Rabu, April 06, 2022

Prestasi Blog Mac 2022

 


Ikutkan hati, malas na la nak menulis pasal prestasi yang stay begitu dek kerana kemalasan sendiri. Tetiba I saw something yang menarik dan harus la diabadikan di sini untuk kenangan masa hadapan. Haha 



Ni la the reason why Aien tak mau teruskan project prestasi blog ni. Makin merundum bahkan Bounce Rate pun dah jatuh sampai 100%. Pahtu nak salahkan siapa entah. Sendiri malas nak menulis. Okay lepas ni kena rajin la menulis duhai aiennnn.. 



For the first time, entry terbaru jadi tarikan orang untuk singgah ke mari. Carian Logok Campsite berjaya menarik orang ke mari, mudahan dapat membantu serba sedikit. 

Walaupun begitu, cariannya tidak la sebanyak yang sebelumnya. Heh, ada masalah apa la blog aku ni? Nak godek tak da laptop..  T^T



Seperti yang sebelumnya, pendaftaran buku pink memang maju di blog ni. Dan juga drama Turki Passion & Love tu. Asli dengan siapa ntah, lupa dah. Haha Pelupa yang amat. 



Begitu la orang mencari dan menjumpai si aienienka.com ni. Nak kena suggest drama cina paling best, lama dah oi bersara. Last cuba tengok Hello, Sharpshooter pun alahai... 40 episode, berchenta la Ibu nak habiskan. 

So, kita review drama pendek-pendek je la. Itu pun kalo berkesempatan nak tengok. Kalau tak, Ibu ni tersenggok tengok BR yang makin merah. 

Secara keseluruhan, Blog ni masih dalam perjalanan personal branding tapi masih seperti siput rupanya. Mak anak 3 yang masih membesar. Halal je la. Biasa mak-mak sebegini dah tak ada masa la nak pegang telefon melainkan anaknya dah sekolah. Tapi, sebab my living with this blog, this media sosial, kita selitkan life these kiddo dalam blog. Nanti update bebanyak. Terima la apa adanya dengan usaha tak seberapa. Nak lebih kena usaha lebih kan? 




Selasa, April 05, 2022

DRAMA REVIEW: Forecasting Love and Weather (2022)

 

image credit: ASIANWIKI


Tajuk: Forecasting Love And Weather (literraly original title: Office Romance Cruelty) 

Genre: Romantic, Comedy, Info, Family

Bilangan Episod: 16 

Channel: JTBC / Netflix

Pelakon: Song Kang, Park Min Young, Yoon Park, Yura

Sinopsis:  Berkisarkan kisah cinta dan kehidupan serta pekerjaan warga Korea Metorologist Adminstration. Jin Ha Kyung dan Lee Si Woo serta Ha Ki Jung dan Chae Yoo Jin. 


Pada mulanya tak mahu tengok akibat pesimis dengan lakonan Song Kang sejak menonton drama beliau beberapa bulan yang lepas bersama Han So Hee. 


Baca sini juga: Nevertheless lakonan Song Kang


Actor yang berwajah kacak ini agak kaku sedikit lakonannya jika dibandingkan dengan beberapa pelakon lain bagi Aien. Ikutkan drama tengah Top 10 di Netflix pun, drama ini agak ke belakang sedikit berbanding yang lain. So, sebabkan minat la juga tengok Park Min Young, kita cuba tengok memandangkan macam boleh belajar ilmu baru tentang kaji cuaca. 


Yes. Indeed. Memang dapat belajar ilmu baru. Dalam meramalkan cuaca apa yang akan melanda Korea Selatan esok hari, para pekerjanya khusus Bahagian Am 2 team Jin Ha Kyung turut mempunyai pelbagai masalah namun mereka semua mengendalikan dengan penuh berhemah dan dedikasi. Jin Ha Kyung - pengurus termuda dalam Jabatan Kaji cuaca Korea Selatan itu, sering dipertikaikan kebolehannya apatah Ha Kyung putuskan perkahwinan sebelum sempat ke jinjang pelamin bersama rakan sekerja lain bahagian, Han Ki Jun. 

Buatnya bini Han Ki Jun tu pulak kekasih Lee Si Woo, peramal khas cuaca daripada Seoul Centre.  Kemudian, tak lama selepas Ki Jun dan Yoo Rin berkahwin, Si Woo pulak ditugaskan ke HQ. Bermula cross pasangan antara Ha Kyung - Si Woo = yang ditinggalkan dengan Ki Jun + Yoo Rin = mereka yang curang. 


Buatnya pulak Si Woo yang berkarakter happy go lucky dan easy going dek kerana namanya Si - masa  Woo - Hujan . Memasing la jatuh cinta pandang pertama sebab broken heart kena tinggal oleh pasangan memasing ke tak tahu la. Tarikan antara mereka berdua ini undeniable walaupun Ha Kyung berpangkat pengurus manakala Si Woo junior peramal. 



Setiap episod didatangkan dengan quotes yang sangat menarik tentang cuaca juga dikaitkan dengan apa yang berlaku pada episod tersebut. 


