Jumaat, Oktober 15, 2021

PRESTASI BLOG SEPTEMBER 2021


 

Hai, lambatnya update untuk bulan ni. Begitu la. sejak google buat hal, pageview blog macam tidak memberansangkan automatik mood menaip jadi ke laut. Aiguuu.. back to menulis untuk suka-suka saja la labu..  


Baik la, untuk September lalu, blog Aienienka.com tidak mencapai target. Tapi tak mengapa. Nanti kita setting dia balik. 






Macam biasa entry yang dicari oleh mereka ini sangat popular. semuanya berkaitan dengan pengalaman sendiri buat buku pink, sediakan barang baby dan pengalaman bersalin musim PKP. Semua benda ni simpanan kenangan sendiri secara tak langsung berkongsi ilmu dengan mereka. Harap membantu. 



Pecah rekod kali ini ada yang mencari luar daripada kebiasaan. Cerita Autumn fairy tale ni tengah ditayangkan ke? Semua mencari sinopsis dia. 


Bila sendiri cuba cari, ahhh.. padan la. Dia duduk di first page. Haha Teratas pulak tu. HIHIHI


 
Kali ni orang banyak cari tentang drama chinese ni. Ada juga cari movie turki Mutluluk Zamani yang agak susah sikit nak cari.  Nanti kita tambah link dia. hehe Bila dilihat kembali carian movie lakonan Elcin dan Baris ni, rupa-rupanya review Aien berada di muka pertama carian movie ni. Haha Allah Allah.. 





Over all, starting September performance blog macam merundum sebab google tengah update apa ntah. Dorang rakan blogger kata, kita pun kena kemas kini HTML blog. Tapi, sebabkan Aien tak ada laptop sudah. Maka berhuhuhu la biar dia dulu. Lagipun kita buat blog untuk suka-suka. Hehe pedulikan tu. Tapi, nak jana pendapatan ikut blog. ehhh.... Sudah laaa.. kita buat kerja lain lagi. 

Selasa, Oktober 12, 2021

Jurnal Nadhira 3 bulan


 

Yeay! Alhamdulillah Nadhira Imaani mencapai umur 3 bulan. Serba serbi dah pandai untuk umur dia. Kesian jugak tadi kena cucuk. Melalak. Habis satu bilik cucuk tu boleh dengar suara dia. Ajaibnya bila keluar ja dari bilik tu, dia senyap and terus terlelap. HAHA 

Hakikatnya memang jam dia tidur pun masa tu. Kena lagi cucuk. Kesian la member. 


Nak cerita apa ya untuk jurnal dia ni? Nak cerita dia dah pandai senyum dan bunyi a-oh-oo bila orang ajak sembang. Dah pandai respon bila orang panggil terutama sekali dengar nama dia. Acah tahu je kan. Bila Ibu rekod video dia, pandai pulak mata dia fokus ke camera. Bila orang acah, dia sengih-sengih sembunyikan muka. Shy shy cat sungguh. 


BMI dia alhamdulillah normal. Bak kata misi tadi, seronok dia hari ni baby check up semua cantik je BMI dorang. Alhamdulillah anak Ibu sehat je. Ibu ni je laa yang juga makin sehat saing dengan anak. Bak kata mak, anak sehat maknya makin tembam jugak. orang patut menyusu badan maknya makin kurus. Ini tidak. Ha Ha Guwe peduli apa. Janji happy gitu. 


Nadhira pun lepas kena cucuk tu lawak gila. Pasal dia dah ngantok tau. Bila kena cucuk dia menjerit satu klinik dengar. Lepas keluar dari bilik suntikan tu. Dia terus stop nangis dan terlelap. Haha Ado la anak. Agaknya anak-anak Aien semua gitu. Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang baik. Ibunya aja yang selalu stress tak tentu pasal. kan.


Moga Nadhira sehat selalu. Membesar jadi wanita solehah. Adik yang baik. Selalu dengar kata ibu ayah. Jaga abang kakak. Ingat, tanpa adik beradik dan keluarga. Siapa la kita. :) 


Salam sayang, Ibu ♥


ps: lama sangat duduk dalam draf. Ibu cari mood menaip tak jumpa jumpa. Haha


Isnin, Oktober 11, 2021

DRAMA TURKI: DOLUNAY (FULL MOON)


 

Tajuk: Dolunay / Full Moon 

Genre: Romantic, Comedy, Drama, family

Bilangan Episod: 26 / 1 jam 50 minit 

Barisan pelakon: Ozge Gurel, Can Yaman, Hakan Kurtas, Alihan Turkdemir, Alara Bozbey , 

Sinopsis: Dolunay explores the theme of what makes a family a family. Is it blood and genetics, shared experiences, or simply love? Ferit aslan is a smart and successful businessman and born leader who is disciplined in all areas of his life from work, to fitness to health. He is particularly strict in regards to his home and those who wirk in it. Nazli Pinar is a young culinary student who is hired as Ferit's private chef and must deal with his specific requirements and rules for preparing his meals. Outspoken, independent, and free-spirited, Nazli initially clashes with Ferit. But the two gradually form a friendship and flirtation. When tragedy strikes and Ferit must take responsibility for his young nephew, Bulut, Ferit and Nazli (who has grown very close to the childl agree engage in a fabricated relationship to help his chanxes of gaining custody of Bulut in an ensuing custody battle with Bulut's aunt, Demet. Things are complicated when Ferit's musician brother in-law, Deniz, falls in love with Nazli and Demet tries to use this to turn Denis against Ferit. The core set of supporting characters are a mix of family and friends who are considered family, who mostly help but sometimes hinder Ferit and Nazli's relationship as it evolves from business to friendship and eventually, love. 


