Khamis, Ogos 11, 2022
Pantai VS Hutan : Mana lagi best berkhemah?
gambar carian di Canva |
Setelah 5 perkhemahan yang telah ditempuhi, ah~ masih newbie... Walau bagaimana pun tetap jugak nak kongsi dengan korang apa beza berkhemah di PANTAI dan di HUTAN.
Eh eh .. macam seronok je kan berkhemah ni. Mana ada tak seronok. Memang have fun sangat lagi-lagi bila anak-anak dah seronok bermain dan kita sesekali dapat keluar dari kepompong bandar yang sarat dengan tanggungjawab tu.
Baca juga: Pengalaman berkhemah dengan budak di Logok Campsite
5 kali perkhemahan aku dan keluarga kecil pergi, 2 di pantai dan 3 lagi di tempat seperti ladang dan kebun. Aku nak buat kesimpulan as newbie pun akan bersiap-sedia dengan kemungkinan yang berlaku sekira berada di tempat begini. Nama pun survival. Perkhemahan ni begitu la kan, nampak aje seronok pacak sana pacak sini. The thrill dia pun kita boleh rasa la dengan pelbagai perkara yang bakal berlaku yang selama ni kita langgar je banyak. Hee~ kalau aku ler kan.. sebab ikut husband, dia bawakkan. Aku bawak diri, siapkan bebudak dan semuanya. Selebihnya semua di sana husband yang siapkan. Aku, tinggal masak dan kerja snap sana sini. Tak pun tu kerja husband juga la. Haha
Mana lagi best? Pantai atau hutan?
- TEMPAT
- POWER SUPPLY
- KEBERSIHAN
- KEMUDAHAN
- SUASANA
1. Tempat
hi
Lihat pada camp site jugak bagaimana mereka kendalikan tempat tapak tu sendiri. Everything is competition beb! Siapa paling selesa, paling cukup kemudahan, dia la paling banyak dapat perhatian. Buat Aien camp site yang meletakkan had kepada camper untuk masuk ke tempat mereka adalah paling best, semua mereka tahu kadar termampu mereka dalam menguruskan tempat dan tetamu a.k.a pelanggan yang datang. Setakat 5 tempat ni, dan thanks to husband dia pandai cari tempat yang bagi aku kira selesa juga sebab kami bersama anak-anak. Cuma aku ni introvert sikit, aktiviti lasak begini pun dah kira mencabar juga bagi aku. Haha Sebab suka melepek atas katil tengok drama di rumah lagi enjoy kot..Haha
Jika dalam hutan @ ladang @ kebun pulak, ada sesetengah owner memang rajin turun padang tengok-tengokkan camper selesa ke tidak. Ada komen ke tidak. Pengalaman pertama kali pergi ke ladang, nyaris nak kena kepala air. Nasib owner memang tunggu sama melihat keadaan air sungai kembali surut atau tidak. Masa tu seram giler uolls.
BACA JUGA: Port Tersembunyi Baru buat Camping: Mak Kiah Campsite
2. Power Supply
Selasa, Ogos 09, 2022
Asah minda dengan permainan atas talian lejen
Yadoi mak, lamaknya tinggalkan dunia game atas talian ni ek. Tepu jugak otak nak kejar atau susun strategi macamana nak menang dengan mata yang tinggi.
Sebelum tu, meh sini Aien nak kongsi dengan korang satu web mudah untuk main atas talian tanpa risau kena muat turun terlebih dahulu.
THE SORCERER
2. FreeCell Solitaire
3. Simon Says
Korang nak main jugak? boleh >>TEKAN SINI << Selain daripada games atas talian, bermacam lagi benda korang boleh cuba lihat di sini untuk kira bajet, loan, saving dan macam-macam la ada. Jangan lupa terjah tau.
Isnin, Ogos 08, 2022
Mr. Plate Premium kini di Taman Universiti, jimat lagi sedap!
Lepas balik dari camping hari tu, ingat nak singgah makan area Kota Tinggi ke atau memana la paling dekat kan, sebab siap kemas khemah je sedar-sedar dah jam 3 petang. Haha padahal start kemas dari pagi. Banyak sangat barang tu. belom lagi berebut dengan bebudak lagi yang dah kelaparan lepas naik dari pantai. Tak dan masak sebab gas dah habis. Nak beli pun dah habis jugak. Tu yang kata, nanti lunch baru cari kat luar.
Sudahnya sampai ke Taman Universiti baru dapat makan pasal anak-anak separuh jalan dah tertido kepenatan. Seawal pagi dorang dah turun mandi. Nadhira pakej dah tertido kat lengan ayahnya. Tak sempat mandi pe semua. Adeh, anak la anak.
Mr.Plate
Mr.Plate Premium di Wisma PKMMNJ, Taman Universiti, Skudai.
Dua kali pusing gais, ragu-ragu dengan keadaan wisma yang tak berapa nak meriah. Tambahan pula ada kedai makan juga baru buka bersebelahan wisma. Lagi-lagi Mr.Plate Premium mengambil alih kedai makan Chamek Kopitiam namun papan tanda Chamek Kopitiam masih ada di situ. Konfius pelanggan. Well, dah boleh masuk la kan sebab papan tanda Mr.Plate Premium memang dah ada, cuma dia macam bergabung Chamek Kopitiam gitu.
Perkara paling suka adalah, kita order tanpa sentuh. Mungkin pertama kali bagi Aien yang jarang makan di luar ni. Agak kagum juga la dengan sistem Mr.Plate Premium ni. Nampak sepi, tapi makanan semua sedap dan yang penting murah sangat.