Ahad, November 13, 2022

Ahad - sibukkan apa tu?


 

Hi hi Hi, kabare? 


Baru timbul tenggelam dek sabut-sabut perkara hujung tahun. Selalunya begitu la kan. Saban tahun, di kala penghujung menghampiri kebanyakan memang ambil mood la untuk bercuti atau rehat untuk pembukaan tahun baru. Orang kata semangat baru gitu. 


Aien pulak, berbaki sebulan nak masuk 2023 ni, a lot of things happen. Macam-macam. Nak cerita tak tau dari mana. Cuma mohon doa pembaca agar dimudahkan segala urusan Nur Khafisah sekeluarga. fuhhhh~ amek semangat yang semakin kabur. 


Malas jugak nak bentang sejuta alasan sebab tahu diri ni belom kuat lagi nak bangkit dari zon selesa. Itu la MY BIG PROBLEM. Jadi bagi alasan tu macam alasan la kan? Haha 


November? Di manakah kita? Drama pun ke lait. tak tau la sibukkan apa. Akal pun dah loading pending bermacam task yang harus diselesaikan. Kau rasa aku boleh ke? Doubting myself for better future? Selagi kau tak menapak, selagi tu kau tak tau.. kata yang sebelah. Begitu la drama setiap kali yang tengah ni nak berubah. Sebelah bagi semangat, sebelah suh relax. Haa~ boleh jadi konten. Aaaahhhh~ gituu.. semua benda jadi konten. Terlalu banyak idea dalam kepala. Jot down pun sampai serabut hak mana satu ko nak buat ni Nur? Begitu la kan...


Ibu anak tiga - nak buat semua benda untuk kesenangan anak-anak. Actually untuk perut sendiri yang dambakan makanan sedap, keselesaan hidup tanpa menyusahkan sang suami. Sangat pentingkan diri? Urm... Kalau ibu happy, anak2 pun happy.. Just an excuse right? 


Life - doesn't work like we want to. But always work the way it is. Follow the flow while waiting, make your plan. - kata diri sendiri. Tapi sementara tunggu blur lagi. 


Should change my name tho - MRs. Blur. Kena makan kismis banyak2 bagi kecerdasan otak. Atau consume Mindtopic keluaran eskayvie ke kan. 


Begitu la kalau daku menulis rant hati.. Dia berjela. Bebel pusing situ je la kan. Okay . Berbaki dua minggu November ni. Banyak benda nak kena buat sebab next year adalah tahun baru yang penuh pancaroba dan dunia yang berbeza buat kami 5 beranak. 


Husband ambik satu langkah perubahan besar dan I need to support even though risau dengan perjalanan kami nanti. Bumpy kah? Sanggupkah aku? Dan bagaimana aku nak start side income lain daripada duit rencehan yang sangat renyah? Allahu akbar. Most of time doubting myself sebenarnya. 5 years, selalu orang kata dah makin selesa dari pelbagai segi. But, untuk kami tahun ke-6 adalah satu stage baru untuk ibu bila anak dah start sekolah dan kena fikir lagi satu sudut yang berbeza sambil pujuk, kita akan survived nur. 😌 Bila datang overthinking dia, dan malam susah nak tido sebab selagi benda tu tak berlalu..  Walau orang cakap jangan difikirkan sangat. yet - susah~ sampai rasa dah la tak nak fikir dahhhhhh.. penatnyaaa.. 


Allah - kuatkan hati seketul Nur Khafisah ni. Dia percaya suami dia. cuma dia tak percaya dirinya bukan beban untuk semua orang. Dari kecik nyusahkan orang.  besar pun nyusahkan orang. Penat la nak fikir bahagian positif. T^T 


Nak bebel lagi ke? dah la Nur... Doakan semuanya baik2 saja. Allah kan ada? Jangan tinggal solat. Ubah hidup. In shaa Allah kau boleh. Aku nak~~~~~~~~ 

Bai semua...

Rabu, November 02, 2022

Drama Turki: Sen Cal Kapimi


Sen Cal Kapimi 

also known as You Knock My Door drama Turki terbaru menarik minat Aien untuk menonton selepas melihat beberapa short drama ni di Youtube.  

Macam biasa la kan, drama Turki ni panjang berjela walaupun satu episod. Jadi makan masa nak menghabiskan satu series. Sepanjang 52 episod kalau tak silap menceritakan dari mula perkenalan Serkan Bolat lakonan Karem Bürsin dan Eda Yildiz lakonan Hande Erçel sampai mereka berpisah berjumpa semula dan memiliki zuriat bersama memang fuh...  Romantic komedi masing boleh dilayan lagi sebab suka dengan kekuatan watak Eda Yildiz itu sendiri. 

