Sabtu, Oktober 01, 2022
Hello Oktober!
Assalamualaikum,
Dari julai hari tu.. back to back sakit non stop. Seminggu sekali mesti ada yang terkena demam, selsema batuk dan sebagainya.
Untuk Oktober, kami mulakan dengan muntah-muntah per keluarga disebabkan angin kata doktor. Jangkit dari kampung jugaknya since sepupu mereka ni ada yang muntah-muntah.
Pulang dari camping hari tu si Nadhira muntah plus cirit birit seminggu. Kali ni Nayla pulak muntah-muntah pantang masuk makanan atau air. Kesian pulak eh tengokkan. Malam harinya pulak, Najmi pulak kena. Habis tilam basah dek muntahnya.
Jujur ibu cakap, antara anak perempuan dengan anak lelaki sakit. Ibu prefer yang perempuan sebab mereka bila dah sakit, tido je. Tak banyak bunyi. Tu la dia kan anak, lain anak lain ragamnya.
Doakan kami sehat selalu, jika ada yang sudi kongsi tips untuk kurangkan kembung perut dengan rendah hati la terima kasih. Sebab ibu pun blur nak bagi apa dah. Sapukan minyak bawang putih pun ye, letak EO YL pun ye.. Suruh rehat, mana maunya budak. Ibu pun dah kena angin kus-kus ni nak tido je badan tak sehat. Tapi, kalau ibu tido.. Sian ayahnya sorang berjaga. Dah la kawan tu kerja. memang tak larat sangat. Nak bangun pun dunia berpusing. dok berbaringan je la.
Moga sehat hendaknya anak-anak Ibu nih.
Sabtu, September 24, 2022
Drama China: Be My Princess (2022)
Be My Princess
Sinopsis
REVIU SELEPAS MENONTON
Jumaat, September 23, 2022
Happy Birthday Opah!
Selamat Ulang Tahun kelahiran Opah a.k.a Ummiku sayang. Terima kasih jadi ummi kami. Menjaga kami dari dalam rahim sehingga dah beso jadi mak orang pun masih sudi menjaga.
.
Apapun semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dirahmati olehnya. Moga baik-baik saja dalam jagaan Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamin..