas la Aien nak tengok. Walaupun pelakon lelaki tu boleh la tahan jugak. 


Drama lain Ryan Ding: The Romance Between the Tiger and the Rose 


Tetiba beberapa hari yang lepas, ada kawan ni kongsi di status whatsapp video Tiktok selingan sudut babak daripada drama ni. Aien macam, best jugak drama ni. Kenapa aku tak tahu. Haha Padahal.. 



So cuteee kalau Ryan Ding ni berlakon. Lagi-lagi dalam drama ni twist dia hero dulu suka dengan heroin, lagi la kan. Rare sangat bila awal-awal cerita dah dipersembahkan lawak begini.

Begitu la Aien kalau tengok sesebuah drama ni. Main keyword dia, pelakon lelaki hensem tak? 😂 second keyword dia baru la jalan cerita dia best tak? Tapi adakalanya jalan cerita dulu yang main peranan. Kadang-kadang je la kan.


Berdasarkan daripada sinospis drama ni mengisahkan tentang dunia penerbitan buku yang semakin hilang dibawak dek arus kemodenan. Pencinta buku mesti tengok drama ni bila mana menceritakan tentang bermulanya sebuah novel itu dengan hubungan pengarang dan juga editornya. How we said the editor again? editor la kan? Haha 


Chu Li, seorang pelajar jurusan kewangan mengikuti minatnya untuk bekerja di Beijing, dengan syarikat impiannya, Yuan Yue Publishing House. Pada hari temuduga, dia nyaris-nyaris tidak diterima kerana syarikat Yuan Yue mencari orang yang berkelulusan dalam bidang penerbitan dan sebagainya, tapi Chu Li yang datang. Tapi itu tidak menjatuhkan semangat Chu Li apabila Ketua dan Timbalan Editor berhadapan dengan Gu Bai Zhi, dari syarikat penerbitan lain, Xin Dun yang cuba merampas kontrak pengarang Yuan Yue Publishing House.


Atas kecuaian Timbalan Editor Miao yang selalu angkuh dengan jawatannya, mereka nyaris kehilangan seorang penulis hebat. Mujur ada Chu Li yang arif dengan selok belok tentang penulis tersebut. Terus Ketua Editor Yu You menerima Chu Li untuk bekerja di Yuan Yue Publishing House tapi sebagai intern. Padahal masa tu mereka sudah ada intern yang lawa lagi ayu kegemaran si Timbalan Editor Miao ni.


Bermula la saingan mereka. Apatah lagi Timbalan Editor Miao menugaskan Chu Li untuk mendapatkan kontrak kerjasama dengan seorang penulis yang baru hendak naik, Zhou Chuan. Hakikatnya kerja untuk dapatkan Zhou Chuan tu kerja si Miao ni tadi. Hekeleh, kerek betul la. 


Chu Li pun hari-hari la pujuk si Zhou Chuan supaya setuju untuk bersama Yuan Yue Publishing House ni. Zhou Chuan pulak tak mahu kerana Timbalan Edtior Miao tu tak sudah-sudah menyebut perkataan yang paling dia tak suka, iaitu perbandingan dirinya dan juga ayahnya. 


Sehingga Zhou Chuan mendapati bahawa Chu Li merupakan kawan atas talian dia sejak 3 tahun lalu. Awww, this one Aien boleh connect laa.. When you got excited meet someone yang kau biasa chat. End up, Zhou Chuan setuju nak join Yuan Yue Publishing House dengan syarat Chu Li jadi editor dia, sebab setelah Chu Li berjaya dapatkan Zhou Chuan, Timbalan Editot Miao sibuk nak ambil alih tugas Chu Li demi 'kipaskan' bakal boss mereka. Memang kerek! Totally kerek! tu orang kata, lembuh punya susu, sapi dapat nama. 


Biasa la kalau dah cerita pasal pilih kasih, perbandingan tu semestinya akan ada bila mana tugas korang dibahagi tak sama rata tapi kau nak expect yang dia dapat buat lagi lebih baik. Dan semestinya Chu Li boleh! dan Zhou Chuan memberi 200% kepercayaan pada Chu Li.  


