Jumaat, September 23, 2022

Happy Birthday Opah!

 


Selamat Ulang Tahun kelahiran Opah a.k.a Ummiku sayang. Terima kasih jadi ummi kami. Menjaga kami dari dalam rahim sehingga dah beso jadi mak orang pun masih sudi menjaga. 

.


Apapun semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dirahmati olehnya. Moga baik-baik saja dalam jagaan Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamin.. 


Khamis, September 22, 2022

Kutip semua semangat




10 hari gone.... 

Last entry pada 13 Sept 2022. Sibuk kemaskan beg untuk berkhemah pada Hari Malaysia lalu, sempat juga simpan draf untuk posting blog. Terlalu banyak yang bertangguh. Banyak sangat fikir sampai satu pun tak terkeluar dari akal. Brain dump is failed! 

Kutip semangat settlekan laundry dan anak meragam sebab food poisoning. Nadhira keep cirit birit dan muntah dan masih longlai. Makan nak, main pun nak. cuma Ibu jangan bangun. Pasti dia menangis. Kita melepek atas katil main telefon tak apa. Kita duduk depan TV tengok drama it's okay. Kejap2 dia datang cek, Ibu masih situ lagi tak? 

Tapi bila mood dia dah okay, mesti dia nak maim dengan Nayla dan Najmi. The probs is... both of them haiyakk... No adik No... Maka bertangisan lagi tu anak.. And it never ending for past few days ni. 


Well, bukan merungut, cuma bercerita thats why I tak posting apa-apa sebab fokus dengan mana yang utama dulu walaupun blog ini pun penting. Cuma, let it go dulu. Anak lagi penting. Pantau dia, risau tengok dia. Ke main masa camping dua kali dua mandi milo. Sampai group FCJ semua tahu anak Izwan mandi milo. Aiguu 

Cerita camping pun belom update, reels belom buat. Apatah lagi reviu treatment Dermalane pun belom draf. So many thing to do.. Makanya.. slow slow kita kutip semangat, cari balik ketawa untuk diri sendiri. 



Last but not least, dear myself.. dont lose yourself okah? 

Selasa, September 13, 2022

Cara sembunyikan aktivity luar kita dari dikesan facebook


Tetiba la kan, terjumpa hari tu, page Ilham Dekorasi kongsi pasal macamana nak hidekan aktiviti luar kita daripada facebook. 


Mungkin benda ni dah lama orang kongsikan tapi saja nak refresh balik kat korang rasa menyemak aje kan FB ni detect apa carian google atau shopee aku. 

Dia ni geng pengiklanan begitu la kan, rasanya la. Tapi since Aien rasa semak sangat dan terjumpa pulak tutorial yang simple ni, nak kongsi dengan korang. Benda ni pun boleh buat di aplikasi facebook jugak. 


1. Pergi ke bahagian Setting dan cari security


2. Kemudian, cari OFF-FACEBOOK AKTIVITY




Benda ni bermaksud aktivity atau carian kita di luar aplikasi facebook tapi facebook masih boleh detect lagi. Sebab tu nanti naik kat timelines facebook kita suggestion berkenaan. 

3. Putuskan hubungan aktiviti akan datang




Disconnect future activity. Boleh tengok di sini contoh yang Aien dah turn off kan. Jadi setakat dari dibuat tadi, macam tak ada laa pulak facebook ni sibuk-sibuk nak tunjuk kita benda yang samaa saja padahal dah jumpa. Aahh~ gituu. boring kan? Macam dah tak ada privasi pun ye jugak. 



Done cut off dunia luar dengan facebook. Harap berfungsi dalam jangka masa yang lama la. Kadang bendaa ni macam kejap aje la. Tetiba naik balik. Macam kena hack? Dunia digital tu itu la tu. Paranoid dia. Dia punya nervous hidup serba moden ni. Seram. 


Jadi, korang boleh praktik untuk aplikasi facebook korang sekarang. Selamat mencuba! Harap membantu. 



Ps: nak berenti main facebook semua media sosial diperlukan. Aiguu.