Selasa, Oktober 26, 2021

Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam

 



Ada apa boleh ditemui di Jalan Jalan Japan Kipmall Masai, Johor dalam masa 1 jam | Setelah sekian lama menyimpan impian nak jejakkan kaki ke Jalan Jalan Japan, sebuah kedai bundle atau barang barang terpakai dari Jepun, akhirnya sampai jugak sejak mereka mula membuka cawangan ke-8 di Kipmall Masai, Johor baru-baru ini. 


Aien ni sudah la memang peminat bundle. Dari baju sendiri  ke baju anak-anak sehingga langsir dan cadar katil juga prefer bundle. Tak tau la kenapa kan. Sebab affordable untuk yang kadang-kadang masih bagus kualitinya. 


Apa lagi kita kan, ngajak ler Encik Husband cuci-cuci mata ke sana. Mula-mula Encik Husband buat ronda-ronda untuk pastikan boleh tak bawak bayi bawah 1 tahun. Pahtu, bila dia balik ke kereta, dia kata tak ada yang bawa. Risau pulak dia. Si Nadhira pula sedap tido. Begitu juga Najmi. Al-maklum la, dah tengahari. Jauh dari Skudai ke Masai perjalanannya walaupun cuma 34 minit je. 


Sudahnya kami berdua Nayla saja masuk ke dalam untuk shuping. Masuk-masuk saja, Nayla ditayangkan dengan timbunan soft toy yang buat dia rambang mata. Semua nak dikutip angkut masuk bakul. Adeh~ anak la anak. Ibu pulak nak cuci mata ke bahagian lain. Sebelum Nayla sibuk mengajak ke bahagian mainan saja. 




Memang rambang mata dengan Ibu sekali ni bila belek-belek harga serendah RM1 korang! Allah Allah.. Makin la wei. Harus diingatkan bila namanya kedai bundle, kena rajin belek untuk tengok betul-betul sebelum masukkan ke dalam bakul. Bukan setakat anak je suka soft toy ni, Ibu pun suka sangat buat koleksi untuk buat alas kepala dalam kereta mahupun depan TV. 

Kalau korang nak tahu juga, di Jalan Jalan Japan ni macam-macam ada. Dari pakaian lelaki dan wanita, kanak-kanak dan bayi. Barang mainan, outdoor item, beg, aksessori, kasut, eh... macam-macam la. Aien rasa tak cukup la satu jam tu. Tapi nak buat macamana misi dibagi 1 jam je sebab risau Nadhira nangis nak susu pulak dalam kereta. Gitu la gayanya kan.


Blazer untuk wanita. 

Korang kalo rasa nak cari blazer untuk korporat look, boleh tengok-tengok kat sini. Memang mampu milik. Untung nasib jumpa yang masih lawa lagi dalam RM15 je tau. Haa~ mana maunya. 


Kawasan beg ni, memang eh puas la tengok beg untuk balik kampung. Lawa-lawa. Zip pun semua molek lagi korang. 



Set golf pun hado. Kau rasa? Abah-abah be like suka nak try permainan golf ni, boleh cuba survey set golf yang mampu milik kat Jalan Jalan Japan ni.


Aien dah la memang tengah cari seluar jeans untuk diri sendiri. Al-maklum lepas bersalin ni, seluar pun makin mengecik. Hee~ pilih la mana berkenan. Bermula dari harga RM15-RM30 memang terbaik!


Tali pinggang serendah RM1. Pilih-pilih laaaa. Macam-macam gaya ada. 


Berangan jap guna selipar gaya Jepun. Apakah nama dia ni. Colourful sangat. 



Bahagian wajib dalam Jalan Jalan Japan. Tapi tu la, nak main-main try test kelam kabut pulak. Apa la Ibu ni. Nayla nak pergi tengok mainan. Kata si anak. Adooo.. 



Jap-jap Ibu amek gambar. Nak tunjuk kat orang betapa banyaknya benda dalam Jalan Jalan Japan ni. Wei, tak cukup satu jam. Whatsapp kat Encik Husband. Anak dah bangun belom. Dia kata belom. Haa, kita sambung lagi. 


