Sabtu, Mac 12, 2022

CHINESE DRAMA: RESET (2022)

 



Tajuk: Reset, Kai Duan

Genre: Mystery, Time Loop, Time Travel, Suspense

Bilangan Episode: 15 / 40 minit

Cast: Bai Jing Ting, Zhao Jin Mai, Liu Yi Jun, Liu Tao, 

Sinopsis: 

When Li Shi Qing awoke that fateful morning, she had no idea her life was about to change forever. Going about her day as usual, Shi Qing boarded the bus without ever giving her actions a second thought. But when the bus she was on was involved in a horrendous accident, Shi Qing had only seconds to realize that her life was about to end. Or was it?

Waking up that very same morning, going through the exact same motions, boarding the same bus, and dying in the same accident, over and over again, Shi Qing soon realizes that she has become trapped in a never-ending time loop. Desperate to find a way to escape not only the loop but her tragic fate, Shi Qing inadvertently drags fellow bus passenger, Xiao He Yun, into the loop with her. Together they try to find a way to alter their fate, by ensuring the bus arrives safely at its destination but attempting to do so proves anything but easy.

(Source: Viki)

~~ Adapted from the novel "Kai Duan" (开端) by Qi Dao Jun (祈祷君)



Atas suggestion blogger Tiara Sapphire , Aien cuba menonton drama ni. Disebabkan pelakon dia tak kenal, cerita macam best je sinopsis, lebih kurang dengan drama sebelum ni Aien tengok hasil review Tiara jugak.   




Tentang time loop, masa yang dipusing berulang kali sehingga mereka jumpa keyword - penyebab kepada berlakunya kejadian itu. 

Baca sinopsis, struggle Shi Qing nak keluar dari time loop yang tak sudah-sudah. Berulang kali ke balai polis jawab soalan yang sama. Sehingga dia dapat tarik Xiao He Yun turut serta dengan mengembara time loop tu. 

Xiao He Yun - pereka permainan video. Shi Qing pula cuma seorang pelajar di universiti awam. Kebiasaan Shi Qing memang akan naik bas No. 45 itu ke mana-mana sekitar bandar Jialin. Entah bagaimana dia boleh masuk time loop tu buat dia tertanya-tanya. 

Bas No.45 itu bakal meletup tepat jam 1342 di Jambatan - . Kali pertama Shi Qing ingatkan kerana bas tersebut berlanggar dengan lori minyak di simpang lampu isyarat. Malangnya telahan Shi Qing salah. 


Entah berapa kali berulang, baru dia sedar yang rupanya bas itu meletup dek kerana ada boom dalam bas itu. Jadi, beberapa kali ulangan di separuh beberapa episode permulaan, Shi Qing cuba memaklumkan kepada pihak polis akan keberadaan boom di dalam bas tersebut. Malangnya, apabila Xiao He Yun bersama dengannya, menelefon polis itu adalah langkah yang salah apabila mereka disoal-siasat dan mula disyaki sebagai orang yang cuba merancang kejadian tersebut. 


Jujur cakap, walaupun cuma 15 episode, mungkin Aien menonton pada waktu malam, jadi macam boring sedikit, jadi tengok dalam kelajuan 1.5x. Mana yang bahagian best baru di perlahankan. Maksudnya mana bahagian best itu bila Shi Qing dan He Yun tidak mengulangi loop tersebut dan mula mencari konklusi lain. 

Dalam bas no.45 itu cuma ada dalam 5-7 irang sahaja tinggal apabila detik mereka berdua kembali sedar. Antara masa Shi Qing dan He Yun sedar sehingga ke masa boom meletup cuma ada lebih kurang 20 minit. Mana la nak bagitahu polis  mana nak tunggu polis kejar bas tu. Pahtu dorang nak selesaikan siapa sebenarnya yang membawa boom dalam bas tersebut. 


Saspek pertama - Lu Di. Seorang pemuda yang berpakaian serb hitam dan siap berpelitup muka. Beg yang dibawa juga mendatangi rasa syak wasangka Shi Qing dan He Yun yang cuma memecah teka teki loop tersebut. 


