Selasa, Ogos 23, 2022

Pengalaman kenali masalah wajah dengan konsultan di Dermalene, Johor Bahru

 


I am so excited to sharing with you gais something yang Aien dah lama sangat teringin nak buat, alhamdulillah ada rezeki kali ni merasa dan belajar sesuatu yang baru di Dermalene Johor Bahru. 


Dermalene Group 



Dermalene diasaskan oleh Dr Alina Hasni seorang yang suka berkongsi dengan masyarakat untuk gaya hidup dan memiliki kulit wajah yang lebih sihat. Hasil dari minat ini beliau berjaya memegang kelulusan dalam bidang Clinical Dermatology dari Cardiff Universiti yang terkenal sebagai sebuah universiti terbaik dalam bidang tersebut. 

Hasil daripada itu juga, wujudnya Dermalene Group sebagai usaha untuk membantu orang ramai untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat. 

Untuk baca lebih lanjut boleh klik: About Us: Dermalene

Cawangan Dermalene 

Untuk info korang juga, Dermalene telah mempunyai 5 cawangan sebelum melebarkan sayapnya di bahagian Selatan ini. Melihat sambutan yang mengalakkan menguatkan lagi semangat Dermalene Group terus mengorak langkah jauh ke Selatan. 

Dibuka pada sejak 27 Julai 2022, Dermalene Johor Bahru menawarkan  diskaun 50% untuk semua rawatan yang ada sah sehingga hujung August sahaja. 


Rawatan di Dermalene 

Mengambil prinsip membuat orang ramai untuk dapat kulit yang lebih sihat, Dermalene sebagai caring skin life partner telah merawat lebih 40 ribu jenis masalah kulit wajah terutamanya jerawat, jeragat dan kesan parut. 

Selain daripada itu juga, Dermalene  adalah syariah compliance kerana mereka tidak menawarkan sebarang perubatan untuk mengubah wajah asal. 

Hasil rawatan dari Dermalene sangat diyakini dan oriented. Banyak result kulit dari pesakit yang lalu menjadi lebih sihat dan baik. 

Pengalaman sendiri di Dermalene, JB

Orang kata selagi tak cuba kita mana nak tahu. If you my past reader, korang mesti tahu I had so much trouble with my skin especially di wajah ni, sampai I rasa macam rimas dan malu dengan muka sendiri. Sehingga sekarang, peratus I look into a mirror sangat tipis sebab I really don't like my skin. Sad kan? 

Sehingga berjumpa dengan consultant di Dermalene, I was really impressive dorang punya facial scanner boleh detect masalah yang I tak sangka pun ada sebenarnya. Cause my concern actually jeragat dan dry skin at certain area.  Rupa-rupanya ... 


  • Big pores 
  • Jeragat (obviously) 
  • Eczema 
  • Uneven skin tone 
  • Lack of moisturize

See, which I sebenarnya tak terkejut pun la kan, cumanya terkejut tengok muka sendiri dalam skrin tu je. Masyaa Allah, aku pakai sunblock rupanya tak rata. Haha Cover certain area je. White cast dia tak merata. Adeh.. Maybe sebaab I tak re-apply sunblock tu, jadinya. Yeah. 


Ini adalah lebih baik sekiranya tidak menggunakan produk mercury. Huhu I dari dulu memang berjaga-jaga pasal skincare sejak I got this eczema ever since 2018?  Dari satu skincare ke satu skincare I tried, tapi biasa la kita tak menyabar. Haha 

Paling sedih tengok part hidung sendiri yang serupa rundolph dah haa.. Siap detect terlalu banyak parut di sekitarnya. Hurm.. sedih~ 

Glad to meet this consultation cause tahu dah mana salah silap dalam penggunaan skincare tu kan. Which is - mana kita sangka baik actually tak pun. Sebab tu orang kata, nak tahu kena jumpa pakar. #sillyme


Done talking, kita berpindah ke bahagian treatment. Untuk ini, consultant Dermalene bagi suggestion untuk cuba Ultra Soothing Facial which sesuai untuk sensitive skin dan untuk first timer macam Aien ni kan. 

