Ahad, Januari 16, 2022

Pencarian bloglist Januari - Februari by Nazfea Solehah


 

Begitu la kita bila tiada idea dan kau jalan-jalan ada yang buat segmen .. Maka, mari kita support! 



Syarat nya mudah sangat dan korang akan menjadi rakan chingu si Solehah ni. ORAIT. jom kita start. hehe

Selasa, Januari 11, 2022

Bila Nadhira masuk 6 bulan

 


Alhamdulillah berjaya Ibu sampai ke Diploma dalam bidang penyusuan ibu ni. Alhamdulillah ketiga-ketiga anak berjaya sampai diploma, dan hanya Najmi saja berjaya sampai ke Master. Mudahan bersama Nadhira, Ibu berjaya ke PHD. Yes! Keep going young lady. 


9hb semalam, young lady Nadhira temu janji klinik untuk pemeriksaan 6 bulan. But, mengiciwakan apabila berat Nadhira cuma naik 200g sahaja dari timbang bulan lalu. Aiguu~ bila Ibu belek balik diary berat anak-anak, ketiga mereka bila dah mula rasa nak bermain akan slow penaikan berat badan. Syukur juga mereka masih sihat kan? Cuma kali ini Nadhira hadir ke klinik dengan selsema dan batuk. Sob sob aje. Musim begini, jika anak-anak selsema dan batuk, mereka para misi suruh refer ke doktor tengok sama ada si kecil boleh dicucuk vaksin ataupun tidak. Sekiranya demam, sudah pasti akan diberikan tarikh temujanji baru untuk cucuk sahaja. 


Maka Nadhira pun jumpa doktor. Sudah la Ibu kelam kabut dengan Family Planning appointment. Haha Kejap ke bilik sana, untuk pemeriksaan Nadhira. Sekejap ke makmal untuk test diri sendiri. Aiguu. Susah juga merancang dengan klinik nih. Tapi apa kan daya, mereka la yang tak perlu keluarkan duit. Cuma kena luangkan masa saja. Bayangkan dari jam 9 pagi sehingga hampir 12 tengahari. Sudah la Ibu tiada buatkan sarapan untuk Ayah dan Nayla serta Najmi. Kelaparan la mereka di dalam kereta. Aiguu. Ibu Ibu.. Kalut sungguh laa. 


Eh, ni nak cerita pasal Nadhira ke Ibu ni? Haha Okay, berbalik pada Nadhira yang bertemu dengan doktor tadi. Kena la bebel sekejap pasai penjagaan kebersihan memandangkan sekarang kan musim COVID-19 pahtu dengan varian yang semakin mengganas pulak tu. Anak kecil pulak tiada perlindungan face mask ataupun face shield. Habis diperiksa paru-paru dan ubun-ubun serta di bahagian dada, doktor suggestkan buat ujian saringan covid-19 jika selsema dan batuk Nadhira berpanjangan. Silap ibu jugak cakap dah seminggu. Padahal dia baru je selsema hari Khamis hari tu. Pastu, disapukan kunyit di batang hidung. Hingusnya tak keluar, berkumpul di dada pulak. Kesian aje kan? Usai pemeriksaan tu, doktor cuma berikan ubat cairkan kahak saja sebab bayi di bawah 2 tahun memang tiada ubat untuk mereka sekiranya demam, batuk atau selsema. Ibu la kena pandai buat home remedy. Atau gunakan balsam yang ada di pasaran sekarang ni. 


Selepas itu, Nadhira dibenarkan untuk suntikan HEXA a.k.a suntikan ketika usia 6 bulan. Tunggu Ibu punya panggilan Nadhira boleh tertidur. Dalam lelap tetiba kena cucuk pulak. Meraung la young lady ni. Alhamdulillah senang je nak pujuk. 10.30 temujanji Nadhira dah siap. Tinggal Ibu punya pulak. 


