Khamis, September 08, 2022
Chinese Drama: Love like Galaxy (2022)
Tajuk: Love like Galaxy, The Star are brilliant
Genre: Politik, Historical, Misteri, Romance
Bil. Episod: 56 ( 2 part)
Channel: iQiyi
Cast: Leo Wu, Zhao Lu Si, Guo Tao, Zheng Li, Li Yin Rui, Sun Kai, Zhang Chen, Kira Jin, etc
Sinopsis: Cheng Shao Shang ditinggalkan oleh kedua ibubapa sedari kecil untuk beperang. Kelihatan luarannya Shao Shang seorang yang nakal dan degil, tapi dia sangat bijak dan amat berjaga-jaga dengan mak cik yang penuh dengan tipu muslihat.
Ceritanya bila dah kembalinya mak ayah dia, sampai masa Shao Shang berkahwin dan dia bertemu dengan tiga jejaka yang berbeza latar belakang.
Lao Yao - dari keluarga bangsawan Lao seorang yang sangat baik hati dan sentiasa menyokong setiap tindakan Shao Shang.
Yuan Shijian - Dari keluarga bangsawan Yuan. Seorang bijak pandai dan sangat dikagumi oleh semua gadis di bandar. Tertarik dengan Shao Shang yang berfikir di luar kotak.
Ling Bu Yi - Seorang jeneral dan anak angkat Maharaja. Berhati beku dan miskin dia riak wajah. Berkenalan dengan Ling Buyi membuatkan Shao Shang terjebak dalam misteri keluarga Jeneral Hao yang mati akibat pemberontakan di Kota Gu.
REVIEW
Selasa, September 06, 2022
Family Camping di Bayu Impian Campsite, Punggai Johor
#6 Family camping dengan keluarga sebelah suami.
Plan mula ingat nak cuba tempat yang sebelum ni kami dah pergi, bersyukur juga suami bawak ke tempat yang lagi best uolls. Heee~
Baca juga: Pengalaman Camping di Sunrise Campsite
So far campsite ni la paling favorite sebab dia dapat both view sunrise dan sunset dengan begitu jelas. Padu gituu~ seronok la kan bila dapat cuci mata bila tengok view semula jadi begini.