Sabtu, Disember 18, 2021

Pengalaman ambil booster dose sebagai Ibu menyusukan


 Yeay! Done booster! Gituuu.. 

Tengok di laman sosial, ramai kawan-kawan dah dapat booster. Sendiri dok risau je amacamana kalau dapat, nak gi ke idok. ah~ ghisau ghisau ghisau. Geng sinovac semua nervous. Ye la, dah sampai tarikh dia kan. 


Sekali bila dia dah bagi tarikh. Ado doo doo terus tanya adik ipar sebab dia je geng sinovac. Belah sini majoriti Pfizer termasuk suami. Kalau sebelah Miri sana, kami semua pemegang sijil Sinovac. Adik yang ke-5 hari tu selamat ambil booster sebab dia sukarelawan di PPV. Katanya tangan kiri lemah lepas dapat booster. Ghisau mendengar. Baca pulak kisah suami Sis Lin dapat booster teruk jugak. Makin bertambah ghisau. 

Tak ada pulak baca sana sini, soalan orang pasal Ibu menyusu atau mengandung ambil booster. Al-maklum la seorang nokapisah ni hidup dalam dunia dia je. Dibuatnya semalam selesema, ah~ boleh la tu jadikan alasan malas nak pergi. Tapi suami dah tanya jam berapa temujanji. Ah~ sudah. Mesti dia fikir, memandangkan dah dekat sini je, ambik je la. Nanti risau dia tukar tarikh tempat berlainan. 

Malam sebelum tarikh cucuk pun ada yang telefon ingatkan kita untuk p cucuk. Prihatin sungguh. 

Tiba pada hari kejadian, jam 8.30 pagi laki dah muncul depan pintu nak bawak bini p cucuk. Siap belikan nasi lemak. Bini dalam hati, sah kena pergi jugak la. Tanpa banyak bunyi siap-siap la. Jam 9.30 baru keluar rumah. Nasib la dekat, kalau jauh memang kena pung pang (dibaca bebel) ngan laki. 

Sampai Dewan Raya Taman Universiti, alamak mobile data tak ada. Sejak balik dari Miri dok guna wifi rumah ja. Mampus~ macamana nak masuk mysejahtera ni. Dah la p beratur dengan dorang kilang. Adomak...Haha 

Nasib ada budak kilang tu baik hati, kak kitaorang ni dak kilang kak. Lepas ditegur oleh Pak cik Rela tu, supaya dorang kekal dalam barisan. 

Terima kasih juga pada sukarelawan yang tolong hakak blur ni masuk ke dalam. Bagi je kad pengenalan kat dia, nanti dia sahkan. Okay, settled~ dia bagi surat rela untuk amek vaksinasi covid-19 tu. Tunggu je la macam biasa. Yang pasti kena bawak: kalau nak berlenggang macam Aien ni. 😂

  • Kad Pengenalan
  • Pen 
  • Sanitizer 
  • telefon pintar 
  • lebih elok kalau bawak kad vaksinasi dulu. 


Simple sangat set up mereka ini. Aku saspek dalam ni semua sukarelawan je. Sebab yang tukang chop pun guna nama doktor India. Takbaik tau~ 

Masa di stesen pendaftaran dia ada tanya sama ada nak amek sinovac atau pfizer tau sebagai booster. Aien be like~ 'Ada ja booster sinovac ni. ' 

Mana lagi berkesan tanya pada dia balik. Macam biasa, pasti dia bilang pfizer la bagus. Ikut kan je la. mana yang terbaik. 

Sepanjang pemerhatian menunggu di situ, ada ramai jugak warga / bangsa lain nak amek booster tanpa tarikh temu janji. Ada yang daripada luar pun nak amek booster. Me yang terpengaruh dengan drama @ movie be like~ imagine suasana kelam kabut, everyone nak amek booster dan sukarelawan kata, kalau awak nak cepat awak dtg jam 5 petang. Masa tu tak ada orang. Padahal, dah petang sangat dorang pun dah berkemas balik. Malam tadi lalu, banner kat pagar pun tak wujud. Aiyooo~ 

Sampai ke tempat cucuk, as usual dia explain cucuk vaksin jenis apa, berapa ml. 0.3ml je.. Tapi, padu woo~ lepas kena cucuk, muscle terus rasa kebas. Pheeww~ nasib minta cucuk sebelah kiri, naya nak dukung Nadhira naik rumah nanti. 

Setelah 30 minit menunggu, dia pun bagi kita extra kad tanda kita dah booster. Pesanan masyarakat, jangan hilangkan. Walaupun dalam mysejahtera ada. Memang dia terus update kot dalam profile kita tanda dah booster. 