Favorite zon Ibu! Beg! Waaa.. Mana tak tumpah kuah kalau tak nasi. Nayla pun. Ibu, beg sekolah kakak. Haa, pilih-pilih mana yang kakak berkenan. 


Ini nah yang dia pilih, yang sebelah kanan.  Tak mau lepas korang lepas dia dah berkenan tu. Ibu check zip, tak perasan dalam dia kurang sikit, but it's okay. RM3 je. Ibu onz je! Beg abang Ibu pilih macam beg budak-budak dalam The Return of Superman tu. RM5. Molek, bagus! Kukuh untuk letak sepersalinan dan botol susu. Haa, korang angkut beg korang sendiri. 


Now, turns Ibu pulak pilih beg. Pening kepala. Hee.. semua lawa. Mana satu berkenan ni. And ternampak satu beg ni, masyaa Allah. Lawa! Tanpa ragu-ragu ku masukkan dalam bakul. Okay, dah jum! Sebelum kita rembat lagi banyak beg, dah sebelum balik nanti kena marah sebab beg banyak sangat. Haha


Sibuk je acik kecik ni nak pilih besen. Buat apa tak tau laa. Ko tengok tu beg dia usung ke hulu ke hilir. Nasib aje kat kaunter dia tak lupa nak letak, kalau tak selamba la bawak keluar. 


Ibu is berkenan betul la periuk ni. Baru bulan lepas beli periuk pink, takkan bulan ni nak beli periuk biru pulak? Lawa kan. Kita simpan dalam galeri je la. 


Nak cari gelas set untuk tetamu pun boleh. Lawa-lawa la. Tapi, Ibu passed! Ada anak-anak kecik ni, gelas gini la kena elak. 


Barisan stroller bayi yang bersusun di sebelah pintu utama. Mana berkenan boleh pilih. Murah pun murah, molek pun elok je lagi. 


Okay done shopping! Korang kena ingat tau, dah masuk bakul, bayar dan bawak balik tak leh hantar semula tau! Jadi buatlah pilihan elok-elok. Acee gituu.. 


Thanks pada staff yang friendly dah sistem cashier dorang ni bagus. Kaunter boleh terus letak bakul, jadinya kita sebagai pelanggan tak perlu keluarkan barang dari bakul tu. Jom tengok barang apa Ibu dan Nayla rembat dalam masa 1 jam. 


Koleksi mainan yang dibeli. Hee, tak menyabar. Sudahnya gaduh kejap kereta polis tu ada satu je. Adoo~ Ibu is pening. Tapi, sekejap je la. lelama belum sempat kering semua soft toy Ibu cuci, dorang dah buat main. 


Seluar jeans Ibu dan Ayah. Semestinya Ibu punya dua helai. Haha 


Ni la beg yang ibu cakap diambil tanpa ragu. Molek, cantik wei! Beg buat pergi klinik. Haa susah la bila tak tepati misi macam ni. Dalam list kata nak cari baju untuk anak-anak je. Sekali. Ronda punya ronda.. Macam-macam la.. Sudahnya baju Nayla je banyak. Ha Ha Tengok la dia sempat buat OOTD look pulak. 




Ibu ni udah la tak pandai, tapi Ibu cuba mix and match. Haha Jadi la kan. 


Cari baju tebal sebab in shaaa Allah bulan depan nak ziarah opah ngan atok. Kena la cari tebal sikit buat basahan kat sana. Eh, macam negara sejuk je kan. Haha Padahal dalam aircond je pun. 


Ambil untuk Nayla, tapi macam tak muat je. Haha Pass la kat Najmi. Begitu la anak setahun sorang. Pass sampai lusuh. 


Sweater untuk naik flight. Haa, kot la sejuk. Excited Ibu dah lama tak balik Sarawak. Pulun cari baju anak-anak risau deme sejuk ke apa. Padahal. Haha 

Okay, habis dah excited Ibu shopping di Jalan Jalan Japan. Lain kali kita ziarah zone lain pulak. Kalau korang pun berkenan nak shopping di Jalan Jalan Japan ni, dorang ada di beberapa negeri seperti di bawah: 

 
1.) JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm
2.) JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm
3.) JJJ CenterPoint, Seremban 10am-10pm
4.) JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm
5.) JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm
6.) JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm
7.) JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-10pm
8.) JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pm


Dan boleh jugak ziarah di website mereka: 


Untuk orang Johor: 

KIP Mall, Masai
A011, Kipmall Masai,
2, Persiaran Dahlia 2,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Masai, Johor Bahru



ps: Argh, Ibu tak puas lagi ni. Lain kali, lain kali. Pujuk diri. 

