Ahad, Februari 13, 2022

Resepi: Kek Batik Coklat Ganache

 


Happy Sunday people~ Ramai gantung kuali ke tu? Sementara gantung kuali tu kan, meh la baca resepi pencuci mulut? Haa, manisan yang akak kutip resepi dia dari facebook dan akak kompile untuk ingatan akak esok hari. Tanda aku dan buat gaya ni. Haa, gitu. Akak ni pelupa orangnya. 


Resepi akak try semalam masa anniversary semalam. Macam lama dah tak pekena kek batik kan. Padahal ritu baru melantak kat rumah mak mentua. Haha 


Bahan-bahan Kek Batik: 


Setengah buku buttercup

Secawan milo

Setengah cawan serbuk koko

1 cawan susu manis

setengah cawan susu full cream

1 bungkus biskut marie perisa biasa


Cara-cara buatnya: 

  • Panaskan kuali diiringi buttercup yang kejung tadi. 
  • Setelah cair, masukkan susu pekat. Pelan-pelan terus kacaukan dia. Dah sebati
  • Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau terus. Jangan biar dia membeku. Risau. 
  • Masukkan susu full cream. (actually resepi asal guna susu cair)
  • Dah sebati, masukkan biskut marie dan gaul bagi rata sebelum dimasukkan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik. 
  • Tekankan bagi rata. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Done~

Senang kan?  kredit resepi: Dapur Cake dan Cookies


Seterusnya bahan coklat Ganache dia. Bahan-bahan diperlukan adalah seperti berikut: 

200g coklat masakan 
200g whipping cream
1 sudu butter

  • Double boilerkan kesemua bahan dan biarkan ia cair. Pastikan sebati adunan ganache -nya. 
  • Dah sejuk, boleh tuang atas kek batik tadi. 
  • Kemudian, biarkan kedua mereka semalaman sebelum dipotong 
  • Dah siap!

kredit resepi: Lyana Jamaluddin 


Senang kan? Kek Happy Birthday kata Nayla. Ibu memang plan nak letak buttercream. Tapi biasa la, penyakit M menguasai. 




Kind of messy dengan kesan tak sabar Najmi nak makan. Asyik tanya, Ibu dah siap belum? Ibu dah sejuk belum? Ibu dah keras belum. Ye anak-anak Ibu potong. Haha Dah potong. letak dalam bekas. Masuk peti. Nanti pandai la dorang amek sikit-sikit. Tapi tu la, Nayla ni bijak. P ambil coklat dia saja. 



Cukup rasa. Manis itu biasa untuk dessert. Over all, gaya ni ibu berkenan dan kalo bersih dan kemas macam boleh aje jadi punca rezeki. Haha Otak bisnes aje. Tapi, M datang. So, Ibu bagi can kat orang lain. Hihihi 


Boleh cuba flavor lain pulak. 


 





Sabtu, Februari 12, 2022

Happy 5th Anniversary Dear Husband

 


Disebabkan hari Jumaat Ibu cuti blog, makanya, here we are. 


Alhamdulillah, another years passed. May Allah protect our marriage from everything bad omen. Aamiin ya rabbal alamin 


Wah, macam tak percaya je rasa. Seolah seperti semalam merancang untuk tidak berkahwin, tup tup ada yang sudi meminang dan seterusnya adalah kenangan. 


Walaupun begitu, masih jauh perjalanan kami berdua dalam mendidik (setakat ni) 3 ninja's  menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Moga ibu dan ayah kalian diberi rezeki untuk jaga kalian sehingga hujung nyawa kami. 


Plan nak buat photoshoot, tapi kita celebrate kat rumah je la memandangkan hari sokmo hujan. Alhamdulillah untuk segalanya sepanjang 5 tahun. Moga rezeki kita sentiasa bertambah, urusan kita sentiasa dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi apa jua ujian yang Allah berikan. Nak senang, kena susah dulu. Harus kuatkan jiwa kerana syurga Allah itu mahal harganya. Moga istiqomah selalu.


