Rabu, Januari 18, 2023

Wordless Wednesday: Kacang bersalut seaweed

 

Kacang Salut Seaweed

Sedap wei! RM1.99 je di Mydin 

Rabu, Januari 11, 2023

The Glory (2022)

 

The Glory (2022)

What a hype thriller drama comes from our favorite beauty actress, Song Hye Kyo! Love her vibes in this drama, and young actress too that play the same character as Moon Dong Eun. 


The Glory (2022) 


Cerita tentang dendam seorang pelajar perempuan bercita-cita untuk menjadi arkitek yang dibuli ketika zaman sekolahnya dan menyebabkan dia drop out school. Berhenti? Dan tidak ke sekolah lagi. 

Dia mempertaruhkan hidupnya untuk membalas dendam terhadap pembuli dan mereka yang menjadi tukang lihat saja pada masa itu. 

Barisan pelakon hebat baik ketika dewasa dan juga remaja memang tidak dinafikan drama ini berskala besar. 




REVIEW DRAMA THE GLORY 

- Be alert of the spoiler - 

Ia bukan semudah yang disangkakan. Hendak bangun dari sebuah trauma ketika di bangku sekolah. Pasti akan memilih untuk mati saja daripada terus hidup dengan derita sebegitu rupa. Namun, tidak bagi Moon Dong Eun. Kuat semangatnya berhadapan dengan orang yang membuat impian mudanya musnah. 


Park Yeon Jin - kerana memiliki seorang ibu yang sering menyokong segala tindak tanduknya membuat dia semakin suka membuli orang. Cita-cita ingin menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik hati sangat tidak sesuai dengan karakter berhati busuk itu. Yet- aku tabik dengan pelakon Shin Ye Eun yang berjaya memain peranan sebagai tukang buli ni. Padahal dalam drama REVENGE OF OTHERS dia jadi orang yang dibuli, but jenis yang bukan senang dibuli ye. 


Joo Yeo Jeong - seorang doktor tapi menjadi mangsa pembunuh bersiri sakit mental - pernah membunuh ayahnya. Kemudian dia juga turut serta dalam permainan dendam Dong Eun setelah melihat parut pada tubuh perempuan malang itu. 


Penat sebenarnya nak tengok drama ni sebab tertanya what will happen next. Perjalanan cerita dia penuh slow and steady yet menjadi setiap perkara yang disusun rapi. 

Seram jugak bila nak akhir-akhir episod itu seperti setiap tindak tanduk Dong Eun dikesan  oleh Yeon Jin macam eh perempuan ni, saiko betul. 

Suka tengok Hye Kyo main peranan yang sangat penting dalam menjayakan watak Dong Eun tu. 

Ending dia buatkan kita macam cepat la season 2 yang bakal ditayangkan March 2023. Korang boleh tonton drama The Glory ni di Netflix ataupun HiTV. 


ps: tengok boleh tapi risau juga kalo diimplikasi dalam kehidupan sebenar kes buli macam ni. 



Isnin, Januari 09, 2023

Best Affordable gift for Chinese New Year

Best Affordable Gift

Hi, monday! Tak ada monday blues kan? Happy2 aje selain dari viral panas lagi bahang tu. Just let it go dan doakan yang terbaik bagi pihak yang teraniaya, okay? 


So hari ni, Aien nak share dengan korang satu kedai yang Aien jumpa randomly di shopee. Suka sangat konsep kedai ni sediakan hadiah mampu milik but looks grand untuk Raya Cina nanti. Actually nak bagi bila-bila pun boleh sebab kedai ni macam trusted jugak. 


VK Gold MALAYSIA

VKgold Group's iconic brand "VKgold" is established in 2019 and has been widely recognized for its trustworthy and authentic products and is known for its product design, quality and value. Our long-standing core value of "sincerity and eternity".💍💍💍


Kedai dorang memang beroperasi di Shopee saja buat setakat ni walaupun begitu dorang berpusat di Johor. Semua item yang dibeli ada warranty selama 6 bulan. Tapi jangan risau setiap pembelian tu dorang ada bagi macam kad sekali tau. Shipped in 24 hours dari pembelian dan akan sampai dalam masa 3 hari.  Kalau ada pertanyaan boleh chat dengan kedai mereka dari jam 9 pagi - 12 tengah malam. 


Best choice of Mine 

As trademark dorang yang simple tapi memang sesuai dijadikan hadiah. Paling Aien suka semuanya comel-comel belaka. Hee, aku ni benda comel kalah sikit. 


Rabbit Keychain

Bertemakan sempena tahun zodiac cina 2023, Bunny a.k.a rabbit, jadi this one is my first choice yang paling comel dan affordable sangat! Memang sesuai la nak bagi ang bao tanpa bagi duit. 



Money Rabbit Pendant

Second option of mine is this lovely gift a.k.a coin mini bag. SO CUTE! Tengok di iklan video dia, memang sesuai sangat orang yang sukakan kecomelan ni. Korang takkan la tak suka kan? Dia punya coin tengah tu boleh pusing gais!  



Rabbit Pendant

Yang ni kalau nak bagi kat bini duit raya style ni I memang like. Tak kisah la harga dia murah, tapi ada emas tu penting tau. Kalau rasa mampu bagi lebih baik dari ni why not? Sekarang Aien nak story yang poket tak berapa tapi masih ada hasrat nak bagi. Comel kan? Masih mampu milik bagi Aien, jadi untuk korang jugak sesuai. Tapi perlu diingatkan, gelang ni kena buka time mandi. Kang tak pasal-pasal menangis gelang dia tak tahan pulak. Jangan salahkan kita pulak ae...

 

Gelang Rabbit


Ruyi Gold Brick


Nak merasa ada gold brick comel? Boleh try beli yang ni masih dalam range mampu milik hadiah untuk sang isteri. Zaman nau memang kena banyak main emas je la sebab one day, ringgit dah tak ada nilai. Sekarang pun apa la sangat kan?  This one memang looks esklusif sangat! 


Gold Brick Cute


Gold Coin Blessing

Kalau rasa yang di atas tadi macam, tak best sangat for me this one looks so esklusif jugak. 5 coin of blessing. Ikut adat resam cina ni memang utamanya kekayaan, blessing dan kesihatan la untuk berjaya. Lucky a.k.a tuah also penting buat mereka juga.

5 coin comel ni masih bertemakan Bunny memang cute lahai. Tahun ni geram aje tengok iklan Chinese New Year pasal semua cute! Heee~

 

5 Coins of Blessing


12 zodiac Gold Coin

This one memang sesuai untuk collector. Ada 12 jenis zodiac cina dan memang terpaling sesuai la buat ang pao. Hee~ I suka la dapat peket merah macam ni boleh buat simpanan. Memang marah la kejap sebab xdapat duit. But, nanti raya wish jugak dapat duit raya begini. Haha 


12 Zodiac Ang Pao


Tamat sudah gift untuk raya cina. Meriah aje la dorang bagi pilihan untuk bagi duit raya dengan cara yang berbeza. But my personal choice dari kedai VKGold Malaysia ni adalah; 

Keychain rabbit

Kenapa kan yang ni? Sebab dia pink dan comel! Haha Lagi satu dia memang murah sangat lahai. Korang pun tak expect dia semurah ni dan wonder if really emas or not. 


Keychain Rabbit Pink


Untuk anak ramai tapi masih nak jugak cari benda comel untuk mereka this is for you. Semoga bermanfaat untuk korang. Happy Chinese New Year!