Selasa, April 12, 2022

Movie Review: The In Between (2022)

 



Movie mengisahkan Tessa, lakonan Joey King seorang tidak percaya bahawa dia juga perlu ada kisah cinta tersendiri sehingga dia berjumpa dengan Skylar, lakonan Kyle Allen di musim panas, bukan sekadar cinta khayalan. Bila Skylar mati akibat dilanggar oleh sebuah trak, Tessa mula mencari jawapan dan menganggap bahawa Skylar cuba untuk menunjukkan sesuatu padanya daripada dunia sesudahnya. Tessa cuba reach out Skylar demi penghujung yang indah untuk kisah cinta mereka berdua. 



Lama betul tunggu movie ni keluar. Akhirnya ada juga di Netflix. Walaupun kisah cinta begini agak klisé dan mendapat rating yang samar daripada rotten tomato, setidaknya movie ini adalah sebuah movie a good to cry.  Jika korang mencari alasan untuk menangis, go for it. 


Skylar were too sweet for Tessa yang sukakan kesunyian. From stranger watching movie without subtitles dan Skylar jadi penterjemaah bagi Tessa sepanjang movie romantic itu. Tak lama kemudian, mereka bertemu di sekolah Tessa ketika Skylar menyertai pertandingan kayak. 

Kalau ada jodoh tak ke mana, gitu la dia.. Dan mereka mula bercinta namun Tessa masih tidak menyuarakan isi hatinya sehingga saat mereka berdua kemalangan. 



Sejak Tessa jumpa subjek dia, bilik ajaibnya penuh dengan memori dia bersama Skylar. Segala memori dia bersama Skylar sehingga detik terakhir. 

Rupa-rupanya setelah pergi juga, Skylar cuma nak tunjukkan pada Tessa, supaya jangan pernah menyesal hubungan mereka kerana mereka saling mencintai satu dengan yang lain. 



Pergi tanpa penyesalan. Perkenalan mereka sudah ditakdirkan. Dan buat la sebaik mungkin untuk kehidupan yang lebih baik. - pesan Skylar buat Tessa yang selalu menganggap mak-nya tidak pernah setia. Dia membesar dengan melihat mak dia bertukar teman lelaki. Kerana itu, Tessa cukup trauma dan takut sekiranya dia juag bakal ditinggalkan. 

Pengakhiran yang cukup sedih, but quite smooth. Tessa berjaya masuk ke sekolah impiannya dan yakin dengan hasil fotografinya sendiri.

-The End. 


Isnin, April 11, 2022

BERAYA BERSAMA KAFTAN Edisi Terhad KELUARAN JIMMYNOUR

 


Monday uolls~ Salam Ramadan ke 9 sudah.. Alhamdulillah moga semua baik-baik saja ya? Gi mana, udah nyari baju rayanya belom? Kalau belom, nih.. Mau cerita.. JimmyNour adik beradik dengan keluaran Jimmyscarves ada keluar koleksi terbaru nih. Mau tengok? 

Sebelum itu, mari kita cerita serba sedikit keistimewaan Kaftan by JimmyNour ni. Paling penting sekali, koleksi ini adalah Limited Edition sempena Sinaraya 2022. 


Diperbuat daripada kain premium silky matte satin yang mampu memberikan keselesaan kepada korang tanpa perlu risau kembang atau tak flowy. Pemilihan kain ini tak jarang dan sangat sesuai digunakan dalam apa jua majlis terutama untuk dijadikan baju raya kelak. 



Jika dilihat berdasarkan close up picture yanh diberikan, kaftan ini dijahit kemas dengan jahitan baby seam untuk keselesaan si pemakai.



Cutting untuk kaftan pula dengan saiz yang agak lebar yang selesa juga. Nanti boleh rujuk saiz chart di bawah. Meh terus lagi membaca. 


Tag esklusif daripada JimmyNour pakai anggun untuk wanita bergaya. 


Kain printed specially dengan jenama JimmyNour memang sesuai untuk #jimmynourlovers yang proud dengan penghasilan setiap koleksi. Kata orang, alah membeli, lama memakai. 


Koleksi Kaftan JimmyNour ini juga di datangkan dengan dua corak yang berbeza yang setiap satu corak mempunyai 5 warna yang berbeza. 


Kaftan ini adalah dalam bahasa pasar kita baju kelawar yang telah dinaiktaraf demi kesesuaian pemakai untuk memadankan dengan setiap apa jua situasi. Bagi Aien, Kaftan keluaran JimmyNour ini memang esklusif high class gituu, menjadikan kita proud to go anywhere with this kaftan. 


Boleh nampak keselesaannya di situ kan? Simple, yet elegan gitu. Tag line aku aje ngasi kat koleksi JimmyNour ni. 


Suka corak geomatrik, boleh pilih koleksi Celine Kaftan di atas. 👆


Manakala peminat abstrak terutamanya boleh pilih koleksi Hannah Kaftan di bawah 👇


Yang penting dua-dua lawa dan cantik laa. UNDENIEABLE corak dan design koleksi dari JimmyNour ni. 

Oh ya, sebelum terlupa saiz chart Kaftan ini seperti di bawah. 



Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi, JimmyNour memberi diskaun hebat untuk 500 pembeli terawal.  Eh,, bukan. Koleksi Kaftan ni cuma terhad 500 helai saja. Meh, meh siapa cepat dia dapat. Dengan RM129/pasang baju raya simple dan anggun di pagi raya tanpa risau kerna korang tetap cantik dengan koleksi JimmyNour. 

Nak dapatkan Kaftan Celine dan Hannah sekarang, boleh terjah Instagram fisah_jimmyscarves sekarang! 


pssst: Warna pink tu lawa tau..  

Ahad, April 10, 2022

Bawa anak berbuka puasa 'Dari Dapur Bonda' di Trove Hotel


Bawak anak berbuka puasa 'Dari Dapur Bonda' di Trove Hotel, JB| 

Buat julung kalinya selepas pandemik melanda dunia, Trove Hotel Johor Bahru present kenangan buffet Ramadan 'Dari Dapur Bonda' yang bertempat di Lada & Clove Restaurant, Tingkat 8. 


Rezeki anak-anak dapat berbuka puasa di Hotel setelah beberapa tahun tersekat dek kerana Covid-19 kan. 

Banyak sangat menu yang disediakan di sini terutamanya khas air tangan Bonda Timah, Sup Tulang Merah. 



Sudah makan sup Tulang Merah ni, memang tak toleh orang lain dah. Kesedapan dia kena pada tekak hingga menyedut ke isinya. Dah makan, kekenyangan sampai lupa nak snap pinggan kosong tu kan. 

Selain daripada Sup Tulang Merah, menu lain  seperti: 


Nasi Dagang dipadankan dengan  Mamak Style Kari Ikan dan Sayur serta Ayam Goreng Berempah. 


Sebenarnya banyak sangat la menu di Trove Hotel ni sampai berapa pusingan nak merasa semua menu yang ada. 

Kalau korang rasa tak nak makan yang heavy course begini, ada jugak pilihan lauk pauk air tangan Chef Firdaus dan pasukannya. 


Hati Ayam Masak Kicap, Gulai Ayam dan Kentang, Ayam Steamed Halia, Ikan Siakap Masak Sweet Sour. Rambang perut rasanya nak makan apa. 


Udang Goreng Mentega dan Ikan Keli Goreng berempah sedap jugak. Semua sedap dan pembangkit selera setelah separuh hari berpuasa. 

Pilihan Aien masa tu, Hati Ayam Masak Kicap dan Udang Goreng Mentega. Sebagai Ibu menyusukan yang berpuasa dia bukan nak makan sangat, air menjadi pilihan utama di kala berbuka puasa. Dah kenyang air, mana nak pandang menu lain. 

Buat peminat kerabu dan sambal seharusnya tak ketinggalan merasa pelbagai jenis kerabu dan sambal yang dihidangkan di Trove Hotel ni. Boleh tahan jugak pedas dia. 


Dah makan pedas, langkau la ke dessert sebab dah tak tahan sangat. Bukan satu sahaja pilihan diberikan bahkan empat uolls. Haa, gabung semua pening pala. Aien suka bubur pulut hitam dia. Lemak manis dia, ish~ sedap. 

Bahagian paling Aien suka sekali di Trove Hotel ni adalah menu kanak-kanak jugak tidak dilupakan apabila ibu bapa dan dewasa lain sibuk berbuka puasa. Anak-anak kecil terutamanya sebaya Nayla, Najmi dan Nadhira ni apa sangat dorang nak makan. Paling teruja sekali bila ayahnya ambilkan wafer dan sate. 


Ke main la bujang ni makan sate. 10 cucuk sate dikerjakan dua beradik ni aje. 



Biskut Raya Corner pun ada. Siap ada jeruk bagai. Serba serbi disediakan, pasti tak menyesal bila berbuka puasa di sini. Bimbang tak boleh bangun nak balik aje. Haha 


Apa guna pergi Buffet Ramadan kalau tiada kambing bakar kan? Beratur orang menunggu daging kambing dilapah oleh chef ni. 

Dah kenyang, pihak hotel juga menyediakan kemudahan untuk menunaikan solat maghrib di Tingkat 7. Jadi tak perlu khuatir terlepas waktu solat. 


Done sungke (berbuka puasa)! Kalau korang nak berbuka puasa sama di Trove Hotel ni boleh call atau whatsapp di no yang tertera: 


𝗟𝗶𝗻𝗱𝗮 
📱𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟮𝟯 𝟭𝟵𝟭𝟳  
𝗦𝗶𝘁𝗶 
📱 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟳𝟭 𝟳𝟱𝟴𝟱 
𝗟𝗼𝗿𝗻𝗮 📱 
𝟬𝟭𝟵 𝟲𝟴𝟭 𝟮𝟭𝟲𝟵 

𝗝𝗮𝗻𝗲𝘁 
📱 𝟬𝟭𝟲 𝟳𝟮𝟯 𝟵𝟬𝟬𝟯 

#trovejb 
#buffetramadhan2022 
#buffetjohor2022
#buffetramadhanjohor #buffetramadhanjohor2022 
#berbukapuasaJohor
#lifestyleblogger 
#jdtblogger