Isnin, Jun 13, 2022

Camping 3 Hari 2 Malam di Taman Eko Rimba, Sg Bantang Bekok Segamat Johor

 

Camping di  Sg Bantang, Bekok, Segamat


Phewww~ meriah ek cuti sekolah kali ni. Sana sini jammed, merata lambakan manusia. Kami juga tidak ketinggalan mengambil peluang keluar daripada bangunan tinggi masuk ke hutan.


Perjalanan dari Skudai melalui susur keluar Yong Peng agak lengang jugak. Kami bertolak jam 9 pagi, tiba di Yong Peng singgah beli barang sedikit sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sg. Bantang. Masuk aje,pheww~ kemain ramai giler orang. Jauh ke dalam hutannya, pun masih ramai orang sudi bermandi-manda di situ bawak keluarga dan sanak saudara. Best~ 


Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Johor

Merupakan salah satu antara kawasan tumpuan umum di kala cuti sekolah ataupun hari biasa. Pada waktu kami pergi pun ketika cuti sekolah merangkap cuti Birthday Agong, usah dikhabarkan la berapa ramai manusia dalam tu. 🤣 


Tiba jam 2:45 petang lebih kurang begitu. Anak-anak masing-masing sudah teruja nak terjun dalam sungai. Para ayah sibuk cari tapak nak dipacak khemah nanti. Orang masih ramai, jadi pilihan kurang jelas di mana lagi. 


Kalau korang nak tahu, di Taman Eko Rimba Sungai Bantang ni best dan agak terjaga persekitarannya walaupun sekadar dijaga oleh 5 orang renjer. Untuk pengetahuan korang juga, jika hendak bermalam di sini harus la mendapatkan permit terlebih dahulu sebagai kebenaran perlepasan. Begitu juga dengan mendaki. Ada juga bayaran dikenakan untuk bermalam iaitu RM10 sekepala. Namun untuk setakat manda mandi dan piknik di siang hari seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang tiada masalah. Kebiasaanya pasti juga netizen akan layari page Taman Eko Rimba ini sendiri untuk melihat bilangan pengunjung yang melawati tempat. 



Pintu gerbang menuju ke tapak piknik dan tempat mandi manda. Kredit untuk Encik Suami la ambil gambar keliling. Bini dia ni suka menulis, tapi tak berapa kreatif dan pandai adventure. 



Ikutkan peta ni. Besar sungguh la kawasan Taman Eko Rimba ni. Puas hati mandi dari atas sampai ke bawah kalau tak ada orang. Sejuk bebeno ler air dia. Bilik air, surau, tapak perkhemahan serba serbi selesa. Cumanya jika manusia masuk hampir 4k sehari, memang terpaksa beratur juga di siang hari. 


Sebab tu Aien cakap, kalau setakat datang mandi mungkin tidak jugak sampai ke mari. Takkan dapat menikmati ketenangan bunyi alam di malam dan pagi hari. 


Anak-anak dari celik mata sampai nak lewat malam  baru kenal erti tidur. Badan over penat sampai ke hari ini masing-masing masih kurang sehat. Seronok dapat main pasir. Tengok orang ramai. Mandi sungai. Naik ke darat semata untuk mengisi perut sahaja kemudian turun semula mandi. Adeh, kadang bila diingat balik lawak jugak. Tapi seronok tengok mereka bermain. 




Kali ni memang bertenang habis jugak la. Tak ada huru hara sangat sebab dah kali ke-empat selepas: 


2. Mak Kiah Campsite, Kota Tinggi



Wah, tak berasa dah 4 kali ek. Rasa macam sah banyak kali aje. Orang kata biar tak ada la estetic gaya nordic bagai. Tapi cukup makan, lena tido sepanjang 3H 2M pun dah cukup bagus. 

Sikit-sikit Encik Suami nak upgrade supaya lebih selesa sikit dan makanan tidak la terhad dengan makanan segera sahaja. In shaa Allah coming soon, akan lengkap jugak. 


