Isnin, Oktober 17, 2022

Isnin yang sibuk!

 

Syiok semalam cuti kan, sekali hari ni appointment klinik penuh dengan manusia yang sepatut datang semalam jugak. Kebiasaan sejam aje tempoh penantian, jadi extra 2 jam. Layankan aje laa. Tetiba kali ni BP teruk naik. Pasal malam tadi tak boleh tido. Jadi badan tak ada rehat. Mata tak leh pejam. Badan dah penat masih stay gitu aje laa. 


Tekanan darah mengikut umur




Rupa-rupanya jika ditengok tadi, memang mencanak naik. Dua kali periksa walaupun dah rehat lebih 15 minit masih tinggi. Kali pertama cek, 174/142 per 84 . Haha Gila kau. Pahtu misi suh buka face mask. Cuba lagi sekali, 144/112 per 74. Heee .. terus dirujuk kepada doktor. Maka bulan 11 nanti tiap-tiap minggu kena datang cek BP. Naya pak kasim. Dikata selalu nak marah mana darah tak naik. Aiguuu.. anak-anak tengah membesar gitu la dia. Masa pregnant dulu tak ada juga masalah, lepas anak tiga ni, stres dia usah dibawak bincang laa. Nak pejam mata buat tak tau pun dah tapi sendiri masih tergapai. 

Berat badan turun 2.5kg sejak dua bulan lepas. Pasal ritu sakit tekak, selera makan terus mati. Kaw kaw tengok timbang tadi tak percaya. So, teruskan berpuasa la agaknya boleh la capai berat masa anak dara. Haha 
.


Malam ni dah kena berpuasa, esok pagi kena ambil darah untuk mula pantauan tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam badan. Nor, baru 32. 

Ni je la kerja dia kan, dulu tak pernah ada orang cakap, lepas ko dah kawen nanti, klinik kesihatan tu ibarat rumah kedua ko sampai mati. Mengandung cek up tiap bulan. Lepas bersalin sambung cek up anak pulak tiap bulan. Lepas tu kalau ambil perancang, begini la, dua bulan sekali. Lepas tu, dah sangkut lagi begini seminggu sekali terus. Ini kalau nak mengandung lagi, banyak nak kena jaga. Memang dah nampak dah tebal buku pink tu. Pening la tengok. Cukup la ini je. 


Esok kita tengok macamana lagi. Kalau rajin dan ingat kita story panjang lagi. Jaga diri, jaga kesihataan..

Rabu, Oktober 05, 2022

Chinese Drama: Nothing But You

 

Nothing but You 

Cerita tentang Jiang Lili yang menyamar menjadi kakak kembarnya Bi Xiaoran di tempat kerja apabila kakaknya itu dilanggar lari oleh seseorang. Drama yang bersiaran di aplikasi iQiyi bermula pada Jan 10 2022 dengan 24 episod membariskan muka baru juga bagi Aien sebab tak pernah tengok dia berlakon iaitu Wang Herun. Setelah diselidik kembali, Wang Herun ni ada dalam Ruyi's Royal Love in the Palace. Manakala Lou Zheng sebagai pelakon lelaki utama. Drama ini juga adaptasi novel bertajuk 'He comes against the light' karya Zu Tong. 



Reviu selepas menonton Nothing but You


Terserempak dengan drama ni bila tertengok di short Youtube dan terpengaruh dengan wajah Lou Zheng yang hensem. Dah banyak kali sebenarnya cerita lakonan LZ ni cuba nak ditonton, tapi macam tak ngam. Rasanya ini pertama kali LZ jadi pelakon utama. 

Story line untuk drama ni cukup mudah yang berkisarkan dunia perfileman di sebalik tabir. Mencari penaja, syarikat terbitan mana dan mencari barisan pelakon. Bi Xiaoran adalah produser terkenal di sebuah syarikat Lemeng Holding kepunyaan keluarga Lai Zhengyi. 

