Selasa, Januari 18, 2022

JJM Bloglist Year 2022


 

Marilah kita berusaha menyokong bloglist kawan-kawan. First time Aien singgah ke blog Ika ni. Salam perkenalan Ika. Tambah lagi sorang book review Aien di alam maya. -bila tengok balik, laa dah pernah follow ika ni dlu laa. hehe

.


senang je syarat untuk join segmen ni. Janji korang aktif dalam blogging. All the best dan salam perkenalan semua. 

4fingers - makanan favorite terbaru di GRABFOOD

 


-Happy Holiday! Ajum la kita bercerita pasal makanan je. Gaji aku pulun beli makanan layan anak tekak dengan anak-anak je. Sakan kami order saban bulan. Bila dah sob sob ni fikir. Baru berangan nak belanja makan sebulan sekali. Aiguu~ Ibu lost kejap. 

Haa, nak cerita la kan, sejak 4fingers ni dah samai ke Taman Universiti dan dimasukkan ke dalam GrabFood dan Foodpanda, Aien cuba la nak makan yang orang kata sedap la jugak. Dan semestinya! 5/5 bintang Ibu bagi. Yeay. Kata Nayla, sedap la  bu~ Haa memang la. Pastu lepas ni termangu jap ibu cari duit ceruk lain pulak. Ada orang nak bagi job tak? Haha 

Pertama kali order guna Grabfood sebab macam lagi murah di situ berbanding dengan panda pink tu, padahal sama je kot. Tapi sejak asyik bertemu dengan rider Panda pink malas nak naik ke atas, tu yang mogok jap. 


Masa ni pertama kali juga cuba Zus Coffee tu. Bantai begini la kan, anak tekak nak makan and Ibu kau ada duit. Sampai Nayla pun dah pandai, Ibu kakak nak yang tu, yang ni... Haha 


Order Regular Cheesy Combo dengan harga RM23.90 . What I Love about this chicken, dia memang sedap makan terus masa baru sampai dan gabungan rasa seaweed dan cheese dan crispy kentang goreng dia memang sedap. 


Dan Nayla pengemar crunchy food mengadap la sekotak tu. saja try mix flavor chicken tu, soy sauce dengan spicy. Mungkin anak-anak terambil yang pedas, terus dorang tak nak makan dah ayam tu. 

Makanya buat kali kedua order, Cheesy Rice Box Combo dengan harga RM20.90. Ibu order untuk ber-"me time" la masa tu, sebab lapor giler. Dah penimbang pun takut nak tengok badan. Hahaha 

Add ons Mochi dua ketul RM4.90. Perisa kacang merah dan pandan. Air ambil air miranda strawberry. Air lejen kot. haha


Itadakimasu~ Bismillah jom kita tengok bagaimana rupa set Cheesy Rice Combo ni di sebelah dalam. 



Nasi yang lembik ditaburi seaweed plus kicap manis, bersama kimchi dan beberapa ketul ayam yang telah ditaburi cheese powder and hirisan keju. Oommmm~ makan makan makan. Dah lama punya gambar kan? Masa tu la kan. Baru dapat gaji. Dok teringat je. Orang tua kata ,kalau asyik teringat kena beli. Takut kempunan. 😅 

Tak sampai 10 minit, sekotak ni telah pun habis. Dan Nayla pun bangun. Dia sorang ni memang cepat alert kalau ibu atau ayah dia tak ada. Masa rider grab anto, pesan siap-siap. 'ko jangan nak bagi salam. letak je depan pagar. Anak-anak akak tido. Akak nak me time. Nanti akak amek.' 

