Rabu, Januari 26, 2022

Wordless Wednesday

 

kredit: pinterest

Selasa, Januari 25, 2022

RESEPI: Ayam Goreng Pandan Gula Apong

 


Hi Hi, Happy Tuesday! 

Hari ini Aien nak share dengan korang semua resepi asal daripada KhairulAming yang diubah ikut bahan yang ada dan tekak sendiri. Haha Actually sebab bahan kurang je. Kita pakai je la apa yang ada ek. 


Bahan-bahan: 

1/2 kg Ayam (Aien guna bahagian kepak, peha, thigh dan isi sikit)

Bahan untuk dikisar: 
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Serai 

Campuran lain: 
Serbuk cili (Kalau nak pedas boleh letak cili kisar)
Sos tiram
Gula Apong (boleh ganti dengan gula melaka, kisar bersama bahan kisar di atas)
Serbuk kunyit 

-Daun pandan

Cara-cara: 

Ikutkan air tangan sendiri ni campak-campak je. Janji rakyat dalam rumah kenyang. Ayam tu dah dicuci bersama tepung gandum ataupun limau kasturi, perapkan bersama bahan kisar dan bahan lain kecuali daun pandan. Biarkan selama 1 jam ataupun nak sedap semalaman. 


Dah nak habis ikat baru nak ambil gambar. Nasib sempat. Biasa Aien check in dapur telefon tinggal ber-cas di bilik. 


Setelah sampai masa untuk digoreng, ikatkan ayam tu dengan daun pandan. Sebenarnya KhairulAming guna pencungkil gigi untuk tahan daun pandan tu bersama ayam. Malangnya benda tu tak wujud di rumah Aien. Maka kita ikatkan saja. Janji tak terlepas dari ayam tu. Nak bagi bau dan rasa pandan tu masuk ke dalam ayam goreng kita tadi. 

Sementara tu, panaskan minyak terlebih dahulu. Selesai sesi ikatan mesra daun pandan dan ayam, dah boleh digoreng. 


Blub blub blub ayam tu. Bau semerbak daun pandan bersama manisnya gula apong tadi. Goreng sehingga garing. 


Tara hasilnya. Tak sempat den nak snap molek-molek bagai. Ni pun tak sempat nak garing sangat berebut dengan Young Lady Nadhira melalak nak mandi. Aigguuu~ jadi sotong sejak anak tiga nih. Haha 

Selamat mencuba!


Isnin, Januari 24, 2022

Drama Series: Layangan Putus (2021)

 

kredit: imdb

Tajuk: Layangan Putus

Genre: Drama, Life, Romance

Episod: 10

Channel: WeTV

Barisan Pelakon: Reza Rahadian, Putri Marino, Frederika Cull, Anya Geraldine

Sinopsis: Kinan pernah percaya bahawa perkahwinan ibarat lelayang terbang cantik di langit. Bersama Kinan, Aris tercinta memegang sama supaya lelayang itu tidak terbang jauh. Namun, angin datang memukul terbangannya apabila dia mendapati suami sempurna itu curang di belakangnya  dan tiba-tiba ibarat lelayang tadi, perkahwinannya juga hilang arah. 


Review panjang menurut Aien

Happy Monday semuanya. Harap tiada la monday blues hari ni, because Aien nak review drama yang hebat ni. 

Jika disebut tajuknya pasti orang ramai kenal akan drama ni. Dan Aien yang sebelum ni tak nak tengok, jadi tertengok sebab tertarik dengan layangan putus ni.

Wah, Wah, Wah. Hebat Hebat Kinan! I support Kinan 200%. After all, she fight for her freedom. Yeah, gitu. 

Pepatah melayu sekarang, buat apa di simpan benda yang orang nak. Ah~ gitu.

 

Kita kasi spoiler dulu. Maaf teruja dengan kesudahan drama yang cukup mendapat sambutan hangat di beberapa negara terutama di Malaysia sendiri. Bahkan dikatakan ramai juga para suami meminta agar 'LAYANGAN PUTUS' ini ditamatkan siarannya. 