Sabtu, Oktober 23, 2021

BELI VACUUM KALI KETIGA DI SHOPEE

 



Heee~ banyak je benda nak story. Tapi tu laaa. Entah kenapa la dua tiga minggu ni, telefon asyik sesat je tak tau kat mana. Okay, kali ni nak story pasal ritu, Aien beli vacuum baru. Kali ni beli tak ada jenama sangat la janji murah. Haha 


Target Pery Smith yang siap ada Dust Mite tu, tapi tabung dia asyik kena kokak je, susah la. Dah dapat ni pun Aien syukur sangat, janji dah tak payah menyapu lagi. 


Menyapu secara tradisional siap guna penyapu lidi 

Allah Allah, heee rasa stress sebab kena jaga habuk dia dari berterbangan. Lagi-lagi sekarang musim cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap berangin kejap.... Eh! Apa kaitan semua ni? Sebab rumah burung tingkat 3 ni, dia masalahnya itu la. Walaupun dah tutup kipas, kau menyapu sekalian ayunya menggunakan penyapu jerami mahupun penyapu lidi terasa sampah masa berterbangan lagi. Dengan ada karpetnya, jenuh nak angkat sidai kat luar. Tenaga tulang pat kerat Aien ni dah serupa orang  tak makan aje. Setiap kali menyapu stress sejak vacuum patah. Setahun lebih jugak pakainya. 




Gamaknya begitu la setiap tahun beli vacuum baru. Harap yang ni tahan la jugaknya. Ikutkan vacuum DEERMA ni okay je range penggunaan dia, tapi bila jumpa yang ni lagi syiok. 


Sebab apa dia syiok? 

Kuasa penyedutan dia sehingga 19500PA untuk harga serupa dia ni. Memang sangat berbaloi. Dah cuba sedut di bahagian karpet, I was terpesona~ aku memandangnya.. Eh! Gitu la cerita dia. wow sangat. Boleh nampak karpet yang nampak bersih je dari jauh, tapi banyak sampah dan habuk yang tersembunyi di antara bulu-bulu karpet tu. Sekarang dah boleh konfiden la nak golek-golek kat karpet tu. Hehe 



Boleh baca description dan review semua pengguna rata-rata berpuas hati macam Aien ni. Walaupun setelah 10-15 minit dia akan rasa panas pada pemegang dia. Jadi, no worries. Tutup kejap rehat dulu. Kita sambung balik membersih. 



Dalam kotak pembelian, mengandungi motor vacuum, nozzle, warranty, stick dan holder dia. Masa ni budak-budak pun excited sama siap nak tolong vacuum lagi si kakak Nayla nih. paling best sekali, bunyi vacuum ni tak lah terlalu kuat. Nadhira siap boleh tido lagi setiap kali Ibu vacuum.  Dia macam white noise sound untuk dia fast sleep. 

Tapi, Aien belom cuba lagi la nak vacuum bila anak-anak dah tido malam. Selalu kan ada orang kemas malam-malam sebelum tido. Supaya esok pagi tak kelam kabut. Untuk Aien, so far Aien akan vacuum waktu petang dan waktu bila mana mata rasa semak dengan habuk atau sampah hasil karya Kakak Nayla dan Abang Najmi tu. 

Sekarang dah no worries. tarik je vacuum tu. And taraaaa~ siap pun kerja ibu. Mudah je. 

Hari tu Aien beli bawah RM100. Kalau korang berminat nak cuba vacuum mampu milik tapi sedutan yang ohsem, Sakura Vacuum Cleaner ada penyelesaianya. 