Tunggu punya tunggu jam 11.15 pagi baru dipanggil nama. Omoh~ sekali BP tak cantik. Misi tanya ada stress ka, tidur jam berapa dan sebagainya. Siap tanya. Jujur cakap, awak penat tak? Haha Ibu pun tak tau la nak cakap penat ke tidak, tapi penat risaukan orang tunggu dalam kereta tak makan. Pahtu cakap la belom sarapan lagi. Laju aja misi suruh pergi makan dulu, relax-relax makan jangan gelojoh nanti datang semula. Aiguu. takut-takut pulang ke kereta, cakap dengan suami begini begini. Anak-anak pulak tak sabar ajak pulang. Serba salah ibu. Tapi demi sepapan pil perancang, pergi jugak. Plan asal nak amek suntikan depo, ada seorang akak ke adik siap cakap. Tak payah la depo..Nanti awak jadi saya. gemok~ serius dia memang berisi. Tu buat Ibu seram lagi. Makan noriday pun shock berat badan naik sampai --- astaga..  hahaha terkejut Ibu tengok penimbang. Omoh~~ Aigu. lepas makan pun BP tak cantik. Misi suruh masuk bilik penyusuan baring rehat dulu. Nanti dia masuk cek. Sekali dah baring, Nah. Elok pulak dia. Haha kelam kabut ibu ke bilik seterusnya. Untuk kali ni, Ibu tukar pil pulak ke Oralcon sebab Nadhira dah start makan. Mudahan tak kacau penyusuan ibu la kan. 


Cerita pasal Nadhira dah makan, pulang dari klinik, Ibu masakkan bubur untuk dia. Petang tu, pertama kali dia merasa bubur lenyek. She so excited. Tak ada pulak ibu amekkan gambar. Kakak Nayla dan Abang Najmi pun teruja sama tengok adik mereka makan. Hehehe Yeay. Dah boleh makan berjemaah. Setakat dua hari menjamah bubur, Nadhira enjoy her first food. Next boleh makan campuran pulak. Hee.. ibu pulak syiok nak susun menu. Mudahan Nadhira berjaga NO SUGAR AND SALT sampai 2 tahun okay. 



Ahad, Januari 09, 2022

DRAMA KOREA: Now We are Breaking Up (2021)

 

drama korea: now we are breaking up
credit: kepopers

Tajuk: Now, we are breaking up 


Genre: Romantik, fesyen, melodrama, life, friendship


Bilangan episod: 16 


Barisan pelakon: Song Hye Kyo, Jang Ki Yong, Choi Hee Seo, Joo Jin Mo, Jang Hyuk Min, dan lain-lain


Sinopsis: A dreamlike story of love and break up.  Ha Young Eun seorang ketua pereka di sebuah syarikat fesyen yang sangat realist dan berhati beku dan mementing kestabilan dalam membuat sesuatu keputusan. Dia bijak, cantik dan sangat berdisiplin tinggi serta sensitif pada trends. Yoo Jae Guk seorang jurugambar bebas yang sangat popular dalam dunia fesyen. Dia mempunyai pakej lengkap iaitu kebijaksanaan, kaya dan penampilan kacak. 



drama korea: now we are breaking up review
credit: cafehallyu

Permulaan drama ini dihidangkan dengan babak panas dari kedua pelakon utama yang berjumpa secara kebetulan di sebuah pertunjukan fesyen di Busan, Korea Selatan. 


Seperti di sinopsis, Song Hye Kyo yang membawa watak Ha Young Eun seorang ketua pereka di sebuah syarikat fesyen, THE ONE kelihatan struggle dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja dan rakan baik kepada anak pengarah syarikat, Hwang Chi Soo yang terlalu banyak drama percintaan dengan model syarikatnya.


Yoon Jae Guk, jurugambar bebas pulang untuk menyertai pertunjukan fesyen dan tertarik dengan Ha Young Eun. 