Lakonan Putri Marino membawa perspektif berbeza dari sudut wanita. Dan Reza Rahadian juga berjaya membawa watak 'Aris' itu hidup dan menyebalkan hati seluruh wanita. 

Pendek kata, drama ni worth to watch but not with family maybe. Biasanya kaum isteri ini pasti akan menonton sorang-sorang di kala dia cuba menyelesaikan misi melipat baju di siang hari ketika anak tidur, ataupun di malam hari ketika sambil-sambil mengatur menu keesokan hari. Atau ketika ber-'me time' di hujung minggu. 

Dengar tajuk saja dan baca sinipsis pasti rasa nak tengok. Ada sesetengah golongan dilarang bagi pandangan Aien seperti ibu hamil, sebab risau menambahkan lagi sensitivity hati yang tengah rapuh tu. Atau mereka yang mempunyai anxiety yang kronik, jangan la cuba nak tengok. Risau menambahkan lagi overthinking tu. Tapi kalau nak tengok tu, boleh je. Atas tanggungjawab sendiri la ek. Cadangan je. ^_^

Berbalik dengan cerita Kinan dan Aris tadi, Aien tak boleh nak cerita panjang sebab drama ni cukup pendek tapi padat. Dan krisis ini biasa berlaku dalam kelompok masyarakat kita sendiri. Cuma kadang-kadang si isteri sanggup mendiamkan diri risau dia tak dapat hak penjagaan anak-anak. 

Drama ni memberi semangat kaum ibu yang mengalami masalah sebegini. Sejujurnya, ada terkena pada orang terdekat Aien sendiri. As seorang sahabat baik, Aien nak dia move on seperti mana Kinan move on dan lepaskan lelayangnya yang putus itu. Usah digenggam erat apa sekalipun alasan mu. Bahagiakan dirimu duhai teman. 

She currently, pregnant. Already watch this drama, I don't know what she thinking, but here I wanna to tell you, dear my friend. If you not happy just let him go. For the last time. You kumpul sebanyak mungkin bukti, if your husband behave like that for the thousand time as same when you pregnant the first and second one, just go. Sakit tau lihat kamu sakit. 

Bak kata Dita, 
"Aku dulu ya, sokong kamu 100% atas apa jua pilihan kamu. Tapi jika poligami -is NO!" 


Kata Andre lagi, 

"Kinan yang kukenal dulu ya, orangnya bekerja keras. Berdikari. Sangat bijak dalam buat pilihan. Sekira sesuatu perkara itu ngak bahagiakan dia, dia pasti berjalan ninggalin itu."

 

Sakit hati itu saat Aris mengunggapkan bahawa dia sayang Kinan, tapi cintakan Lidya. 



Jawapan polos sebegini, seharusnya tidak wujud dalam perkahwinan. Jika alasanmu, sunnah Nabi boleh kawen ramai. Pernahkan kamu lakukan sunnah Nabi yang lain, seperti tolong isteri di dapur? Cuba - 

Hal sebegini, memang takkan pernah habis sehingga dunia ini berakhir. Kerana, curang itu pilihan.  Got it? Apatah lagi ketika isterimu tengah hamil anakmu? AH~ RED FLAG! 



Saat Kinan terpaksa melahirkan anaknya, tapi si kecil itu gagal untuk terus bernyawa. Akibat tekanan darah tinggi yang dihadapi Kinan di fasa terakhir kehamilannya. Sepatutnya ketika itu, Aris harus sentiasa di sisinya. Betapa Kinan merasa gagal dia menjaga kandungannya. 



SAVAGE TIME! Terkedu Lidya dan Aris. Malahan Aris boleh lagi dengan konfiden bercakap, gila kamu, Kinan! Eh, kamu itu yang gila. Sok tak bersalah. Eleh.. 

Dua pilihan. bawakan hal ini ke mahkamah, atau tinggalkan perempuan itu? Jawapan Aris, tu kat atas sana tadi. Eh Eh... 


Dah. Tu je review Aien. Sakit pulak hati ni mikirkan balik. Tahniah wanita di luar sana yang berjaya menjaga harga diri mereka sebagai wanita. Jangan pernah salahkan rasa hati isteri tu. Jadi, jangan la paranoid sangat ek.