Sabtu, Mac 05, 2022

Selesai daftar Nayla untuk kemasukan Pra sekolah sesi 23/24

 

 

Alhamdulillah, 1 Mac hari tu selesai daftar Nayla untuk kemasukan pra sekolah. Tunggu submit dokumen lagi. Mudahan dapat la. 


Nak sekolah dah anak sulong aku ni. Aiguu~ Al-kisah ritu sepupu dia dah daftar masuk ke PASTI jugak. Jadi Ibu dia ni risau la.. Risau tak bertempat sungguh ler. Haha 


Sekali ayah Nayla lagi pantas. Share dengan Ibu Nayla tentang pendaftaran untuk pra sekolah ni. Okay la kot tahun depan masuk. Sempat lagi ibu train dia untuk menulis dan membaca serba sedikit. 


Cabaran anak-anak bersekolah untuk musim pandemik ni lagi penuh liku jika nak dibandingkan dengan zaman Ibu dan ayah dia dulu. Teringat dulu, kalau tak masuk tadika pun tak ada siapa pun judge. Eh, kau tak masuk tadika. Ah, gitu. Masuk darjah 1, kalau tak silap Ibu ni dah pandai menulis. Haha


Kira bijak jugak la. Haha Isi bakul angkat sendiri. Tapi bila bincang dan bercerita dengan kawan-kawan, rupanya anak-anak sekarang punya pendidikan lagi higher level. Weh, sains darjah satu? Masa darjah 4 dulu pun rasa noob sangat. Ni kana darjah satu? Allahu. 


UPSR dah tak ada. PMR dah tak ada. Dugaan sungguh nak kena terus pandai untuk SPM. Mudah-mudahan anak-anak ni cepat cerah hati nak serap ilmu. 


Saja la ibu nak simpan cerita ni kat sini. How besar dah anak dara sorang ni. Ibu ni masih dok belek video dia masa dia kecik lagi. Rindu. Haha Sekarang dah pandai demand dengan Ibu. Nak itu nak ini. Bisok memang berebut la barang mekap. 


Ada juga baca di group KSR  how mader teman anak-anak dia pergi hang out dengan kawan-kawan. Ikut, tapi dok jauh. Mudahan Ibu boleh hang out ngan anak-anak begitu. 


Oh, yes. Pendaftaran masih dibuka sehingga 30 April 2022. Boleh klik di Pra sekolah . Soon, we realise home are silent from their voice. 



Khamis, Mac 03, 2022

Chinese Drama: Shining For One Thing (2022)

 

image kredit: mydramalist



Tajuk: Shining for one thing 

Genre: Romance, Mystery, Time lapse

Bilangan Episod: 24 / 40 minit

Channel: Iqiyi

Pelakon: Karlina Zhang, Qu Chu Xiao, Caesar Wu, Jinna Fu, Lou Ming Jie 

Sinopsis: 

Lin Bei Xing, seorang yang dikatakan berpengalaman yang bakal masuk usia 30-an, kecundang apabila gagal mencapai misi cintanya apabila teman lelakinya, Zhan Yu memutuskan konttak dan kehidupan Bei Xing mula porak peranda. Sama ada ini adalah God trick terhadap dirinya, Lin Bei Xing kembali ke umur 18 tahun. Tahun ketiga di sekolah menengah yang boleh dikatakan mimpi ngeri buat Bei Xing. tapi, Bei Xing membuat keputusan untuk mengambil semula ujian kemasukan kolej dan membuang Zhan Yu daripada kehidupannya.  Malang sekali, mimpi indah Bei Xing diganggu oleh lelaki yang bernama Zhang Wansen. Perjumpaan tanpa sengaja dengan Wansen selepas tamat peperiksaan kemasukan kolej merupakan titik tamat perjalanan Bei Xing ke masa lalu. 

(sumber:iQiyi)



Sungguh ku tak sangka drama ini best sekali. Wow! Baca review memula dari Tiara Sapphire dan tertarik untuk menonton drama china yang telah sekian lama ditinggalkan. Huish... 

Berdasarkan sinopsis, drama melangkaui masa dan kembali ke masa lampau ini mengisahkan tentang Lin Beixing yang hendak berkahwin dengan teman lelaki idamannya yang kemudian didatangi seorang pak cik yang tetiba mengatakan semua kisah kehidupannya berada di sana, yang mana ketika itu Lin Beixing berada di tepi lautan, sedang termenung nasib bagaimana hendak memberitahu orang tuanya bahawa Zhan Yu, bakal suaminya mahu memutuskan perhubungan mereka. 

