Sabtu, Januari 22, 2022

CHINESE DRAMA: Once We Get Married (2021)

 



Tajuk: Once We Get Married / Sebaik sahaja kita berkahwin? 

Genre: Romance, Fashion, Drama

Bil. Episod: 24 

Channel: WeTV 

Pelakon: Wang Yu Wen, Wang Zi Qi, Ian Yi, Zong Li Li

Sinopsis: Gu Xi Xi, seorang personal shopper untuk fesyen, juga memiliki sebuah kedai fesyen atas talian kecil-kecilan daripada rumah sangat teruja apabila dia mendapat tempahan daripada seorang pelanggan yang meminta Xi Xi untuk membeli wedding dress daripada Alex, pereka baju kahwin terkenal. Semasa majlis tertutup, Xi Xi bertemu dengan Yin Si Chen, the black-bellied president yang juga datang untuk berbincang kerjasama dengan Alex. Atas sebab-sebab tertentu yang membawa Xi Xi dan Si Chen terpaksa pura-pura berkahwin demi mendapatkan kontrak kerjasama Alex. Mereka berdua akhirnya jatuh cinta dan perkahwinan merekaa menjadi realiti. -sumber: Sohu

~~ Adapted from the web novel “Contract Wife Runs Away from the CEO” (闪婚总裁契约妻) by Nian Hua Fu Liu (拈花拂柳).

Kalau sesiapa yang follow Aien ni mesti tahu 2021 Aien tak banyak buat review chinese drama ni pasal tak ada tengok drama sangat. Life sendiri dah penuh drama. Haha 

So, untuk tahun 2022, mari kita catch up mana drama yang orang suggest suruh tengok. Kita habiskan semua. Yeay! 

This drama was suggested by my older sister, dia kata: 

"Cringe sangat dan comel je tengok hero dan heroin tu. Kimia dorang memang terbaik! "


Maka di kesempatan ini, kita tonton la sikit-sikit walaupun makan bulan nak habiskan. I don't know. Macam tak leh hadam dah drama cringe ni. Haha Plus, dah layan turki tahun lalu 


Drama Turki: Dolunay ( Full Moon)

Drama Turki: Siyah Beyaz Ask (Price of Passion)

Drama Turki: Kiralik Ask (Love for Rent)


Dah kenapa ko letak link drama turki? Ko nak reviee drama cina.. Aiguu. Tak apa la. Rajin korang klik la baca sama. Haha 


REVIEW PENUH

Gu Xi Xi - peminat fesyen, pereka dan menjual pakaian secara kecilan di atas talian. Juga mengambil tempahan kalau ada orang suruh beli baju berjenama. Maknya memiliki kedai dobi. Boleh relate la kan kenapa dia suka baju? 

Yin Si Chen - President Syarikat gergasi fesyen -WhyMall. Berlagak. Biasa la bossy. 

Cerita mereka bermula apabila Si Chen cuba mendapatkan kontrak kerjasama dengan pereka fesyen baju pengantin terkenal, Alex untuk berkerjasama dengan WhyMall. Tapi, Alex ni cerewet orangnya. Dia cuma memilih orang yang benar-benar mengenal kualiti Marry Me (syarikatnya) itu daripada hati. 

Jadi entah macamana apakan sebab si Si Chen ni nak beli dress Marry Me tu, melalui orang tengah, iaitu Personal Shopper dan yang dihubunginya ada Gu Xi Xi. Pahtu rupa-rupanya Gu Xi Xi punya kedai tu dalam black list yang dibuat oleh pembantunya. Haha 

Lawak jugak la tengok olah si Si Chen yang acah pandai ni. Dia serba boleh tapi bila datang ngek dia. Memang~ 

Sudahnya Xi Xi gigih la pergi ke event tertutup Alex untuk memenuhi permintaan pelanggannya yang sudah pun menyalurkan wang pendahuluan. 