Tak lama kemudian, Jae Guk disuruh oleh Ibunya untuk pergi blind date bersama seseorang yang bernama Hwang Chi Soo. Namun, diganti oleh gadis yang menarik perhatiannya. 

ehm. ehm. ehm.. macam skema pulak buat review macam tu. Haha 


Secara keseluruhan setelah menonton 16 episod yang bagi Aien terlalu perlahan momentum perjalanan drama tapi sesuai la dengan nama melodrama. Tak la melo sangat, still setelah beberapa episode terutama selepas Jeon Mi Sook, rakan baik Chi Soo dan Young Eun jatuh sakit banyak sangat scene yang bikin mata guwe panas~~ Sebaknya sampai apatah lagi beberapa scene peminat highlights kan yang Hye Kyo menangis sampai mengigil tangannya apabila mengetahui Jae Guk adalah adik kepada bekas kekasihnya. 


Drama Now we are breaking up ini berlatar belakangkan dunia fesyen dan jurugambar. Banyak pepatah yang menarik perhatian Aien sepanjang menonton. 


credit: cafehallyu


Ha Young Eun dan Yoon Jae Guk sangat degil apabila mendapat tentangan hebat daripada kedua mak mereka apabila mengetahui masing-masing adik dan bekas kekasih kepada  mendiang Yoon Soo Wan. Pada kedua mak ini, hubungan mereka hubungan terlarang dan pasti di keji oleh masyarakat sekeliling. Padahal Jae Guk dan Soo Wan itu cuma adik beradik berlainan mak. 


Mereka terus berusaha untuk menjalani hari seterusnya dengan bahagia tanpa memikirkan hati orang lain. Buat sehabis mungkin seperti esok mereka akan berpisah. Punya dia mencintai Jae Guk, sampaikan Young Eun rasa nak buang je kenangan 2 bulan bersama mendiang Yoon Soo Wan tu. 


Selain daripada itu, penulis skrip cerita ni membawa kita mendalami jiwa wanita yang terlalu nakkan banyak benda tapi pada hakikatnya jika dia jumpa apa yang diinginkannya, dia pasti melakukan sesuatu di luar jangkaan.  Contoh seperti Jeon Mi Sook, saat dia tahu dia menghadapi kanser, pada mulanya disangka itu cuma salah diagnosis saja, tapi benaran. Dia mula give up dengan hidupnya. Mula ingin membuat apa yang dia ingin lakukan selama ini. Yang ditahan kerana kekangan dia cuma seorang suri rumah. 


Ketika dia mengetahui dalam masa yang sama suaminya curang di belakangnya. Sedih sangat scene Mi Sook dengan Soo Ho ni. Sekurang-kurangnya Soo Ho kesalahan dia, cuba nak tebus balik bila isteri dia sakit. Jadi setiap hari-hari terakhir Mi Sook tu memang digunakan dengan sebaik mungkin sehingga dia meninggal dunia. 


Selain daripada itu, yang membuatkan Aien sedih lagi apabila mak dan ayah Ha Young Eun nak berpisah sebaik saja En. Ha bersara. Alasan Pn. Ha dia juga mahu bersara semenjak 40 tahun menjadi isteri En.Ha. Allah. Sedihnyaa. Tambahan Pn.Ha lagi, dia terlalu lelah mengulangi rutin yang sama dan malu pada rakan sebayanya di Pusat Komuniti yang bila ditanya apakah hobi mereka, terlalu banyak jawapan mereka, padahal. Pn Ha sendiri kedu di situ dengan hanya memikirkan tentang masak, membasuh dan mengemas saja. Bahkan yang menguris hati Young Eun lantas menyokong maknya untuk bercerai apabila Pn. Ha menulis, 


di suatu majlis keramaian, dia cuma mengenalkan aku sebagai ibu Young Eun. Sudah berapa lama aku tidak mendengar namaku sendiri. 


Pheeww~ lost identity bhai. Dia macam deep inside hurt very very long time ago sampaikan parut yang ada tu masih terasa sakit. 