Hati manusia ini sentiasa berubah ibarat cuaca. Sukar diramalkan kerna datanya sering saja berubah-ubah. -quotes reka sendiri. 🤣


Seronoknya drama ni dibandingkan dengan karya lain Song Kang, nampak kurang kaku dia. Sangat happy go lucky mungkin lebih kurang dengan karakter dia yangXas sebenar. Who knows kan. -ke aku je yang tak tahu. 


Beberapa kisah kekeluarga, percintaan, tentang perhubungan juga diterapkan dalam drama ini. Antaranya: 


  • Kisah Ha Kyung dan Si Woo - Bercinta satu department. Antara pengurus dan junior. Ajaibnya mereka berjaya sembunyikan walaupun banyak kali kantoi dengan rakan se-department. Best jugak dengan kawan dorang ni faham yang Ha Kyunh pernah keciwa dengan Ki Jun dan senyapkan aje tengok sejauh mana hubungan Ha Kyunh dengan Si Woo. Sampai la terkantoi itu pun ketika mereka berdua dah decide untuk berpisah. Bahaya betul percintaan dengan rakan sepejabat ni. Gosip liar betul. 

  • Um Dong Han - Peramal daripada kawasan lain yang dipindahkan ke HQ sejak Ha Kyung naik pangkat. Merupakan senior Ha Kyung. Kembali dia ke HQ bukan untuk merebut kuasa pengurus tapi untuk rapatkan balik hubungan hambar dia dan anak bini yang ditinggalkan sejak ditugaskan ke luar bandar. Sedih sangat dia try hard nak mesra dengan bini dia yang dah tawar hati sebab suaminya dia macam wujud tapi tak sepanjang perkahwinan mereka. Bahkan orang sekeliling pun dah ingatkan bahawa bini dia ni ibu tunggal aje. Struggle jugak hubungan jarak jauh ni. Walaupun tak curang, tapi rasa keberadaan suami tu hilang. Entah macamana nak cakap. 

  • Ki Jun dan Yoo Rin - Setelah pulang dari bulan madu, bermula episode realiti berhadapan dengan Ha Kyung. Watak Ki Jun ni pada mulanya sangat la berkira dengan Ha Kyung, sampaikan semua barang letrik yang kongsi beli pun dah bahagia dua. Ehh, geram aje tengokkan. Lama kelamaan, hubungan perkahwinan dia dengan Yoo Rin agak goyah saat isterinya disuruh daftar perkahwinan sendiri untuk mendapatkan pinjaman pengantin baru. Setelah kena shock letrik bila Yoo Rin angkat kaki tinggalkan rumah, Ki Jun baru sedar selama ini dia tidak cukup kuat untuk melakukan apa saja demi isteri tercinta. Bak kata mak asian ni kan, cinta aje mana kenyang, ye dok? 

  • Shin Seok Ho & Jin Tae Kyung - Mulanya nak dikenankan dengan si adik, rupanya sangkut dengan si kakak. Tae Kyung merupakan kakak kepada Ha Kyung jatuh cinta dengan staff adiknya merangkap jiran. Lawak sebab Seok Ho tu dilabelkan seorang yang sangat phobia untuk menghampiri orang. Tae Kyung pulak seorang pelukis ilustrasi buku kanak-kanak yang tak berapa nak maju jualan bukunya. 

  • Oh Myung Joo - Senior kepada Ha Kyung. Seorang staff yang sangat dedikasi dan isteri yang bertolak ansur. Based on karakter dia dalam drama ni, dia adalah calon isteri idaman ramai lelaki. Sangat lemah lembut, faham dan sanggup bergolak gadai demi impian si suami. Walaupun ditipu banyak kali oleh suami, dia tetap stay dalam perhubungan tu. Nasib suami dia sedar bahawa isteri dia dah cukup baik dengan dia. Walaupun dek kerana cuaca panas, anak-anak meragam dia agak terganggu di tempat kerja. Adanya pengurus seperti Ha Kyung memang terbaik. 

Selain daripada hubungan kekeluarga antara Ha Kyung dengan mak dia dan juga Si Woo dengan ayahnya juga menguatkan drama ni bagi Aien. Kesimpulan, drama ni boleh juga ditonton la untuk belajar macamana ahli kajicuaca tu kaji cuaca walaupun bukan secara menyeluruh. 

image credit: cafehallyu.com


Mak cik lejen ni tak pernah mengeciwakan lakonan dia. She was one of the reason kenapa Aien tonton drama ni. Hehe 


image credit: cafehallyu.com

Quotes dari Si Woo  semua best. Nak kompile sampai 16 episod banyak la sangat. jadi korang kena tengok sendiri. 


Tunggu BP pulak. hehe 


 

 

Ahad, April 03, 2022

Selamat Menyambut Ramadan Kareem 1443H

 

Hi April! Alhamdulillah kita mulakan entry April dengan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada semua rakan-rakan blogger dan yang sudi singgah ke mari. 


Apapun, semoga kita semua dapat manfaatkan bulan yang suci untuk meraih kemenangan buat diri dan keluarga. 


Kemenangan yang bermaksud kita berjaya mengekang diri dan nafsu dari terus leka dengan godaan dunia. Moga Ramadan ini dihargai seperti kali terakhir kita menemuinya. Stay safe dan salam ramadhan. 


Ps: Tahun ni dapat raya bersama keluarga kan? Kot ada nak cari tudung raya boleh usha IG @Fisah_jimmyscarves


hehe