Isnin, Oktober 18, 2021

Drama Thailand: Oh My Boss

Drama Thailand: Oh My Boss

 

Tajuk: Oh My Boss

Genre: Romance, Comedy, drama

Bilangan Episod/Durasi: 14 / 45 minit

Barisan Pelakon: Mook Worranit Thawornwong, Luke Ishikawa Plowden, Knomjean Kulamas Sarasas, Ohmi Ryota

Sinopsis: When Noomnim finally lands a solid fine job, she decide to have fun night out with her friend to celebrate. At the bar, she meets a handsome stranger guy and spends a lovely night with him. However that stranger turns out to be her new boss! Luckily for her, thr handsome CEO doesn't seem to remember her. Or does he? When he make Noonnim his personal assistant, she finds herself wondering wether he is interested in her or just this flirtatious for everyone. -dramawiki


MY REVIEW

Okay, ibu balik Asia kejap. Heee~ drama yang penuh kemanisan dan cringe thingy~ Slowly Ibu realise.  Aku ni dah tua untuk benda gini. Bwahaha 

Ni penangan pelakon lelaki utama tu, Luke Ishikawa anak kelahiran Jepun tapi membesar di US, baru menjadi pelakon di Thailand. Jauh dia travel untuk mencari rezeki musim pandemik ni kan. Haha 

Bagi Aien, lakonan agak kaku dari both pelakon yang baru muda jagung lagi. Boleh di usahakan lagi kimia antara mereka ni la. Drama yang cuma ada 14 episod ini memang tak boring untuk mereka yang cari light-light drama yang cringy la. 
.

Suka dengan ending dia je. Haha 

Okay, Oh my Boss boleh dijangka apa cerita mereka ni kan. Sangat predictable. Tapi yang predictablenya apabila Aikitsuki Koji itu rupa-rupanya bermula dengan sugar sister dengan Ms.Rena tu. 


Mati-mati ingat Ms.Rena tu yang tak sedar diri nak pisahkan Aikitsuki Koji dengan Noomnim. Padahal rupanya Aikitsuki berkerja dengan Ms. Rena bermula dengan pelayan kemudian diberi pekerjaan dan sebagainya dengan syarat la. Begitu la seadanya. Bila Aikitsuki ke Thailand, jadi CEO syarikat cawangan Ms.Rena yang beribu pejabat di Jepun, tak sangka berjumpa dengan Noomnim yang sangat polos dan naif tu. 


Seronok tengok drama ni, setiap pelakon utama dalam drama ni semua agak boleh bercakap dalam bahasa Jepun. Konichiwa! Ahhh~ gitu... 


Tapi, Aien masih jetlag dengan Trukish, Allah Allah masih lekat. Balik kejap je ke Asia tertiba adik kabo ada satu drama Turki yang telah viral kat Tiktok. Gigih mencari, akhirnya jumpa yang fully english subtitle dengan full length drama. Fuh, Aien terbang balik ke Turki! Bai! 


Oh, korang boleh cari drama ni di Youtube tau! Bai! 


Ahad, Oktober 17, 2021

DRAMA TURKI: Bay Yanlis

 



Tajuk: Bay Yanlis a.k.a Mr.Wrong 

Genre: Romantic Comedy, Drama 

Bilangan episod: 14 - suppose to be continued.. :'(

Pelakon: Can Yaman, Ozge Gurel, Serkay Tutuncu, Cemre Gumeli, Fatma Toptas, Sarp Can Koroglu

Sinopsis: Ã–zgür is a very wealthy restaurant owner and living a sloppy but happy go lucky life, and does not believe in love. Ezgi is now tired of wrong relationships and is determined to have a proper relationship and get married. Seeing that Ezgi is not successful in the relationship matters, Özgür begins to mentor her about relationships and gives her tactics to get the man she likes.


MY REVIEW 


Hi hi hi, masih di Turki lagi ni. Belom balik Asia lagi. Lain macam terapi dari Turki ni sampai masak pun sanggup dengar suara dorang bersembang. Disebabkan Aien masih tak boleh move on dengan lakonan Can Yaman dan Ozge Gurel dari Dolunay, jadi bersambung lagi di sini. 


Baca juga: Dolunay: Full Moon


Untuk drama kali ni dorang agak lebih santai dan karakter Ozgur untuk Can Yaman ni agak talkative banyak, berbeza dengan Mr.Ferit dalam Dolunay tu. Masih boleh diterima lagi lakonan Can Yaman ni. Ada juga hati memanggil-manggil nak tengok video peminat buat list teman wanita dia, kehidupan dia. Naaa~ passed on it. Risau kacau mood nak tengok lakonan dia. 

Bay Yanlis, jika korang baca sinopsis ringkas itu adalah bagaimana Ozgur dan Ezgi berjumpa dan memulakan hubungan mereka. Dari random mistakely taxi passager, kebetulan untuk Ozgur dan Ezgi dan sangat banyak. Sampai menjadi jiran sebelah rumah. Ezgi kebetulan masa tu baru berpisah dengan teman lelaki dia, langsung dibuang kerja kerana prestasi kerjanya yang agak merosot. Pulak tu, bekas teman lelaki suruh dia pindah dari rumah yang selama ni Ezgi yang bayar. Heh! Geram jugak memula tu kan. 