Dalam rawatan ni bertujuan untuk menenang dan mengembalikan kelembapan kulit wajah. Dengan lampu radiasi serta aloe vera gel membantu mengurangkan garis-garis halus. Terlebih dahulu sebelum itu, beautician di Dermalene juga menerangkan langkah-langkah yang mereka lakukan sepanjang sesi rawatan. 



Memang me time sungguh la masa ni. Biar la anak laki duduk dalam kereta jap. Ibu nak relax manjakan muka dulu. Bukan selalu kan?

Setelah proses aloe vera tadi, I try pulak Marquerade Mask Gel warna pink yanh memang sesuai untuk kulit sensitive. Ada tambahan Vitamin E dan C untuk feed our skin la gitu.  Relax 15-20 minit. 


Selesai proses masking, muka diberikan sunblock produk dari Dermalene jual iaitu  Heliocare. Best sunblock ni tak payah nak re-apply kerap sangat. Cukup 4 jam pun boleh. Senang cakap setiap kali lepas solat je la re-apply. Tekstur dia ringan dan best la. 



Tak puas tengok muka sendiri. Even dalam camera without fliter pun lahai. "giggles* Thanks Dermalene for this treatment. Siap dibekalkan lagi ointment cream untuk sapu di bahagian hidung kesan eczema tu. 



Muka banyak happy tapi tak reti nak express. Hehe kalau ikut meme ni dah melompat nari-nari dah tau sebab best giler treament gini. Mungkin bride to be should grab this treatment a month before wedding cause boleh smooth your make up on your big day. 


Korang nak tahu apa masalah kulit wajah korang, boleh je terjah Dermalene Johor Bahru di:




Website: https://dermalene.com/


Instagram: 


@dermalenegroup

@dermalene.jb

@dermalene.bangi

@dermalene.kl

@dermalene.ampang

@dermalenekb


Facebook: Dermalene Skin Centre


Booking Appointment: 


www.wasap.my/601157537146/bookappointment

www.wasap.my/60126774502/bookappointment


Manakala Alamat untuk Dermalene Johor Bahru pula seperti yang tertera: 




📍 No.28 & 28-01, Jln Perjiranan 4/1, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

📱  +601157537146

🕘  10am - 7pm




Isnin, Ogos 22, 2022

Jatuh cinta dengan SLAE Cosmetic, suri rumah kini tampil berkeyakinan

 

Kredit: Anderson Guerra (Pexels) 

Once upon a time, I wishes to be a beautiful woman in the world as in cinderella story, always ask to mirror, who's most beautiful woman in the world. I want me to be the answer. Perempuan dengan mekap tiada sudahnya. Tak kira bagaimana rupa paras seseorang, mereka juga pasti ingin berhias kemas dan cantik. 


Dahulu, ketika bekerja di Branch produk kecantikan wanita di Miri, aku rasa tak layak kerja di situ. Ya lah kan hari-hari nak kena mekap. Padahal aku ni foundation pun masih tak reti bezakan, apatah eyeliner yang selalu mendatangkan kesulitan pada semua beginner. Frust usah la nak dikatakan. Senior manager dok puji, kulit awak ni cantik. Jenis darah kacukan Jawa cina, memang senang je nak di tambah serba sedikit dan siap. Jenuh la sampai sekarang aku dah jadi suri rumah masih berangan nak belajar mekap, masih la tak pandai-pandai lagi. 


Apa ek susahnya mekap ni? Selalunya orang bermekap ni take years and almost give up bila tengok hasil mekap sendiri dah rupa cina rogan. Tahu tak cina rogan macamana? Haha La ni style begitu bukan lagi menjadi tarikan masyarakat sekarang. Asal kejadian mesti konon nak acah flawless dan natural mekap. Tapi rasa semua tahu jugak, natural mekap without a beautiful skin pasti bercapuk juga kejadiannya. Adeh, memang susah. Bila dah pandai, puas hati giler tengok muka sendiri kan? 