Petang sikit, husband ajak jalan-jalan. Ibu ingat nak belanja makan kat rumah. Order grab. Dah keluar, aram la makan di luar. Ingat nak makan di Restoran Hutan Bandar, sekali payment by cash only. Paksa keluar balik sebab memang tak standby cash. Najmi nangis-nangis nak makan kat situ. Sudahnya kami kembali ke Taman U je makan di Papachop Mama Grill. Dah lapar, semua terlupa. 


Apapun, happy anniversary to us. Moga happy² selalu. Semoga Ibu dan ayah Nayla dimurahkan rezeki selalu untuk belanja anak-anak makan. Teringat baca di Group KSR, dia serba salah asyik tak dapat tunaikan janji kat anak nak makan KFC. Komen KSR kadang positif, positif benar. Suka positive vibes. tapi dah negatif  usah dibaca. kan? 

Happy weekend gais.. stay safe stay healthy. 


Khamis, Februari 10, 2022

Prestasi Blog Januari 2022

 


Terlambat hantar report kad. Tunggu punya tunggu di emel tak jugak kunjung tiba. Sudahnya jenguk di Google Analytic baru nampak noti dia. Al-maklum la kita blogging dari smartphone je. Jadi terbatas sikit. Hari tu laptop 9 tahun lalu dapat dihidupkan, cuma keyboard dia yang dah mereng. Husband try open. Malangnya tersalah kacau button apa entah. tunggu dia free lagi baru nak bukak balik. 


Okay, panjang pulak intro dia. Meh kita tengok sejauh mana kemajuan blog ni untuk tahun 2022. 



Jangan menangis nurani~~ Ternyanyi pulak bila tengok click tu merundum teruk dari bulan lalu. Eh  dah kenapa ek page view makin kurang. Tapi Bounce rate blog cantik pulak menurun. Audience pun kurang. Masalah lagi ke google ni? 

Sejak dari pertengahan 2021 rata-rata blogger ada masalah dengan PV merundum teruk. Dah la masa tu Aien baru je tukar template sempena hadiah melahirkan Nadhira Julai lalu, hampeh teruk. Dan mula menunjukkan prestasi cantik di akhir tahun. Tapi tu la, awal tahun ni dia buat pasal pulak. Eh, geram eh.. 



Evergreen page yang sentiasa kekal di carta tertinggi. Memang top result kata Google Search Console. Tapi, takkan la aku nak kena beranak tiap tahun nak update pasai tu. Haha


Sejak slot Yasmin di TV3 setiap hari sabtu tu ditayangkan, famous la jugk blog Aien ni pasal review Price of Passion tu. Jangan marah la review tu sekerat je. Sebab belum ada mood nak tengok happy ending Asli dengan ahh~ lupa dah nama hero dia. Maafkan Ibu anak-anak. Masih try to manage jadual mak anak tiga ni. Huru hara lagi. Tapi, ada back up review dari blogger Tiara Sapphire jugak. Dia punya review lagi lengkap dari ibu punya kan? 



Dr. Isaac Luth? Ebook dari penulis Afiadz tu hasil kenalan dari blogger Suraya. Pelajar jurusan Farmasi ni suka tulis pasal doktor. Hee, comel je. Nak baca review penuh? Jap.. 



Padan la, duduk top 1 rupanya. He he he Korang rasa nak baca novel pendek, boleh la beli kat shopee tu. Best!




Macam biasa la carian utama blog ni pasal mengandung, barang baby, pengalaman bersalin. Nak terus menulis bab tu, Iolls tak terer dalam menyusun kata. Serba cerca merba la ayat. Korang faham alhamdulillah. Haha 


Januari lalu dengan 18 post saja, bulan ni in shaa Allah nak cuba lebihkan. Harap dapat la tercapai. Kita up entry hari-hari jam 12:12 kecuali hari Jumaat. Semoga tercapai target tu. Hehe 


Terima kasih sudi baca report kad kita  ^^