Seolah mendapat peluang kedua, Lin Beixing kembali ke 10 tahun yang lalu. Melihat diri sendiri masih bodoh mengejar Zhan Yu. Beberapa kali Beixing dapat kembali, namun terhenti pada saat dia menerima pesanan ringkas bahawa ada seorang rakan sekolah terjatuh daripada rumah api. Maka, Beixing mula merungkai rahsia sebenar siapa dan mengapa serta kaitannya kematian rakan itu dengan takdir dirinya yang dikatakan oleh pak cik yang ditemui di tepi lautan itu. 

Misi utama yang difaham oleh Beixing adalah untuk menyelamatkan Zhang Wansen, rakan sekolah yang dikatakan bakal mati terjatuh dari rumah api. Rupa-rupanya bukan setakat jasad Zhang Wansen yang Beixing dapat selamatkan, tetapi termasuk hati Wansen yang telah lama menyukai Beixing dalam senyap. Kira knight armour Beixing yang selama ini dia tak pernah perasan pun sebab sibuk sangat mengejar Zhan Yu. 

Satu demi satu rahsia Wansen terbongkar dan baru Beixing sedar bahawa selama ini dia melihat pada orang yang salah. Eh, plot twist dia, Zhan Yu pulak tercabar apabila Beixing tidak lagi mengekorinya seperti anak anjing. Puas hati la masa tengok Beixing reject dia sebab di masa hadapan, Zhan Yu menolak Beixing dan berselingkuh dengan orang disangka teman baiknya, Han Tengteng. End up, puas hati tengok Zhan Yu tersiksa dengan perangai Tengteng tu. 

Kalau buat pengemar drama berunsur time lapse, drama ni sangat mudah nak difaham susun atur dan misi sebenar watak utama dapat kembali. Bila BeiXing sangka dia dah dapat selamatkan Wansen daripada Abang Lei, ketua penjenayah yang bersembunyi di sebalik topeng Ah Long. Kesudahannya tetap sama apabila Wansen jatuh dari bangunan. Oh No! 

Heartbroken teruk masa ni. Macam apa guna kau dapat kembali tapi ending dia tetap sama dowh? Puas dicari kembali si Yang Chouyang, si Master Crosstalk dan Gao Ge, pelukis terkenal. Masing-masing tak tahu apa yang terjadi pada Wansen. Akhirnya Beixing berjaya jumpa Maizi, rakan karib Wansen. 

Beixing berjaya selongkar rahsia hati Wansen, tahu hakikat Wansen menjadi penyelamatnya setiap kali dia dalam masalah serta beberapa kali Wansen cuba untuk menyampaikan bahawa dia menyukai Beixing. 

Apabila Beixing jumpa kesinambungan kembalinya dia ke masa lalu hanya untuk menebus kekesalan Wansen. Beixing berharap agar dia dapat membetulkan semuanya semula dengan menjauhkan diri daripada Wansen. 

Peraturannya telah berubah! -pesan Yang chouyang. 

Beixing dapat kembali semula tapi tidak di usia 18 tahun. Kenapa? Dan Beixing sedar, apapun yang dia cuba lakukan. Wansen takkan pernah selamat. Namun, dia cuba juga buat sebaik mungkin agar boleh melihat Wansen di masa hadapan walaupun tidak tahu keberadaan lelaki itu. 

Open ending yang buat orang tertanya, selamatkah Wansen? Setelah Beixing cuba menghalang abangnya dari meminjam dengan Abang Lei dan menjauhkan diri daripada Wansen. Berbaloikah usahanya itu apabila abangnya berjaya juga buka kedai hasil duit pinjaman dan penyakit ibunya hadir dengan lebih cepat. 

Konklusi selepas menonton drama ni, Wah..  Bravo Bravo! ai like the ending. Jauh di sudut hati mengharapkan mohon ada sequel. Nak jugak tahu apakah Beixing berjaya menemui Wansen di masa hadapan? 


Rabu, Mac 02, 2022

Berhujung minggu bersama Yok Chillax di Educity Sport Complex


Sabtu lalu, Aien dapat peluang untuk bersantai bersama keluarga di satu program yang menarik anjuran Educity Iskandar yang berlangsung dari pagi sampai ke malam tau. Walaupun cuma sehari saja, bermacam juga aktiviti yang ada antaranya Kids Push Bike Clinic dan Tournament. Budak-budak ni kalau dah bermain, memang suka sangat. Lagi-lagi bila dapat keluar rumah. Di sebelah petang pulak, ada pertandingan karaoke yang penuh dengan alunan suara merdu para peserta.