Hehe 




Sabtu, Jun 04, 2022

Pertama kali turut serta JDT Blogger Potluck Open House 2022

 


Syawal sudah pun melabuhkan tirai, baru datang seru nak menulis posting ni. Sempena dua tahun dah tak beraya sakan, seperti biasa JDT Blogger menganjurkan open house versi potluck dan buat pertama kali Aien turut serta event sesama kami saja. Huish, dup dap dup dap jumpa akak-akak lejen ni. Walaupun ada sesetengah mereka dah jumpa beberapa kali di media review yang lalu. Masih jugak datang gemuruh dia tu. 


Program kami berlangsung di Gelang Patah، Johor. Masing-masing memang dah susun dan buat senarai orang sekian bawak menu apa dan sebagainya. Teruja jugak nak jumpa akak lejen Sis Lin tapi tu la masih tak ada rezeki jumpa beliau lagi. 

Jom la kita usha menu-menu yang dibawa oleh merekaa blogger yang lain. Kalau korang nak tahu siapa lagi JDT Blogger yang hebat semua tu, korang boleh tengok di senarai bloglist Aien di bawah. Mereka semua sempoi dan awesome. Banyak Aien belajar dengan mereka. Cuma tu la, Aien ni introvert. Shy shy cat gituu. Dalam talian kemain haruk, bila depan-depan pemalu yang amat. Haha Ye ke tu? 



Pizza daripada Blogger Nona sebagai pengganti diri. 

Beliau terpaksa bekerja pada hari kejadian. Demi menebus rasa keciwa tak dapat gather-gather.. hantar la pizza. Pun comel. 




Fruit Cocktail daripada Blogger Suzie. Sedap buat pencuci mulut. Berapa kali tambah ni. Haha 



Tart dari Blogger Farah huda. Masya Allah. Nikmat tart ni.. sampai ke hari ni memanggil aje. udah ler lawa tau deco dia. 


Rendang Ayam hasil air tangan Blogger Sunah Sakura. Uish, kalau tak disebabkan Aien ni tak boleh makan pedas, ku rembat bebanyak. Pekena lagi dengan burasak air tangan ayah Blogger Lia, aish... ..  memang tak toleh kiri kanan dah an. Sejak menetap di Johor ni, dah terbiasa setiap kali rasa cari Burasak dan Lepat Loi. Nasib tak bawak Sambal Jawa Goreng ritu. Memang tu la kawan dia. 

 


Kari Ayam bersama dengan Roti Jala memang dah jadi tradisi dan makanan paling senang nak dihidang pada tetamu setiap kali rumah terbuka. Setiap kali tu jugak la, tak pernah jemu tau makan roti jalan ni. Bebudak pun suka. Sampai tambah berkali-kali. Menu ni daripada Tuan rumah Blogger Hernie. Asyik ingat nama ERNIE Zakri je sepanjang tulis ni. maaf kak. Haha


Sosej dan Nugget serta Air Asam Boi daripada Blogger Ain. Berkenan betul dengan nugget dia. Lupa nak tanya, nugget jenama apa. Sedap~ Hahaha Orang kata, makanan free memang sedap. ye dak? 


Bihun Singapore juga daripada Blogger Farahhuda. Jangan dipandang rupa putih dia, pedas tapi sedap. Kenapa la sendiri tak leh makan pedas. Stress~  Haha 


Ni la Burasak air tangan ayah Blogger Lia. Sedap. Burasak ni kalau tak silap Aien makanan Orang jawa la untuk perayaan begini. Pertama kali makan, ada suami sepupu buat masa di Miri dul. Tapi tak kena citarasa. Haha Dah duduk Johor, ni jadi kegemaran pulak. 


Roti John dari Abang Blogger Ain. Kalau tak pedas, konfirm sis makan. Masalah la level kepedasan Aien ni mengalahkan bebudak punya level tahu. Disebabkan ada alergic di bibir. Jadi tengok makanan sedap tapi pedas tu termenung jap. Sebabkan sedap, kita lenjan jugak. Padahnya sendiri tanggung la kan? 


Nona Manis~ juga daripada Tuan Rumah Blogger Hernie. Tak sempat dihabiskan di tempat kejadian, kita tapau balik. Menyesal minta sikit je. Kesedapan makan seseorang. Anak-anak lak kuih lejen begini tak pandai sangat kecuali epok-epok. Tu pun sebab Ibu dia rajin buat. Adakah Ibu ni harus mempelajari kuih lejen semua? Haha 


Saja la nak amek gambar hasil bawaan sendiri. Tak banyak. Sekadar memenuhkan meja. Ada lagi menu lain. Tapi semua dibuat video. Kelupaan sebab sang anak dok ibu, lapar.. Begitu la kan. 