As normal cerita asia ni, of course perempuan ni miskin dan dia pun tak leh nak bayar balik jumlah wang pendahuluan tu tadi. Dia pun nak pakai duit tu untuk bukak kedai fizikal dia. 

Nak dijadikan cerita Xi Xi tertinggal kad jemputan dia dalam kereta yang baru diambil oleh penarik kereta akibat Xi Xi terlanggar pokok semasa dalam perjalanan ke majlis tersebut. Dan semestinya tak boleh masuk la kan kalau tak ada kad. Yang jadi mangsa lakonan si Xi Xi ni tadi, Si Chen. Haa, so bila dua-dua berebut nk dapatkan perhatian Alex, atas tujuan yang sama, maka keduanya terpaksa belakon sebagai pasangan kekasih. 

Setelah mereka berlakon, Xi Xi dapat wedding dress yang dia nak, dan Si Chen dapat kontrak dia. Win win situation. Tapi, dengan syarat dress tu mesti dipakai oleh Xi Xi pada hari kejadian pengesahan kerjasama mereka. Alex ni pulak yang umumkan Si Chen dan Xi Xi ni bakal berkahwin. Haha 

Dengan terpaksa la mereka demi kerjaya. Mula kes tak puas hati Ran Xi Wei, childhood friend Si Chen dengan Xi Xi yang telah merampas tempatnya. Padahal, sepatut pada hari kejadian dulu. Memang Xi Wei yang patut datang tapi entah sebab dia, tak dapat datang. Cerita dia la kan.

Bila sudah berkahwin walaupun mereka duduk bersama dengan nenek Si Chen, Xi Xi sedikit pun tidak kekok bersama orang tua itu. Dan Xi Xi masih dengan usaha dia mendapatkan kedai fizikal dan penjenamaan rangkaian baju rekaannya sendiri CiCi. 


Eh~ rasa macam cerita habis je 24 episod ni. Haa, cerita ni as easy as you can predict la, happy ending cuma bila nak penghujung tu, director bari teringat konflik Ran Xi Wei ni tak habis lagik. Macam... actually too much kissing macam... Ahhh ahhh.. Ahh.. 

Memang cringe sangat laa. Pahtu orang yang dah kawen ni pun cakap, aku yang dah kawen ni pun la tak ada juga begitu.  bwahahaha Okay la buat tatapan jiwa romantik guwe. 

Sebab tu dia susah nak habis. Konflik dia tak banyak. And cerita dia tipikal. Dan mungkin Aien tak ada kimia dengan kedua pelakon ni. tak macam Xu Kai ke.. Ke macam..  Aaah~  Si Chen not my type walaupun dia sweet. Haha gituu

Nak tengok boleh usha di WeTV. Cerita kegemaran anak muda sekarang kot bagi jiwa single mengeletar. Katanya begitu. Haha 

Kata mak-mak, usah ler aok nengok drama bukan-bukan. Dah kawen besok, bersengkang mata la aok jaga anak. Eh  tapi anak muda sekarang dah pandai cari duit di usia muda. Ye dok? 

Rabu, Januari 19, 2022

RichWorks Prihatin bantu Usahawan Bangkit semula

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Umum sudah tahu bahawa tahun 2021 lalu merupakan tahun yang agak sukar semenjak pandemik mula melanda dunia pada penghujung 2019 lagi. Ia juga telah menyaksikan pelbagai kisah dengan penuh cabaran dan paling menyedihkan apabila sekali lagi Malaysia dilanda musibah banjir di penghujung Disember lalu. 

Hakikat kemusnahan daripada banjir yang boleh dilihat dengan mata kasar sangat menyayat hati sesiapa yang melihatnya. Terima kasih rakyat Malaysia yang sangat bersatu padu dalam menyumbang tenaga dan usaha dalam membantu masyarakat yang terkesan. 


Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd.

Pengasas RichWorks International Sdn Bhd.

