Isnin, Ogos 22, 2022

Jatuh cinta dengan SLAE Cosmetic, suri rumah kini tampil berkeyakinan

 

Kredit: Anderson Guerra (Pexels) 

Once upon a time, I wishes to be a beautiful woman in the world as in cinderella story, always ask to mirror, who's most beautiful woman in the world. I want me to be the answer. Perempuan dengan mekap tiada sudahnya. Tak kira bagaimana rupa paras seseorang, mereka juga pasti ingin berhias kemas dan cantik. 


Dahulu, ketika bekerja di Branch produk kecantikan wanita di Miri, aku rasa tak layak kerja di situ. Ya lah kan hari-hari nak kena mekap. Padahal aku ni foundation pun masih tak reti bezakan, apatah eyeliner yang selalu mendatangkan kesulitan pada semua beginner. Frust usah la nak dikatakan. Senior manager dok puji, kulit awak ni cantik. Jenis darah kacukan Jawa cina, memang senang je nak di tambah serba sedikit dan siap. Jenuh la sampai sekarang aku dah jadi suri rumah masih berangan nak belajar mekap, masih la tak pandai-pandai lagi. 


Apa ek susahnya mekap ni? Selalunya orang bermekap ni take years and almost give up bila tengok hasil mekap sendiri dah rupa cina rogan. Tahu tak cina rogan macamana? Haha La ni style begitu bukan lagi menjadi tarikan masyarakat sekarang. Asal kejadian mesti konon nak acah flawless dan natural mekap. Tapi rasa semua tahu jugak, natural mekap without a beautiful skin pasti bercapuk juga kejadiannya. Adeh, memang susah. Bila dah pandai, puas hati giler tengok muka sendiri kan? 


Skincare pun bermacam jenis dah cuba, apakan lagi dengan jenama mekap ni. Dari yang serendah RM10 satu untuk foundation sehingga RM69 (saja la letak limit) punya harga. Sama juga gitu mukanya. Last-last kita calit je la gincu sikit dengan tepek je foundation je, senang kerja. Bila dah suri rumah yang mahal pun jadi macam terlebih mahal bila poket sendiri tak berkepuk. Jenuh nak jimat kalau guna hari-hari pun menangis jugak.  Nama kita ni wanita suka sangat asal nampak warna cantik mesti nak cuba. Tesktur halus sikit nak try. Ehh korang mesti sama kan? Nampak juga SLAE Cosmetic ni kat iklan shopee. Eh, macam lawa je. Macam menarik je. 


Haa, aku try la beli dia punya blusher degan lip matte. Serius lawa. Sempena Pay Day 25hb nanti, dorang SLAE Cosmetics siap ada sale lagi ni haa.


Korang boleh terjah :  SLAE Cosmetic Shopee
Atau layari website : SLAE Cosmetic


Kalau masa kerja boleh mekap, dah jadi suri rumah takkan la nak rupa akak ponti lak kan? Kita kan Domestic Manager. Aahh~ gituu. 


Jumaat, Ogos 19, 2022

Tukarkan rungutan kepada Doa


Salam Jumaah penuh barokah! How's your day today? Harap semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan yang ingin dilakukan untuk hari ini. Should I said in skema way? Hee~ Okay, Aien harap korang semua sehat belaka. Yang diuji oleh Allah SWT dengan apa jenis ujian, semoga diberikan kekuatan hati untuk menempuh ranjau yang berlaku. Ingat, Allah SAYANG KAMU! 


Jarang sekali Aien nak post pada hari Jumaat sebab I need to sharing something yang bermanfaat supaya hari yang baik, yang penuh rahmah ini sentiasa berlalu dengan baik. Rahsia dosa yang berlaku pada hari tu biar terus tersembunyi. Again, Jumaat dah masuk hujung minggu buat Johor. Jadi, ambil kesempatan untuk clear dari segala alam maya. 



Untuk posting hari ni as you can see, a picture kredit from random twitter yang dia kongsikan daripada Telegram Mizznina. As tweet ni pun dari 2020, entah kenapa boleh lalu kat timeline pulak kan. Jadi anggap saja satu teguran untuk diri sendiri yang SENTIASA MERUNGUT PADA SEMUA BENDA TERUTAMA TENTANG DIRI SENDIRI. 


Guess who doing that like me? Nobody? I guess I'm the weird one. Sentiasa nak membebel. Marah dan segala sifat negatif tu la. Kadang-kadang sesuatu yang tak dapat dikecapi pun nak marah padahal.. Urgh.. I hate myself! Tu la konklusi nya.


