Sabtu, Januari 29, 2022

Drama Series: Miss Culinary (2019)

 


Tajuk: Miss Culinary

Genre: Food,Comedy, Romance

Bilangan Episod: 13

Channel: GMM 25 / Netflix

Cast: Gybzy Wanida Thermtanaporn, Jason Young, Louis Thanawin Teeraphosukarn, Peem Jaiye Thanabordee, Meiko Choonnikan Netjui, Boom Panadda Wongphudee

Sinopsis: 'Miss Culinary' mengisahkan seorang lelaki bijak ingin kembali memikat hati kekasih hatinya dengan menceritakan kisah percintaan ibunya dahulu ketika tahun 70-an yang mana ketika itu, ibunya melarikan diri dari kampung dan hidup di Bangkok dengan impian ingin menjadi chef di hotel 5 bintang. Bersama dia mengejar impiannya, cinta juga hadir bersama. 


MY REVIEW 

Nah, begitu bila kau mengejar impian, pasti ada bermacam-macam dugaan yang ikut sama. Begitu la lumrah alam. Shane, si tukang cerita ingin memikat hati kekasihnya Kelly yang mula menunjukkan protes seolah Shane ini kaki perempuan padahal hati Shane milik Kelly seorang. 

Ceritanya terjumpa kisah ni, ada di group Kami Suri Rumah tu suggest cerita ni while kita kan lipat-lipat baju kan. But, Aien nonton drama ni bila rasa free nak makan, atau sambil-sambil la.  Tak ada jugak fokus. Curi-curi semuanya. 

Bila tengok drama ni, remind me. Sejauh mana perginya kamu, ingat tujuan utama kamu. Eh, tertiba. 

Okay, berbalik pada drama Miss Culinary ni. Syiok sangat tengok Taew belajar masak dari majikannya. Kemudian, majikannya, Mrs. Paed suruh dia mencari kerja sebagai tukang masak di luar sana sehingga dapat menjadi chef di hotel 5 bintang. Puas la belajar cara Taew masak, tips-tips untuk masak dengan lebih sedap. 

Bukan mudah nak jadi tukang masak bila kamu sendiri tiada resume. Bahkan bila Taew cuba nasib di Dapur Samran, dia dikatakan tak layak bekerja di situ. Dicabar oleh ketua chef situ, Pol. Tapi hakikat sebenarnya Pol dah nampak bakat sebenar Taew. Jadi saja nak push Taew la kan. Pada masa tu jugak jawatan sebagai pembantu dapur tiada kekosongan. Jom, lelaki pertama yang Taew jumpa ketika misi mencari kerja sebagai chef di Bangkok ni tetiba ada kat situ juga sebagai pembantu dapur. Demi cintanya, Jom rela berhenti supaya ada kekosongan untuk Taew. 

Memang Jom ni banyak la buat pengorbanan untuk Taew. Bila Taew tahu sebenarnya Jom juga bekerja di Dapur Samran. Untuk satu task menciptak sos baru, Pol meletakkan syarat pqda En.Samran agar membenarkan Jom kembali ke Dapur Samran. Yes! diluluskan. Dan misi Pol dan Taew mencipta sos cicah makanan laut berjaya dan disukai oleh kerabat diraja. 

Tak lama kemudiam, kerabat diraja itu menawarkan kerja di hotel 5 bintang yang bakal dibuka olehnya. Namun, Taew menolak atas alasan dia sayangkan Dapur Samran. Tapi tak lama kemudian, En. Samran pun meninggal dunia akibat buah pinggangnya gagal berfungsi. Dengan satu malam sahaja, Taew dan krew Dapur Samran menjadi penganggur. 

Berjalan Jom bersama Taew meneruskan misi mencari kerja di tempat lain. Semuanya hampir ditolak kerana kebanyakan tukang masak di tempat Taew mohon kerja tak mengemari akan hakikatnya, Taew masak lagi sedap. Sampai di satu warung yang bernama Warung Kita Order. Haa, begitu la lebih kurang bunyinya. Sebab dia masak memang ikut orang order. Macamana lecehnya orang order pun, contohnya nak telur dadar empuk tak nak banyak minyak. Kena ikut betul-betul. 