Eh gelap la pulak tangkapan Aien ni. Apabila Shi Qing dan He Yun dapat beg Lu Di di mana pada cubaan pertama gagal kerana Lu Di diserang asma. Bila dah berjaya, rupanya dalam beg itu cuma ada seekor kucing. Dan kali itu, letupan bas no.45 itu berganjak dari 1342 ke 1345. Jadi Shi Qing dan He Yun rasa 1345 adalah waktu yang sebenar yang dikehendaki oleh pelaku. 

Bila Lu Di berjaya di selamatkan, kemudian diberitahu tentang loop ini, pemuda itu terasa teruja dengan kejadian yang disangka seperti dalam komik semata.  Jadi apabila Shi Qing dan He Yun rasa mereka berjaya menyelesaikan satu puzzle - tanda tanya kenapa mereka di dalam time loop tu, mereka jumpa satu dua petunjuk yang hampir kepada teka teka tersebut. 

Beberapa episod kemudian, baru mereka ketahui bahawa boom dalam bas itu merupakan boom buatan tangan dibawa oleh wanita separuh umur yang disangka daging steam untuk anaknya. Apabila Shi Qing dan He Yun cuba menghampiri periuk tersebut, wanita berpakaian kelabu itu mengeluarkan pisau pula. Dan mula menikam Shi Qing. 


Adoo, segar terus mata Aien masa tu. Haa, jumpa jugak mereka siapa punya kerja. Nasib idup lagi, kali mati masa tu. Yadoi, tak selesai misi Shi Qing dan He Yun ni. 


Kali kedua ulangan - Shi Qing dan He Yun cuba mendapat perhatian orang lain dan mula meminta pemandu bas menurutkna penumpang lain di hentian terakhir sebelum letupan. Malangnya cara itu pun gagal. Ado ado Ado. 


Rupa-rupanya pak cik driver tu, Wang Xiang He tu  yang begitu dekat dengan hati Shi Qing terlibat sama dalam letupan itu. Dan sebab mereka melakukan letupan di atas bas NO.45 itu sebagai pembalasan kematian anak mereka yang tidak diselesaikan  dengan cara yang sepatutnya. 


Entah berapa kali juga Shi Qing dan He Yun ni dok ulang-ulang dari stranger boleh berpasangan. Haha Pahtu, dari noob terus serahkan bulat-bulat pada polis akhirnya mereka selesaikan sendiri teka teki baru diberikan kepada Captain Zhang. 


Baca sana sini, katanya cerita ni ngetop juga di Mainland China tu dek kerna adaptasi dari novel terkenal karya Qi Dao Jun. Maka, peminat novel mesti teruja dengan adaptasi drama ni. 

Korang nak tonton, boleh tengok di Youtube Channel YOYO



Rabu, Mac 09, 2022

PRESTASI BLOG FEB 2022

 


Hi, Hi, jumpa lagi kita dalam report book blog aienienka.com di awal bulan. Aiguu, ikutkan mood tak GA dah makin drop drop drop, BR pun makin tak berapa nak masyukk, padahal bulan lepas elok je dia menurun, tetiba bulan Feb makin mencanak naik serupa kes covid dah aku tengokkan. Haha 



Memang drop dari bulan Januari lalu baik dari segi imprssions (web) mahuphn pages with first impression. GA pun ada juga send notification kasi tau. kena buat baik-baik sebab memang merundum teruk. Tapi, sama je setiap bulan aku update. Agaknya keyword monthly tu tak sama. Tu yang bulan ni cerita dia menarik, bulan depan cerita dia tak menarik. Haa, begitu laa. 



Seperti biasa, sudah terang la bersuluh, content menarik perhatian orang mai ke mari adalah tentang persediaan sebagai seorang ibu. Haa, begitu. Dia benda ni evergreen. Jadi orang sentiasa cari. 



Top performing pages pun masih tentang topik yang sama. Cuma sesekali drama Yasmeen kat TV3 tu masih menjadi carian orang lagi. 


Eh, memang perkara ni la yang orang suka nak baca. pengalaman orang lain. Tertiba selit sunscreen wardah yang rasa lama dah tak pakai. Haha 



Kalau pages berkaitan sangat menarik perhatian, mestilah keyword dia pun begitu. Untung juga share pengalaman ni. Cuma tu la setiap orng pasti pengalaman mereka berbeza. Haa, begituuu. 


Over all, bulan Februari makin merundum sebab topik evergreen dah tak tulis sangat. Korang rasa kan... syiok tak syiok singgah sini? Aien pun jarang blogwalking sangat. Al-maklum la suri rumah ni busy sangat~ 😂 
.