Setelah separuh drama layan, aiguu~ panjangnya meleret-leret sebab mungkin sebab tajuk dia nak mengisahkan tentang Chu Li yang berjaya mengejar impiannya sebagai seorang editor di syarikat idamannya dan mendapat kekasih hati yang tidak disangka-sangka. 36 episode kind of panjang la jugak sebab drama ni take time Aien nak tengok. Penat sebab tak minat pelakon pempuan dia acah gedik! Haahahahaahaha I is kenot. Sebabkan Ryan Ding je Aien tengok tau. Dah la banyak sangat watak sambung sana sambung sini. Function setiap watak tu macam tak ada sangat sebab fokus utama pada Chu Li, Zhou Chuan dan Jiang Yu Cheng serta Gu Bai Zhi. oh, mungkin Yu You, ketua editor Chu Li. 


Dari drama ni Aien tertanya-tanya adakah begini dunia penulis-editor-penerbitan semua ya? Ka ini adalah rekaan semata-mata. One word yang Aien rasa touche sikit. 


"Semua orang boleh jadi penulis. Tapi untuk menjadi penulis yang boleh sentuh hati orang lain, hanya mereka yang berbakat sahaja." -Chu Li


Sebab cita-cita asal Chu Li adalah menjadi penulis ketika dia di bangku sekolah. Tapi, sejak di alam universiti, Chu Li ubah cita-cita tu sebab baginya editor juga turut boleh membahagiakan hati pembaca selain daripada pengarang. Well, tidak dinafikan juga menjadi seorang penulis ni, otak dia kena kreatif mengarang ayat, mencipta suasana melalui imaginasi dia, supaya kena dengan selera pembaca. Nak jadi penulis yang penuh dengan kelainan sangat berat. Begitu juga dengan penulis di blog ni kan. Haha 



Dorang dua ni aje yang busuk hati dan sibuk dengan pangkat je. Timbalan editor Miao asyik nyendeng En Liang tu sampai rasa macam dia bukan dari bahagian editor. Ada penulis bawah dia pun dia tak kisah sangat, siap nak jatuhkan penulis tu lagi, atas alasan penulis tu kawan baik ketua editor. Hokoloh! Dah la talam dua muka juga. Masa meeting ke main la nak jatuhkan Chu Li dengan Ketua Editor Yu You pada pandangan syarikat, hakikatnya.. 



Terciduk bila Zhou Choun datang untuk bela editor dia. But, in real life kan..  adakah penulis boleh buat begini? Someone please tell me. Dia dalam drama ni kan, setiap kali penulis tu keluarkan karya baru, bersusun syarikat penerbitan nak sain kontrak untuk karya terbaru tu. Sebab rasanya setahu Aien la kan, betul kan kalau salah. Sebagai peminat novel juga, bukankah seorang penulis tu dah sain kontrak dengan satu syarikat je, maka setiap kali karya terbaru dia memang syarikat tu je yang terbitkan? Tak ke gitu? 


Dah la, pening kepala dok tengok Chu Li ni asyik gaduh dengan En.Liang bahagian pengedaran ni. Asyik nak sabotaj bahagian Editorial je kerja dia. Semata kaut untuk konon untuk syarikat, tapi sebenarnya dia nak kipas boss besar je. 


Next drama please! 






Sabtu, September 11, 2021

Sweet Revenge by Fara Hana



Tajuk: Sweet Revenge 

Penulis: Fara Hana

Terbitan: Fajar Paker

Sinopsis:





MY REVIEW


Mengisahkan tentang perjalanan cinta Tengku Kayden dan juga Zandra Nur Tatiana. Bermula dengan sebuah dendam dan berakhir dengan bahagia. -semestinya .. 😂


First of all Aien ucapkan tahniah la pada penulis yang akhirnya berjaya mengarang sebuah novel yang boleh lawan tebalnya karya Siti Rosmizah. Jalan ceritanya kemas walaupun agak meleret jugak rentetan dia. Over all okay je, dan Aien pun berjaya habiskan dalam masa dua hari setelah sekian lama tak baca novel kan. 


Al-kisah dah taip panjang-panjang tau tadi, tapi entah mana pulak hilangnya, maka idea review pun dah terbang jugak. But, I tried to write at my best. 



Tengku Kayden, seorang lelaki yang terlalu mencintai Dahlia Aisya yang pergi meninggalkannya kerana terpaksa mengahwini lelaki pilihan keluarganya atas dasar terhutang budi. Kerana kecewa, Tengku Kayden membawa diri ke resort milik Tengku Kamal di Sabah. 


Zandra, satu-satu anak perempuan Datuk Borhan baru saja tamat pelajarannya di alam kolej, ditaja oleh bapanya untuk bercuti ke Sabah. Bertemu dengan Tengku Kayden, lelaki yang asyik 'makan' anak tebuan. Pantang diajak bergurau, ada saja marahnya. 