Nasib majikannya di warung itu memang memerlukan orang lebih-lebih lagi pada masa itu, Kak Kew (tak tau betul ke tak nama dia ni) didatangi oleh Ah long yang mencarinya atas hutang adiknya. Eh, orang lain hutang, orang lain kena bayo. Masa tu, memang Taew dan Jom cuma bekerja atas ehsan  untuk membantu Kak Kew je. 


Lama jugak dorang bekerja di situ, sampai Mak Taew (nenek si tukang cerita ni) datang ke Bangkok sebab nak kawenkan Taew. Masa ni la hubungan Taew dan Jom hadapi krisis penolakkan orang tua la. Sebab tak serasi dah sebagainya. Bagusnya Jom ni, memang bagus la. Memang redha wa pasrah je. Dalam masa yang sama dia sentiasa ada di samping Taew. 

Sampai Taew ketahuan yang mak dia sebenarnya kanser perut. Dah kritikal. Baru nak balik kampung, maknya meninggal dunia. Dan masa tu tetiba muncul si Pol ni balik. 


Macam dah cerita panjang nau je eh.. kesudahan drama ni, Taew akhirnya membuat pilihan yang memang sudah dijangka oleh teman wanita Shane, iaitu Kelly tadi. Dan beliau dahulu yang menerbitkan buku sebelum Shane baru berangan nak terbitkan buku maknya. 

Drama ni memang best! sebab boleh ikut sama dengan Taew masak gaya Thailand. Beberapa menu di-highlight-kan sebagai signature dish daripada Taew. Best! Korang boleh tengok di Netflix tau. Happy Sunday! 





"

Khamis, Januari 27, 2022

REVIEW BUKU: Aku Di Sini

 


Tajuk: Aku di Sini

Genre: Romance, Aksi

Penulis: Ieya Sha

Publisher: Kaseh Aries

Sinopsis: 
Andainya detik dan waktu bagi adalah magis, bagi Iyan, ia tidak lebih daripada satu hukuman.

Mulanya Ara menyokong Dollah yang membenci Iyan, seorang chef terkenal disebabkan cemburu. Namun apabila bertatapan sendiri dengan Iyan, angan-angan cinta monyet mula muncul walaupun dia tahu, Ara dan Iyan,  terlalu mustahul boleh bersama. Iyan tu kekasih selebriti! 

Iyan + Aifa Hani = Bagai permata berkilau. 

Iyan + Ara = Berangan saja mampu. 
Itu kata Ara Elisya. Kata Iyan Naufal....

Dia dan Ara tidak sepatutnga bertemh. Dia cuba melarikan diri tapi setiap kali itu dia gagal. Akhirnya dia membiarkan saja pertemuan demi pertemuan  berlaku walaupu  itu bermaksud rahsia  yang disimpan selama ini akan menghancurkan dirinya sedikit demi sedikit. 

Kematian tragis Roqayah yang menjadikan Ara sebagai saksi dan Igan sebagai suspek membuatkan keadaan berubah. 
Pembunuh macam kau patut mati di tali gantung - ARA.

Semuanya berubah sekali lagi apabila Iyan menghilangkan diri selepas menyelamatkan Ara daripada pembunuh ibunya sendiri. Namun demi rahsia yang disimpan, Iyan kembali dan Ara diburu seseorang. Bagi Iyan, dia perlu berada di sisi gadis itu kerana bertahun-tahun dia telah berjanji... 

Lama dulu, aku berjanji pada diri aku yang aku akan jaga dia. Tapi waktu itu aku terlalu takut - IYAN. 

Ada sesuatu yang Ara terlupa. Ada sesuatu yang Iyan sembunyikan kerana waktu tidak mengizinkannya untuk membongkar segalanya.  


Kata REY - Ara Elisya tak patut muncul lagi dalam hidup kau. 
Kata AIFA - Beauty and The Beast, You tahu cerita itu? You. Ara. Beast and the beauty. 
Kata EIDAN - Hantar dia jauh dari hidup kau. 

Akankah Iyan melarikan diri sekali lagi atau memilih untuk berterus terang. Adakah Ara akan terlupa sesuatu itu untuk selama-lamanya? 