Dua jam bersua, rasa macam tak cukup saja bila anak-anak seru bila nak balik. Pantang ek. Dah tau dah fefeeling orang tua kita dulu yang jumpa kawan-kawan masa hari raya. Mesti nak berejam kat satu rumah. Dari satu topik ke satu topik. Kalau boleh tido kat situ, ramai bentang tilam aje. Haha 



Sempat bergambar dengan Blogger MY . Beliau singgah sebentar sebelum lajak ke destinasi seterusnya. 


Suasana ketika masing-masing seronik menjamu selera. Anak-anak pun riuh memilih makanan. Dah kenyang masing-masing kengantukan memandangkan masa tu kebiasaannya waktu tidur mereka.



Sesi bergambar pertama. Meja pun masih penuh. dari kiri, Blogger Lia, Blogger Hernie, Blogger Suzie, Blogger Aida, Blogger Ain, Blogger Sunah, Blogger Farahuda, blogger Afzani, Aien yang awkward. Mak mentua Kak Aida dan penghujung blogger MY


Sesi gambar kali kedua serba huru hara sebab anak-anak dah ngantuk tapi ada dua blogger baru sampai iaitu Blogger Nur dan Blogger Afdilah. Kedua mereka ini Aien baru jumpa buat pertama kalinya. Lawa-lawa mereka. Hehe Ramai lagi tak jumpa dan ada yang dah biasa juga Aien jumpa di media review seperti Blogger Julia, Blogger Nona dan Blogger Syu tak dapat datang. Lain kali panjang umur kita jumpa na. Seronok ada komuniti kecil begini. Buat pertama kali setelah 5 tahun di Johor macam function jugak la hidup Aien kat sini. Haha Itu pun masih intorvert yang kadang macam seronok nak gathering bil dah sampai sibuk nak balik. Eh.. Maafkan aku... 



Rutin sebagai blogger juga tidak dilupakan oleh blogger tegar ni. Masing-masing semangat buat review padahal open house sesama. Well nature can't be change. Ahh~ gitu. Sedikit sebanyak Aien banyak belajar dengan mereka dengan melihat cara mereka. Kena banyak lagi bertanya dan belajar dengan mereka ni. 


Tamat sesi rumah terbuka, terima kasih tuan rumah, Kak Hernie atas sambutan ramah serta mereka yang lain. Pada mereka yang tak sempat bertemu, moga ada rezeki untuk kita bersua. Aamiin ya rabbal alamin. 


Till we meet again~ 


Khamis, Jun 02, 2022

Drama Cina: The Blue Whisper Part Two (2022)

 

drama cinav The blue whisper paart two

Tajuk: You Jia Ji , The Blue Whisper (Adapted from novel) 

Genre: Romance, Fantasy, Wuxia, 

Bil. Episod: 20 episod / 45 minit

Barisan Pelakon: Dilraba Dilmurat, Ren Jia Lun, Xiao Shun Yao, Chirsty Gai, Fan Zhen, Ci Sha

Sinopsis: Ji Yun He is a powerful aand talented demon master living in Demon Vallet. She loathes the deep dark secret that restricts her from exploring the world at her leisure. 


Changyi is  merman who appears in thw Valley courtesy of the cruel Princess Shunde. Her Royal Highness commands Yun He to make the merman speack human words, grow human legs and be loyal. But there is a catch! Yun He must enlist the aid of Lin Hao Qing, her adopted brother and sworn enemy  Keeping company with the merman has Yun He becoming closer to him. In time, she will have to make the fateful chocie between the demon's freedom and her very own. 



Sebelum korang teruskan baca ni, baca dulu bahagian pertama yang Aien dah cerita serba sedikit beberapa hari yang lalu . 


The Blue Whisper Part One (2022)


Untuk bahagian kedua ni bersambung setelah 'pengkhianatan' yang dilakukan oleh Ji Yun He kepada Changyi supaya Changyi terselamat daripada Princess Shun De. Malangnya Chang Yi ni lurus bendul, dia fikir betul-betul si Yun He ni pergunakan dia.