Bila En.Ha baca rentetan lain Pn. Ha tulis kenapa dia nak bercerai baru tersedar selama umurnya menjadi suami dia terlalu sibuk menjadi cikgu kepada murid-muridnya. Itu la dia menjadi perempuan ni, dia cuma mahu sedikit saja perhatian daripada si suami. 



Untuk beberapa episode terakhir, tengah-tengah menonton tu, know know air mata mengalir. Touche sungguh la. Tak tau kenapa drama ni macam dekat di hati wanita Aien. Auch gituu~ 

                                   


Pepatah daripada Jeon Mi Sook. Masa dia terkantoi dengan Ha Young Eun dan Hwang Chi Soo yang dia tahu suami dia curang dengan dia. Dan cuba merapatkan hubungan suaminya dengan skandalnya itu. 

Bila suaminya tak sedap hati sang isteri merapatkan anaknya dengan Cik Seo (skandalnya), lantas Jeon Mi Sook berkata, 

"Bila awak cakap ada klient telefon, awak jawab di balkoni. Kadang-kadang di bilik air, awak senyum lebar."


Terkedu Soo Ho mendengar. Isterinya tahu yang dia curang. Omoh~ so heartbreaking bila dia nangis minta maaf dengan isteri dia.  Automatik terasa betapa sedihnya hati Mi Sook bila dia tambah lagi, 


"Soo ho, boleh tak jangan buat saya jeles sangat? Sementara saya masih ada, boleh tak awak mencintainya saya seorang saja?" 

 

Ya Tuhan, berkecai hati. Huwaaa, sebak tu sampai. Betapa selama ini Soo Ho membiarkan isterinya berseorangan di rumah melayani anak dan menyantuni mak mentua yang ada saja silap di matanya. Boleh tengok di awal-awal episod drama ni, Soo Ho cukup menyampah bila Mi Sook membebel. At the end of perkahwinan dorang, perginya Mi Sook mengajar Soo Ho faham perasaan isterinya yang selama ini selaku buat yang terbaik untuk dirinya. 




Yang ni tak pasti siapa yang cakap, tapi deep jugak quotes ni. Jodoh itu memang rahsia Allah. Ada sesetengah orang bila dia jadi suami isteri asyik nak bergaduh. Bila dah bercerai elok saja berkawan. Tapi itu sekiranya ada anak boleh la terus berkawan. Kalau tak ada. Baik masing-masing bawa haluan masing-masing saja la. Risau jadi buah mulut orang je. Tapi, mana tahu kan. boleh kawen balik dan bina rumah tangga yang lagi baik dari sebelum tu? Entah, perhubungan perkahwinan ni sangat rumit. Yang dah kawen pun tak pernah faham, kenapa hati ni asyik nak mencari salah je kan. Padahal 40 tahun kawen banyak je memori indah. Eh. Aien baru putik jagung je ni. haha



At the end of drama, Sesungguhnya kadang-kadang berpisah itu lebih baik. Sesuai la dengan tajuk dia, bila dah masuk episod 16 pun rasa macam panjang lagi ke drama ni. Padahal terang-terang dah kata episod akhir. 

Secara keseluruhan Aien suka drama penuh dengan air mata dan kemanisan dia. Lagi-lagi bila Jang Ki Yong berlakon. Haha Setiap watak itu hidup dengan jalan dia tersendiri. Tak leh terlepas sikit pun walaupun jalan cerita dia agak perlahan. Tapi, setiap bait-bait dialog antara karakter sangat best. Penuh puitis. I salute writer dia. 

Korang nak tengok lagi quotes yang menarik dari drama ni, boleh usha Now We Are Breaking Up Quotes kreatif jugak blog macam ni kan? orang memang akan cari inspirasi dari pepatah drama. Drama pertama habis untuk tahun 2022. Next, habiskan beberapa drama tertangguh. 

Nak baca review Drama Korea lain boleh klik Di SiNi .