DRAMA TURKI: Siyah Beyaz Ask (Part 1 Review)

 



Tajuk: Siyah Beyaz Ask a.k.a Black and White Love, Price of Passion

Genre: Mafia, Action, Romantic, Life, Drama

Bilangan Episod/Durasi:  32 / 2 jam 15 minit

Pelakon: Ibrahim Cellikol, Birce Akalay, Sinem Unsal, Arzu Gamze Killic, dan lain-lain

Sinopsis: Seorang doktor yang sentiasa bersedia untuk merawat pesakitnya, berjumpa dengan pembunuh berhati beku dengan luka dari masa silamnya. Apa yang terjadi apabila wanita itu menyelamatkan orang ketika lelaki itu membunuhnya? 


MY REVIEW

Lepas balik sekejap ke Asia tempoh hari dengan Mr.Koji di Oh My Boss Aien terus balik ke Istanbul, langsung follow Ferhat dengan Asli Aslan. Pheew~ padan la viral sokmo. 


Berdasarkan sinopsis, simple is tajuk, atau lebih senang, dikembangkan melalui kisah dongeng 'Beauty and The Beast' . Bagaimana Asli Cinar tersangkut dengan Ferhat Aslan yang berhati beku itu. 


Meh, meh tarik kerusi kita bukak meja. 😂 Asli Cinar seorang doktor yang sangat berdedikasi dengan tugasnya sebagai doktor. Malahan beliau sangat baik dengan semua orang. Di hospital beliau terkenal dengan panggilan 'Guardian Angel' bagi kanak-kanak. 

Kesilapannya bermula apabila dia sudi menggantikan rakan sekerja untuk mengikut ambulans ke tempat kejadian. Malangnya tempat kejadian itu, adalah musuh dalam selimut En.Namik Emirhan dan Ferhat Aslan. 

Apabila En.Namik mengetahui Asli Cinar yang dibawak ke rumah musim panas mereka, Ferhat dikehendaki membunuh Asli. Tapi, entah kenapa Ferhat menawarkan perkahwinan dengan Asli apabila mendapat tahu bahawa Asli mempunyai abang, yang bertugas sebagai anggota polis. Cem Cinar pula diberikan tugas oleh peguam pesuruhjaya, Yigit Aslan untuk menyiasat aktiviti En. Namik dan juga abangnya sendiri, Ferhat. 


Boleh hadam tak tu? Allah Allah.. tengok sinopsis macam simple, tapi drama dia. Masyaa Allah. Saling tikam belakang sesama mereka walaupun duduk di dalam sebuah rumah. Sangat dengki mendengki antara satu sama lain. Pokoknya akarnya yang busuk tu, Mrs. Handan. Kakak kepada En.Namik Emirhan ni. 




Dengan anak sendiri pun nak cari gaduh. Tak faham laa. Jap la nak buat mind map untuk korang faham cerita ni. Baru first part dah mereng. Allah Allah. 


anatomy of siyah beyaz ask


Fuh, gigih buat mind map dia. Segala masalah bermula dengan Namik Emirhan mengikut kefahaman Aien yang baru menonton setakat 27 episod ketika entry ni di taip. 

Ketika muda remaja, dia memang dah buat kerja kotor dalam membunuh orang ni. Asal mafia si Namik bey ni tadi. Berhubungan dengan Yeter, tapi memilih tidak untuk berkahwin dengannya. Bahkan Namik menghantar Yeter kepada lelaki lain, iaitu Necdet si barber. Aien tak masukkan dalam mindmap sebab Necdet mati dibunuh oleh orang suruhan Namik untuk mengambil anak lelakinya semula, Ferhat. 


Demi untuk mendapat Ferhat, Namik sanggup suruh budak 12 tahun untuk tembak orang upahan dia tadi. Eh, geram aku! Selepas keluar dari pusat pemulihan, Ferhat duduk bersama Namik menjadi orang kanannya. Ferhat yang berhati beku, tidak pandai respon apa yang orang cakap dengannya. Bahkan seluruh isi Villa kediaman Emirhan takut akan keputusan Ferhat. Tetapi tidak apabila Ferhat membawa pulang Asli Cinar yang seharusnya ditembak mati, untuk dikahwini dengan kadar segera. Allah Allah.. Masa ni geram betul dengan mulut Handan tu. 

Masa tu semua orang macam tak percaya Ferhat jatuh cinta pada seorang doktor yang mempunyai abang seorang polis yang bersekongkol dengan Yigit Aslan untuk jatuhkan Namik. 


