Sabtu, April 09, 2022
BLOGGER atau INFLUENCER?
Teringat masa mula terjebak dengan blog dulu. Dia punya suka jumpa platform diary online ni, haish... Dan kalau diikutkan banyak sangat la entey yang belom direvert semula. Benda merapu suka nak membebel tu kan.
Pahtu, 2015 mula membina networking dalam dunia blog ni. Ada la juga beberapa blogger yang aku pandang tinggi dengan ketekunan mereka dalam menghasilkan ayat dan tulisan yang bagus. Aku ni dah la ayat carca merba, ikut bahasa pasar dan menyalahgunakan penggunaan bahasa Melayu dengan Inggeris sekaligus. Rasa macam jari jemari ini menekan papan kekunci apa yanh bersuara dalam kepala aku. Apa luahan hati aku. Begitu la.
Zaman berubah, aku cuba mencari niche sesuai dengan jiwa. Eh, ikutkan semua benda nak campak ke mari. Sampaikan orang kata, semua benda nak kongsi ke? Ehh..
Ye la wak.. Saya ni suka berkongsi begini. Besok-besok mana tau saya lupa, saya baca la tulisan saya sendiri. Secara tak langsung saya belajar untuk membetulkan ayat saya tu.
BUT, for now, ada certain job untuk blogger requirment dia sama je macam influencer. Aku tak tahu la kan. Dia la kena kerah otak tulis untuk posting di blog, dia la kena edit video, dia la kena amek gambar Haa.. serba serbi la kan. MEMANG TERBAIK. Pahtu sekarang level-level blogger dan influencer ni ada jenis-jenis la pulak.
Baca sini aje la: JENIS dan KELAS INFLUENCER
Aku baru jumpa satu ni je blog Malaysia yang berada di first page carian - Kategori blogger. Yang lain majoriti indon sana yang menulis. Pheww~ menangis jugak bila sedar diri berada di awan nano. Ha Ha Ha
Jadi azam 2022 sebenarnya semenjak turut sama dalam JDT blogger, nak belajar jadi blogger bertauliah, berkongsi benda yang menarik dan menulis dengan tatacara yang betul. Masih bertatih slow slow dek kekangan anak kecil. But, no worries. Kalau ikut ayat sendiri hentam taram la. Lain job special, baru kena kerah sikit otak ni bagi proper sikit supaya klien happy and aku pun happy.
Bagi aku keduanya ada pro and cons. Bezanya blogger ini memang dah terkenal semenjak dulu lagi sebelum wujudnya influencer ini. Dulu ada dua saja. Blogger atau Youtuber kan?
Sama ada kau nak menulis atau pun buat video. Sekarang persaingan dah banyak. Mana yang jadi tarikan orang, mana yang kena dengan jiwa orang. Kesimpulannya, jadi blogger atau apapun bukan mudah, kadang-kadang tulisan kita bisa salah, bisa juga menguris hati orang. Sebelum masing-masing baca dalam nada yang salah, kupohon ampun dan maaf di bulan barakah ini.
Setiap perkerjaan tiada yang senang - ingat tu!
Jumaat, April 08, 2022
Drama Review: Business Proposal (2022)
image credit: IMDB |
Tajuk: Business Proposal
Genre: Romantic, Comedy, Food
Bilangan Episod: 12
Barisan pelakon: Kim Se Jeong, Ahn Hyo Seop, Kim Min Kyu, Seo In A
Channel: Netflix, SBS
Sinopsis: Shin Ha Ri is a single woman and works for a company. She has a male friend and she has held a crush on him for a long time, but she learns that her friend has a girlfriend. Shin Ha Ri feels sad and decides to meet her friend, Jin Young Seo, who is a daughter of a chaebol family.
Hype sangat drama ni, sana sini kata best. Tak tertarik la nak tengok memula sebab pelakon macam tak kenal sangat. Rupa-rupanya Kim Se Jeong tu berlakon dalam The Uncanny Counter . Jadi macam, eh eh.. suka la tengok dia berlakon, tapi bukan dalam genre begini kot walaupun dia jenis senang nak adapt watak. Paling mengejutkan dia rupanya penyanyi jugak dari kumpulan Gugudan.
But, Aien lagi suka tengok dia berlakon aksi. Looking forward for another drama action dari Kim Se Jeong.
Okay, berbalik drama Business Proposal ni tadi, sinopsis dia panjang sangat eh. Like klisè drama romantic comedy dan boleh agak flow cerita dia macamana berdasarkan tajuk. Cringe jugak nak tengok. Ahn Hyo Seop pun lagi suka dia dalam drama Doktor Romantic. Begitu la kan, lain orang lain preference dia.
Aiguu~ nak review pun macam tak ikhlas bila ending dia tergantung. eh Eh Eh... Sesungguhnya seperti expectation kita mereka berkahwin dan berakhir dengan di pelamin. Ini dengan kisah Sung Hoon dengan Young Seo tergantung, lepas tu... Eh. Eh ... Dah la. Sesungguhnya, sedikit keciwa melihat akhir drama ni.
Over all, mungkin drama seperti ini tidak lagi sesuai untuk seketul Ibu anak tiga ni. Haha Cringe sangat wei... Tolong laaa.. Nasib drama aje..
Next please ...
Rabu, April 06, 2022
Prestasi Blog Mac 2022
Ikutkan hati, malas na la nak menulis pasal prestasi yang stay begitu dek kerana kemalasan sendiri. Tetiba I saw something yang menarik dan harus la diabadikan di sini untuk kenangan masa hadapan. Haha