Isnin, Ogos 29, 2022

Lama tak makan Dimsum, kita cuba Dimsum Frozen Chakata

 




Happy Monday people! Pepagi ni tak tau ler nak sarapan apa kan? Ajum la ni Khafisah nak show dengan korang ritu cuba makan satu DIMSUM FROZEN ni. 

Apa itu Dimsum? 

Untuk first time dengar perkataan Dim Sum ni sebenarnya merupakan makanan kaum Cina terutama sebelah Hong Kong yang berbentuk makanan sampingan yang selalu dihidangkan bersama teh dan beberapa menu lain. Dim sum ini juga seperti makanan tambahan yang kecil dalam portion yang banyak yang sesuai di makan ketika snack. 

Dimsum boleh dihidangkan dalam 5 jenis cara masak atau ikut secara tradisional sebenar ia  dikukus, direbus ataupun digoreng dalam minyak yang banyak. 


Kebiasaannya Fisah akan cuba dapatkan dim sum ni ketika berjalan ke pasar malam atau buat sendiri. Tapi semalam cari kulit dumpling ni tak jumpa pulak di Econsave. Makanya kita order saja la. Nasib baik adik seller kita ni dia ada stok. Jadi, ASAP dia delivery malam ke rumah mak mentua. 

Mak mentua Fisah pun baru pertama kali dengar perkataan dim sum ni. Haha Menantu dia jenis suka try and error makanan. Kalau sedap kat tekak orang tua ni, makan la jugak maknya. Ajar makan sushi, tak ngam! Nasib Dim Sum ni dia pandai makan sebab katanya macam nuget pun ada bila sudah digoreng. 


Dim Sum buatan Chakata ni ada 4 perisa iaitu: 

  • Kuning - Ayam 
  • Hijau - Ketam 
  • Oren - Udang 
  • Ungu - Sotong

Untuk suami yang tak makan ketam, dia pilih la warna selain hijau tu. Untuk satu pek ni, Fisah beli yang satu kilo dalam anggaran ada 40-50 biji isinya. Muai juga buat kudapan serta lauk makan tengahari. Untuk setiap pembelian ada juga disertakan dengan sos cili thainya. 


Kecil saja botolnya. Tapi bila dibuat makan cicah dengan dim sumnya agak manis juga keduanya. I bet sedap juga kalau cicah dengan sambal kicap. dah masuk tekak melayu pulak kan. Haha 

Last but not least, sedap aje rasa dia buat kudapan sampai ke petang. Untuk area Pontian dan Pekan Nanas boleh dapatkan dengan brader ni, dia selalu juga posting di group Geng Pekan Nanas dan Pontian Official. Dari situ jugak Fisah dapat no dia. Haha 




Bukan scammer tau! Suport Melayu bisnes. Dia ada juga jual Pepes. Delivery bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Nak tengok iklan dia sebenar, boleh klik link di bawah; 


Ps: tak tau boleh bukak ke tak, sebab dia biasa posting di group Pontian dan Pekan Nenas. Hehe 

Ahad, Ogos 28, 2022

Japan Drama: Oh My Boss, love not included! (2021)

 


Tajuk: Oh My Boss, Love is not Included! Oh my Boss, Koi Wa Bessatsu De

Genre: Comedy, Office life, Romance, Fashion

Bil. Episod: 10 episod

Barisan Pelakon: Mone Kamishiraishi, Nanao, Yuta Tamamori, 

Sinopsis: Nami Suzuki, dilahir dan membesar di sebuah daerah terpencil serta tidak mempunyai sebarang impian kerana dia sangat easy going person. Berpindah ke kota Tokyo dengan memohon sebagai pekerja bawahan di sebuah syarikat besar hanya dengan harapan dapat berkahwin dengan childhood sweeatheartnya dan menjalani kehidupan yang biasa saja. Namun, cintanya cuma bertepuk sebelah tangan. Kenya dan temuduga kerjayanya tidak seperti diharapkan. 

Tetiba dia menjadi seorang pembantu chief editor majalah fashion- MiYAVi iaitu Reiko Horai yang tak ubah seperti Devil. Reiko menganggap Nami tak pernah serius dengan jawatannya dalam diam Nami belajar sesuatu daripada majikannya itu. -kredit: asianwiki


Point of my view


Huish lama betul dah tak tengok Japanese drama ni. Tetiba terjumpa short video di youtube terus berkenan lagi-lagi si Mone punya lakonan ni. Last tengok drama Japan on 2019. Last review drama, bulan lepas. Heee, sibuk naw ler Khafisah ni. 

Ha, rating best dia tu duduk 8/10 cause tipikal Japanese drama yang beransur pekerjaan dan semangat la. Cuma digubal dengan penambahan romantik sedikit. Di mana Nami Suzuki sedih dengan Ken-chan dia ada tunang baru. Padahal dia berharap Ken-chan tu melamar dia. Alih-alih dia masuk kerja dengan bos yang garang. Plus hari dia nak interviu tu tetiba terduduk atas kerusi yang baru kena cat. Itu la highlight drama ni. 

Jumpa seorang jurugambar yang tak disangka juga seorang Horai - Junnosake. Iaitu adik kepada bos dia. Haha Lawak giler tengok respon dia. 

Pelakon yang membawa watak Horai Junnosake ni macam tak pernah nampak dia berlakon - walaupun muka Jepun ni lebih kurang aje kan. Maka Khafisah pun memulakan cariannya. Rupa-rupanya Yuta Tamamori ni seorang penyanyi dan dia bersama ahli kumpulan dia menyanyikan lagu OST untuk drama ni. Ehh, yang penting dia 1990. Ha ha Ha 


Ergh so cute OST dia. Paling struggle semestinya si Nami Suzuki yang cuba nak percaya bahawa si Horai Junnosake ni suka dengan dia bukan sekadar puppy love sebelum dia jumpa tuan yang baru. 