Harap la bulan ni naik. puhhlisshh. Eh.. bulan puasa nak cuti blog laa. fokus ngan ibadah je kan.. 



Selasa, Mac 08, 2022

PERANTIS ISKANDAR: sebuah program jaminan pekerjaan masa hadapan







 




Lumrah apabila tamat pengajian, seluruh mahasiswa akan merata menghantar resume untuk mencari kerja. Pernah tak korang dengar, kerja akan cari korang? Ataupun cari kerja dahulu, kemudian baru belajar? 


Best kan kalau begitu, kerja dah dapat tinggal untuk asah kemahiran untuk pandai dalam menguruskan tugas yang bakal diperolehi kelak. Di mana tu nak dapat majikan begitu ya? Berminat kan? jom teruskan pembacaan. 


Program Perantis Iskandar


Educity adalah sebuah pemangkin pembangunan  pendidikan yang diterajui oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) yang berpusat di Johit Bahru, Johor, Malaysia. Educity Iskandar ini berperanan menyediakan modal insan melalui program PERANTIS Iskandar bagi menyokong kepelbagaian kegiatan ekonomi si Iskandar Malaysia di samping memupuk pemimpin generasi pada masa akan datang. Educity ini dibangunkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Educity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB) 


EduCity memperkenalkan konsep PERANTIS’SHIP sebagai salah satu jalan penyelesaian untuk masalah job mismatch (kerja tidak sepadan) dan pada masa yang sama, merupakan usaha menyokong golongan belia yang mempunyai cabaran mendapat kerja dalam keadaan endemik ini. 


PERANTIS’SHIP membawa maksud konsep pembangunan modal insan melalui apprenticeship (perantisan) dan internship (latihan praktikal) dan diilhamkan oleh model program perantisan dari negara Jerman, sebuah program lengkap untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri melalui inisiatif peningkatan kemahiran (‘upskilling’). Bagi yang berminat, Asalkan warganegara Malaysia yang berumur dari 18 – 35 boleh menyertai program ini. 


Kini dalam fasa pertama, pihak kami memperkenalkan program PERANTIS Iskandar dalam usaha memastikan golongan belia Johor mendapat peluang perkerjaan di dalam INDUSTRI yang sesuai, dengan GAJI yang berpatutan. Program ini telah mendapat dana sebanyak RM5 juta di bawah inisiatif program PENJANA dari Kementerian Kewangan melalui Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA). 


Konsep dalam menentukan kejayaan PERANTIS’SHIP adalah kolaborasi dan sokongan syarikat dan agensi korporat tempatan dan antarabangsa bagi memastikan para perantis berjaya akan diberi tawaran pekerjaan, selepas tamat sesi latihan industri. Ini adalah penting untuk memastikan masalah job mismatch tidak akan berlaku kerana industri yang bertanggungjawab memberikan maklum balas mengenai bakat yang dicari bergantung kepada keperluan masa kini.


Program yang ditawarkan:

Teknologi Automotif 

AI Programmer

Business Process Outsourcing (BPO) Specialist 

Grassroot Coaches

HVAC Teknologi 

Pengimpal Profesional 

Program Perantisan yang akan ditawarkan di EduCity adalah:

Juruteknik Ultrasonik

Genesis Scaffolding

Juruteknik Penyelenggaraan Robot

Jurutera Teknikal SMART

Visual Effect (VFX) Artist

Data Specialist

3D Modeller

Animator 2D


Boleh rujuk poster untuk ketahui setiap program yang ditawarkan. 


Professional Welder -
 Kimpalan untuk sektor Oil & Gas


HVAC Techonologist


Grassroot Coaches - Bahasa mudahnya, menjadi seperti Benjamin Mora. 😁


Multi job in option. Pelbagai jenis bidang pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan, HR, Accountant, serta Public Relationship. 



Pembinaan kereta terbang pada masa akan datang? 



Atau mencipta pembantu rumah yang berjaya? 


Untuk maklumat lanjut, sila layari perantisiskandar.my atau hubungi hubungi pegawai program En. Asyraf (+6019-7710514) atau Cik Syamina (+6018-3787652).



ps: best sangat program begini kan? uolls tak perlu fikir mana nak cari kerja lagi.