Okay, I'm done. Masuk jam 9.50 pagi gitu, keluar sejam kemudian. Fast jugak la, sebab orang pun tak ramai. Yang ramai dak kilang yang merelakan diri untuk dicucuk. Warga tempatan, Aien cuma nampak chinese je. Ke mata aku yang kabur? Hehe Lepas update di status whatsapp ramai pula menanyakan, okay ke amek. Sakit tak? Ibu menyusu boleh ke? 


Me like~ so far okay je kot sebab aku amek eskayvie diffenz. Haha Serius. Setelah entry ditaip, Aien dah sehari dengan booster ni. cuma muscle pain di tangan kiri ni. Tak boleh nak angkat tinggi sangat. Tapi, lama-lama dia hilang kalau buat senaman angkat tangan tu. Baru sehari kan. Nanti kalau ingat kita update la kan  Kalau tak. maknanya okay la tu. 

Jom amek booster! 


Edited: 2/1/22 - So far seminggu lepas tu baru hilang kebas tangan tu. Anak nak nyusukan sebelah kiri (sebab cucuk tangan kiri) gigih bangun susukan dia duduk. Sebenarnya, dibawak kerja, dibawak nyuskan okay jer. tak ada la sakit sangat. Haa, gitu je la. 

ps: jangan la kena AZ . lagi teruk yang tu. Agaknya PFIZER CLAN kena amek AZ x? Abis AZ amek booster apa? cer cite kit. 

Khamis, Disember 16, 2021

Cuti-cuti Sarawak Bahagian Dua: Miri Ke Kuching



 

Day Two is coming~ Lama naw kumpul mood ni eh. Before we forgot, ajum la kita catatkan perjalanan kami berlima pertama kali pulang ke Miri, Sarawak selepas PKP dahulu. 


baca juga: [[ Cuti-cuti Sarawak bahagian satu ]]


Sebaik saja selamat sampai di rumah Opah dan Atok  selesai menjamah sedikit, lepas asar terus Atok khabar mau ke Kuching. Ziarah cucu di sana memandangkan mereka tidak dapat pulang ke Miri sekali bersama dengan kami. Mula-mula Ibu ni gusar la jugak, memandangkan plan asal kami cuma mahu ke Bintulu sahaja. Alih-alih phewwww~ naik balik sampai ke Kuching. Terus pandang husband, tanya nak ke dia ke Kuching? Dia on sentiasa. Meraikan hati orang tua. Ibu pun senyum. Jangan tak merasa kan. 


Esok pagi, biasa la bila dengan bebudak, paling awal pun jam 8.30 pagi bertolak dari Miri. Itu pun pada mulanya hendak bawak satu bagasi je, sebab risau tak muat ruangan. Sewa Avanza saja. Nasib baik tubuh besar cuma 4. Dua sudah di hadapan dan tinggal Ibu dan Opah di belakang. Nayla dan Najmi biasa la, ulang alik antara seluruh kereta. Itu pun nasib Pak Usu tak mengikut. Memang plus 1 terus la ruangan. 


Obviously, the Pan Borneo highway memang sakit. Setelah hampir 10 tahun Ibu tak merasa pulang ke Kuching naik kenderaan darat, memang it's not a good experience. Semua orang dengan anak kecil pasti memilih untuk terbang sahaja sebab tiket flight pun dah murah kan. Sarawak kan ramai orang kaya. Tapi, siapa yang suka adventure, naik kereta much fun. Biasa la dengan orang tua, budaknya lagi. phew~ penat berganda mengalahkan yang bawak kereta. 


Guess berapa lama naik kereta dari Miri ke Kuching? 


Kamu orang bayang kan la ha, kami ni dari Johor bah. Ke Miri. Alih-alih mau ke Kuching lagik. Pahtu patah balik lagi. Eh~ kerja bah tu. Balik sudah la seminggu saja. Memang atas jalan bah saja kami ni. Geram juga atu dengan unexpected plan. Tapi demi orang tua, kita raikan saja. Bah, saja bah aku mau kasitau luahkan marah ku ni. Nah, dibilang kami ni kenapa tak beli one way tiket saja. Eh. eh eh.  Bah sudah malas la mau dikenang atu. Ndak guna jugak. 