Selain daripada itu, ada juga Chillax Market yang memberi peluang kepada peniaga kecil mempromosikan jualan mereka. Paling best bia dah keluar macam ni, penat² mesti wajib cari makanan atau minuman kan. Nah, kata saja Sport Complex tapi di situ juga ada beberapa food truck yang menjual variasi makanan dari western ke makanan panas, air sejuk sejuk yang boleh menghilangkan dahaga selepas penat bersukan. 

Ikutkan dulu, food truck ni daripada luar kawasan sport complex ni, tak jauh dari Mc Donald's tu, tapi atas sebab-sebab tertentu kini food truck ni dipindahkan ke kawasan yang kurang sesak. So, hari biasa pun mereka ada berjualan di situ. Dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Korang kalau craving makanan negeri seperti ikan patin masak lemak tempoyak pun boleh usha ke mari. 



Sambil-sambil tu tengok kawasan Sport Complex yang serba serbi boleh digunapakai untuk acara kesukanan tadika ke, program Hari Sukan syarikat ke. Eh, memang cukup la kelengkapan mereka. Berkonsepkan Bandar Pendidikan Antarabangsa yang mengamalkan hidup sihat, semua fasiliti dibuka untuk orang awam dengan tempahan awal. 

Memandangkan waktu petang dan Nadhira pun ngantok, Ibu malas nak pusing menolak stroller dia. Al-maklum la seketul Aien ni malas nak bersenam. Makan dia suka. HAHA

Cerita bab makan, sana sini dia amek gambar. Eh Eh... 


Food truck 1 ni memang sedap asam pedas Ikan Pari dia. Ngam tekak Aien yang tak berapa tahan pedas ni. Selain menu Asam Pedas, lori ni jugak jual Ikan Patin masak lemak Tempoyak. But, to me kureng sikit. Korang boleh cuba. Mana tau kena dengan tekak korang. 


Bila digaul dengan nasi, uish naa lemak yang cuba kau buang tadi, datang kembali. HAHA bahaya. 


Lama sudah mengidam makan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni. Panas² makan terangkat jugak. Tapi mungkin sebab lama tak makan, jadi macam hurm...  aku ni dah tak leh makan ikan patin ke? 


Foodtruck 2 ni menu western plus Korean sikit. Tukang buat pun chinese look sampai konfius boleh ke nak makan. But, no worries sebab sijil halal dia ada di bawah kod QR e-wallet ni. 


Chicken fillet with fries and sweet corn. Wah, sedap sangat ni bila tengok lambakkan mayonis dia begini. 


Spagetti Aglio e Olio with Shrimp memikat hati. Tambah dengan sedikit cili padi, pheww western yang dimelayukan begini. 

Malangnya sebab dah terlalu kenyang, Aien bungkus bawak balik. Panaskan bila nak makan. Kenyang sampai bisok pagi. 



Satu-satu lori yang menjual air yang ada di situ. Petang-petang pekena Coconut Shake memang sedap. 


Mango Blended with Ice cream. Sejuk dan manis memang tak jadi nak bersenam ni  


Taraa, Coconut Shake dia. Secawan ni RM7 kalau tak silap Aien. Dah minum tak fikir harga dia dah. Memang berbaloi.



Lori yang terbaik masakan panas dia. Harga pun kasih sayang sangat. 


Char Kuey Teow dengan Kambing Bakar. Terbaik! 



Food Truck 4 menjual Yong Tau Hu, ke Yong Tau Fu. Ntah, Yong Yong gitu ler. Aien tak pernah pekena Yong Tau Fu ( haa, ) Ramai sangat pengemar dia berderet juga beratur. 


Last but not least, Ayam Gunting Cheese Leleh. Yang ni pergi mana pun orang memang suka. Buat kudapan. Alas perut pun kenyang. 


Power la cheese dia. Padu~ Anak-anak gemar benar mereka dengan menu begini. Habis kentang putar tu mereka berdua saja makan. Si Kecik sibuk je nyendeng abang kakak tak dapat. 


Hai, lepas jogging bantai makan je. Acaner nak kurus ni duhai diri? Anak-anak pakat main di taman.  Makin lewat petang hingga malam  makin ramai orang bersukan.  Lagi-lagi kalau esok hari cuti. Memang bertambah meriah la. 

Dah kenyang, mari la kita pulang. Anak-anak pun dah penat bermain. Ayuh, warga Johor yang suka beriadah, yok chillax di Educity Sport Complex