Dan sambil tengok drama ni, realise satu perkara, di mana drama Jepun ni tak ada try hard nak jadikan karya dorang ni supaya HD 4KScreen view gitu. Paham tak? Dia macam masih old skool punya drama di mana tetap ada peminat dia sendiri. Yang penting juga mereka juga masih mempromosikan DVD untuk drama dan juga OST mereka. Omoh~ Kalau di Malaysia semua dah digital habis dah rasanya. Tak ada dah promo pasal hardcopy ni semua. Paling tidak, tonton la di pawagam berdekatan dengan anda. Heee~ 

Over all, drama ni santai giler dan tak ada la letak expectation yang Nami dan Junnosake tu bersama tapi sudahnya semestinya happy ending. Sesuai la dilayan untuk hujung minggu yang sangat sejuk ni. Stay safe semua ya. Happy Sunday! 




Sabtu, Ogos 27, 2022

Beli Bluetooth Keyboard comel di Shopee

 


Heeee~ Excited nak kongsi dengan korang ni. Apa aje la si Kapisah ni tak excited nak kongsi dengan korang kan? 


Hari itu, Khafisah ni ada la nama satu Instagram share pasal keyboard bluetooth ni which sebelum ni ada ternampak instagram Filiphina ni share using keyboard bluetooth ni. Dia macam estetic look gitu keyboard dia. Comel aje. Risik di Shopee. WOW, boleh tahan harga dia. Masih juga dalam range mampu milik la jugak kan. 



Comel je kan? Dia ada 4 pilihan warna iaitu Putih, Nude, Pink dan juga Cream. Semestinya Khafisah ni nakkan warna pink tu, dah sold out la pulak. Makanya kita masukkan dulu dalam cart, nanti dah ada warna pink kita pinang dia dengan bismillah la ye. 

Namun, hakikatnya seketul Khafisah ni belom lagi nak beli tablet untuk blog dia, jadi dia terjumpa satu lagi keyboard bluetooth yang lagi comel dan semestinya lebih murah berbanding yang di atas. Haaa, nak tengok tak? 


Senget ha gambar di ambil ye. Keyboard ni serius comel dan murah. Below RM50 uolls. Nanti Khafisah share link okay. Mari kita cerita spesifikasi bluetooth keyboard yang boleh letak phone terus di atasnya. 


Itu la sebenarnya tujuan beli dia. Jadi dia boleh hold my phone while I menaip dengan penuh khusyuk. Oh, I missed giler nak menaip dengan keyboard. FYI, It's been a long time I dah tak menaip dengan keyboard atau laptop atau seangkatan dengannya la. For whole time, sejak dah beranak pinak I memang menaip di phone saja sementara tunggu mata mengantuk. Tu yang kadang ada typo ke , halal je la. Tapi I selalu pastinya column dia serata dan kalau boleh gambar pun boleh. Apakan daya la seketul smartphone ni mampu kalau skrin dia tak sebesar sebuah komputer riba tu kan? Jadi harus berpuas hati saja la dengan apa yang ada. alhamdulillah. 


Sejak dua menjak I ada client dan buat media review, rasa macam tak sedap hati jika kita buat kerja ala kadar saja. Orang lain buat kerja berhempas pulas, aku buat sekadar cukup je. Tak best kan? So my wishes before the end of 2022, nak kumpul sikit2 material untuk blogging dengan lebih sempurna. Walaupun tak mampu lagi nak grab komputer riba yang baru, kita slowly buat dia sampai ada. Okay, Khafisah? 


Back to our story pasal this cute keyboard, kalau tak silap merupakan salah satu branding daripada China iaitu QQ Family. Which is famous dengan QQ talk? Ever heard about it? Macam Line Talk, Kakao Talk daripada Korea Selatan tu. Cumanya QQ Talk ni daripada Mainland China la kan. Maskot QQ Talk tertera comel di butang paapan kekunci membuatkan dia bertambah comel. Anak-anak Khafisah pun geram aje la nak juga tekan-tekan. Tak puas hati bila Ibu cakap ni mainan Ibu. Haha 


Sebelum menghubungkan papan kekunci dengan telefon korang tu, harus dicas terlebih dahulu ye. Dalam 2-3 jam begitu sehingga lampu merahnya padam. Kemmudian, baru boleh sambung mengikut cara yang betul. Iolls pun dah benggang juga pasal dia tak nak connect. Haha Blur la kan. Noobs bahasa orang game ni. 


Rupa-rupanya nak kena tekan butang FN a.k.a butang peguin dia sekaligus dengan butang bluetooth keyboard supaya dia muncul dalam carian sambungan di telefon. Lah~ I olls ketawa sendirian memalam setting lepas anak-anak dah tido. Aiguuu.. Khafisah Khafisah. Gitu la. Bila dia dah bersambung. Sakan la menaip kejap dia mircosoft word yang ada dalam telefon ni. Aigu aiguuu.. Rindunya wei. Done lepaskan rindu. Iolls pun simpan dengan harapan semoga keyboard ini bertahan lama dengan seketul Khafisah yang ganas ni. HAHAA 


Okay, nah link kot korang nak beli jugak kan. Seronok buat main-main. Keyboard ni pun reliable juga sebab dia berat. Means tak la berat macam sekampit beras tu kan. Sesuai la dengan kegunaan dia sebagai sebuah papan kekunci. Here the links! Don't forget thanks me later~ 


QQ bluetooth Keyboard Comel