Selasa, Januari 04, 2022

PRESTASI BLOG PENUTUP 2021



Akhirnya, yang ditunggu telah pun sampai. Eh, apa benda tu? Ni haa, keputusan blog Aien ni. Okay tak okay. Tengok bulan lalu macam sendu betul la PV. Jadi macam.  so whatever la. Malas la nak fokus kat situ. Haha 


Well, bulan december yang lalu pun Aien berjalan pulang Sarawak. Bila dah balik Johor mood alahainyaaa.  

Baca juga: Cuti-cuti Sarawak Bahagian Akhir

Jadi, setakat yang dilihat, Aien bersyukur dengan prestasi yang agak memberansangkan berbanding Nov 2021 kot. Lupa dah.  Haha 


Ramainya datang membaca blog Aien. Haha Thanks sebab singgah. Korang nak tau apa sebab dorang singgah ke mari? 



Tu, penangan drama Turki di TV3 Hari sabtu Jam 2 petang tu. Price of Passion tu. Hehe Tapi tu la, reviewnya pun belom habis. kena habiskan dulu la ni. Baru sambung habis lagi. 


Memang itu saja la keluar dalam carian mereka. Review drama, sinopsis dan sebagainya seangkatan dengan drama Turki tu. Selebihnya mengenai buat buku pink, pengalaman bersalin, checklist baju anak dan sebagainya. 

Paling evergreen orang masih cari, review guna sunscreen Wardah. Hehe 

Jom tengok ikut Google Analytic pulak, yang mungkin lagi details dan jelas penerangannya perihal blog ni. 


Rasa macam berbaloi dari tahun lalu. Sejak pandemik melanda dunia, terlalu banyak menghabiskan masa menjadi content creator, blogger dan vlogger. Jadi yang lama-lama macam Aien ni kena keep it up the game untuk terus dalam bidang ni. Eh, lagipun blog ni macam diary Ibu la. Luahan rasa Ibu. Sharing about something good. Biasanya orang yang berjalan ke blog kita ni semestinya dorang wonder tentang masalah dorang. Kan? 

Untuk yang lainnya tak dapat di screenshot sebab pakai phone, jadi tak penuh info dia. Tak apa kan? Janji blog Aien okay-okay jur. 

Tu je la nak cerita. Harapan mudahan tahun ni boleh merasa duit dari blog. Hehe Doakan . ^^

Isnin, Januari 03, 2022

Bisanya tangan yang menghayun buaian

 


"Be ware the power of suri rumah ..  " 


Ayat ni dok terngiang-ngiang dalam kepala aku macam bunyi langau tu. Pasal apa terbit perkataan ni dalam kepala pun dah lupa. 


Al-kisahnya  tahun baru orang semua teruja dengan slip gaji dari hasil bisnes yang berganda. Berduyun mereka naik. Eh, kau ni kenapa eh? Dengki ke? 


Tak laaa. Aku cuma, envy? Iri? Adore mereka punya spirit dan pelanggan selalu ada pada mereka. 2021, dua jenis perniagaan supplement aku cuba masuk. Tetapi,, naaaa~ sebagai pelanggan aku mungkin boleh pergi. Tapi sebagai seller. Nak push orang beli adalah NO! Walaupun alasannya suplement ni orang akan sentiasa cari. But, thank you.


Bagus ada leader yang punya positif vibes dia terbaik, tapi bagi aku yang nak berniaga buang masa boring, terima kasih sangat-sangat sebab dah guide. 


Dulu, aku pernah jadi promoter. Tapi apa aku buat selepas aku tidak berpuas hati dengan produk aku jual tu bila ada pelanggan bertanya pendapat aku? 


Tak payah la kak. Buang duit akak je beli ni. 🙃 


Eh adik ni, biasa promoter ni promote barang dia habis-habisan sampai orang beli, ni terbalik pulak. 


Bila difikir balik, benda lain boleh. selagi dia bukan makanan atau ubatan la senang. Kalau aku serasi, aku mesti nak pujuk orang beli. 


Kau baru je pakai berapa lama? mana nak consisten. 


Tak. Bagi aku berkesan, tapi poket aku pun terkesan sama. 😢


Eh, mende nak cerita ni? Begitu la kisahnya di hujung 2021  aku left semua group whatsapp dan telegram tentang segala supplement ni. Dia bukan tak bagus, cuma aku je yang tak cukup layak untuk jual benda tu. Tak apa la, aku berbisnes santai dengan Jimmyscarves tudung kayangan aku ja. Mudahan aku pun dapat jua jadi orang kayangan. 👻 


Tagline - Saya pakai saya jual ni tak ngam ngan aku. 😬 Mungkin benda lain la kot. Haha 



Tambahan pulak, aku dengar cerita kawan aku ada mak cik suami dia dok bising kat mak mentua dan suami dia suruh dia buat kerja, pasal dia balok liat. Padahal dia memang sensitif punya pregnancy. Sekarang alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan setengah kalau tak silap, dah boleh buag kerja rumah sikit-sikit. Suami dia je terlebih berjaga-jaga also known as sayang bini buatkan semua kerja rumah lain termasuk memasak. 


