Jumaat, Julai 29, 2022
Salam Maal Hijrah 1444H
Kejap saja rasa dah nak masuk tahun baru Islam. Rasa semalam baru raya Aidilfitri, eh dah Aidiladha pulak. Know know dah Maal Hijrah.
Sempena tahun baru ini, Aien memohon ampun dan maaf pada semua pembaca yang sudi singgah dan membaca bebelan mak cik kapisah ni. Hee~ semoga diberikan kesihatan, dan dipermudahkan segala urusan.
Awal Muharram bermaksud, bermulanya tahun baru bagi kita umat Islam yang seperti yang ditetapkan oleh Khalifah Umar Al Khattab.
10 Muharram juga dinamakan sebagai "Assyura" bagi mengingatkan sejarah terdahulu dalam memperjuangkan dan menegak keadilan demi Islam. Pada hari ini umat Islam digalakkan untuk berpuasa.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharrami di antara adalah:
- Nabi Adam A.S bertaubat kepada Allah SWT
- Nabi Idris AS diangkat Allah SWT ke langit
- Nabi Nuh AS diselamatkan oleh Allah SWT daripada kapal yang telah ditelan bumi sesudah 6 bulan.
Khamis, Julai 28, 2022
Putou Village, Kulai tempat baru untuk fotoshoot
Akhirnya dapat jugak masuk ke mari sejak dari Raya cina ritu nak masuk tapi tak dapat sebab ramai orang. Dah lepas dua kali Raya tinggal nak tukar tahun baru dapat masuk.
Putuo Village lawa sangat buat ambil gambar dan korang wajib singgah dan buat gambar kenangan bersama keluarga. Pada mulanya ragu-ragu jugak nak masuk sebab chinese area kan. Tambahan lagi kawasan Putuo Village ni boleh dikatakan tempat mereka berkumpul pada hari tertentu.
Setelah melihat ada pasangan pengantin yang buat fotoshoot outdoor kat sini. Kami pun ikut sama masuk. Heee~~ risau jemah. Haha Tambahan pulak masa kami sampai tu ada sepasukan auntie dan uncle berbasikal tengah park depan tu.
Macam biasa la kan, seketul kapisah ni selalu aje lupa nak snap-snap gambar yang senonoh sikit. Otak dia ni tak berfungsi dengan baik. heh~ jenuh lahai. Haa~ ni direction dia untuk korang ikuti kalau ragu-ragu la kan.
Estetic betul la kawasan dia. Lawa giler. Berkonsepkan buluh dan Panda seolah-olah berada di negara China pulak. Tapi, baca review lain ada yang kata Bali vibes gituu... Seperti gambar tertera bayaran masuk untuk dewasa cuma RM5 saja jika Malaysian. Kalau non RM10. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Berbaloi juga la kan.
Ajum tengok spamming gambar. Haha Sorry la Kapisah ni tak pandai amek gambar. Dia ikut dia aje la mana lawa, janji ada gambar kenangan. Hehe
Rabu, Julai 27, 2022
Piknik sebentar di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Selepas ritu Berjalan Raya Di Banda Hilir sempat juga anak-anak bermandi-manda di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Asal kejadian nak naik PD jumpa kawan yang baru lepas bersalin ritu, tapi lain pulak jadinya. Mengajak la atok dan Opah bebudak ni join sama kami anak beranak.
Nama saja piknik, tapi makanan tak ada dibawak sebab ntah la - bukan rumah sendiri jadi tak tau nak masak apa. Bangun lambat sebab penat semalam. Pahtu ---- Ah, semua alasan semata duhai kapisah!
Kami tiba di PD dalam tengahari memang matahari panas terpacak di atas kepala. Nasib di tepi pantai kuat angin dan air laut baru nak pasang. Sementara husband memasang khemah untuk Atok dan Opah bebudak ni, kami tiga beranak pun turun mandi manda memandangkan airnya belom lagi tinggi.