Sabtu, Mei 21, 2022

Chinese Drama: Who rule the World? (2022)

Who rules the world: Cerita cina

Tajuk: Who Rules the World; Who gets the World 

Genre: Wuxia, Romance, Fantasi

Bil. Episod: 40 episod / 48 minit per 

Barisan pelakon: Yang Yang , Zhao LuSi, Xuan Lu, Carmen Lee, Haowei Zhang, Zhang Fengyi, Leon Lai

Sinopsis: Hei Feng Xi kacak dan anggun manakala Bai FengXi angkuh dan tidak terkawal. Perbezaan personaliti anatara keduanya tiada tandingan dalam kemahiran dan kebijaksanaan. Terperangkap dalam peperangan dan kekacauan seni mempertahankan diri dan dunia politik, bunga-bunga cinta mekar di tengah-tengah darah yang telah dikorbankan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Dalam mereka cuba menyembunyikan identiti mereka, keduanya sentiasa perlu tiga langkah ke hadapan apabila berdepan dengan pelbagai pergolakan politik pengkhianatan, pergaduhan dan pertempuran untuk takhta empayar. Akhirnya Bai-Hei Feng Xi berganding bahu, mencari keadilan dan cuba menenangkan ketidakpastian yang semakin meningkat disebabkan niat jahat yang tidak kelihatan. Tapi adakah cinta mereka akan membawa keamanan pada suasana sedang huru-hara dan siapakah yang bakal memerintah dunia yang direbutkan itu? 

!!SPOILER ALERT!!

Baca juga drama lakonan Yang Yang: You Are My Glory  


Ergh, drama yang kutunggu akhirnya muncul jua bersama pelakon kegemaran guweee.. Walaupun 40 episode itu pun rasa macam tak cukup. Tak pernah la kan teruja tengok drama ni. Setelah sekian lama pencen tengok drama cina, Aien kembali menonton drama dari mata sepet ni dengan pelakon favorite. Yeay! 


Baca juga drama lakonan Zhao Lu Si: Please feel ease, Mr Ling


Drama ber-genre wuxia hasil adaptasi daripada novel bertajuk "Qie Shi Tian Xia" nukilan Qing Ling Yue yang mendapat sambutan ramai dalam laman sesawang novel atas talian. Dan kini diluahkan melalui versi drama, banyak jugak spoiler yang dinantikan oleh peminat drama cina terutamanya. 

Mengisahkan tentang perebutan takhta dan empayar antara negeri-negeri yang ada ketika itu. Berdasarkan sinopsis banyak fokus pada pembangunan hubungan Hei Feng Xi dan Bai Feng Xi dalam menguruskan kedua identiti mereka serta bersatu dalam menenangkan dunia yang huru hara kerana sikap tamak seseorang. 


Watak-watak utama: 


Hei Feng Xi - Black Fox mengetuai Fountain Abode sebuah kumpulan pencari maklumat secara sembunyi dan juga seorang putera kedua raja bagi kerajaan YongZhou. Antara yang digeruni dalam 4 pemuda berwibawa dengan dua identiti berbeza. Baik dengan identiti Hei Feng Xi mahupun sebagai gelaran Putera Feng Lan Xi. 


Bai Feng Xi - Gadis daripada Tianshua Sect dari alam pertahankan diri yang sangat nakal dan bermegah. Berbesar diri dengan kejayaan yang dikecapinya. Bahkan dikatakan satu-satu gadis yang bijak dan tidak takut dengan apa jua cabaran dihadapinya. 


Huang Chao - Putera daripada negeri Jinzhou. Bercita-cita besar untuk menjadi emperor dan meminta bantuan satu-satu "The Finest Gentleman" sebagai penasihatnya. Sanggup berbuat apa saja asalkan cita-cita tercapai. 


Yu WuYuan - dengan gelaran "The Finest Gentleman" beliau sangat bijaksana baik dalam bidang politik mahupun diplomasi antara rakyat. Kelihatan luaran sangat baik, lemah lembut sesuai dengan gelarannya. Hakikatnya dia la pemegang watak antagonis dalam drama ni. 


Feng Qiwu - Satu-satu menteri perempuan dalam kerajaan YomgZhou daripada keluarga ternama "Feng". Sangat setia dan berdedikasi yang pada mulanya menaruh harapan untuk menjadi gundik kepada Putera kedua Feng Lan Xi. 


