Selasa, Jun 14, 2022
Tukar ganti cermin mata setelah 4 tahun
Lama nau peram la cerita ni. Tak ada mood dan idea nak nulis. Blurrrr.. tengok gambar blur. Apatah lagi bila nak bukak blog post. Mudahan keluar la dia esok lusa.
Ceritanya untuk hari ini, Aien baru ada rezeki lebih nak buat cermin mata setelah sekian lamanya. Ikutkan sebenarnya jangka hayat sebuah cermin mata untuk sang pengguna mengikut saranan doktor adalah 2 tahun. Begitu juga dengan pemeriksaan mata. Tapi biasa la kita ni kan, selagi tak rosak tak calar. Pakai aje la. Padahal sejak bersalin perasan kadar power mata memang ada perubahan. Cumanya belom sampai lagi nak singgahnya. Sehingga anak dah keluar tiga ketul dan cermin matanya sudah tercalar teruk baru la ni haa...
Isnin, Jun 13, 2022
Camping 3 Hari 2 Malam di Taman Eko Rimba, Sg Bantang Bekok Segamat Johor
Phewww~ meriah ek cuti sekolah kali ni. Sana sini jammed, merata lambakan manusia. Kami juga tidak ketinggalan mengambil peluang keluar daripada bangunan tinggi masuk ke hutan.
Perjalanan dari Skudai melalui susur keluar Yong Peng agak lengang jugak. Kami bertolak jam 9 pagi, tiba di Yong Peng singgah beli barang sedikit sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sg. Bantang. Masuk aje,pheww~ kemain ramai giler orang. Jauh ke dalam hutannya, pun masih ramai orang sudi bermandi-manda di situ bawak keluarga dan sanak saudara. Best~
Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Johor
Sabtu, Jun 04, 2022
Pertama kali turut serta JDT Blogger Potluck Open House 2022
Syawal sudah pun melabuhkan tirai, baru datang seru nak menulis posting ni. Sempena dua tahun dah tak beraya sakan, seperti biasa JDT Blogger menganjurkan open house versi potluck dan buat pertama kali Aien turut serta event sesama kami saja. Huish, dup dap dup dap jumpa akak-akak lejen ni. Walaupun ada sesetengah mereka dah jumpa beberapa kali di media review yang lalu. Masih jugak datang gemuruh dia tu.
Program kami berlangsung di Gelang Patah، Johor. Masing-masing memang dah susun dan buat senarai orang sekian bawak menu apa dan sebagainya. Teruja jugak nak jumpa akak lejen Sis Lin tapi tu la masih tak ada rezeki jumpa beliau lagi.
Jom la kita usha menu-menu yang dibawa oleh merekaa blogger yang lain. Kalau korang nak tahu siapa lagi JDT Blogger yang hebat semua tu, korang boleh tengok di senarai bloglist Aien di bawah. Mereka semua sempoi dan awesome. Banyak Aien belajar dengan mereka. Cuma tu la, Aien ni introvert. Shy shy cat gituu. Dalam talian kemain haruk, bila depan-depan pemalu yang amat. Haha Ye ke tu?
Dua jam bersua, rasa macam tak cukup saja bila anak-anak seru bila nak balik. Pantang ek. Dah tau dah fefeeling orang tua kita dulu yang jumpa kawan-kawan masa hari raya. Mesti nak berejam kat satu rumah. Dari satu topik ke satu topik. Kalau boleh tido kat situ, ramai bentang tilam aje. Haha