Khamis, April 14, 2022

Berbuka puasa dengan "Selera Ibunda" di Tunamaya Resort DESARU mengingatkan diri pada kampung halaman

Jauh perjalanan, serupa balik kampung. Pekena pulak menu dari Selera Ibunda, tetiba hati sebak pulak. Rindu umi~ Begitu la moment ketika berbuka puasa dengan anak-anak di Tunamaya Resort, Desaru Jumaat lalu. 


Anak-anak teruja dapat makan di luar lagi. Apatah bila melihat kawasan Pawana Restaurant begitu dekat dengan pantai. Dek kerana hari hujan, masing-masing kecewa. 

Selera Ibunda mengabungkan menu para ibu, mak, bonda dan umi di seluruh Malaysia


Aien buat pertama kalinya menjejak kaki ke Tunamaya Resort & Spa ni memang teruja dengan sajian yang dihidangkan oleh cef di sini. Lagi-lagi Gulai Daging Kawah yang digabungkan dengan Nasi Special recipe dari nenda Chef dan menu ini sememangnya harus dicuba bila berbuka puasa di sini. 

Gulai Daging Kawah

Nasi Special resepi nenda chef

Ikutkan nak merasa la menu ni, tak sempat sekejap je dah habis. Al-maklum la sejenis Aien ni berbuka minum air dulu kemudian dengan makanan ringan. 


Macam murtabak dan roti canai cicah kari ayam. Memang terlupa la nak makan nasi. Ingatkan diet ke apa, tak. Sejenis tong kecik. Makan sikit-sikit, tapi kerap. Gituu~ 


Bila dah bawak anak-anak perkara pertama Aien cari adalah kids section. Boleh la bagi kudapan mereka sebelum kita juga sibuk mengisi perut. 

Menu utama Selera Bonda diilhamkan dari seluruh pelusuk Malaysia

 Banyak jugak menu yang ada di malam tu, di antaranya Gulai Ayam, Daging masak Halia, Kari Udang Kapitan. Tak dilupakan Asam Pedas Ikan serta Pucuk Ubi masak Lemak


Bila tengok semua, Ya Allah rindunya masakan mak di kampung. Aiguuu~ Asam Pedas kaw, Gulai Ayam Kampung, Pucuk Ubi masak Lemak. Allah~ suami Aien kata ngam la datang sini mengenang memori tak dapat balik raya. Ha Ha Ha


Selain dari kudapan untuk santapan anak-anak section buah juga turut disediakan dengan pelbagai pilihan buah. Nayla paling suka anggur sampai dua kali repeat.. Buat muka tak malu sikit. Nadhira pun turut sama boleh makan buah.


Dan Nadhira jugak orang paling kenyang sebab ayah dia bagi dia rasa semua jenis kuih yang ada kat sini. Paling favorite dia Kek Buah. Dua keping kenyang~ ..


Bagi pengemar kerabu, Di sini puas merasa pelbagai jenis kerabu baik dari seafood seperti sotong, udang dan ikan. Kerabu sayur pun ada dan juga kerabu ayam. 


Kecur air liur bila tengok hidangan kerabu, ulaman dan sambal. Aish~ section paling digemari adik-adik ni. 


Di luat dewan Pawana Restaurant tu, ada live session jugak tau, dorang grill Kambing Bakar Berempah serta Ayam Turki. For the first time merasa ayam turki. in love sangat. Dua kali tambah. Haha 

Bagi Aien itu kelainan berbuka puasa di Tunamaya RESORT & SPA ni tau. Ada Ayam Turki. Acah Thanksgiving sikit. 


Close up Ayam Turki yang empuk isinya enak dengan rempah yang telah serap masuk ke dalam dagingnya. Lembut je. 


Kebiasaan Buffet Ramadan di Johor pasti akan menyediakan Otak-otak dan Pepes sebagai pembuka selera. Ala pembuka selera sendiri la. Orang lain tak tau macamana. 


Begini la dilema mak-mak anak kecik berbuka puasa. Nasi tak ada, cuma ada yang kudapan je. Selebihnya air semata. Dah kenyang makan ni, hilang semua kelaparan setelah berpuasa di siang hari. 

Pihak Tunamaya juga ada menyediakan tempat solat tak jauh dari tempat makan. Jadi boleh bergilir dengan suami untuk jaga anak. Tandas juga di tingkat yang sama. Senang sangat kan? 

Kalau korang rasa rindu masakan menu mak-mak korang ni kan. Boleh cuba berbuka puasa di Tunamaya Resort & Spa. Kalau tak hujan, mesti boleh enjoy view sunset di luar. Sambil dengar deruan ombak.. Tu yang buat anak-anak makin tak duduk diam nak berlari ke pantai. Masing-masing resah dah tak ingat nak makan. 


Rasa macam balik kampung pulak. Fefeeling old memories, orang muda kata KLMJ kan? Untuk tempahan boleh rujuk di bawah. 


𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐢𝐜𝐞:
Purchase after 2nd April 2022
RM88Nett (Adult) | RM58Nett (Child 6-12 years old)

IN HOUSE GUEST

RM78 per adult

RM48 per child


𝗖𝗮𝗹𝗹/𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽: 016 772 7352 (En Shahrul) or 014 272 6595 (En Iskandar)
Email: shahrul.hgjb@careluxuryhotels.com
Book Here: https://bit.ly/3svtj1Y


Selasa, April 12, 2022

Movie Review: The In Between (2022)

 



Movie mengisahkan Tessa, lakonan Joey King seorang tidak percaya bahawa dia juga perlu ada kisah cinta tersendiri sehingga dia berjumpa dengan Skylar, lakonan Kyle Allen di musim panas, bukan sekadar cinta khayalan. Bila Skylar mati akibat dilanggar oleh sebuah trak, Tessa mula mencari jawapan dan menganggap bahawa Skylar cuba untuk menunjukkan sesuatu padanya daripada dunia sesudahnya. Tessa cuba reach out Skylar demi penghujung yang indah untuk kisah cinta mereka berdua. 