Sumpah, saya akan beritahu semuanya. Tapi saya tak tahu. Saya minta maaf. -ARA

It's like a song that no one hears
I'm screaming out but you're not here



MY REVIEW


Luckily, Aien jumpa novel ni. Mungkin masa tu viral di kalangan penulis dan book reviewer yang agak ramai mencari buku ni. 

Ada yang berpendapat bahawa baca novel ni ibarat baca karya zaman 90-an dahulu. Santai, aksi romantik. Dan yang penting, setiap watak yang ditampilkan ada karakter dia tersendiri. 

You know, my dream was a novelis right? But I gave up that dream cause I tak boleh berangan. Once I berangan, somehow akan datang voice yang penuh dengan dark aura shout it out and put all my dream deep inside of my heart  Haha

Naa, I wasn't regret that. Cause I knoe I doesn't have any of karakter of penulis fiksyen. 

Berbalik kepada review Aku di Sini - plot jump sana jump sini, penuh dengan debaran dan jika diadaptasikan ke layar perak montaj dan visual siri ni suka macam gaya klasik zaman Erra Fazira dan Awie dalam Sembilu? Betul tak gabungan ni? 

Aifa Hani should goes to Fasha Sandha. 
Dollah goes to Farid Kamil. 
Rey dipegang oleh Idris Khan. 
Eidan harus dipegang oleh Beto Kusyairi. 

Great. Semua orang hebat. Haha Anganku saja. 

Ara dan Iyan? Boleh Aien letakkan Fazura dan Fattah Amin? 

Oh, my... I wonder how this movie goes. Movie. Should be a movie. Aksi-aksi ni tak sesuai bagi drama. Kang meleret jadinya. 

Sofea - harus diberikan kepada Jasmine Suraya? Atau Aifa? Oh wait, Nora Danish pun awesome jadi Sofea jugak ni. 

Urgh. Okay. Done pilih pelakon. Next, nak siapa pengarah? Haha Nizam Zakaria? 

Oh, I don't know a lot of industri Malaysia ni. Tapi, sejujurnya kalau jadi movie mesti best buku ni. 

Okay, review -nya I like this novel dan penulisnya. Akanku nanti karya seterusnya daripada penulis ini. Bagi Aien suka ayat santai dia seperti Rin Ahmad, Anjell dan ehh.. tu semua penulis favorite tu. Haha Nak kata buku ni layak masuk barisan koleksi buku sendiri. 


Sebenarnya review jujur dah taip, dan terpadam. Dan Iolls terbaca review orang lain. Jadi review sendiri dah hilang entah ke mana. Cuma nak cakap. - BEST! Patut dapat sambutan lagi hebat penulis ni. 

Siapa kata hardcopy novel sudah tak ada sambutan. Eh, ada ja la peminat dia. Cuma orang ja tak masuk dunia dia lagi. 

Okay. ringkasan review -nya adalah: 

Aku di sini, best dan another karya aksi romantik yang Aien look forward untuk dibawa ke layar perak. Simple, yet really exciting bila tahu sebenarnya dari simpati yang terlalu lama, menjadi cinta yang sangat mendalam tapi menyakitkan. Beauty and the Beast. How's it goes ha? Congratz penulis berjaya hasilnya baby hebat ni. You are my other favorite author too. :)

 

Korang boleh dapatkan novel ni di shopee juga tau. 


Dan ternampak banyak rupanya karya Ieya Sha ni. Makanyaaa, harus dibeli dong segera! Aduh. Gawat ni.. 






Rabu, Januari 26, 2022

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie


Yeay! First Giveaway on 2022. Heee saja nak meriahkan giveaway my friend ni. Syarat pun senang banget, makanyaaaaa.. here we are


Mama suh la letak entry apa yang favorite  kan, tapi serius Aien tak tahu sebab Mama ni variety benda dia tulis yang penting semestinya Aien suka kalau dia jalan-jalan sebab semua details sangat. 

One of my favorite is, Tempat menarik di Pulau Pangkor sebab teringin nak ke pulau di Malaysia ni. Belom ada rezeki lagi kan. 


Jadi apa pulak favorite korang? 


Boleh join giveaway yang baru saja bermula dan akan tamat bulan hadapan. All the best pada semua, sebab hadiah dia memang best! mama tau ada rezeki hadiah aniversary. eh.