This time, I should tengok cermin, look at myself. Kalau bukan engko yang sayang kat diri ko macamana nak expect orang lain suka kat ko tu? Aiguuu aiguu.. 


Jadi duhai diri, berhenti la merungut dan tukarkan rungutan kamu tu jadi doa. Ya Allah, jadikan Nur Khafisah ini seorang yang bijak dalam menguruskan waktunya dengan perkara manfaat  ya Allah. Tukarkan sifat malasnya dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada orang lain ya Allah. Semoga matinya kelak sentiasa diingati kerana kebaikannya, bukan sebaliknya. Moga pengakhirannya diberkati YA Allah. :') 


Hari ni, adik aku bakal dibedah a.k.a czerian untuk melahirkan zuriat ketiganya. 19.8.22 seorang lagi SDHWM bakal lahir.  Bertambah khalifah Allah di muka bumi ini. Doakan mudahan beliau dan bayinya selamat hendaknya. Terima kasih. 



Khamis, Ogos 18, 2022

Kisah Pengembala Kambing & Serigala


 

Masa kecil, kita sering terdengar atau lihat di televisyen kisah teladan seperti tajuk di atas kan? 


Korang ingat lagi tak kisahnya bagaimana? Meh, Aien nak recap balik kisah teladan yang memberi kesan pada Aien sejak beberapa minggu ni. 


Pengembala Kambing & Serigala


Di sebuah kampung terpencil, ada sorang pengembala kambing biri-biri yang selalu menjaga kambingnya di kaki gunung. Suatu hari, Ahmad (si pengembala kambing tadi) merasa bosan dan ingin membuat gurauan dengan orang kampungnya. 


"Serigala, Serigala!!" 


Ahmad memekik ke arah beberapa petani yang sibuk bercucuk tanam di tanah mereka. Para petani tadi bergegas membantu Ahmad untuk menghalau serigala sebelum Ahmad kehilangan kambing biri-birinya. 

Malangnya serigala itu tiada, bahkan Ahmad mentertawakan para petani yang datang dengan senjata untuk menyelamatkan dirinya dari serigala tipunyaa itu. 

Setelah orang kampung bersurai, beberapa ketika Ahmad memekik sekali lagi. 

"Serigala!! SERIGALA!!" 

Sama seperti awal tadi, para petani dan orang kampung yang berdekatan datang untuk membantu Ahmad. Tapi, itu semuaa dusta belaka. Malah, Ahmad ketawa riang melihat tindak balas dari orang kampung. 

Sebelum berlalu, beberapa orang petani berpesan. "Jika benar serigala datang menyerang kambing mu, tidak lagi kami mendengar jeritan mu." 

Ahmad sekadar senyum sumbing. Tidak percaya dengan ugutan orang kampung kerana dia tahu orang kampungnya semua berhati mulia. Pasti akan datang menolong tak kira berapa kali dia menjerit. 

Sehingga petang, tetiba benar-benar serigala datang menyerang kambing-kambingnya. Ahmad menjerit meminta tolong. Ternyata benar ugutan orang kampung tadi. Tiada seekor pun kambingnya terselamat dikejar  dek serigala. Ahmad menangis kesedihan. Kerana perangainya suka bermain dan menipu orang kampung, tiba saat kebenaran tiba tiada siapa mempercayainya. 

.


Apa teladan daripada kisah ini? 

Kisah ini menceritakan pada kita, jika selalu berbohong lama kelamaan, diri sendiri akan rugi. Tiada siapa yang akan mempercayai kita lagi. 

"Siakap senohong, gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri."

Dalam kes aku, kisah ni sangat la sudah terkena beberapa kali. Tak pernah serik nak percaya. Sayang seribu kali sayang, madah terkena, hati jadi beku kerana dengki yang ditaburkan. Jika dia mampu play victim card, I choose to ignore the lies lay in front me. Dia begini, kau cuma berbasi basa untuk jadi topik bualan. Malangnya, ayat kau tu diputar belit pada yang berkenaan. Dan yang berkenaan mempercayainya lalu mengatakan bahawa kau berhati busuk. Ever since... teruskan saja lakonan kau yang berhati busuk tu. Padahal kau relax je tak kisah pun. Adeh.  bila fikir pun lawak jugak. 

.

Aku penat hidup dalam cycle macam tu. Jadi aku pilih untuk menyendiri dan sepi dalam dunia kecik aku. Aku dan anak-anak. Kalau di telefon sekadar nak mencari salah dan buruk orang untuk dijadikan topik, terima kasih la. Saya baik-baik saja. Dah la.. Penat.. Kau tak penat ke?