Berbalik pada story kita tadi, dari Miri jam 8.30 pagi. tu tut tu tutt... Sampai Bintulu dengan jalan yang boleh tahan lagi la, 2 jam setengah tiba di Sg.Plan. Atok cakap, kita makan area sini jak. Tak payah masuk bandar sebab mau jalan terus. Sekali kedai dia mau makan tutup. Kami masa tu, hari Ahad bah. Memang la. Sempat jugak la throwback memories kami di Sg.Plan yang kini sudah ada Mr.Diy tu. 

Mau snap snap, dijeling sama laki sebab ndak peduli anak. Haha Bah gitu la kau. 


Tapi usai makan, naik sikit dah zohor. Maka singgah solat Zohor di Petronas. Well, again. Highway Sarawak ni mana ada lagi RnR. Kau mau kencing ka, mau solat ka cari jak stesen minyak yang ada. Makan, bekal la jajan ka, kudapan ka. Perjalanan dia lebih kurang masa kami kecil dulu, bangun makan tidur. Bangun, makan, hooraa hooreyy sekejap and tido balit. Selesai urusan dalam 1.30 petang. 


Diteruskan perjalanan ke Sibu, O M G.. What the way~ So so so...  memang mau muntah hijau bah. Tapi, sebab husband bawak aku boleh la tidur lagi sambil pangku si Nadhira. Sian husband merasa la penat bawak kereta jalan jauh dengan jalanraya yang retak seribu sebab dorang nak buat Pan Borneo tu kan. Dia macam jalan berbatu yang belom diturap tu for almost 3 jam. Nak terkencing? ah ah.. No. Tidur? Phew~ lelap kejap je la. Nasib juga bebudak ni dah kenyang dorang senyap tidur kat kerusi belakang. Terasa tidur dilambung ombak. 


Tiba di Sibujaya, singgah minum petang a.k.a makan malam kami jam 4 petang kalau tak silap. Ping pang ping pung, tukar pampers anak, buat susu. Dengan geram thermos yang dibawak tu air panas dia tak tahan untuk satu hari pun. Eh~ serba serbi. Ibu ni ha culas. Tak cek dulu. Patut standby. Maafkan la Ibu anak-anak. Terlupa diri ni dah anak 3. banyak benda nak kena fikir. Jetlag pun tak habis lagi. Excited plus penat semua ada. 

.

(tertiba rasa macam tak nak sambung menulis untuk entry ni sebab it's not a good memory for me.) 

Dalam kepala terngiang suara Opah, kereta ni tak ada abzober. 

Nasib juga aku telefon adik aku tu cakap kami nak datang. Kalau tak, jam 1 pagi baru nak telefon memang masa tu, I hate suprise terus laa. Haha 


Eh, padahal sikit je lagi nak sampai Kota Samarahan tu. Dari Sibujaya kami dalam jam 5 petang macam tu la kot. Uruskan anak-anak dulu. 

And nasib jugak jalan Sarikei > Sri Aman dah bagus. Cuma gelap saja la. Sampai Kota Samarahan dah tengah malam, mana la dicarikan lagi kedai makan. Eh, silap sungguh tadi makan Roti John je. Sebab kata singgah minum. Nak order berat pun alahai kedai, bihun goreng tertumpah garam. Atok ngan Opah je order makanan berat. Kami 4 beranak kongsi Roti John. Sampai rumah adik, ku balun mee maggi 2 peket. Kau rasaa? Ha ha Pecah rekod. dengan menyusukan anak lagi, dengan penat lagi. Uish.. 

Sekali datang Kuching,makan KFC je. 😂 Nasib la orang bawak kau makan. Apapun tak makan. Mee kolok tarak, Mee jawa pun tidak. Apakan lagi Sarawakian food yang aku nak semua tak sempat. Sempat la merasa Daging Wangyu adik belanja. 

Eh. Kau ni cerita mende tak best pulak. Benda best kau tak cerita ke? 


Hari Pertama: Ke Telaga Air & Pantai Damai


Esok paginya, jam 8.30 pagi anak-anak dah celik. Uish~ deme ni tak penat ke? Seronok dapat jumpa sepupu yang lama benar tak ketemu. Last jumpa masa Mak Long dorang kahwin dulu. Sempat main sekejap. Sementara planning nak ke mana lagi. Sudahnya kami pergi Makan Tengahari ke Telaga Air. Lebih kurang macam Danga Bay bagiku. Cuma di situ sungai. 




Dah nama tepi sungai, masakan semua berasaskan makanan laut. Again, makanan lupa nak amek gambar. Nak kata berebut tak jugak. Tapi, biasa la. Ibu dah lapar, lupa terus. Sudah makan baru nak snap snap tempat sekeliling.  In shaa Allah kedainya halal toyyiban. Dah makan nak la pergi tengok jeti sekejap. Sempat berborak dengan tuan empunya kedai, menceritakan tentang sebuah bot karam beberapa hari sebelum kami datang. 