Kisah bermula apabila Bi Xiaoran dilanggar lari oleh seseorang upahan pelakon Ren Qingyan yang sukakan Lai Zhengyi. Simple je plot dia. DENGKI. Dan Bi Xiaoran tidak sedar diri, Jiang Lili yang 180% personaliti berbeza dengan Xiaoran yang tegas mula menyamar. 

Pemanas cerita adalah Lai Zhengyi ni dah lama suka dengan Jiang Lili mula mengambil kesempatan juga atas kepolosan gadis itu. Apa dia? Plot twist, Zhengyi dan Xiaoran dikatakan bercinta pada masyarakat umum padahal itu cuma gimik untuk menaikkan nama syarikat. Bila masukkan Jiang Lili, Zhengyi menggunapakai method ni merealisasikan cinta sweetheart childhood dia yang lama dipendam. 

Kind of cute juga cerita ni. Lawak pun ada. Menyampah pun banyak! Haha Sebab tak suka dengan karakter Jiang Lili yang terlalu bod* piang tu. 
.

Maka dengan speed 1.5x Aien menghabiskan drama ni cukup la untuk sekali tontonan. Pasal terpengaruh dengan short ala-ala VTT tu. Aigu~  Padahal ada je lalu lalang kat iQiyi tu dua tiga kali tengok poster pun. Hurm.. Malas laa. 
.

Over all drama ni santai je tak banyak sangat konflik dan kadang ada sesetengah part tu macam.. eh ehh.. eh.. haa.. Ending dia pun macam terkejar-kejar aje la. Tetiba ada watak baru yang berebutkan Jiang Lili daripada Zhengyi. Macam eh.. nasib tak meleret. Meleret best tak apa, kalo macam...  malas juga nak tengok kan?


Look forward lakonan Lou Zheng ni lagi. Chiayok! 




Isnin, Oktober 03, 2022

5 cara simpan duit di masa inflasi


Simpan, simpan, simpan! Itu lah dalam kepala kita sekarang ni semenjak pandemik melanda Malaysia dan dunia dua tahun lalu. Eh, apa yang nak kena simpan ni kan? Semestinya wang yang harus disimpan untuk jangka masa panjang dek kerana kini dunia di ambang inflasi dan menyebabkan banyak harga barangan di luar sana naik. 


Apa itu inflasi? 

Dari  zaman Tun Mahathir pegang Malaysia zaman Y2K dulu, selalu dengar INFLASI SIFAR ni. Jadinya zaman kecil dah dengar, kini sendiri mengalaminya sebagai parent pulak. Masa kecik tak berasa struggle dia. Dah besar baru rasa betapa susahnya menghadapi kemelut inflasi ni. 


Inflasi bermaksud peningkatan harga barang atau perkhidmatan dalam ekonomi terutamanya. Perkara ini dipengaruhi oleh banyak faktor baik dari segi import dan eskport mahupun tuntutan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan tersebut. Hal ini boleh disebabkan, pengguna menyorok barangan kerana bimbang kehabisan stok atau yang lainnya. Pendek kata, inflasi ini boleh mendatangkan kesan yang positif ataupun negatif jika tidak dikawal dengan baik. Sebagai seorang yang bijak, kita seharusnya belajar mengawal keperluan dan kehendak kita agar tidak terjerumus dalam lembah bankruptasi. 

Apa harus kita lakukan untuk kekal stabil di waktu ini? 


kredit gambar: pexels

Catat setiap pembelanjaan keluar masuk kewangan rumah


Bukan semua manusia dilahirkan dengaan kebijaksanaan dalam pengurusan wang. Ianya boleh dipelajari dengan kita menjejaki serta mencatat apa jua perbelanjaan bulanan rumah dengan setiap kemasukan gaji. 

Hal ini memudahkan kita tahu hala tuju duit gaji kita daripada terusan boros dan 'kehilangan' pendapatan kita. 


kredit gambar: pexels


Simpan ikut kemampuan 


'Eh, macamana kami ni yang setakat B40? susah betul nak simpan.' 