Dan banyak lagi watak-watak lain yang tak mampu nak di senaraikan satu per satu watak mereka. Yang penting review cerita ni, Aien nak bagi spoiler sebab ikutkan yang VIP kat WeTV je dah habis tengok. Haha 


Teaser dia memang gempak betul. Masing-masing takut kot-kot tak ada happy ending. But hey... drama cina mana ek yang tak happy ending? Rasanya satu je Aien dah tonton yang sad ending. Aiguu, tu pun rasa nak repeat lagi. 


Baca drama cina sad ending: Goodbye My Princess


Mula drama ni, pun dah boleh agak yang Hei Feng Xi suka pada Bai  Feng Xi sebab di mana ada Bai Feng Xi, pasti di situ ada Hei Feng Xi. Mereka berdua ibarat buku dan ruas atau pahat dan penukul. Saling berkerjasama antara satu dengan yang lain. 


Masalah bermula dengan Fake Empreyen Token yang dicipta oleh seseorang tanpa ketahuan identitinya tapi niatnya pasti untuk menghuru haranya antara keenam negeri yang wujud. Hei Feng Xi menyiasat di sebalik Empreyen Token yang palsu dan beracun tapi tetap berjumpa jalan buntu. 


Di dalam puak pertahankan diri mengejar Empreyen Token yang palsu, satu demi satu keluarga yang mempunyai kepakaran dalam keluarga dibunuh tanpa ditinggalkan waris. Di antaranya Keluarga Han yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Kluarga antonomi. Keluarga pakar perisai yang dibunuh dengan kejam oleh satu puak yang bernama Soultaker Sect. Dan mereka memiliki satu seni pertahankan diri daripada keluarga Yu yang disangka telah mati semua keturunan.


Bai-Hei Feng Xi masih tak boleh sangka yang Yu Wuyuan tu peneraju tunggal keluarga Yu. Tapi dorang boleh baca dan predict orang yang jahat ni memang tengah merancang sesuatu yang boleh menghancurkan seluruh dunia. 

 

Umm.. nak cerita panjang pun patutnya semalam review ni ditulis. Sudahnya macam kena tengok balik dan jika korang peminat Yang Yang mesti tak boring laa. Plot drama ni ringkas tapi masih tersusun cantik. 


Ketika Ketua Tianshu Sect dan beberapa ketua kumpulan seni pertahanan diri yang lain terperangkap di Gunung Yu untuk cuba nasib menguasai ilmu Sacred Jade Moon miliki Elder  Taiyin seorang master yang digeruni dalam dunia seni pertahanan diri. Kerana Bai Feng Xi risau akan ketuanya, ketika di kaki pergunungan dia terserempak dengan Huang Chou yang ingin mencuba nasib untuk ilmu tersebut. Yu WuYuan seperti biasa, ada agenda di sebalik kebaikannya. 


Niat jahatnya dapat dibaca oleh Old Tianjin dan perangkap Yu Wuyuan di tempat sesat. Bai Feng Xi yang hampir mati tapi dapat di selamatkan oleh oleh Hei Feng Xi. Kat sini pun boleh agak yang Hei Feng Xi ni suka dengan Bai Feng Xi. Ingatkan dia tahu identiti sebenar Bai Feng Xi sebagai childhood sweetheart dia dulu. 


Sudahnya kedua Bai - Hei Feng Xi yang dapat kuasa ilmu Sacred Jade Moon tu. Tamat sudah ilmu tu, Elder Taiyin bagi mereka berdua dua barang yang berbeza sebagai hadiah buat mereka. 


Bila Yu Wuyuan tak dapat ilmu ni dia marah dengan Bai-Hei Feng Xi ganggu rancangan dia. Jadi dia cuba sabotaj Hei Feng Xi dengan identiti sebenarnya, Feng Lan Xi. Sibuk pergunakan adik orang tu, sebab Feng Jun memang sibuk nak naik takhta tapi tak cukup kewibawaannya untuk Raja Yongzhou lantik dia sebagai pewaris. Di sini bermula pengkhianatan antara dua beradik. Padahal Feng Lan Xi tak pernah berangan nak naik takhta. Dia cuma nak buktikan siapa pembunuh bondanya saja pada Raja Yongzhou.


Bila Raja Yongzhou tahu Putera Kedua Feng Lan Xi adalah Hei Feng Xi, baginda sangat murka dan bimbang anakanda nya itu bakal merampas takhtanya. Padahal Putera ketiga serta Permaisurinya yang sentiasa mencuri peluang mengenakan Putera Sulong Feng Chang dan Feng Lan Xi agar kredibiliti mereka tidak kelihatan di mata baginda Raja Yongzhou. 