Begitu la bunyi ayat dia. Tak ada la sebijik gitu, tapi serupa la kan. Sebab memang dah terjegat di balik langsir tu pasal dah lapo. Nasib ler budak rider tu paham. Selamat Ibu anak tiga ni enjoy makan sengsorang. Bwahaha 

Jangan ingat koi kejam pulak tak belikan untuk deme. Ada je set ayam tu untuk sekali dengan ayah deme balik nanti. Nayla dan Najmi pakat habiskan kentang dengan air. Ayah dia makan ayam. Tapi masa dia balik dah kejung ayamnya. Haha Tak ada microwave nak panaskan balik. Layan la kejung ayam tu dengan nasi tanak sendiri letak kicap manis Faiza pun layan gak. 


Isnin, Januari 17, 2022

Criminal Mind itu wujud

 


Rahsia tong biru - Akhbar menunjukkan kematian kejam beberapa mayat dijumpai. Tragisnya kematian itu apabila orang ramai yang hendak menikmati matahari terbenam di kawasan itu terhidu bau busuk.  Polis dan anjing penyelamat mula mencari asal bau tersebut dan menjumpai tong biru ini. Petang yang indah menjadi tragedi. Ada yang mengalirkan air mata sambil merekodkan detik yang sangat memilukan. Siapa yang tergamak melakukan hal begitu? Senang sekali dia menyembunyikan hasil kerjanya. Tidakkah polis keselamatan menemui saspek tersebut? 


Aneh. Sejak bila wujudnya isi kandung selain sampah sarap di dalam tong biru itu? Ya. Manakan orang mahu perasan, kerana mereka lebih rela meninggalkan sampah mereka sendiri di tempat asal  sebelum pergi dari situ. 


Hasil keputusan polis mendapat bahawa saspek merupakan ibu kepada mangsa. Dia disahkan menghadapi anxiety yang tidak dilaporkan kepada pihak klinik kesihatan sejak kelahiran anak ketiganya. Masalah ini dipendam kerana bimbang wujudnya tanggapan buruk masyarakat terhadap dirinya yang masih memandang enteng terhadap masalah emosi seorang suri rumah ini. Bahkan sejak 2 tahun lalu pandemik melanda dunia, masalah mental ini bukan saja bagi kaum wanita terutamanya bahkan kebanyakan orang yang masih cuba untuk teruskan hidup di kala harga barang mula naik, pendapatan tersekat kerana pandemik. 


Anxiety - Dada terasa sempit. Malam tidak boleh lena. Badannya bisa-bisa. mungkin masuk angin? Eh, wujudkah istilah itu dalam bidang kedoktoran? Akibat tidak pernah diurut semenjak Julai yang lalu. 


Minda fikirkan penyelesaian terburuk apabila dirinya letih menghadapi semua. Namun, cepat-cepat dialihkan dengan melakukan perkara yang lain ataupun senang, tidur. Dengan harapan dia bangkit dengan semangat baru. 


Tong biru. Menyedarkan dia, harus mencari rakan bimbingan untuk dirinya terus kuat hadapi dunia yang semakin nazak. Dia sedar juga bahawa kembali kepada Allah rahsia ketenangan yang abadi. Doakan dia terus kuat, agar tidak melakukan yang tidak-tidak. 


Dirinya cukup malu dianggap makan duit suami. Cukup malu hendak menyuarakan perihal pulang kampungnya nun jauh di sana dengan kekangan wang ringgit. Dia kan miskin? Kata yang menusuk kalbu sejak 2 tahun lamanya tidak kembali ke sana. Hati mahu berkumpul tapi, aura negatif terlalu kuat sehingga kini masih belom pulih dari baunya. 


Maafkan dia jika dia tidak mampu melakukan yang terbaik. Kerna demi dirinya sendiri dan anak-anaknya... terlalu kerdil untuk toxic itu semua. Biar dia bahagia dengan caranya. Menjauh bukan bermakna dia lupa, sepi bukan bermaksud dia mati. Dia cuma mahu hidup di realiti tanpa membandingkan orang sekeliling. Cukup semua itu. Biarkan segala bau busuk itu kekal dalam tong biru tadi. 


Yang benar, 

Ibu yang hampir hilang kewarasannya. 🎈