Ketenangan Tengku Kayden terganggu oleh kehadiran Zandra malahan tergugat dengan hadirnya keluarga Datuk Borhan sekaligus membawa semula kenangan pahitnya apabila Dahlia Aisya hadir sekali sebagai kakak ipar Zandra. Kerana rasa dendamnya Tengku Kayden terhadap Zameer, abang kedua Zandra yang telah 'merampas' kekasih hatinya, Tengku Kayden nekad menghancurkan keluarga Datok Borhan bermula dengan Zandra. 


Kehormatannya diragut, namun Zandra tidak kisah asalkan Angah dan keluarganya yang lain selamat dari dendam Tengku Kayden. Pulangnya ke Kuala Lumpur, Zandra berharap agar tidak bertemu lagi dengan Tengku Kayden. Malang tidak berbau, ibu bapanya terjumpa akan urine pregnancy test milik Zandra. Datuk Borhan membuangnya tak ubah seperti kucing kurap. Datangnya Tengku Kayden ibarat knight 'menyelamatkan' Zandra. Ibarat keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya, hidup Zandra tiada lagi ketenangan. 


Dirinya dibenci bapanya, dimaki hamun ibu mertuanya, Tengku Marina. Zandra diam tanpa melawan. Kadang geram jugak dengan watak Zandra. Dia terlalu baik, terlalu optimistic terhadap semua perkara demi orang lain terutama keluarganya. Biar la dirinya derita asalkan keluarganya tidak diusik Tengku Kayden. Jangan membenci sangat, silap-silap boleh jadi kecintaan. Begitu la pepatah sesuai untuk Tengku Kayden dan Zandra. 


Kerana hatinya mula sayang pada Zandra, Tengku Kayden membatalkan semua hasratnya untuk membalas dendam pada keluarga Datuk Borhan. Apatah lagi Dahlia Aisya seperti terhegeh-hegeh dengan dirinya semula. Cintanya cuma milik Zandra, isteri tercinta. 


Ketidakpuashati Dahlia terhadap Zandra membuatkan dia melakukan kesilapan satu demi satu untuk menghancurkan keluarga mertua sendiri. Bermula dengan kejadian Zafril mati dilanggar treler, yang pada hakikatnya dibunuh oleh Dahlia. Kemudian syarikat Datuk Borhan muflis kerana projek yang diuruskan syarikat itu runtuh dek kerana bahan binaan yang tidak selamat, juga daripada Dahlia. Tapi, yang sampai ke telinga Zandra hanya nama Tengku Kayden. Bermula episod I hate you, goodbye. 


Dahlia Aisya berpuas hati dengan perpisahan mereka. Apatah lagi dia kaut keuntungan daripada semua hasil jualan rumah milik Datuk Borhan yang dijual Zameer atas alasan tidak cukup untuk semua hutang yang ada. Namun, itu semua dusta belaka, kerana hutang milik Datuk Borhan semua sudah diselesaikan oleh Tengku Kayden. 


Pengakhiran novel yang agak kemas apabila naluri seorang ibu tak pernah salah. Datin Saerah merasakan bahawa anaknya Zameer seperti ada sesuatu yang berlaku padanya. Diajak anak menantu untuk menziarah Zameer dan isterinya. Rahsia Dahlia Aisya yang bertopengkan nafsu itu terbongkar akhirnya. Dia la dalang disebalik kehancuran keluarga Datuk Borhan. Kematian Zafril dan juga kematian Datuk Borhan sendiri. Zameer yang ditemui hampir separuh nyawa dibelasah oleh kekasih Dahlia Aisya. Dia ditangkap polis, namun tak sampai beberapa hari, pihak polis menghubungi Zameer mengatakan Dahlia Aisya mati akibat gantung diri. 


Tengku Kayden menarik nafas lega kerana dia tidak berterus terang dengan Dahlia Aisya yang sebenarnya dia anak orang kaya. Jika tidak, dia takkan bertemu dengan penghuni hatinya, Zandra Nur Tatiana. 


Pihak Zandra pulak, penulis garapkan dia sangat menyesal atas semua tohmahan dan sikap kasarnya terhadap Tengku Kayden. Bahkan mengugut mahu membunuh zuriat mereka. Alhamdulillah mereka dapat hidup bahagia atas takdir dan jodoh yang Allah tentukan untuk mereka. -THE END 




ini kali rasa macam lama pulak habiskan seketul novel. haha