Sudah tu, dia pesan datang la lagi. Orang asyik tanya kami ni dari mana saja. Sebab husband jadi tukang bayar, ingatkan pelancong dari Semenanjung. 
he he  Bukan prejudis, tapi teruja bila orang luar makan di kedai kita. And aku pun lupa amek no telefon. 👀



Siap ada Family Boat Ride. Pahtu, dok throwback. Macam pernah ke mari? Tapi macam tak pernah. 10 tahun kau, rasa-rasa mesti banyak perubahan kan..Lagikan Pekan Nenas tu dua minggu tak balik pun dah ada dua lorong depan Pekan Sentral. Ini kan 10 tahun. 


Jangan dihirau segala bendera orang nak PRU tu. GPS apa semua, Bila aku dah awal balik, jangan ditanya kau bukan balik nak terus mengundi ke. -_-!

Next! Eh, kat Telaga Air ni la ada kuih sedap tau. Seumur hidup ini kali baru pernah makan. Favorite Opah ni. 


Namanya Kuih Tanggak. mustsayitlikesarawakian Dalamnya Gula Merah kalau tak silap aku, rasa dia chewy-chewy gitu. Satu peket ni ada 5 keping. Harga tak tanya pulak Opah berapa . Dia ngasi semua. Aku mana nak tau. Kuih di tak ada di tempat lain, kecuali di Telaga Air katanya. 

Next, destination. Pantai Damai.



Iconic Pantai Damai ni ada Tugu Burung Kenyalang yang ingatkan aku pada dialog kami. 

 'Ni burung apa ni midah? Burung Damai ka?' 

Pecah ketawa laki aku dengar. Burung Kenyalang la ngek.  Apu~ berapa tahun tak balik lalu lupak daratan anak itoi (ni). 



Sementara budak-budak lain (Nayla, Haziqah, Najmi) teruja dengan pantai dan ranting kayu, dia satu-satu duduk ternah (elok) menghirup air coconut shake ummi dia. Ummi dia pulak, pulun ke hulu ke hilir mengajak Ibu snap snap gambar. Al-maklum la, Ibu ni fotografer keluarga. Teda siapa sudi nak snap gambar Ibu. siap pakej Nayla tanya, Ibu mana Ibu? Tak ada pun Ibu dalam ni. (merujuk setiap gambar yang Ibu amek). Sabar je la anak bertuah ni. 


Nah, kami lima beranak di 📍Pantai Damai. Checked✅ Nayla nak turun ke bawah Pantai sana  tapi airnya surut. Sibuk nak mandi pantai. Balik Johor banyak pantai. 


Keluar dari Pantai Damai (masih dalam kawasan yang sama) eh, ada info Geopark. Tapi, kenapa kawasan ni macam sunyi? Orang ramai datang untuk bergambar di pantai je. Seberang Pantai Damai tu, ada Kampung Budaya Sarawak. Malangnya, ditutup. Tak pasti sama ada sebab pengubahsuaian atau memang dia tutup jam 3 petang. Masa kami sampai tu, dah jam 4 petang. Ajum je la kita bergambar. 



Maafkan amatur amek gambar. Ruginya dia tutup, kalau tak boleh bawak anak-anak pusing dalam ni. 


The other side of pagar Kampung Budaya. Kena cari uniform seragam lain ni. 😂 Balik-balik baju biru ni je seragam. 

Dah puas amek gambar, hari pun dah hujan panas. Kami beransur pulang. Ada auntie (adik Opah) jemput makan di rumah beliau. Tapi tu la Macam biasa Ibu kalau nampak makanan telefon campak sungai. 


Sebelum kita pulang ke rumah, nasib sempat snap satu-satunya Eco MALL dalam Malaysia. Tak sempat singgah, laki risau tak jumpa jalan balik Johor nanti. 

Next, kita sambung hari kedua di Kuching pulak. Ada suprise lagi? Adeh adeh... 



ps: sorry la kalau banyak sangat taipo. Laju menaip, tapi fon loading la sangat. 


Selasa, Disember 14, 2021

Kempen Kembali ke Sekolah 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' Muncul Semula

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah 



Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad. 


Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.   

 

JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.   


Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini. 


Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class. 



TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula. 


Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.


Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria



TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.    



Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’. 


“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.  


Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan  inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”


Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian. 


“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila. 

  


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.



“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling. 


Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.