Rabu, Julai 27, 2022

Piknik sebentar di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

 


Selepas ritu Berjalan Raya Di Banda Hilir sempat juga anak-anak bermandi-manda di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Asal kejadian nak naik PD jumpa kawan yang baru lepas bersalin ritu, tapi lain pulak jadinya. Mengajak la atok dan Opah bebudak ni join sama kami anak beranak. 


Nama saja piknik, tapi makanan tak ada dibawak sebab ntah la - bukan rumah sendiri jadi tak tau nak masak apa. Bangun lambat sebab penat semalam. Pahtu ---- Ah, semua alasan semata duhai kapisah! 


Kami tiba di PD dalam tengahari memang matahari panas terpacak di atas kepala. Nasib di tepi pantai kuat angin dan air laut baru nak pasang. Sementara husband memasang khemah untuk Atok dan Opah bebudak ni, kami tiga beranak pun turun mandi manda memandangkan airnya belom lagi tinggi. 



Ni bila ayahnya dah siap pasang khemah untuk Atok dan Opah selesa berguringan sambil nikmati angin pantai. Opah pun cakap, dah lama dia tak mandi pantai. Al-kisah Aien dah naik dengan Nadhira sebab dah kengantokan tu anak. 

One more thing yang buat Aien seram nak mandi, sebab ternampak cacing di pantai situ. Like me what?? Ada cacing. Terbayang pulak cerita di FB yang cacing masuk kulit tu. Adoii. seram nok. Lelaju la bete naik lepak makan-makan jajan yang dibawak Opah. Tanya Atok dan Opah nak makan tak, memasing sedap golek-golek. Nama aje la piknik. Tapi apa pun tarak. Haha Kalau ikut kami anak beranak, enjoy je dulu. Nanti kita cari makan.  Memang kebiasaan Aien akan bawak bekal. Entah kali ni. Har har har 


Kesejukan sudah mereka berdua ni tapi masih gigih nak main. Dapat pulak penyedok ke pengorek pasir tu sorang satu. Memang tak ingat nak balik la kan. Dalam mengigil macam tu, ada motorsikal aiskrim lalu, minta dibelikan aiskrim lagi. Yadoiii~ Ayahnya layankan aje anak-anak. 

Tak lama lepas tu, diajak turun balik tu yang main pasir lagi di bibir pantai. Bila air dah pasang, mendekat dengan tanah rata. Macam penuh pulak orang, padahal masa air surut tadi nun, jauh di sana ramai jugak tapi tak nampak sempit. Hee ada-ada aje la awak ni kapisah! 



Selesai mandi di tandas yang agak terhad jugak bila orang dah ramai, menahan telinga aje dibebel oleh Atok si Nayla ni pasal management tak berapa nak betul. Menantunya gelak saja laa. Bila kita terasa kita banyak sangat perancangan lebih dari orang lain, payah juga. 



Agak laju jugak bila kemas khemah ni. Ambil gambar buat kenangan Atok join cucu-cucu berkhemah. Baru tahu ayahku ini kaki hiking rupanya. Cuma kalau bermalam ni dia tak berapa nak minat sangat. Hee~ padan la kami tak pernah merasa masa kecik dulu. 


Dah jam 4 petang baru cari makanan. Hee~ siapa suruh bila ditanya katanya masih kenyang. Haha Anakmu ini tak faham bahasa sindiran. Bila lapar, cakap lapar. Ya dibelikan makanan. Haha Bila ingat balik, durhaka betul aku ni. Sian mak pak aku kebuluran tunggu kami anak beranak mandi. Maafin anakmu yaa.. 

Pulang ke Kuala Sungai Baru sampai nya maghrib. Jalan semua jammed semua orang berpusu pulang setelah cuti panjang. Kaw kaw Pengkalan Balak jammed. Hee~


Next~ mana destinasi kita ni? 







Selasa, Julai 26, 2022

Thank You Mak Udak datang singgah!

 

Bulan lepas, adik Aien no 5 pesan, tarikh sekian usah pulang kampung dia mahu datang jenguk anak-anak manakan dia yang setelah sekian lama tak datang. Maka, sabtu lalu dia datang setelah flight dari Miri ke Senai tiba lewat malam. 


Datangnya ke mari sebab ada geng squad dia nak kawen di PD, alang-alang tu kan. Singgah la ke mari sebab raya ritu kami tak balik an. 


Masing-masing muka blur, ingatkan Mak Anjang dorang datang. Konfius pulak tu bila Mak Udak dia datang dengan kawan 3 orang. Semput naik tangga ke tingkat tiga. Thank you sudi bawakkan adik akak ke rumah akak. 



Ole-ole buah tangan dari adik kek Tapak Kuda dari Habibi Cake Shop. Kedai wajib singgah kalau ke Miri ni. Ada tiga jenis sebenarnya, tapi tu la. Tak sempat snap dah ghaib. Nasib la anak-anak koi suka bebeno ler manisan yang namanya kek ni.  Kek yang kiri, perisa strawberry dan yang kanan coklat mint. Satu lagi coklat vanilla. 


Buat la gambar kenangan walaupun anak-anak buahnya susah bebeno nak diambil bergambar. Semua dah balik, sibuk la memasing tanya terutamanya Nayla, Ibu mana gambar orang tu yang kakak amek? Hurm, anak.. itu makcik mu.. Besok-besok Ibu tak ada. Dorang je la kawan awak tau. 


ps: jemput la datang lagi ye. Jangan serik. 



Isnin, Julai 25, 2022

Does mind keep the wrong memories?

 

Image by: Kaboompics

Pepagi senin dah nak ngajak korang rant something. Actually benda ni bother sangat tau cause dah dua kali jugak la terkena. My old memories, the event I been thru was wrong mention my someone I know. Likee.. Aku salah ingat ke wei? Ke dorang yang ingat betul? 


Selalu begitu la kan berlaku pada aku sebab aku punya memories just keep short term tau. Dia macam benda hari ni, kalo ko tanya minggu depan aku dah tak ingat. Benda yang aku tak nak ingat tak ingat la kan? Dengan erti kata lain PELUPA. Banyak sangat makan semut kot. Haha But, dari dulu lagi wei. Begini la perasaan aku bila adik beradik story pasal the hardest part in their life which happen within our family, but aku macam lost dalam story dorang tu. Even dalam story mak aku pun aku tak ingat. Lol sangat. 


Jadinya kadang aku serba salah nak mengiyakan atau menidakkan pada hakikatnya tapi I choose like them la betul kecuali kalau aku rasa aku dipersalahkan dengan sesuatu perkara yang telah berlaku tu. Aneh kan? 


Scene 1: My sister told me yang mak aku cakap dengan dia dulu aku yang nak study padahal masa dengan aku pulak, mak aku cakap yang kakak aku dah dapat result tempat study dan tanya aku tak nak join sama ke? 

- this one of the hardest part memories nak dilupakan sebab aku masa tu dah kerja best. Masa tu pun dah umor 23 tahun.. Aku dah selesa pegang duit sendiri. Sekali dalam ingatan aku yang aku cakap kat atas la. Dan aku apply dan aku ikut kakak aku study di tempat sama. Dan kini aku jadi surirumah aku dipersalahkan sebab mensia-siakan diploma yang aku ada. Hurm.. 


Teruk ke ingatan aku ni? Bila akak aku kata mcm tu, I think la kan.. Aku kot salah ingat tapi tak mungkin la kan. Ehhh.. Pening lak kepala fikir. Aku tak menyesal pun la, cuma aku curious la memories aku ni macamana sebenarnya. Hahah


Dan sekali lagi aku terkenang the long ago memories. Dah lama gile kot. haha Ingatan aku ingat aku try hard untuk tidak menampakkan aku ni malang sangat, tapi bila kawan aku cerita. Aku lak yang ketara sangat crushed kat laki tu. OMOH~ Me like why kenapa macam terbalik je. Tapi akui je la zaman cinta monyet tu. Sepanjang malam aku dok fikir why. Sebab laki tu lelaki pujaan ramai kot. Aku lak siapa la nak suka dia. Seingat aku dia menampakkan dulu the match color outfit, lol.  Aku tak leh blah bila kawan kata aku yang buat semua tu. Adehhh.. Macam... Wth? 


Kalau korang la kan? Biarkan aje atau teruskan berfikir buat senak otak? Kenot la. Aku pilih untuk biarkan sebab aku dah berada di posisi aku sekarang which is. the old memories yang aku simpan tu la menjadikan aku sekarang. Aku dari dulu choose to follow the flow. Do not try harder when people do not expect the greatest thing will happen from you. Sedih kan? Even tho sebenarnya aku expect diri aku doing better than this. So, aku kena terus maju mengikut arus angin, dalam masa yang sama jadi diri aku sendiri walaupun aku rasa aku ni selalu copycat orang. Haha 


Tu je la rant aku pagi senin ni. Saja nak ajak korang sembang supaya tak lemau. Everything is content gituu. Haha Korang pulak stay happy tau. Kalau tak happy pun nangis je. Don't worry, tak ada siapa yang tak hidup dalam kepuraan kan?