Sinopsis Sen Cal Kapimi 

Mengisahkan tentang Eda Yildiz yang amat membenci Serkan Bolat kerana bagi Eda, Serkan telah memusnahkan segala impiannya untuk ke Italy kerna syarikat Serkan Bolat menarik semula biasiswa Eda di tahun terakhir beliau di universiti. 

Kerana itu juga Eda meneruskan kehidupan sebagai seorang pengubah bunga di kedai bunga milik mak ciknya padahal kerjaya taruhan Eda menjadi seorang landskap designer yang sukses. 

Mendengar saja Serkan Bolat akan membuat talk di bekas universiti, Eda tanpa ragu menyerang CEO muda itu dengan sindiran padahal Serkan pun tak tahu perihal biasiswa untuk pelajar di situ. 

Kononnya nak buat onar pada kereta Serkan tak pasal-pasal mereka digari bersama tanpa kunci. 

Ini baru episod pertama ya gais. Seperti biasa drama romantik komedi ini pasti akan diteruskan dengan babak Serkan menawarkan Eda pekerjaan sebagai tunang upahan demi menyakiti hati bekas kekasih yang bakal berkahwin tak lama lagi. 

Dalam sedar tak sedar hanya Eda saja yang boleh mengubah Serkan Bolat yang sebelum ini umpama manusia robot pada pekerjanya. Dan kisah mereka berdua pun bermula dengan penuh pancaroba dan onak duri. Belom lagi dengan kes dengki mendengki, dengan orang cuba pisahkan mereka berdua kerana darjat mereka berbeza. Hakikatnya hubungan mereka berdua sangat kuat sehingga Serkan sendiri menolak Eda ke 'tebing' perhubungan dan memaksa gadis itu pergi dari hidup CEO muda itu. 

5 tahun kemudian, mereka bertemu kembali dalam pertemuan tak disangka dan Serkan mengetahui bahawa dia kini telah menjadi seorang ayah kepada budak berusia 4 tahun bernama Kiraz. 

Serkan dan Eda mula membina mahligai indah mereka kembali demi Kiraz dan perasaan cinta yang masih utuh antara satu dengan yang lain. 

And they life happily ever after. The End-

Review Sen Cal Kapimi 

Selepas menonton drama bersiri Turki ini memang mood akan overly happy sebab sweet banget~ dan mungkin akan terpengaruh dengan sesetengah keluhan mereka seperti Allah Allah~ bila geram dengan anak. Haha 

Selain daripada itu, Sen Cal Kapimi merupakan drama Turki yang ke -5 yang menarik minat Aien untuk tonton. 

Review drama Turki lain yang Aien dah tenfok boleh baca di sini: 


Boleh dikatakan Sen Cal Kapimi ni agak meleret juga jika nak dibandingkan dengan Siyaz Beyaz Ask dulu. Semua karakter dia nak highlightkan include perhubungan mak si Serkan, pahtu konflik cinta tiga segi mak Serkan dengan mak cik Eda dengan mamad Italy. Padahal kena scam. Tapi masuk akal juga la untuk dipanjangkan episod sampai dua season. 

Kalau korang berminat dengan romantik komedi ni best juga nak tengok sebab watak Eda Yildiz yang sangat strong dari kecil setelah mak ayahnya meninggal ketika aniversary mereka dalam runtuhan rumah binaan ayah Serkan. Disebabkan hal ini, nenek Eda yang tak pernah pedulikan dia dari kecik tetiba masuk campur apabila mengetahui Eda dan Serkan bertunang. Sekali, rupanya nenek sekadar nak menduga sejauh mana kekuatan cinta Serkan pada sang cucu. Eh, tak pasal-pasal Eda dan Serkan jadi partnership Art of Life (kompeni Serkan) 

Pahtu bila dorang dah berpisah dan bertemu kembali, more to bagaimana Serkan nak pikat balik hati Eda yang dah tawar tapi masih cinta dan menambat hati anak daranya yang terbiasa dengan ayah angkatnya. 

Okay, jujur ek. Saat reviu ni ditaip - actually masih sangkut lagi di episode 40+ sebab macam heh, bila nak habis ni. Eda dan Serkan asyik gadoh gadoh meow pun berbaik. Macam- tunggu dulu la. Jadi kita tulis takat mana yang dah tengok. Rajin nanti kita update la ek.. 