Terlalu banyak rahsia dalam drama ni: 

  • Yeter menyembunyikan hakikat bahawa Ferhat anak Namik. Semua orang tak tahu, bahkan bila Asli dapat tahu. Dia tak boleh nak bagitahu ada Ferhat sebab tak nak hancurkan hati Ferhat. 
  • Gulsum skandal dengan Cuneyt lalu melahirkan seorang bayi lelaki dalam boiler room kediamannya mereka dengan bantuan Asli. 
  • Idil lidah bercabang, cuba jatuhkan Yeter daripada terus dapat sokongan Namik dengan mengatakan Yeter cuba bunuh anak dalam kandungan dia, padahal dia dah lama abort baby tu. Eh! 
  • Bila datang Julide, tetiba anak Vildan dengan Cuneyt tu jadi anak Ferhat jugak, pasal Julide dapat tahu yang Vildan lama giler suka kat Ferhat tapi Ferhat buat tak layan je. Dan macam biasa, Ferhat tak bagitau Asli.
  • Julide datang ke villa tu. Buat huru hara acah tahu semua benda, and buat skandal lak dengan Namik. Ish! 

Maksud rahsia tu, sebab asal cerita dia pasal si Namik ni la. Semua sangkut paut dengan dia. Orang luar menyampah dengan dia, bermula dengan Sahin Cingale, orang bawahan dia dulu. Baru keluar dari penjara kalau tak silap. Buat ugutan dengan Namik, nak bunuh sorang demi sorang ahli rumah dia. Bermula dengan Asli. Eh! Namik apa lagi, hah! Silakan. But NO NO NO dari Ferhat bila ada orang nak bunuh isteri dia. 

Maka mulut jahat Mrs. Handan tu pun la, "Ferhat akan ikut bini dia ke mana saja. Tak pernah ada di rumah sekalipun." Padahal, Asli yang selalu ikut Ferhat sebab dia menyampah nak dok rumah tu. Haha 


Bila Namik bagi job kat Ferhat suruh 'selesaikan' urusan Sahin Cingale tu, Cuneyt buat taik. p rakam Ferhat tembak Sahin, pahtu dia bawak pistol tu. Tak berapa ingat, bila Namik suruh Cuneyt 'selesaikan' Asli, dia pigi culik Asli dengan anak buah Ferhat, Ozgur. Last orang suruhan dia berpaling tadah sebab minta dengan Yigit 5M tapi bagi kat mereka setakat 1K je. Hokoloh! Pahtu putar belit la suruh Yigit 'jual' maruah dia demi nak dapatkan 5M tu. Geram! Dengan Namik dan Cuneyt ni. Bila dah selesai, Cem pergi periksa kawasan tempat culik tu kan, sekali dia nampak Cuneyt. Tak pasal-pasal kena tembak. Asli berjaga selamatkan Cem. Datang la pulak watak baru, Julide anak buah Asli ni. Bunuh Cem sebab wasiat arwah mak dia, pisahkan Asli dengan mak dia. Heh! 


Banyak sangat twist dia, sebab ingatkan Ayhan bunuh tau. Haha Dia macam tak puas hati tetiba ayah dia nak sangat tolong Yeter dan anak-anak dia. Sudahnya, Azad baba mati begitu saja dibunuh Namik dan Cuneyt. Heee~ 


Sahin Cingale pun mati begitu setelah dibunuh oleh Ferhat, dalam diam rupa-rupanya orang yang dipercayai Asli, rakan baiknya Ebru anak kepada Sahin Cingale. Allah Allah. Dah la masa tu tengah jauh dari Ferhat sebaab dia kena tahan dalam penjara. Mana maunya. Nasib Yigit dah okay dengan abangnya, dia secara tak sengaja p tembak Ebru sampai mati. Sedih Cem, sebab terlalu percaya Ebru dan sikit lagi dorang nak kawen. Dalam penjara tu la, Ferhat jumpa dengan Azad baba ni. 

.

Letak titik dulu. Sebab belom habis tengok. Nanti dah habis kita sambung part two review. Bila dah banyak sangat watak baru ni, skip-skip dengan nonton dalam kelajuan 1.25x je la. Yang penting Asli dan Ferhat bakal menimang cahaya mata dan dorang tak jadi cerai. Yeay!