Skincare pun bermacam jenis dah cuba, apakan lagi dengan jenama mekap ni. Dari yang serendah RM10 satu untuk foundation sehingga RM69 (saja la letak limit) punya harga. Sama juga gitu mukanya. Last-last kita calit je la gincu sikit dengan tepek je foundation je, senang kerja. Bila dah suri rumah yang mahal pun jadi macam terlebih mahal bila poket sendiri tak berkepuk. Jenuh nak jimat kalau guna hari-hari pun menangis jugak.  Nama kita ni wanita suka sangat asal nampak warna cantik mesti nak cuba. Tesktur halus sikit nak try. Ehh korang mesti sama kan? Nampak juga SLAE Cosmetic ni kat iklan shopee. Eh, macam lawa je. Macam menarik je. 


Haa, aku try la beli dia punya blusher degan lip matte. Serius lawa. Sempena Pay Day 25hb nanti, dorang SLAE Cosmetics siap ada sale lagi ni haa.


Korang boleh terjah :  SLAE Cosmetic Shopee
Atau layari website : SLAE Cosmetic


Kalau masa kerja boleh mekap, dah jadi suri rumah takkan la nak rupa akak ponti lak kan? Kita kan Domestic Manager. Aahh~ gituu. 


Jumaat, Ogos 19, 2022

Tukarkan rungutan kepada Doa


Salam Jumaah penuh barokah! How's your day today? Harap semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusan yang ingin dilakukan untuk hari ini. Should I said in skema way? Hee~ Okay, Aien harap korang semua sehat belaka. Yang diuji oleh Allah SWT dengan apa jenis ujian, semoga diberikan kekuatan hati untuk menempuh ranjau yang berlaku. Ingat, Allah SAYANG KAMU! 


Jarang sekali Aien nak post pada hari Jumaat sebab I need to sharing something yang bermanfaat supaya hari yang baik, yang penuh rahmah ini sentiasa berlalu dengan baik. Rahsia dosa yang berlaku pada hari tu biar terus tersembunyi. Again, Jumaat dah masuk hujung minggu buat Johor. Jadi, ambil kesempatan untuk clear dari segala alam maya. 



Untuk posting hari ni as you can see, a picture kredit from random twitter yang dia kongsikan daripada Telegram Mizznina. As tweet ni pun dari 2020, entah kenapa boleh lalu kat timeline pulak kan. Jadi anggap saja satu teguran untuk diri sendiri yang SENTIASA MERUNGUT PADA SEMUA BENDA TERUTAMA TENTANG DIRI SENDIRI. 


Guess who doing that like me? Nobody? I guess I'm the weird one. Sentiasa nak membebel. Marah dan segala sifat negatif tu la. Kadang-kadang sesuatu yang tak dapat dikecapi pun nak marah padahal.. Urgh.. I hate myself! Tu la konklusi nya.


This time, I should tengok cermin, look at myself. Kalau bukan engko yang sayang kat diri ko macamana nak expect orang lain suka kat ko tu? Aiguuu aiguu.. 


Jadi duhai diri, berhenti la merungut dan tukarkan rungutan kamu tu jadi doa. Ya Allah, jadikan Nur Khafisah ini seorang yang bijak dalam menguruskan waktunya dengan perkara manfaat  ya Allah. Tukarkan sifat malasnya dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada orang lain ya Allah. Semoga matinya kelak sentiasa diingati kerana kebaikannya, bukan sebaliknya. Moga pengakhirannya diberkati YA Allah. :') 


Hari ni, adik aku bakal dibedah a.k.a czerian untuk melahirkan zuriat ketiganya. 19.8.22 seorang lagi SDHWM bakal lahir.  Bertambah khalifah Allah di muka bumi ini. Doakan mudahan beliau dan bayinya selamat hendaknya. Terima kasih.