Putera kedua Feng Lan Xi daripada dapat darjat tinggi diturunkan semula kerana Raja Yongzhou murka dengan perbuatannya. Serta dibuang segala tenaga dalam dan Feng Lan Xi langsung tak boleh praktik seni pertahankan diri. Sedih giler masa ni. But, it's okay. Feng Lan Xi bukan berjaya dengan bergantung harap dengan identiti sebagai Hei Feng Xi. Ternyata dia memang sangat bijak dan peka dengan sekeliling. Kalau tak masakan dia berjaya dalam senyap, ye dak? 


Bai Feng Xi tak pernah tinggalkan Feng Lan Xi ketika jatuhnya. Kekal di sisi lelaki itu dan menjaga Lan Xi seperti mana Black Fox menjaganya selalu. Alaaallaaaa sweet naw~ Satu persatu mereka cuba nak kaji dan selongkarkan siapa di sebalik dalang yang cuba mencetuskan perang antara dunia ini.  



Satu per satu mula terbongkar dan paling ketara sekali apabila ketua Tianshu Sect ditemui mati dibunuh dan orang terakhir yang ditemui beliau adalah Bai Feng Xi. Tak pasal-pasal dia kena fitnah. Tak memasal jugak dia ditikam oleh adik segurunya. Teruk la Yu Wuyuan ni. Sinis je watak dia.


Sangat berpuas hati akhirnya dia mati di tangan kedua Bai Hei Feng Xi dan mengakui bahawa dia tidak dapat menjangka mereka berdua ini. Sentiasa boleh selamat walau apa jua aturan dibentangkan kepada mereka. 


Dan rupa-rupanya Yu Wuyuan cuba nak naik takhta atad membalas dendam Emperor pertama dahulu yang memungkiri janji pada moyangnya. Iaitu bersama memartabatkan keluarga Yu sebagai Keluarga diraja. Bahkan sebaik saja Maharaja pertama itu naik takhta, perkara pertama dilakukannya ada menghapus semua jejak keluarga Yu walaupun bayi yang baru berusia sebulan itu. Nasibnya bertuah kerana diselamatkan oleh orang gaji.


Kesian kan? Bab kuasa ni memang susah nak elak sikap tamak tu. Lagi-lagi semua sanggup berbunuhan demi sebuah kerusi dan tanggungjawab. Hairan kan? Kiranya dahulunya keluarga Yu ni penasihat kemakmuran antara 6 raja yang cuba menyatukan 6 buah negara tu laa. Begituu... 


Cer agak, siapa yang menjadi emperor selepas itu? Hehe yang bestnya cerita ni ada di pelabagi platform atas talian baik Netflix mahupun WeTV. Tapi WeTV la paling laju. Netflix masih sangkut satu minggu punya episode lagi. Walaupun dah habis tengok di WeTV, ayuh kita repeat di Netflix pulak. 


Cerita cina ni Aien promise dia tak boring walaupun episode berderet. Hehe 

Isnin, Mei 16, 2022

Raya Camp with Deer Creek di Nurjannah Camp & Eco-Resort, Pekan Nanas

 


Pheww~ ingatkan beraya di rumah orang penat, rupanya beraya di hutan pun penat. Bertambah penat bila anak-anak dalam mood yang tak berapa nak memberi kerjasama, but end up pada hari terakhir, masing-masing tak nak balik pulak sebab dah jumpa kawan. Alhamdulillah, usai tamat program, dorang tido awal dan memberi peluang untuk ibu update blog yang lama jugak bersawang ni. 

[disclaimer: update lu, nanti campak gambar. line takkuat]


APA ITU DEER CREEK? 

Untuk pertama kali Aien dengar jenama ni, padahal buat mereka yang memang kaki camper ni Deer Creek merupakan jenama barang-barang untuk aktiviti outdoor yang lasak terutamanya baik dari segi khemah, sleeping bag, aksessori hiking serta macam-macam lagi la. 

Dengan tagline - barang mahal yang mampu milik, Deer Creek telah bertahan dalam industri selama 55 tahun dan akan terus maju dalam masa akan datang. 

Jika di Malaysia ni, Deer Creek Outpost ada cawangan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah. Selain daripada itu, produk DEER CREEK ini mudah didapati di AEON, LoTUS, SoGo dan Aeon Big. Untuk di Johor punya, sempat bertemu dengan pemiliknya, Kak Nora serta suami (idok sempat guwe tanya namanya) untuk cawangan Kipmart, Tampoi dan Tebrau. 