Salah satu syarikat besar di Malaysia RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) turut sama menyalurkan bantuan kepada mangsa. Jika korang nak tahu, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut dimana doktor telah mengatakan sudah tidak ada harapan sekiranya tiada perubahan positif jika dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan menganggap peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk beliau memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingan bidang keusahawanannya.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang ramai.


RichWorks Prihatin dan Komited Membantu Usahawan Bangkit Semula

RichWorks komited membantu ushawan untuk bangkit 

RichWorks komited membantu usahawan untuk bangkit berikutan pandemik dan banjir pada tahun 2021. Ini adalah peluang Richworks bantu rakyat dari segi menyampaikan ilmu perniagaan dan memberi sinar baru buat mereka.

Dengan sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

RichWorks Prihatin Membantu Usahawan Wanita

Keratan akhbar Program Wanita Bangkit Berniaga

Salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Aktiviti kemasyarakatan RichWorks di bawah Pertubuhan Kebajikan RichWell juga diadakan kerana RichWorks prihatin. Dengan adanya RichWell, dapatlah RichWorks bantu rakyat.

Pihak RichWorks yang sama terkesan akibat daripada musibah banjir yang lalu terus menjadi pemangkin semangat mereka untuk bantu orang ramai yang terjejas dalam banjir itu.



Sumbangan untuk Mangsa Banjir


Sumbangan untuk mangsa banjir

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Untuk pengetahuan korang, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire yang merupakan anak didik mereka turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Di samping itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks prihatin dalam menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Program Bimbingan RichWorks Berjaya Lahirkan Usahawan yang Berjaya

Dalam masa ini, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di Malaysia ini terus merealisasikan misi mereka dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi degan program-program percuma mereka.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Dengan adanya program Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Secara menyeluruhnya, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.     


Siapa RichWorks?

RichWorks International Sdn Bhd merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan mempunyai hasil paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaa, pemasaran dan kepimpinan.

Sejak tahun 2008 lagi, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan adanya rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan mencapai jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Tambahan pula, Visi RichWorks adalah untuk menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025. Maka, RichWorks prihatin dalam membantu membimbing para usahawan di Malaysia.


Video Perjalanan dan Perjuangan RichWorks 2021

Menjadi agenda tahunan setiap perih jerih mereka dirakam dan disatukan menjadi video sebagai kenangan dan bukti usaha keras mereka.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Aamiin. 


Movie Review: Photocopier (2021)

 

sumber: wikipedia

Tajuk: Penyalin Cahaya

Genre: Misteri, Drama

Durasi: 2 jam 10 minit

Channel: Netflix

Cast: Shenina Cinnamon, Chicco Kurniawan, Jerome Kurnia, Lutesha, Giulio Parengkuan

Sinopsis: Setelah kehilangan biasiswanya selepas gambarnya di parti tersebar, seorang pelajar bergabung dengan seorang tukang fotokopi untuk menyiasat kejadian sebenar berlaku. 


REVIEW PANJANG

Aien yang pada mulanya ragu-ragu menonton kerna visual movie ini seperti cerita hantu. Di tanya dengan suami dia cuma angkat bahu. Tapi kerana ingin tahu apa sebenarnya berlaku, ikut juga menonton sampai habis. 

Jujur tiada lihat daripada mulanya..  Ehh.. Kenapa seperti berbicara Indonesia ya? Korang baca macamana? 

Okay, jujur Aien kata tak tengok dari mula sebab konon sibukkan diri di dapur. Sejurus selepas sekilas imbas  macam best pulak. Sur -Suryani menyiasat rahsia di sebalik gambarnya tersebar usai tamat parti. 

Aien mula tengok bila dia sudah di kedai rakan dari kecil - Amin yang memiliki kedai fotokopi. A.k.a fotostat. Dia cuba menyelongkar rahsia di sebalik kenapa dan bagaimana dirinya boleh kehilangan biasiswa dengan alasan yang tidak dia ketahui bagaimana boleh berlaku. Kata hati Sur cuma satu - pasti kerja si Rama, tukang gambar kumpulan teater juga anak orang kaya yang terkenal. 

