Rabu, Mac 09, 2022

PRESTASI BLOG FEB 2022

 


Hi, Hi, jumpa lagi kita dalam report book blog aienienka.com di awal bulan. Aiguu, ikutkan mood tak GA dah makin drop drop drop, BR pun makin tak berapa nak masyukk, padahal bulan lepas elok je dia menurun, tetiba bulan Feb makin mencanak naik serupa kes covid dah aku tengokkan. Haha 



Memang drop dari bulan Januari lalu baik dari segi imprssions (web) mahuphn pages with first impression. GA pun ada juga send notification kasi tau. kena buat baik-baik sebab memang merundum teruk. Tapi, sama je setiap bulan aku update. Agaknya keyword monthly tu tak sama. Tu yang bulan ni cerita dia menarik, bulan depan cerita dia tak menarik. Haa, begitu laa. 



Seperti biasa, sudah terang la bersuluh, content menarik perhatian orang mai ke mari adalah tentang persediaan sebagai seorang ibu. Haa, begitu. Dia benda ni evergreen. Jadi orang sentiasa cari. 



Top performing pages pun masih tentang topik yang sama. Cuma sesekali drama Yasmeen kat TV3 tu masih menjadi carian orang lagi. 


Eh, memang perkara ni la yang orang suka nak baca. pengalaman orang lain. Tertiba selit sunscreen wardah yang rasa lama dah tak pakai. Haha 



Kalau pages berkaitan sangat menarik perhatian, mestilah keyword dia pun begitu. Untung juga share pengalaman ni. Cuma tu la setiap orng pasti pengalaman mereka berbeza. Haa, begituuu. 


Over all, bulan Februari makin merundum sebab topik evergreen dah tak tulis sangat. Korang rasa kan... syiok tak syiok singgah sini? Aien pun jarang blogwalking sangat. Al-maklum la suri rumah ni busy sangat~ 😂 
.

Harap la bulan ni naik. puhhlisshh. Eh.. bulan puasa nak cuti blog laa. fokus ngan ibadah je kan.. 



Selasa, Mac 08, 2022

PERANTIS ISKANDAR: sebuah program jaminan pekerjaan masa hadapan







 




Lumrah apabila tamat pengajian, seluruh mahasiswa akan merata menghantar resume untuk mencari kerja. Pernah tak korang dengar, kerja akan cari korang? Ataupun cari kerja dahulu, kemudian baru belajar? 


Best kan kalau begitu, kerja dah dapat tinggal untuk asah kemahiran untuk pandai dalam menguruskan tugas yang bakal diperolehi kelak. Di mana tu nak dapat majikan begitu ya? Berminat kan? jom teruskan pembacaan. 


Program Perantis Iskandar


Educity adalah sebuah pemangkin pembangunan  pendidikan yang diterajui oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) yang berpusat di Johit Bahru, Johor, Malaysia. Educity Iskandar ini berperanan menyediakan modal insan melalui program PERANTIS Iskandar bagi menyokong kepelbagaian kegiatan ekonomi si Iskandar Malaysia di samping memupuk pemimpin generasi pada masa akan datang. Educity ini dibangunkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Educity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB) 


EduCity memperkenalkan konsep PERANTIS’SHIP sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk masalah job mismatch (kerja tidak sepadan) dan pada masa yang sama, merupakan usaha menyokong golongan belia yang mempunyai cabaran mendapat kerja dalam keadaan endemik ini. 


PERANTIS’SHIP membawa maksud konsep pembangunan modal insan melalui apprenticeship (perantisan) dan internship (latihan praktikal) dan diilhamkan oleh model program perantisan dari negara Jerman, sebuah program lengkap untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri melalui inisiatif peningkatan kemahiran (‘upskilling’). Bagi yang berminat, Asalkan warganegara Malaysia yang berumur dari 18 – 35 boleh menyertai program ini. 


Kini dalam fasa pertama, pihak kami memperkenalkan program PERANTIS Iskandar dalam usaha memastikan golongan belia Johor mendapat peluang perkerjaan di dalam INDUSTRI yang sesuai, dengan GAJI yang berpatutan. Program ini telah mendapat dana sebanyak RM5 juta di bawah inisiatif program PENJANA dari Kementerian Kewangan melalui Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA). 


Konsep dalam menentukan kejayaan PERANTIS’SHIP adalah kolaborasi dan sokongan syarikat dan agensi korporat tempatan dan antarabangsa bagi memastikan para perantis berjaya akan diberi tawaran pekerjaan, selepas tamat sesi latihan industri. Ini adalah penting untuk memastikan masalah job mismatch tidak akan berlaku kerana industri yang bertanggungjawab memberikan maklum balas mengenai bakat yang dicari bergantung kepada keperluan masa kini.