MY REVIEW


Hi, hi! Drama Turki again. Sejuta tahun menonton drama ni baru habis malam tadi. Sepanjang 26 episod yang serupa movie panjangnya, makan masa. Excited dia pun panjang meleret. Haha 


Dolunay atau lebih mesra dengan bahasa Inggerisnya, Full Moon menceritakan tentang Ferit Aslan dengan Nazmiye Nazli Pinar. Actually Aien tengok without baca sinopsis dia. Tengok macam best, Macam hensem pelakon, lekat la menonton teman masa makan. Itu pun kalau tak saing anak-anak makan. 


Bila dah tulis review ni, baru baca sinopsis. Aah la dorang banyak storyline tentang keluarga dan kawan yang ada masa susah dan senang. Nazli, dan kawan baiknya Fatos, serta adik Nazli, Asuman duduk serumah di Istanbul. Nazli sentiasa mencari kerja sampingan sementara belajar dalam bidang gastronomy. Fatos pula seorang graduan dalam bidang fesyen yang selalu berangan untuk mempunyai sebuah butik fesyen sendiri. Asuman pulak is troublemaker. Tak habis-habis masalah dia timbulkan. Tapi, sudahnya dia insaf jugak. 


Kisah Ferit dan Nazli bermula apabila Nazli menerima tawaran pensyarahnya untuk bekerja dengan Ferit. Dia yang lebih suka memilih untuk bekerja berpasukan akhirnya akur apabila Ferit menawarkan gaji yang lebih lumayan. Dengan majikan yang agak ketat dengan peraturan tetap tak dapat mengikat jiwa bebas Nazli. 


Walaupun Ferit dah pesan sekian sekian pada Mrs.Ikbal untuk sampaikan pada Nazli, tetap jugak Nazli ikut cara dia. Akhirnya Ferit akur dengan gaya Nazli yang disangkanya orang lebih berusia.  Pahtu pahtu   Anak buah Ferit, Bulut  yang umpama cupid bagi mereka berdua ni memang kiut je. Dia yang sukakan masakan Nazli. Cuba pasangkan Ferit dengan Nazli. Satu kejadian yang tak disangka merungut nyawa ibu bapa Bulut merangkap kakak Ferit membuatkan Mak Cik Bulut yang dia sendiri tak peenah nampak cuba untuk berebutkan hak penjagaan Bulut demi saham yang diwariskan kepadanya. 

Hakikatnya suami mak cik Bulut, Demet iaitu Hakan yang terlalu busuk hati dengan Ferit Aslan ni. Dia je yang sentiasa menggunakan orang sekeliling dia demi kepentingan diri dia sendiri. Hujung drama baru beritahu kenapa Hakan ni tak pernah berpuas hati dengan Ferit. 


Kunci kekeluargaan dorang nak tekankan dalam Dolunay ni adalah apabila: 

1. seorang kanak-kanak lelaki trauma melihat ibunya berselingkuh di depan mata dia. Sukar untuk dia berikan kemaafan itu. 

2. Sahabat yang selalu ada bersama di waktu susah dan senang. 

3. Keluarga yang lebih mementingkan wang berbanding pertalian darah. 

4. Persahabatan turun temurun yang cuba dipisahkan dengan hanya perebutan cinta. 

5. ketamakan memiliki wang membawa padah. 


Kerana wang, semua sanggup berbuat apa saja. Nasib juga si Fatos insaf apabila dia sedar lelaki kaya bukan tiket kebahagian dalam perhubungan. 

Akhirnya Ferit dan Nazli dapat hak penjagan Bulut sebab Bulut memang sayangkan Nazli. Yang dapat pujuk Bulut ketika dia masih dalam trauma pun Nazli juga. 

Haa, begitu la seadanya. Nak cerita panjang-panjang risau kome takut nak baca. Al-maklum la Aien pun dah tak rajin nak blogwalking. Masih mencari rhythm untuk diri sendiri menyusun momentum menyelesaikan semuanya. 


Bila layan drama Turki ni, hanyut di bawa masa. Haha Nasib la labu. 

Benda baik daripada drama Turki ni automatik, Allah Allah bila geram dengan bebudak. Haha Bagus kan. 


Allah Allah. K sambung next gandingan Nazli dan Ferit dalam Mr.Wrong. Ini memang lain betul.