Berbalik to our story Raya Camp ni tadi, bertempat di Nurjannah Camp & Eco-Resort berlokasi di Pekan Nanas, Pontian Johor. Dekat amat ni dengan kampung suami. Apa lagi, amek ler kesempatan ke mari. Kalau bukan dek anjuran ni, mana maunya datang. Sebab boleh dikatakan Nurjannah Camp terpencil sikit dari Pekan tu. Dan bermacam aktiviti boleh dilakukan di sini.  Next time kita update cerita pasal tempat ni pulak. 


Program anjuran Deer Creek dari Kuala Lumpur ini sangat mengalu-alukan semua pemilik khemah jenama DEER CREEK dari seluruh Malaysia untuk menyertainya. Bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2022 seramai 10 buah keluarga yang ambil bahagian. Family Camp Johor (FCJ) first admin pun turun padang. Apa lagi, husband dia punya teruja dia lain macam. Lagi-lagi taiko park khemah sebelah dia. Zap zap zap dah pacak. Husband terkial-kial lagi. Haha Maap ler. newbie be like. Husband lak pasang sorang. Iklan anak lagi banyak dari pemasangan khemah tu. 

Selain daripada itu, berjumpa kita dengan kenalan baru daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada seorang cikgu sekolah membawa pelajarnya dari Kelab Pengakap kalau tak silap dalam 6-7 orang begitu. Team kekacang mereka gelarkan diri mereka. Adeh, tetiba rindu zaman muda belia pulak. Mengamit memori gitu tengok anak muda kan. 

Seawal jam 10 pagi ada keluarga yang dah datang daripada Pasir Gudang, Johor. Kami merupakan keluarga kedua. Seterusnya En. Qudin daripada FCJ sampai. Setelah azan zohor berkumandang, kaum lelaki bergegas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Nanas. 



Setelah itu, aktiviti bebas sehingga jam 4.30 petang, sesi menganyam ketupat diadakan. Ini betul raya mengejut. Malam nak buat potluck Open House, petang baru nak anyam. Aish, mana mungkin ni. Masak pun gunalah pressure cooker. Alhamdulillah jam 8.30 malam dah boleh bedal ketupat dan lemang mengejut ni. Alhamdulillah sedap belaka menunya. 

Anak-anak kecil siap dapat duit raya lagi uolls. Allah, semoga Allah murahkan rezeki akak dan abang semua. Serba serbi tak lokek. Program begini la buat kita sedar bahawa apapun kita dapat harus bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan, kemudian pasti Allah akan tambahkan lagi. In Shaa Allah. 


Bukan setakat duit raya, potluck open house. Ada juga mercun dan bunga api untuk anak-anak. Hee, mana tak teruja uolls. Nayla dan Najmi dalam fasa tak sehat sejak dari hari raya pertama tibai main mercun, bunga api dan etc dengan pak cik dan mak cik dorang. Hee, serik la deme. 

Alhamdulillah, malam pertama program berjalan dengan lancar dan paling tak tahan kepanasan haba siang sampai ke malam habis satu power source dikerjakan. Berkhemah ni laut, satu pun payah gak nak habis. Berkhemah di sungai boleh tahan dua biji power source. Nasib la boleh re-charged. Itu pun tak cukup. Aigu aiguu~ mungkin sebab monsun masa kami pergi kurang sesuai agaknya sebab baca komen lain kata di situ agak sejuk sikit. 


Hari kedua aktiviti bebas di siang hari. Dan BBQ di malam hari. Wahh, ada bakar-bakar lagi. Memang mantap geng Deer Creek ni la. Kami pun jadi segan lahai, sebab anak kecik asyik merap je. Tak ada la membantu sangat akak-akak geng ketupat tu. Dorang memang terbaik habis! 

Bila dah aktiviti bebas di pagi hari tu kan, kami anak beranak pergi la mandi di kolam. Uishhh, rugi tak bawak pelampung. Tapi tu pun si Nayla syiok sangat mandi tak ingat nak balik. Pulang dari mandi, masak untuk makan tengahari dengan menu nasi putih lauk ikan mackerel serta telur mata, licin. Tak tinggal jejak. Alhamdulillah kekenyangan. Masing-masing lena sampai petang. Haha bahagia ati mak ko nak. 

