Isnin, September 12, 2022

Chinese Drama: Love between Fairy and Devil (2022)


 

Tajuk: Love Between Fairy and Devil, Parting of Orchid and Devil King 

Genre: Fantasy, Comedy, Wuxia, Romance

Bil. Episod: 36

Cast: Esther Yu, Dylan Wang, Zhang Ling He, Xu Hao Qiao, Christy Gao, Charles Lin, Hing Xiao, Wang Yu Yi, etc 

Sinopsis: Adaptasi dari Novel Cang Lan Jue karya Lu Feng Xiang mengisahkan tentang kisah cinta terlarang antara devil dan fairy. 


REVIEW 


Supposed to be Aien tak nak tengok drama ni sebab semua drama lakonan Dylan Wang  macam sangat la tidak menarik perhatian. Apatah lagi gabungan dengan Esther Yu yang sebelum ni Aien pernah tengok dia berlakon dalam MOONLIGHT which is sangat la tak best serta fake sangat. 


But for this drama I given you ⭐⭐⭐⭐⭐⭐ out of 5. Haha That means must watch this drama if you like fantasy plus wuxia type drama la kan. 

Just because ini genre kegemaran walaupun bukan pelakon kesukaan tapi berjaya buat hatiku gigih menghabiskan drama ni dalam masa 1 hari 1 malam. 😂 Rabak mata guwe deh. Dengan kelajuan 1.5x serta skip skip sebahagian part. Haha Boleh la kan? 

Mengisahkan tentang Fairy Orkid yang sangat lemah asas dewanya dipelihara oleh Dewi Siming penjaga buku Nasib. Fairy Orkid ni simple sangat lakonan dia yang sangat happy go lucky, naif serta penghibur bagi semua orang. Dia memang baik. Naif laa kan? Dia suka dengan Dewa Perang, ChengShang dan ingin mengambil peperiksaan dewa sebagai pembantu di Istana tempat duduk Dewa Perang ni tadi. 

Alih-alih one day, Si Orkid ni ternampak buku Nasib Dewa Perang ChengShang ni bakal menghadapi dugaan maut tapi tak boleh nak bagi tau dengan empunya buku nasib. Jadi Orkid mengambil peluang pergi menyelamatkan Dewa Perang ChengShang sendiri dan menyebabkan dia pulak terperangkap dalam Menara Haotian, tempat pengurungan Dewa Berdosa, Devil Raja Bulan. 

Paling lawak sekali bila kedua Raja Bulan dan Si Orkid ni bertukar tubuh saat mereka bertukar ciuman. Ehh, masalahnya tabik dengan kedua pelakon Dylan dan Esther ni boleh switch lakonan dorang tu. Comel giler. 

Dalam mereka terikat dengan Mohon Xilan yanh secara tak sedar ditanam oleh Orkid yang sebenarnya Dewi Gunung Xi, penjaga 3 Alam. Raja Bulan dan Orkid ni jatuh cinta sesama mereka. Walaupun sorang dari Suku Bulan yanh dikenali sebagai suku kaum yang jahat padahal itu onar yang ditaburkan oleh Raja Syaitan Tai Sui. Suku Dewa ni biasa la, sok sok suci padahal...  Malas la nak cakap. 


Pahtu biasa la bila drama begini, hayat mereka di langit ni takkan pernab habis. Jika mereka membuat kesalahan mereka di hantar ke dunia manusia a.k.a Tasik YunMeng untuk mencuci dosa mereka. Benda tu jangan la terlebih fikir pulak ek. 


Kesudahannya, I love sangat dengan drama ni dan mesti tengok la sebab dia masih duduk Top 10 drama must watch di aplikasi iQiyi tu.  Tetiba pulak lalu di short youtube dorang berdua a.k.a Dylan dan Esther ni halah halah.. macam biasa fans mengharap agar ada drama costume lagi dari kedua pelakon ni. Aien? Tengok la dlu. Macam nak marathon Meteor Garden lakonan si Dylan Wang la pulak. Haha 

Nak cuba tengok drama terbaru Xu Kai macam tak best. Heee... 

Okay, jumpa next drama review  


Sabtu, September 10, 2022

Semua benda nak cerita

 



Sedih la wei..  Asyik kena scam, asyik kena fraud. Walaupun tak ada la rugi apa-apa tapi tetap juga sedih sebab tak serik-serik percaya. 


Dia macam... I wish... 


Nak menangis aje rasa bila mengenang kembali kisah malam tdi kena scam di Instagram sampai scammer gigih nak suruh saya letakkan email dia sebagai owner instagram. urgh... Ingat aku b*doh. Tapi memang bod*h la sebab la kan sebab percaya ada oraang bebetul nak bagi. Dua kali dah kena macaam ni smpai konon dia nak baagi duit. 


Urgh...


Ingat tak penat ke asyik kena aje? Ingat tak trauma ke sebab asyik nak percaya aje la. Selalu kena tapi masih jugak sama gitu juga la game kau nur... 


Kena scam masa berbisnes


Dalam berjaga-jaga mesti terkena lagi sampai macam ni. Tak tau la wei. Paranoid, geram dengan diri sendiri semua perasan berkecamuk dalam hati. Mengilai aku ketawakan diri aku malam tadi. Bo d- amat kau. Mana ada orang nak sesenang gampang nak bagi kau duit. HEY, DENGAR SINI EK.. SEMUA ORANG STRUGGLE NAK HIDUP. 