Yun He pulak dipergunakan oleh Princess Shun De sebagai bahan ujikaji sihir kerana kuasa baru yang ada dalam tubuh Yun He yang dimasukkan oleh Ketua WanHua Valley, Lin Chang Lan dan pembantunya, seekor rubah berekor 9. Immortal Master, Ning Qing kagum dengan Ketua Lin yang sanggup buat apa saja untuk matikan sihir Frost Mark pada anggota Wan Hua Valley. Dan yang berjaya survived dengan percubaan Ketua Lin dan pembantunya itu. 


Sementara itu, Chang Yi telah diselamatkan oleh anak murid Immortal Master yang sedar keburukan yang cuba disebarkan oleh ketuanya itu. Bangkit daripada kesukaran, Chang Yi mula membina empayar-nya sendiri. Dia menawan Tanah Besar North Abyss yang kuat dari pelbagai segi. 


Padahal misi pertama Chang Yi adalah selamatkan Ji Yun He daripada Princess Shun De. Dikatakan pada orang lain, dia cuba membalas dendam kepada Yun He atas pengkhianatannya. Hakikatnya, dia nak simpan Yun He agar sentisa di sisinya. 


Percintaan memerlukan pengorbanan, Yun He sentiasa nak buat yang terbaik dengan Chang Yi. Sedih part Yun He berkorban demi WanHua Valley dan juga North Abyss. Bukan bermakna Changyi pun tak berkorban. Aiguu~ bak kata Lou Lou a.k.a Lou JinSang, percintaan ni senang, kenapa kamu berdu rumitkan? 


Di hari mana Chang Yi bersedia lepaskan jasad Yun He, semua orang tengok. Huwaaa~ sedihnyaa.  Aien nangis masa ni. Ingatkan Yun He betul-betul mati. Rupa-rupanya YunHe kan ada dia spirit macam tu. Jadi yang mati itu, spiritnya sebagai Spirit Master tapi spiritnya sebagai rubah menyelamatkan Yun He. Rahsia ini cuma diketahui oleh abang angkatnya, Lin Hao Qing. 


Beberapa tahun, Ah Ji (Yun He) rubah kecil itu membesar dengan ceria. Masih dengan impiannya ingin merantau ke seluruh dunia. Bila diberikan kebebasan. Ada tiga tempat yang dilarang untuk Ah Ji pergi. Malanganya kerana satu hal, Ah Ji dibawa ke North Abssy oleh askar mereka. Tak pasal-pasal aje laa. 


Akhirnya, Ah Ji kembali jugak ke sisi merman dia. Sukanya hati Changyi pabila Ji Yun He sudah kembali. Maka bertarung mereka mengalah Immortal Master dan Princess Shun De. Sekali lagi, Ji YunHe berkorban untuk North Abssy dan seantero dunia agar selamat dari kejahatan Princess Shun De. 


Agak sedikit kecewa dengan penghujung drama ni. Tak berpuas hati pun ada sebab aku nak life Yun He dan ChangYi lepas semuanya dah berakhir. Begitu jugak dengan Sangyu dan Li Shu serta  Kong Ming dan Lou Lou. 


Penghujungnya - Changyi lepaskan tanggungjawab sebagai ketua North Abssy kepada pemilik sebenarnya - Young Master keturunan serigala jadian. Siapa entah nama dia. Sebenarnya sebelum peperangan besar berlaku, ChangYi dan Yun He selamat bernikah dan Changyi sempat beku dek kerana dia berkorbaan membuat pedang daripada hatinya untuk membunuh roh jahat yang merasuk Immortal Master. Kemudian, dapat diselamatkan oleh Heaven Highness dengan buah bodhi dan mengembalikan semua yang Changyi dah hilang dahulunya. 


Kong Ming jadi Immortal Master bagi mengantikan yang sebelum tu dah mati sebab dia hidup kelihatan muda sebab roh jahat yang dikhadamkannya. Dia berkahwin dengan Lou Lou dan masih juga malu-malu. Haha Lou Lou ni santai aje watak dia. Di mana ada dia, di situ ada riang ketawa. 


Happy ending yet macam tak puas. Lama betul Aien tak layan drama cina panjang-panjang ni sejak tahun lalu, beralih kepada drama Turki. Jadi korang nak next drama review tak? 


Komen down below. Ehh~