Persoalannya, kenapa mak cik ni sibuk? Padahal suami dengan mak mentua dia okay je? 


Maka, kami nasihatkan si A ni, usah la mendekati manusia konfem masuk syurga ni. Sebab dia memang begini. Jaj orang je lebih. Kain dia terselak dia tak perasan. Risau juga terkenan dengan bayi dalam kandungan. Haha 


Perihal lagi satu buat aku trigger benda ni, pasal iklan radio ni. "Orang berniaga kau sibuk berniaga. Tapi poket kosong." Lebih kurang begitu la ayat dia. Kalau korang biasa dengar radio (as surirumah memang akan dengar radio bila dia kat dapur) mesti tau iklan ni. 😂 


Aku macam? Weh, padehal tagline kau kamil? Rasa aku nak dengar radio santai-santai, dengar iklan kau menyirap aje. Macam aku tak buat lebih je. Ha, memang pun. Aku tak blast benda aku jual kat orang, aku tak promo habis-habisan. Gitu la. Banyak alasan. Haha Sebab nak santai aje. 


Konklusi di tahun 2022 ni, nak cari hobi baru. Ingat nak ganti penjual yang asyik jual makanan tak sedap tak rega kayangan tu. Tapi sendiri pun tak pandai masak. Haha 

 

Makanya, masa masak tadi aku pun terfikir. Suri rumah ni kan. Dia pun macam wanita lain. Banyak angan dia. Cuma sebab dia suri rumah, semua dia pendam sebab nak jaga hati suami. Lagi-lagi suami ada banyak nak difikir daripada angan dia (si isteri) tak sudah tu. Dia nak juga macan orang lain, sebab tu dia berniaga dengan zero permulaan semoga ada duit boleh dia gunakan untuk diri dan anak-anak. Sudahnya, duit tu pergi ke makanan yang dia lama teringin nak makan atau terpengaruh dengan rakan media sosial. 😅 Itu saja cara dia hiburkan hati dia setelah seharian lelah menjalani rutin yang sama tiap hari. 


Aku bukan nak cakap ibu yang berkerjaya itu teruk, tak. Atleast okay, mereka ada keluar dari rumah. Mereka ada duit mereka sendiri untuk bagi pada mak ayah terutamanya. Dan mereka ada the strongest will nak bangkit. Again  aku envy dorang ni. Apatah lagi mereka yang juga berjaya dalam bisnes. Uishhh~ memang terbaik. 


Wanita itu hebat kan? Penuh teka teki. Jangan lelaki aje tak fahamkan dia,  dia sendiri keliru dengan diri dia sendiri. 2022 ni, dia harap dia boleh jadi keluar dari kepompong, terbang tinggi untuk menikmati indahnya tipu daya dunia. 


2022, 

never thought I will live-life-living for this age,

with a husband and my minions. 

Whenever I look at the mirror,

Macam mak-mak dah aku. 

Padahal memang pun. 😂

Aku nak jugak jadi macam orang lain, mak yang vogue. Kata orang mak moden. Haa, gitu. Aku bahagia aje dengan hidup aku, until someone question my style, how my husband think about me and how bored my life it is. 


Dari dara, sehingga kini. I just living in the moment. I said when it should say. I shut whenever I can't say anything. Cause whatever I said, it's hurt people. 


Bak kata ayah aku, tulah banyak sangat mengata orang. Allah bagi sakit bibir tu. I remember it till I die. Thanks for the  reminder. 


Slow slow, when it's time, it will come. -pujuk adik aku bila kakak dia ni menyuarakan angan dia. 


Macam-macam angan aku untuk tahun ni. Nak tengok mana dulu yang jadi, biar aku jadi Nadhira yang baru nak pasakkan lutut sama ada untuk duduk atau merangkak. Kita tengok. 


Tulah orang kata, jangan dicanang angan kita, tak menjadi orang ketawa. -Noted! 


Nak keluarkan segala beban dalam kepala. Done! Jangan difikirkan lagi. If them can, you can also maa.. Jangan hidup sekadar hidup. Usahakan sesuatu supaya orang nampak akan dirimu. Atau, supaya matimu menjadi seperti Almarhum Siti Sarah Raisuddin. Aamiin Ya rabbal alamin. 


Sabtu, Januari 01, 2022

Dua Kosong Dua Dua - might a great year after all

 


Alhamdulillah masih bernafas sehingga hari ini, hari pertama daripada tiga ratus enam puluh lima hari seterusnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah masih diberi peluang.


2021, 

pergi membawa seribu kenangan buat kita semua

Ada pahit, manis, suka dan duka 

seperti biasa perginya meninggalkan memori buat kita


2022, 

berharap akan menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya

Kita akan menjadi lebih siap siaga menghadapi semua. 

Semoga semangat di awal tahun ini kekal sehingga penghujungnya. 

Teruskan berusaha, in shaa Allah akan nampak hasilnya. 


Noone family mengucapkan Selamat tahun baru buat semua pembaca Kisah Aienienka. 


Semoga kalian baik-baik saja. Jaga diri, stay safe di musim tengkujuh ni tau.