Kalo ada sesiapa terjumpa instagram aku buat kat korang mcm ni report aku tau. Kot dia dapat hack ke. Geram lak ati bete.. Seronok ek jadi scam? 


Gambar dah buang, video ada letak di reels, buat penat simpan. Akaun dah block dan report. Mereput la ko situ scammer. Geram lak ati aku nih.. 

Khamis, September 08, 2022

Chinese Drama: Love like Galaxy (2022)


Tajuk: Love like Galaxy, The Star are brilliant

Genre: Politik, Historical, Misteri, Romance 

Bil. Episod: 56 ( 2 part) 

Channel: iQiyi 

Cast: Leo Wu, Zhao Lu Si, Guo Tao, Zheng Li, Li Yin Rui, Sun Kai, Zhang Chen, Kira Jin, etc

Sinopsis: Cheng Shao Shang ditinggalkan oleh kedua ibubapa sedari kecil untuk beperang.  Kelihatan luarannya Shao Shang seorang yang nakal dan degil, tapi dia sangat bijak dan amat berjaga-jaga dengan mak cik yang penuh dengan tipu muslihat.


Ceritanya bila dah kembalinya mak ayah dia, sampai masa Shao Shang berkahwin dan dia bertemu dengan tiga jejaka yang berbeza latar belakang. 


Lao Yao - dari keluarga bangsawan Lao seorang yang sangat baik hati dan sentiasa menyokong setiap tindakan Shao Shang. 


Yuan Shijian - Dari keluarga bangsawan Yuan. Seorang bijak pandai dan sangat dikagumi oleh semua gadis di bandar. Tertarik dengan Shao Shang yang berfikir di luar kotak. 


Ling Bu Yi - Seorang jeneral dan anak angkat Maharaja. Berhati beku dan miskin dia riak wajah. Berkenalan dengan Ling Buyi membuatkan Shao Shang terjebak dalam misteri keluarga Jeneral Hao yang mati akibat pemberontakan di Kota Gu. 


REVIEW 


Fuh, panjang benaran drama ni. Untuk pertama kali rasanya Aien melayan drama berbentuk politik begini. Biasanya memang akan pergi begitu saja sepertimana Aien tinggalkan Alchemist of Soul. haha 


Disebabkan Zhao Lu Si gigih jugak menghabiskan walaupun agak perlahan momentum drama ni. Berlatar belakangkan zaman pemerintahan Maharaja Wen, mengisahkan tentang pembelotan antara keluarga bangsawan yang terlalu tamak dengan nama dan darjat. Fuh, memang penat la wei. 


Walaupun ada romance antara Zhao Lu Si dan Leo Wu sebagai Shao Shang dan Jeneral Ling, agak perlahan sebagai Jeneral Ling penuh dengan dendam akibat seluruh ahli keluarga dibunuh dengan kejam kesan dari pemberontakan Kota Gu. 


Jeneral Ling membesar dengan Mak yang amnesia sebab trauma dari peperangan tu. Hanya mereka berdua terselamat. Dapat pulak bapa dia Pengawai Ling pergi berkahwin lain a.k.a berselingkuh konon isteri dia dah gila. Mana taknya. Berat sungguh drama ni. 


Rupanya ada dua bahagian untuk drama ni. Di iQIYI dia teruskan untuk 56 episode. Untuk bahagian pertama banyak cerita pasal Shao Shang dan keluarga serta bagaimana kehidupan cinta Shao Shang dengan ketiga lelaki yang ditemuinya. Sampai Ling Bu Yi melamar Shao Shang kerana jatuh cinta pandang pertama dengan senyuman manis Shao Shang. 


Sesungguhnya Jeneral Ling Bu yi rindukan kemeriahan bekeluarga sepertimana di kediaman Marquis ChengYang, iaitu rumah Shao Shang. Jeneral Ling juga tertarik dengan Shao Shang sebabnya gadis tu sanggup 'jual' atok sedara sendiri yang penuh rasuah. 


Bila dah terlibat dengan Jeneral Ling, Shao Shang terpaksa masuk ke dalam istana untuk belajar adat dan politik supaya dia sama taraf dengan Jeneral Ling yang sangat disukai ramai gadis sebab jawatan dan kalibernya. betul ke ni? 


Semua orang merasakan bahawa Shao Shang bawa malang kepada Jeneral Ling. Masuk istana je kena buli. Tapi tahu aje la dia memang nakal. Orang buli dia, dia buat balik. Siapa yang buat baik dengan dia, dia sentiasa membantu orang tu. Itulah Shao Shang. 


Sampai sudah wei, belot membelot di sana sini. Penuh agenda memasing. Paling mengejutkan orang yang bertanggungjawab atas pembunuhan Keluarga Hao sampai hilang keturunan tu adalah bapanya sendiri, Ling Yi. 


Dan paling mengejutkan selama membesar menjadi anak angkat maharaja, Ling Bu Yi menyembunyikan identitinya yang dia bukan dari keluarga Ling. 


Puas hati juga ending dia. Drama yang diadaptasi daripada novel sesungguhnya memang panjang. Best jugak kalau ads director sudi nak adaptasi novel RAM begini. heheh 


Baca drama zhao Lu Si sebelumnya: