Ahad, Januari 08, 2023

Smile Dating Test

 

Smile Dating Test


hi, Happy Sunday people! Johorean start to work and school today, and I today need .... Stop! Kejap.  Kenapa speaking? Haha 

okay, memandangkan hari ni nak kena pergi klinik untuk check up Nadhira ke 18 bulan ayuh kita buat quick post entry. 

Semalam adik Aien ajak main test ni suka-suka. Haha Cute lahai game ni tentukan kita ni jenis orang yang macamana kalau berdating atau berpasangan. 


Smile Dating Result

Kali kedua jawab dapat kaler lain pulak. Hee~ actually macam betul pun ye macam tak pun ye. Semalam macam kaler Brown. 


so korang nak try-try main boleh tekan link gambar dia kat atas tadi tu. Game ni daripada Korea Selatan so site dia dalam Hangul which korang pun boleh translate dalam English. Selamat mencuba! 


Sabtu, Januari 07, 2023

Sudi?


Sudi by Akwa ft Najwa Latiff


Muka Depan Single Sudi

Hee~ randomly nak dengar lagu dan terlalu lagu yang baru keluar minggu lepas. Omoh~ so sweet la dorang dua ni. I Like bah! 

Jom kita layan kejap. Sambil-sambil tu ikut la bayangkan masa kau berdua sama suamimu itu kan. Lebih kurang juga ni. Hehe 




[Lirik]

Akwa Arifin - Sudi

Sayang
Sudikah engkau
Mengahwini diriku
Menjadi isteriku
Sayang
Sudikah engkau
Menjadi isteriku
Cinta hatiku yang satu

Sudah lama aku menantikan saat ini
I always knew you were the one
Jadi bini selepas lama kita berkawan
Kinda funny we're just kids that want to have fun
Know know know know kita end up jatuh cinta
Disebabkan lagu selipa
Benda yang tak sengaja
Jodoh jodoh
Jodoh ku di depan mata
In denial ataupun buta
Kaulah jawapan pada aku punya doa
Amin
Amin oh oh
Amin
Sayang
Sudikah engkau
Mengahwini diriku
Menjadi suamiku
Sayang
Sudikah engkau
Menjadi suamiku
Cinta hatiku yang satu

The best part is kita dua dua sama sama suka
Hubungan ini tak perlu di paksa
We will never give up on each other
No matter how big the problеm is
Saying sorry tak perlu nak mengemis
Dari hujan lеbat sekarang gerimis
Kita berjaya to make it work like this
Baby oh baby don't you understand
You're stuck with me now
So hold on tight and grab my hand
Lately oh lately I'm not just a fan
Awak tak perlu lagi nak risau
Kita akan bersama till the end
Till the end
We're going to be bestfriend till the end

Sayang
Sudikah engkau
Mengahwini diriku
Menjadi pasangan aku
Sayang
Sudikah engkau
Menjadi pasanganku
Cinta hatiku yang satu

url: l-hit.com/id/7324


ps: lagu anibeseri nanti kah ni? 

Khamis, Januari 05, 2023

Love in Time (2022)


Love in Time Review

Love in Time 

Sebut je tajuk drama ni, dok pesimis berapa banyak chinese drama dengan tajuk yang sama. Recycle tajuk, jalan cerita yang berbeza tapi ending masih sama. Actually tak sangka tertengok drama ni seperti mana I olls tertengok short youtube dia dan spend my whole night watched this beautiful creation of love in time. 

Kenapa eh? 


Sinopsis Love in Time 

Mengisahkan tentang He Zhen Yu yang terjatuh dari langit ehh, dari kebanggaan dia seorang penguam yang berkaliber setelah mengambil satu kes perceraian artis a.k.a kawan baik dia sendiri. 

Dibuang kerja dan Zhen Yu terpaksa pindah dari apartment yang disediakan oleh pihak syarikat dan menyewa keluar di satu apartment lama. 

Tepat jam 10:06 malam, ada satu figura perempuan hadir dalam kediaman barunya. 
Zhen Yu ingatkan hantu, lama kelamaan setelah diselidik rupanya perempuan itu, rookie reporter, Chen Jia Lan. Ajaibnya Jia Lan merupakan penyewa sebelum Zhen Yu masuk ke situ. Paling miracle sekali, Jia Lan adalah kawan kepada suami kawan baiknya, Jirong. 

Dengan bantuan Jia Lan, Zhen Yu merancang untuk mengubah nasib dirinya dan tanpa disedari cinta hadir di antara mereka berdua. Bagaimana pun mereka mencuba, kes penceraian kawan baik Zhen Yu masih juga berlaku. 


Barisan pelakon Love in Time 

Yang Xu Wen sebagai He Zhen Yu 
Julia Xiang sebagai Chen Jia Lan
Wang Meng Li sebagai Wu Ji Rong
Xu Kai Xin sebagai Mu Shi Ming 
Yu Xin Tong sebagai Chen Ke Xin
Dai Gao Zheng sebagai Jiang Shen Gao

Review Love in Time 

Tertarik tonton drama ni terjebak dengan short di youtube di mana scene tepat jam 10:06 malam kedua penyewa tu ada masa bersama. Dan short tu tunjuk perempuan tu tengah santai, dan tetiba aje lelaki tu muncul depan dia. Haa, ko trigger ke tak? Aku pun nengok ler dia kata ada di Iqiyi. Paling tak sangka sangkut sampai habis wei. 

He Zhen Yu ni sangat cool blooded lawyer. Sombong tapi low EQ. Biasa la watak hero memang macam tu. Tetiba heroin dia editor/reporter to be yang memang sangat tinggi perasaan ingin tahu. 

Jalan cerita yang mudah difaham dan tidak la terlalu berselirat sangat menarik minat nak tonton. Apatah la nak sangat tahu adakah Zhen Yu dan Jia Lan ni berjaya ubah nasib Ji Rong tu. 

Dua tiga kali, tak berjaya. Sampaikan Zhen Yu pada tahun 2021 terlibat sama dalam conspirasi Zhen Yu 2022 ni tadi. Mulanya nak ubah nasib Ji Rong agar tidak berkahwin dengan Jiang Sheng Gao yang playboy tu. Rupanya ada lagi plot twist asal kemusnahan rumah tangga Jirong. 

Nak elak punya elak, rupanya partner Zhen Yu yang busuk hati nak jatuhkan Zhen Yu dari kebanggaan FengYu Assiocation. Dia jeles pasai selama ni dia asyik clean up mess yang Zhen Yu yang sombong tu buat. 

End up, dia yang gila sebab tak percaya Zhen Yu yang dibunuhnya ada depan mata dia. (upps, spoiler alert!) 

Sedih ending dia, but still boleh happy lagi bila Zhen Yu 2021 melamar Jia Lan setelah dia perolehi semua memori Zhen Yu 2022. 


Tahniah korang baca sampai habis dan sekira korang berminat nak tengok boleh tengok di aplikasi Iqiyi . Best dan ada eng sub la semestinya.