Program yang ditawarkan:

Teknologi Automotif 

AI Programmer

Business Process Outsourcing (BPO) Specialist 

Grassroot Coaches

HVAC Teknologi 

Pengimpal Profesional 

Program Perantisan yang akan ditawarkan di EduCity adalah:

Juruteknik Ultrasonik

Genesis Scaffolding

Juruteknik Penyelenggaraan Robot

Jurutera Teknikal SMART

Visual Effect (VFX) Artist

Data Specialist

3D Modeller

Animator 2D


Boleh rujuk poster untuk ketahui setiap program yang ditawarkan. 


Professional Welder -
 Kimpalan untuk sektor Oil & Gas


HVAC Techonologist


Grassroot Coaches - Bahasa mudahnya, menjadi seperti Benjamin Mora. 😁


Multi job in option. Pelbagai jenis bidang pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan, HR, Accountant, serta Public Relationship. 



Pembinaan kereta terbang pada masa akan datang? 



Atau mencipta pembantu rumah yang berjaya? 


Untuk maklumat lanjut, sila layari perantisiskandar.my atau hubungi hubungi pegawai program En. Asyraf (+6019-7710514) atau Cik Syamina (+6018-3787652).



ps: best sangat program begini kan? uolls tak perlu fikir mana nak cari kerja lagi. 




Isnin, Mac 07, 2022

SOG (Sekumpulan Orang Gila) dan Shila Amzah ungguli Anugerah Juara Lagu 36

 

credit image: liff ffizan (fb)

Wow, Tahniah diucapkan kepada band under-ground SOG dan Shila Amzah kerna mengungguli Anugerah Juara Lagu 36. 


Aien cuma menonton di smartphone je dan tertido di akhir-akhir persembahan. Haha Nasib la mak-mak begini nonton kan. Banyak-banyak persembahan yang Aien tengok dari Marsha yang sipi-sipi je berkesempatan. Kemudian diteruskan sehingga finalis terakhir. Even Aina Abdul macam kena sabotaj je persembahan dia. Vokal yang mantap, sedikit tak tergugat dengan pakaian yang aneh seperti ikan duyung itu. 


Persembahan Shiha dan Noki macam nak umph.. tapi krik-krik. Sambung dengan persembahan Yonnyboi yang ikutkan lirik dan lagu memang best. Tapi sebab assistant dia terkial-kial nak pasang wire untuk dia naik ke atas, plus cameraman macam aiguuu..  


Biasa la konsert grand begitu, jarang la tak ada masalah. Setiap tahun AJL pasti ada kutukan dari netizen. Apa aje la. Aien tengok, tutup komen. Berjela komen netizen yang 1001 bahasa tu. Even Haqiem Rusli dalam persembahan solo dan Trio bersama Naim Daniel dan Hael Husaini juga tak memberi impak yang besar di penghujung persembahan barisan finalis. Ehhh, orang yang dah lepas persembahan dah hype di back stage. Yang dorang tiga ni, bagi Aien, sekadar enjoy je la nyanyi. Lepas gian lama tak nyanyi kat pentas. Menang ke tak belakang kira la. 


But, persembahan Wings segarkan balik mata semua penonton kecuali Aien. Haha Tak larat wei mata nak tengok. Dalam hati dok kata, best juga kalau SoG ngan Shila Amzah jadi juara. Padahal tak pernah kenal dan dengar pun lagu dorang. 


Makanya di pagi hari ni, mengoogle siapa menang. Eh, ternyata. Firasat ku benar. Sebab persembahan dorang je 'bernyawa' dan I will do the best. Haa, gitu. 



Masa tengok ni, si vokal ni ngan drum ni adik beradik agaknya. Muka sama ja. Rupanya bila buka  WiKi SOG memang betul tekaanku. Bukan setakat adik beradik, bahkan kembar. 


Lagu Pelukan Angkasa yang dibawa mereka ini pun merupakan lagu lama sebelum pandemik dan merupakan soundtrack untuk drama kalau tak silap, KL Vampires. 


Apapun tahniah untuk ahli kumpulan band. Ni genre favorite husband ni. Haha Sendiri mana nak layan mental rock under ground. Naik tegak rambut. Tetiba yang ni macam sedap mungkin sebab ada seruling tu. Sedap sekali dengar je la. untuk halwa telinga selalu sama naik emosi sat g. Haha 


Oh ya, tahniah juga buat semua pemenang, dan finalis yang telah menjayakan AJL ke-36 ni