Ahad, Jun 26, 2022
Rutin Ahad: Be thankful for what you have today
*Tarik nafas, hembus!*
Selamat berhujung minggu semua! Buat apa tu? Kami ni biasa la kan. Hari ahad baru balik dari kampung sejak Jumaat lalu. Maka, ahad itu penuh dengan kesibukan mencuci baju, masak dan kemas rumah. Rutin biasa. Tiada apa yang berubah buat saya, tapi selepas berjalan ke blog kawan-kawan. I should write down a little atleast telling people that I'M DOING JUST FINE. Walaupun hakikatnya banyak jugak benda dalam kepala padahal tak tau nak mula yang mana satu dulu.
Khamis lalu, kami 5 beranak pulang ke Pekan Nanas. Berhujan la kan, tapi dalam kereta. Haha Minggu ni alhamdulillah hujan selalu. Pada hakikatnya ada la jugak rasa macam, hurm.. laundry aku semua tak kering sebab asyik hujan saja. Jadi I choose to be positive laa. Bukan selalu hujan. Meskipun sejak hujan anak-anak pun kurang sehat sebab sejuk. Tapi kita boleh ubah dia kan? Means, keadaan seharian tu. Mungkin bagi anak mandi awal dari jam selalunya, sebab cuaca sejuk. eh.. Menda nak bebel ntah.
Ceritanya kena berjalan membaca kisah kawan-kawan baru ada konfiden nak cerita kisah aku yang sokmo boring. Kadang rasa malasnya nak jadi blogger nak jadi influencer. haha TAPI SEGAN EH. Aku lagi suka jadi blogger merapu meraban. Pahtu sibuk dok main wheel winner nak tengok apa yang benda aku dok serabut sangat tak tau nak mula mana dulu. Siapa yang menang. Guess what? KEEP BLOGGING. Haaa, ko nak tidakkan apanya. Mana taknya. Tengok ramai rakan blogger ni settle dorang punya adsense, aku punya masih sangkut lagi. Tadi sampai rumah je, p la geledah peti surat sejuta kali tengok ada la kot PIN adsense yang aku dah request buat kali ketiga. Eh malas laa. Tapi jauh sudut ati.. sayangnyaa. ada 22$ kot.
Pahtu cerita selanjutnya dok meratap borosnya aku di kala inflasi melanda. Kesian tok laki cari duit bagai nak rak, bini tukang habisnya selamba. Geram jugak eh dengan diri sendiri. Ritu lepas balik dari camping kat Bekok , nyaris juga phone nak mogok. Server dia down sekejap. Menangis la kejap masa tu nak settlekan job. Nasib hidup kembali. Banyak benda berlaku di Jun. Tapi, rasa no need nak buat entry whole month lagi untuk ingatkan. Cukup la buat report book tu yang sangat menyedihkan.
Pahtu cerita pun cerca merba. Konklusi tadi terbaca tweet Dr Khairul hasil perkongsian Sis Lin jugak la, pasal influenza ni. Ingatkan dah kena covid kebal la kan. sekali datang lagi satu penyakit berkaitan paru-paru. The problem is kena kanak-kanak yang mempunyai imunisasi yang agak lemah terutama selepas kobid. Lepas balik dari Bekok jugak la, anak-anak pass baton demam, pahtu Nadhira keep demam on off. Sekarang masih batuk-batuk yang berbunyi tebal kahak dia tu. Nayla dan Najmi pulak, sebab over penat dorang cengkung jadinya. Kesian naaw la aku nengokkan bebudak ni. Nasib la ada DIFFENZ JUNIOR. Kita ikhtiar saja la. Sejak tersengaja join Dropship Eskayvie, ini kali la aku beli guna akaun sendiri. Selalu rajin nak tambah pendapatan orang lain. Haha
KONKLUSI CERITA RUTIN AHAD: Kita hidup untuk Allah, belajar baiki diri, hiburkan diri dan keluarga kecil mu untuk kehidupan ni. Jangan sibuk hal orang. Jalan je, sambil-sambil jaga adab dengan orang sekeliling. Gituu~ Ok Nor?
selamat berhujung minggu teman².
Don't worry be happy!
Khamis, Jun 16, 2022
Prestasi blog May 2022
Oh yaaa~ selamat berhujung minggu teman-teman semua? ke mana nih kalian? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala apa jua urusan kalian. Nah, hari ni setelah masuk mahu masuk minggu ketiga Jun baru punya semangat dan masa menaip untuk entry blog. Haha
Disebabkan tiada kenaikan apapun yang menarik. Pageviews pun tak berapa nak rancak, kita cuba untuk meneruskan rutin bulanan keluarkan repot kad bagi blog ini. Macam biasa, saya tau apa yang menarik orang ke mari. Dan saya juga jadi blur mau menulis apa jua pengalaman saya sebab risau ia sangat membosankan. Jadi, saya tak endah semua itu.. dan terus bergerak dalam lalang yang sangat tinggi.
EH, apa ni? Okay. Let's to our photo.
Rabu, Jun 15, 2022
Pilihan kereta rakyat Malaysia selepas endemik: Re-cond , terpakai atau baru?
Tahukah korang, pada tahun 2021 yang lalu, hampir 60 juta kereta yang dikeluarkan di seluruh dunia? Banyak kan? Walaupun pada ketika itu, dunia dilanda pandemik dan di Malaysia saja kita boleh lihat betapa dengan memiliki sebuah kereta memang memudahkan sesiapa saja untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa perlu menyusahkan orang lain. Namun begitu, dengan setiap penambahan kenderaan bergerak ini menimbulkan kesesakan lalu lintas yang mungkin membuatkan kita berfikiran susahnya memiliki kenderaan dari aspek yang berbeza.
Korang tahu jugak tak, sekarang menjadi trend di kalangan pembeli kereta di Malaysia membeli kereta re-cond berbanding dengan kereta terpakai mahupun yang baru? Hee, apa ni? tak pernah dengar pun.. Cer cerita sikit.
Apa itu kereta re-cond?
Kenapa kereta re-cond ini menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang?
kredit gambar: pexels |
- Spec kereta re-cond sama saja dengan kereta baru.
kredit gambar: pexels |
- Mileage
kredit gambar: Pexels |
- Kadar interest