Selalu dengar dialog ni kan. Jujur cakap Aien pun struggle jugak dalam bab simpanan ni. Pasai apanya? Sendiri ni tak bekerja, memang totally dari duit blog dan freelance sikit-sikit tu la nak dibuat reward pada diri dan anak-anak. Lagi-lagi jika kita berpegang, we life just once. Enjoy as long as you can. 

Haa, mana satu la kan? Jadi di sini bila dapat duit je, Aien simpan dalam beberapa ringgit tu transfer masuk ASB ke kan. Paling tidak, selain waktu kecemasan memang takkan kacau duit tu. Begitu juga dengan bahagian anak-anak. Setiap mereka perlu ada simpanan supaya jika sesuatu berlaku pada kita sebagai orang tua, itulah duit kecemasan mereka. 

Selain daripada itu juga, ada yang berpendapat simpanan dalam bentuk barang kemas ataupun emas solid paling laku buat masa sekarang. Sebab anak muda zaman sekarang, memasing sudah ada kesedaran tentang inflasi ni sendiri. Selain dijadikan hobi dan perhiasan, ini la dia orang kata simpanan yang paling berkesan.





Lakukan side income selain kerja hakiki 


Perkara ini juga trending di kalangan anak muda di Malaysia terutamanya mereka yang suka dnegan kehidupan yang agak stabil berbanding mengharapkan dengan pendapatan kerja hakiki. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa gaji di Malaysia sangat la tidak menyokong kos sara hidup yang ada. Malahan ada desas desus mengatakan,  besar periuknya, besar keraknya. Tapi, kita harus tengok dari sisi si pemakai bagaimana. Untuk Aien pulak, jika nak makan yang sedap sendiri usahakan dengan duit rencehan sendiri. Tak mengharapkan pada sang suami semata. Cukup saja suami dah sediakan tempat tinggal, makanan 3 kali sehari, dan pakaian setiap tahun pun memadai. Selebihnya jika mahu high demand, usaha sendiri walaupun pada hakikatnya dari luaran itu tugasan si suami mencantikkan isteri. 




Jangan berhutang dalam hal yang tidak sepatutnya


Ini paling bahaya apabila kita sanggup hidup bergaya tapi papa. Cukup hujung bulan, gaji habis bayar hutang, sehinggakan diri sendiri tak cukup makan. 

Hal ini disebabkan terlalu mengikut trend dan gaya hidup yang dipaparkan di media sosial. Ini yang paling red alert sekali tau. Jika rasa keperluan, ikut kadar kemampuan sendiri dalam melunaskan bayaran bulanan. Jangan terikut sangat orang lain, sampai sendiri merana. Lagi merbahaya sampai kacau duit simpanan tadi. 



Fokus tentang keperluan bukan kehendak 


Benda ni la mak-mak pantang lahai. Usah kabokan orang lain, den ni haa.. Payah bebeno ler kalau dah bukak shopee tu. Susah nak jumpa jalan keluar selagi tak bawak keluar. Banyak sangat benda nak dibeli sampai penuh rumah, masih juga nak beli. Heran eh.. 


Tak ada la sampai sarat sangat, selalunya suami cakap, beli untuk apa. kegunaan apa. Selagi boleh pakai, pakai je la. In shaa Allah ada rezeki kita beli lain. 


Begitu la kita rakyat marhaen cuba untuk selamatkan diri sambil fikir masa depan keluarga dan anak-anak. Sejujurnya memang susah lakukan 5 perkara di atas apatah lagi kita terutamanya Aien ni seorang suri rumah yang terikat dengan anak-anak. Ada mulut berkata, berniaga la. Bagi ringan bahu suami.. Kuncinya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biar la hidup sederhana, penuh kesyukuran pun alhamdulillah. Daripada kaya tapi resah gelisah. Tapi, ini bukan cerita kaya ke tak, ini cerita simpanan besok hari di kala kecemasan


Ada tak ada, semoga kehidupan kita semua dipermudahkan dalam mencapai apa jua impian korang.