Sur cuba untuk mengodam emel Rama untuk mendapatkan contoh gambar latar belakang teater mereka demi menyelongkar kerja buruk si Rama. Akhirnya dia jumpa satu persatu gambar ketika parti itu dalam simpanan Amin juga. 

RAMA mempergunakan orang lain untuk mendapatkan "ilham" karyanya sebagai penata latar belakang kumpulan teater. Segala corak, titik yang ditayangkan di pentas itu rupa-rupanya hasil daripada fotokopi gambar badan manusia sebenar yang diambil oleh Rama. Sur hampir berjaya mengumpul semua bukti yang menunjukkan bahawa Rama adalah perogol dan penyumbangleweng. Namun, saat Sur meminta pihak atasan universiti menyiasat kes tersebut, bukti itu tersebar luas di kalangan pelajar dan Rama menyabit Suryani yang cuba memburukkan nama baiknya. 

Aih.. geram pulak tengok muka si Rama nih. Menyampah acah baik apabila ayah Suryani melutut dengan Rama agar tidak membawa kes ini ke mahkamah. Siap kata keluarga dia sudi menaja Suryani. Demi menjaga hati bapa, Suryani mengikut kehendak Rama yang meminta dia memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi. 

Sebelum Suryani ke pihak atasan, dia menjumpai seorang kakak yang juga menjadi mangsa Rama, namun Farah tidak berani untuk tampil menyokong Suryani. 

Apabila Suryani ingat yang tiada siapa yang akan membantunya, ibunya memberi peluang kepada Sur menjatuhkan Rama dengan cara yang lebih adil. Kebetulan Farah juga sudi membantu dan membawa seorang mangsa pembuatan Rama. 

Malangnya, mereka tidak mempunyai kuasa. Kisah in dikatakan adaptasi kisah benar apabila gangguan seksual susah hendak dibuktikan kesalahan pelaku apabila sang pelaku itu terdiri daripada golongan berada. Sur, Farah dan Tariq berjaya menjumpai rakan subahat Rama serta bukti yang paling kuat untuk menjatuhkan Rama, segala usaha mereka gagal kerana berjaya dikesan Rama. 

SEDIH. TERLUKA. Kesudahan cerita ini berakhir dengan Sur dan Farah cuma mampu membawa mesin fotokopi ke bumbung bangunan dan melemparkan segala fotokopi rasa hati mereka sebagai mangsa gangguan seksual itu dan mereka perlukan kuasa pelajar untuk membantu membanteras pelaku seperti Rama. 

Sesungguhnya kerjasama itu penting apabila semua mangsa berkumpul dan tampil menunjukkan bukti masing-masing. Walaupun cuma fotokopi dan bukan gambar asal tubuh mereka, itu juga hak milik seseorang dan tidak harus ditayangkan begitu rupa. Dan Rama terima padahnya. 


- SUDUT PANDANGAN AIEN

Gangguan seksual ini berlaku di mana saja. Nauzubillah min zalik, mereka ini menjadi mangsa kerana ketaksuban seseorang terhadap bentuk tubuh badan tak kira perempuan atau lelaki. Ataupun kerana nafsu semata. Bagusnya visual dan jalan cerita inj membawa kita menyelusuri jalan gelap yang ada di mana-mana walaupun pengarah menumpukan di Jakarta Indonesia semata. Dari mula lagi boleh predict the whole ending yet menarik minat penonton untuk terus menonton kerna ingin tahu adakah Rama berjaya ditumpaskan? Atau Adakah Suryani boleh mendapatkan biasiswanya kembali?

Rate Rotten Tomate 7.5/10 dan rate kebanyakannya 4/5 means, boleh diberikan lagi kemajuan pada movie sebegini. Boleh tonton di Netflix. Layan dulu trailer fotokopier.