Tapi, takdir buruk Ezgi tu membawa Ezgi bertemu dengan Ozgur yang happy go lucky person dan tidak percayakan cinta. 

Psst~ best betul kalau dapat rumah macam Ozgur ni. 

Kawan-kawan Ezgi cuba pasangkan dia dengan salah seorang doktor di tempat kerja Cansu, merangkap sepupu Ezgi. Malangnya doktor yang disangka baik itu rupa-rupanya busuk jugak. Kenapa la Ezgi ni bernasib malang dengan lelaki. Tu la bila dia jumpa Ozgur yang secara langsung dicopmaharkan oleh seorang editor yang cuba membalas dendam terhadapnya, dorang sangat padan sekali. 


Kerana tak mahu dipasangkan dengan perempuan sebarangan, Ozgur gigih nak bawak Ezgi sebagai teman wanitanya pada majlis perkahwinan adik perempuannya. Dengan syarat, Ozgur tolong Ezgi bagaimana untuk menjadi perempuan idaman lelaki. Siapa sangka, dari lakonan menjadi realiti. Bila dorang cuba untuk berlakon konon untuk mak masing-masing pisahkan dorang, mereka mula jatuh cinta. 

Agak kalut jugak, bila dah suka orang tua cuba nak pisahkan. Bila masing-masing dah minta maaf dan mengaku kesalahan sendiri. Terpaksa la redha je dengan pilihan anak-anak. 

Paling tak suka watak acik Fitna ni, memang suka buat fitnah aje kerja. geram je aku. Haha Pandai pulak dia menghasut mak Ozgur, Mrs. Sevim supaya tak terima pilihan anak dia tu. Eh EH.. kau siapa? 

Bila mula nak layan episode 14 di mana Ozgur melamar Ezgi dan merancang untuk bercuti sekaligus honeymoon, Bay Yanlis tidak bersambung sehingga sekarang. 

Eh, mana ada drama Turki yang episodnya pendek je. Pengambaran Bay Yanlis katanya ditamatkan kerana ada di kalangan mereka krew didapati positif Covid-19. Sampai sekarang la masih tertunda lagi. Para peminat berharap supaya team produksi Bay Yanlis sambung untuk siri kedua drama ni. 

Kisah perebutan antara Ozgur dan Tolga, sepupunya masih tergantung lagi walaupun Tolga telah menyerahkan semula hak milik Ozgur, restoran La Gabia. dek kerana takut ugutan 'Ezgi' yang digunakan oleh Serdar, doktor yang cuba dipasangkan dengan Ezgi dahulunya. 

Kisah Cansu dan Levent, kekasihnya masih juga tergantung sebab mereka patutnya dah berkahwin. Tapi sebab anak perempuan Levent takut dia akan dipinggirkan, maka Levent membatalkan pernikahan. Cansu bengang, dia blah! Jauh sudut hati masih sayangkan Levent lagi. 

Kisah Ozan dan Denise, Puan Lawyer dan Encik Chef masih juga tergantung. Apatah lagi kisah Ozgur dan Ezgi. Lagi laaa.. Boleh je tengok walaupun tergantung, sebab cun jugak ending dia kat situ. Haha 
.

Tapi, biasa la kita peminat dan penonton ni.. Nak mengharap ending yang lebih baik. Gituu~ okay, nak sambung karya Can Yaman seterusnya pulak.. Next! 


Jumaat, Oktober 15, 2021

PRESTASI BLOG SEPTEMBER 2021


 

Hai, lambatnya update untuk bulan ni. Begitu la. sejak google buat hal, pageview blog macam tidak memberansangkan automatik mood menaip jadi ke laut. Aiguuu.. back to menulis untuk suka-suka saja la labu..  


Baik la, untuk September lalu, blog Aienienka.com tidak mencapai target. Tapi tak mengapa. Nanti kita setting dia balik. 






Macam biasa entry yang dicari oleh mereka ini sangat popular. semuanya berkaitan dengan pengalaman sendiri buat buku pink, sediakan barang baby dan pengalaman bersalin musim PKP. Semua benda ni simpanan kenangan sendiri secara tak langsung berkongsi ilmu dengan mereka. Harap membantu. 



Pecah rekod kali ini ada yang mencari luar daripada kebiasaan. Cerita Autumn fairy tale ni tengah ditayangkan ke? Semua mencari sinopsis dia. 


Bila sendiri cuba cari, ahhh.. padan la. Dia duduk di first page. Haha Teratas pulak tu. HIHIHI


 
Kali ni orang banyak cari tentang drama chinese ni. Ada juga cari movie turki Mutluluk Zamani yang agak susah sikit nak cari.  Nanti kita tambah link dia. hehe Bila dilihat kembali carian movie lakonan Elcin dan Baris ni, rupa-rupanya review Aien berada di muka pertama carian movie ni. Haha Allah Allah.. 





Over all, starting September performance blog macam merundum sebab google tengah update apa ntah. Dorang rakan blogger kata, kita pun kena kemas kini HTML blog. Tapi, sebabkan Aien tak ada laptop sudah. Maka berhuhuhu la biar dia dulu. Lagipun kita buat blog untuk suka-suka. Hehe pedulikan tu. Tapi, nak jana pendapatan ikut blog. ehhh.... Sudah laaa.. kita buat kerja lain lagi.