Malam pula, dah kenyang makan bakar-bakar. jam 10 malam dah masuk khemah. Aik.. sebab mood dorang di hari kedua ni dah baik sikit berbanding semalam. Alhandulillah senang sangat diuruskan. Sambil-sambil tu pihak penganjur selit-selit untuk pertandingan khemah tercantik antara 10 keluarga ni. Aish, khemah kami yang tak ada apa tu pun dapat sagu hati. Syioknya hati.. Macam-macam rezeki dapat dari program ni. Korang nak tahu, kena la turun sama dengan syarat ada khemah Deer Creek. Pasti boleh join. 

Di hari penutupan, ucapan daripada pihak penganjur serta pemberian hadiah dan juga sleeping bag bagi 10 orang yang mendaftar awal.  Selesai semua, sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Dapat la t-shirt kenangan. Jauh di sudut hati, memang tak rugi husband join ni. Banyak kawan baru dia. Ibu ni masih merap ngan anak-anak lagi. Kalau jumpa depan pun, aktif sangat bercakap sampai orang tak tahu nak cakap apa. Maap la yer..  

Kami siap berkemas dan husband siap bukak semua dalam jam 12 lebih. Mau pukul 1 jugak tak. Dalam perjalanan ke rumah mentua hari pun hujan. Alhamdulilah. 


Tamat sudah raya camp kami. Next camping dengan team Deer Creek katanya ke Kuantan Pahang.  Hati kata nak pergi, kita tengok tarikh dan fulusnya dulu. Hahaha 


Next trip husband kata nak pergi Segamat. Tengah tunggu permit je lagi. Hehe kalau jadi in shaa Allah ada update. 

Kita up dulu. nanti gmbr naik kemudian. Thank you for reading~ 



Selasa, Mei 10, 2022

DRAMA SERIES: The Rain review all season

 


Tajuk: The Rain 

Genre: Survival, Suspense, Family

Episod: 12 episode per season (3 season)

Pelakon: Lucas Lynggaard Tønnessen, Alba August, Lucas Løkken, Clara Rosager, Mikkel Følsgaard

Sinopsis: The world as we know it has come to an end, due to a rain-carried virus that wiped out nearly everybody in Scandinavia. Six years after that event, two Danish siblings emerge from the saftey of the bunker where they have been staying. After discovering all remnantia of civilization gone they join a group fellow young survivors and together they head out in a danger-filled quest throughout the abandoned land in search of signs of life. The survivors think they have been set free from societal rules of the past, but they quickly find that even in a post-apocalyptic world there is pove,jealousy and other coming-of-age dilemmas that young people have always faced. 



Drama survival yang best jugak ditengok dan menimbulkan kerisauan apabila melihat hujan turun. Haha 

Hujan yang dicipta oleh para saintis kononnya untuk mendapat hidup abadi rupanya membunuh jutaan penduduk dunia. Mereka yang tahu sudah bersedia dengan segala kemungkinan buruk berlaku, namun malang sekali bagi yang tidak mengetahui. Hujan asid yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata saja. 

Hampir 10 tahun terperap dalam bunker - safety house setelah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka - ibu mati akibat cuba menyelamatkan mereka berdua dari keluar dari bunker. Manakala si ayah merupakan antara saintis yang mencipta hujan itu. Apabila mereka keluar, dunia telah sepi dan manusia yang terselamat cuba berebut untuk hidup dalam keadaan takut apabila hari hujan. 


Siri pertama The Rain 

- lebih kepada bagaimana mereka dua beradik cuba untuk adaptasi bergaul dengan orang lain dan memahami keadaan sekeliling yang berlaku. 

- berjumpa dengan sekumpulan remaja yang cuba mencari makanan dan terus kekal selamat daripada terkena hujan. 

- malangnya mereka bertemu dengan pihak berkuasa yang cuba untuk mencari anti-dot akibat daripada terkena hujan itu, dan percaya atau tidak, anti-dot ada pada si adik yang cuba diselamatkan oleh si ayah beberapa tahun dahulu. 

- berakhirnya siri satu, si adik cuba merelakan diri menjadi bahan ujikaji untuk kekal selamat. Padahal virus yang diserap masuk kepada hujan itu telah bermutasi dalam tubuh  Rasmus. 


Season 2


Rasmus dan Simone serta ahli kumpulan cuba untuk melarikan diri daripada pihak saintis apabila dapat tahu mereka cuba membunuh Rasmus demi mendapatkan anti-dot dalam badan Rasmus. Demi menyelamatkan adiknya, Simone sanggup berbuat apa sahaja. 