Lama betul tunggu movie ni keluar. Akhirnya ada juga di Netflix. Walaupun kisah cinta begini agak klisé dan mendapat rating yang samar daripada rotten tomato, setidaknya movie ini adalah sebuah movie a good to cry.  Jika korang mencari alasan untuk menangis, go for it. 


Skylar were too sweet for Tessa yang sukakan kesunyian. From stranger watching movie without subtitles dan Skylar jadi penterjemaah bagi Tessa sepanjang movie romantic itu. Tak lama kemudian, mereka bertemu di sekolah Tessa ketika Skylar menyertai pertandingan kayak. 

Kalau ada jodoh tak ke mana, gitu la dia.. Dan mereka mula bercinta namun Tessa masih tidak menyuarakan isi hatinya sehingga saat mereka berdua kemalangan. 



Sejak Tessa jumpa subjek dia, bilik ajaibnya penuh dengan memori dia bersama Skylar. Segala memori dia bersama Skylar sehingga detik terakhir. 

Rupa-rupanya setelah pergi juga, Skylar cuma nak tunjukkan pada Tessa, supaya jangan pernah menyesal hubungan mereka kerana mereka saling mencintai satu dengan yang lain. 



Pergi tanpa penyesalan. Perkenalan mereka sudah ditakdirkan. Dan buat la sebaik mungkin untuk kehidupan yang lebih baik. - pesan Skylar buat Tessa yang selalu menganggap mak-nya tidak pernah setia. Dia membesar dengan melihat mak dia bertukar teman lelaki. Kerana itu, Tessa cukup trauma dan takut sekiranya dia juag bakal ditinggalkan. 

Pengakhiran yang cukup sedih, but quite smooth. Tessa berjaya masuk ke sekolah impiannya dan yakin dengan hasil fotografinya sendiri.

-The End. 


Isnin, April 11, 2022

BERAYA BERSAMA KAFTAN Edisi Terhad KELUARAN JIMMYNOUR

 


Monday uolls~ Salam Ramadan ke 9 sudah.. Alhamdulillah moga semua baik-baik saja ya? Gi mana, udah nyari baju rayanya belom? Kalau belom, nih.. Mau cerita.. JimmyNour adik beradik dengan keluaran Jimmyscarves ada keluar koleksi terbaru nih. Mau tengok? 

Sebelum itu, mari kita cerita serba sedikit keistimewaan Kaftan by JimmyNour ni. Paling penting sekali, koleksi ini adalah Limited Edition sempena Sinaraya 2022. 


Diperbuat daripada kain premium silky matte satin yang mampu memberikan keselesaan kepada korang tanpa perlu risau kembang atau tak flowy. Pemilihan kain ini tak jarang dan sangat sesuai digunakan dalam apa jua majlis terutama untuk dijadikan baju raya kelak. 



Jika dilihat berdasarkan close up picture yanh diberikan, kaftan ini dijahit kemas dengan jahitan baby seam untuk keselesaan si pemakai.



Cutting untuk kaftan pula dengan saiz yang agak lebar yang selesa juga. Nanti boleh rujuk saiz chart di bawah. Meh terus lagi membaca. 


Tag esklusif daripada JimmyNour pakai anggun untuk wanita bergaya. 


Kain printed specially dengan jenama JimmyNour memang sesuai untuk #jimmynourlovers yang proud dengan penghasilan setiap koleksi. Kata orang, alah membeli, lama memakai. 


Koleksi Kaftan JimmyNour ini juga di datangkan dengan dua corak yang berbeza yang setiap satu corak mempunyai 5 warna yang berbeza. 


Kaftan ini adalah dalam bahasa pasar kita baju kelawar yang telah dinaiktaraf demi kesesuaian pemakai untuk memadankan dengan setiap apa jua situasi. Bagi Aien, Kaftan keluaran JimmyNour ini memang esklusif high class gituu, menjadikan kita proud to go anywhere with this kaftan. 


Boleh nampak keselesaannya di situ kan? Simple, yet elegan gitu. Tag line aku aje ngasi kat koleksi JimmyNour ni. 


Suka corak geomatrik, boleh pilih koleksi Celine Kaftan di atas. 👆


Manakala peminat abstrak terutamanya boleh pilih koleksi Hannah Kaftan di bawah 👇


Yang penting dua-dua lawa dan cantik laa. UNDENIEABLE corak dan design koleksi dari JimmyNour ni. 

Oh ya, sebelum terlupa saiz chart Kaftan ini seperti di bawah. 



Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi, JimmyNour memberi diskaun hebat untuk 500 pembeli terawal.  Eh,, bukan. Koleksi Kaftan ni cuma terhad 500 helai saja. Meh, meh siapa cepat dia dapat. Dengan RM129/pasang baju raya simple dan anggun di pagi raya tanpa risau kerna korang tetap cantik dengan koleksi JimmyNour. 

Nak dapatkan Kaftan Celine dan Hannah sekarang, boleh terjah Instagram fisah_jimmyscarves sekarang! 


pssst: Warna pink tu lawa tau..