Worth to watch? Gather mood dulu baru tengok. Drama Turki ni satu episod dia umpama satu movie tau. sikit lagi mengalahkan hindustan movie punya timeline. Sebab tu tengok dalam speed 2x  pun dah macam badut memasing bercakap. Demi Hande Erçel kulayan jugak drama ni sampai habis sebab love senyuman dia. 

Carian google.






Selasa, November 01, 2022

LuLu Group buka Cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru




LuLu Group buka cawangan Baharu LuLu Grocer di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.


Johor Bahru: LuLu Group maju setapak lagi mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, dengan pembukaan cawangan keenam di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.


Pembukaan cawangan tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru. Turut sama hadir adalah Pengarah LuLu Group Malaysia & Indonesia, Nishad PA, dan Pengarah LuLu Malaysia, Asif MA, serta beberapa orang kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi syarikat.


Cawangan baharu ini terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli belah Toppen Shopping Centre, Johor Bahru yang mudah diakses melalui lebuhraya dan jalan utama, serta kemudahan pengangkutan awam.


Berkeluasan 27,500 kaki persegi, cawangan ini dijangka bakal menerima kunjungan sejumlah 800,000 pelanggan khususnya dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya, selain warga Singapura yang diketahui umum gemar berkunjung ke Johor Bahru untuk membeli-belah. 


Sejajar dengan matlamat jenama LuLu Group untuk memberikan pilihan meluas barangan berkualiti tinggi dengan harga rendah, Lulu Grocer Toppen Shopping Centre bakal menawarkan pelbagai produk jenama tempatan yang berpemintaan tinggi selain daripada produk luar negara yang diimport secara terus dari syarikat pengeluar global LuLu Group. Cawangan ini juga bercirikan konsep peruncitan moden dan berteknologi tinggi bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman beli-belah yang lancar.


Bagi meraikan pembukaannya, LuLu Grocer Toppen Shopping Centre mengadakan tawaran pembukaan dan aktiviti menarik bermula 29 Oktober 2022 dengan potongan dan diskaun hebat bagi pelbagai barangan runcit dan segar, serta pemberian hadiah percuma kepada pelanggan terawal. 


Kempen Beli Barangan Malaysia 2022


LuLu Group juga akan meneruskan penglibatannya dalam Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini disokong melalui semua cawangan LuLu termasuklah cawangan baru LuLu Grocer Toppen Shopping Centre. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk keluaran tempatan sekaligus membantu perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk terus berkembang maju, terutamanya bagi PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 ini terdahulunya telah dilancarkan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna bersama-sama wakil daripada LuLu Group. 


Sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS



Lulu Hypermarket Malaysia sentiasa menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS serta komited dalam memberi peluang untuk sewaan ruang niaga di kesemua cawangannya. LuLu Group turut mengeksport barangan keluaran PKS ke negara-negara Timur Tengah. Sehingga kini, lebih 300 PKS berdaftar di bawah LuLu Malaysia. Dengan mengeksport barangan keluaran PKS Malaysia kepada LuLu Hypermarket seluruh dunia, LuLu Group membuka jalan kepada produk PKS untuk dikenali dengan lebih meluas dan berpeluang untuk ke pasaran global.


Tentang Lulu Group International 


LULU HYPERMARKET merupakan rangkaian pasaraya terkemuka dan satu-satunya peruncit Timur Tengah yang tersenarai dalam tinjauan tahunan Deloitte 'Global Powers of Retailing 2021'* bagi MENA dan Asia. Diasaskan pada awal tahun 90an dan telah bertapak meluas di GCC, India, Indonesia, Malaysia dan Mesir; LuLu Hypermarket kini dikunjungi lebih 1,600,000 pelanggan setiap hari menjadikannya rangkaian peruncitan yang berkembang pesat dengan platform beli-belah atas talian yang menarik.


Lulu Group memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016 dan kini telah mempunyai 5 cawangan kegemaran ramai di seluruh negara. LuLu Malaysia juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 500 warganegara Malaysia di 5 cawangannya setakat ini. Menurut Yusuff Ali MA, Pengerusi & Pengarah Urusan LuLu Group “Seperti yang telah dijanjikan sejak pembukaan cawangan pertama di Malaysia, kami akan terus komited untuk mengembangkan rangkaian LuLu di segenap pelusuk negara. Tidak lama lagi, lebih banyak cawangan LuLu akan dibuka termasuklah di Mayang Mall Kuala Terengganu dan Larkin Junction Johor Bahru yang dijangka akan dibuka pada suku pertama dan kedua tahun 2023.”