Virus dalam badan Rasmus juga membunuh siapa saja yang mendekati Rasmus dan berniat untuk mengeluarkan mereka. Kira macam virus tu dah sebati dengan badan Rasmus. 

Ayah mereka mati ditembak akibat membantu dua beradik serta ahli kumpulan mereka lari daripada pusat tawanan. Rasmus dan Simone berjumpa dengan satu pasukan saintis yang cuba mencari anti-dot yang sebenarnya. 

Hujan ni sangat berbahaya sampai sesiapa yang terkena pasti mati jika virus tidak serasi dengan badan mereka. Apatah lagi bila segala tumbuhan yang terkena, akan menjadi padang jarak padang terkukur. 

 
Konflik season kedua ni, mereka ingat mereka sudah terselamat daripada saintis yang inginkan hidup abadi dengan virus tu, rupanya tak. Sehingga Rasmus dan kumpulannya berjumpa dengan saintis lain seperti yang disarankan oleh ayah mereka sebelum mati. 

Berjumpa dengan saintis lain, hasilnya tetap sama. Virus itu akan bertindak membunuh sesiapa saja yang cuba mengeluarkan mereka daripada Rasmus.  Adik salah seorang daripada saintis yang terbunuh sama, Sarah melihat bagaimana Rasmus membunuh cuba membalas dendam dalam erti kata lain membunuh dirinya sendiri kerana dia juga menghidapi satu penyakit yang pelik sehingga dirinya tidak dibenarkan keluar daripada bilik. Kerana abangnya telah tiada, Sarah mengalah untuk hidup. 

Tapi tidak bagi Rasmus apabila dirinya naif mula jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah kerna merasakan Sarah sama seperti dirinya. 


Pengakhiran di siri kedua ini, apabila Simone terjatuh dari empangan tempat kurungan dan dianggap mati oleh kumpulan mereka. 


The Rain Siri Ketiga 



Fie mengandungkan anak teman lelakinya. Rasmus mula taksub dengan kuasa virus yang ada pada dirinya sehingga sanggup membunuh si pereka virus yang konon mahu kekal abadi. Rasmus cuba mencipta sebuah koloni seperti dirinya. Namun apa yang Rasmus lambat tahu adalah kesan daripada cubaan pengagihan virus itu kepada yang lain, memakan jasadnya sendiri. 

Martin mula kecewa apabila alat penjejak pada Simone tidak bertindak balas terhadap lokasi Simone. Padahal gadis itu mula sedar daripada komanya setelah di selamatkan oleh keluarga di tepi tebingan. 

Simone teruja melihat Daniel, anak lelaki daripada keluarga itu mengubati pokok yang telah mati akibat daripada hujan virus itu. Setelah didesak akhirnya keluarga itu sudi memberitahu tentang antidot kepada hujan virus. 

Sebuah pokok ajaib, yang bertindak balas terhadap hujan virus itu, atau dengan kata lain memakan virus tersebut. Simone teruja sekali  berjumpa dengan antidot untuk adiknya. Tapi tidak bagi Rasmus yang merasakan Simone cuba untuk membunuhnya. Rasmus ni dah taksub dengan kuasa virus tu. Menjadikan dirinya hebat daripada orang lain. 

Apabila Rasmus dan koloninya cuba pecah masuk ke dalam kolam tempat tinggal pokok ajaib itu, menimbulkan satu kejutan? atau lebih kurang macam bom gitu la, sebab pokok tu sedut segala racun yang ada pada Rasmus dan Sarah serta mereka yang lain. 

Kesudahannya virus yang ada itu telah berjaya dimatikan dan pokok itu berjaya disemai baru oleh Daniel. Dan mereka mula bergerak mencari tempat baru untuk memula kehidupan. 

Bagi Aien drama ni tergantung atau mungkin ada sequel lain sebab pokok tu masih wujud lagi. Dan mungkin Simone cuba merawat sesiapa sahaja yang terkena virus tersebut. Kita tunggu je la. 

Rate untuk drama ni, 🌟🌟🌟🌟 per 5 bintang sebab walaupun plot dia agak predictable sebagai survival drama, semangat Simone memegang amanah ayahnya untuk menjaga adiknya walaupun Rasmus sering bertengkar dengannya harus dipuji. Orang cakap Simone ni naif ke, kolot ke. Dia tetap dengan pegangannya, Rasmus harus diselamatkan daripada sesiapa saja termasuk virus. 


Lama juga tak tengok drama atau movie selain bahasa asia dan english ni rasa macam belajar benda baru pulak. Jangan serik dengan hujan. Remark for myself. haha