Khamis, September 01, 2022

Let me stay with September

 



Hi, September! 

One year passed, here we meet again? Hope you can bring a good fortune for me and whole readers. 

.

Sejak dari bulan lepas dah tak dapat lagi emel tentang google search console. Makanya kita tutup la report book untuk blog. Cerita selalu pun tak ada juga bezanya. Haha 
.

September begin dengan enjoy the view from the ocean. Tenang je, macam pantai kami yang punya. Nanti kita cerita ya. 
.

Apapun happy holiday. Minggu depan pun anak-anak cuti sekolah. Stay safe dan stay healthy ye.. 

Rabu, Ogos 31, 2022

Happy Merdeka Day Malaysia!

 


Merdeka! Merdeka! Merdeka! 



Sejak Pandemik melanda dunia, sunyi hari kemerdekaan tanpa apa-apa sambutan. Alhamdulillah tahun ni, kita diberi peluang untuk berkumpul menyambut hari di mana Malaysia mendapat kebebasan daripada British dan segala penjajah. Namun begitu adakah kita sudah benar-benar merdeka? 


Tema Merdeka 2022

Setelah menempuh pelbagai rintangan dan dugaan selama 2 tahun sebelum ini, dengan slogan, #KeluargaMalaysiateguhbersama merujuk kepada masyarakat hidup  aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman kebersamaan dan kesyukuran sejak pandemik melanda sebelum ni. 



Logo Hari Kemerdekaan ke-65 berkonsepkan Jalur Liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat. 


Apapun semoga kita gunakan hari cuti ini dengan meluangkan masa dengan keluarga dan manfaatkan dengan baik. Happy Holiday Malaysia! Stay safe stay healthy! ❤️

Selasa, Ogos 30, 2022

Drama Korea: Cafe Minamdang (2022)

 


Tajuk: Cafe Minamdang, Minamdang

Genre: Comedy, Penyiasatan, Romantic, Aksi

No of Episode: 18 

Channel: KBS 2

Barisan Pelakon: Seo In Guk, Oh Yeon Seo, Kwak Si Yang, Kang Mi Na, Kwon Soo Hyun

Sinopsis: Nam Han Jun seorang bekas profiler yang kini menjadi penipu di sebalik Cafe yang dibangunkannya dengan bantuan Nam Hye Jun seorang pnggodam elit dan Ko Sung Cheol bekas detektif. 


MY REVIEW 


Sementara semua orang tengah khusyuk menonton Alchemist of Soul, kita try layan drama lakonan Seo In Guk ni. Memang favorite pelakon kita ni sejak menonton dia dalam The Master' Sun dahulunya. Dan last drama dia kita trngok which is: 


Lama betul la dia tak berlakon nih. Jadi marilah kita trivia sikit lakonan In Guk dan Oh Yeon Seo dalam drama bergenre penyiasatan a.k.a.aksi la kan? 

Ceritanya bemula apabila Nam Han Jun menemui rakan baiknya, Pendakwa Han Jae Jeong mati akibat seorang pembunuh bersiri. Masalahnya beliau telah berdepan dengan pembunuh tetiba besoknya dia pulak disabit membunuh Jae Jeong sendiri. Kerana pasrah di-kambinghitam-kan serta masih kecewa atas kematian kawannya, Han Jun turuti. 

Apabila Han Jun keluar daripada penjara dia nekad nak tangkap pembunuh Jae Jeong itu a.k.a Gopuri. Tak sangka pulak dirinya yang sangat teliti itu disalah erti sebagai seorang bomoh. Atas tiket itu, Han Jun dan adiknya Hye Jun yang merupakan seorang pengodam elit mula membuka sebuah cafe yang menjadi topeng penipuan mereka sebagai bomoh terkenal Minamdang. Di samping itu juga, Han Jun serta pasukannya disertai Su Cheol, detektif yang setia menuruti Han Jun kemana saja mula menjejaki Gopuri yang sangat licik. 

Keseluruhan drama story bagaimana Han Jun dan pasukan Minamdang berjaya menyelesaikan kes yang sulit bagi polis. Sehingga unit 7 yang di tempatkan di Balai Polis Daeun juga kagum dengan Han Jun sehingga kedatangan seorang ketua pasukan mereka, Han Jae Hui yang sangat tidak mengemari seorang penipu. 

Di sebalik kejadiannya, Han Jae Hui ini merupakan adik kepada kawan baik Han Jun tadi, Jae Jeong. Dan apabila Han Jun memilih untuk mendiam diri dan terus dituduh sebagai pembunuh rakan baiknya sendiri, Jae Hui merasakan Han Jun langsung tak berperikemanusian. Padahal... 

Dan mereka pun bersama-sama cuba menangkap Gopuri sehingga berjaya. Sehingga separuh perjalanan drama, kedua mereka Han Jun dan Jae Hui berjaya menjejak Gopuri, tapi belom sampai ke akar umbi dia lagi. Di sebalik seorang Gopuri, ada lagi Gopuri yang lain. 


Di sini bermula permainan rahsia dimanipulasikan. Setiap gerak geri pasukan Minamdang dan Unit 7 sentiasa berada tangan Gopuri sehingga episod 16 baru Han Jun faham rupa-rupanya ini modus operandi si Gopuri bedebah ni. Geram aje aku kan? Sebab episode berapa la dah tak ingat, dia ada epilog yang sebenarnya Gu Tae Su tu hanya bergerak di bawah arahan orang lain. 

Dalam cerita ni boleh tengok betapa liciknya orang kaya semakin kaya, yang miskin tertipu. Hee sakit hati pun ada jugak. Nasib Han Jun dan pasukan Minamdang bijak menggunakan keadaan sekeliling dia untuk bertindak. Bagusnya Han Jun ni dia seorang fast thinker dan reaction. Laju betul la dia dapat pick up dan dia juga seorang sweet talker. Heee~ orang mudah aje la percaya kan dia. 

Bila dah nak habis episod tu gigih tak nak tengok sebab tak mau tertunggu next episod sampai penghujung. Mesti korang pun sakit hati bila tengok siapa Gopuri sebenarnya. 

Terbiasa bekerja, sekali pergi bercuti dan terjumpa masalah berkaitan dengan kerja, automatik terlupa sendiri tengah bercuti. Hee~ lawak betul? Salah satu kelebihan karakter lakonan Seo In Guk ni dia seorang happy go lucky di sebalik kesedihan yang ada. Haa, free spirit pun ada jugak. 

Best! Rate ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐✨ 

walaupun Alchemist of Soul pun best, tapi cerita ni senang lagi nak faham la dari konflik si Mu Deok dengan lelaki di sekelilingnya. Haha 

Next, tunggu kita review lain pulak ek.. Lama benor la tak tengok drama. Hee