Ahad, Februari 05, 2023

Tuan JPJ Babak Terakhir by Pena Kayu

 

Tuan JpJ by Pena Kayu


Hi, salam hujung minggu korang! Korang tahu tak, pembelian terakhir aku untuk 2022, ditamatkan dengan beli novel daripada penulis kegemaran kita, Pena Kayu. Biarpun harganya terasa mahal masa tu, dan sekarang menyesal je aku beli masa tu. Tunggu kemudian boleh dapat murah sikit. Haha


It's okay la. Benda dah beli, dah balut dan habis baca dah pun. Baru nak menyesal ke? Yadoi! Novel setebal 500++ muka surat boleh settle dalam satu hari sebab lepas siap semua kerja rumah dan iklan dari anak-anak boleh la kan. Kalau tanpa iklan tu, dalam 2-3 jam dah habis. 


Sinopsis Tuan JPJ Babak Terakhir Aku Isterimu 

Sinopsis Tuan JPJ

Baca sinopsis dia geram aje. Tuan JPJ a.k.a Hasbul Ariff ni, tetiba nak batalkan perkahwinan mereka. Padahal tengok/baca dari segi perwatakan dia memang suka dengan si Syuhada ni. Pertama kali mereka bersua muka di ujian JPJ Syuhada, ke main dia caring. Mak si Syuhada pun dah approved! Lagikan dahulunya ketika berusia 16 tahun Syuhada pernah menulis ciri-ciri suami idaman dia, dalam masa yang sama Hasbul Ariff ingat kesemuanya. Rupanya Hasbul Ariff ni ketua pengawas mereka di sekolah dahulu. 


4 hari lagi nak majlis boleh nak batalkan disebabkan seorang perempuan bernama Fazura. Hurm, teruskan membaca! Haha 

Fazura tu hanya alasan. Sebab sebenarnya dia tak mahu Syuhada terluka dengan kebenaran di sebaliknya. Fazura mengandung, tapi anak orang lain. Bukan anak Hasbul Ariff. Demi menjaga amanat arwah sepupunya, Hasbul Ariff cuba membongkar rahsia sebenar kematian Shahrul, si sepupu yang dibunuh depan matanya sendiri. 


Korang mesti geram dan sayang kenapa tetiba nak putus pulak. Dah kawen pun layan macam nak tak nak je. 


Phew~ di antara sebab kenapa Pena Kayu menjadi penulis kegemaran. Beliau bersahaja dalam mencipta krisis novel ni. Hooked sangat! Pahtu bahasa dia baku yang santai. Eh, boleh eh gitu? Macam boleh hadam la juga jika dibandingkan novel melayu lain. Ada ja. Cuma yang berkenan di hati setakat ni Pena Kayu ja. Hampir 85% hardcopy dan ebook dia dah dibaca. Haha Taksub sangat ni. Selain tu, Anjell dan Rin Ahmad. Anjell rupanya banyak jual ebook, cuma aku je tak tahu. Rin Ahmad lama menyepi jugak. Tak jugak jengah blog dia. Nanti la. Nak lari dari realiti, baca la dunia khayalan jap. 


Oohh, novel ni happy ending. No worries tentang perpisahan Hasbul Ariff dan Syuhada ni. Jika dah jodoh, jangan pernah meraguinya. -Eceh ayat aku! Kbai. Nak baca dua lagi karya dia aku baru beli Januari lalu sempena CNY Sale. Haha 

Sabtu, Februari 04, 2023

Hadiah dari blogger Ray

Hadiah dari Blogger Ray

 

Hi, Hi.. sebelum rumah F tamat beroperasi, tetiba ada satu eh.. dua parcel besar singgah. Apakah ini? Tengok balik tracking by JnT rupanya dari blogger Ray a.k.a Raydah AlHabsyi . Omoh! 


Rupanya beliau tengah melunaskan janji kepada follower yang mengikuti blog beliau dan membuat sedikit giveaway hari tu. Hari tu tak ingat la bila exactly. But dia berlaku. HAHA


I was excited sebab kotak dia besar dan panjang tau. DM blogger Ray by Instagram surely dia kata backdrop. Wahh, me pun more teruja sebab dak bayangkan bilik baru nak buat konten dan amek gambar. Heee~ I have a more nature lighting now. 


Apapun Thank you Ray! Semoga murah rezeki selalu. Backdrop dia lupa pulak nak snap gambar. Here the video. 



Besar dan masya Allah apa yang terbayang dalam kepala is nanti raya boleh la buat studio photograph untuk our family. Haha Nak cari sofa dan deco port untuk bergambar je. Nanti2 la dulu. Buat masa sekarang kena cari job yang mendatangkan duit dulu. Soalannya siapa nak bagi aku kerja ni? 

Selasa, Januari 31, 2023

Bulan Percubaan Tamat!

 

Januari bulan percubaan

Hi Hi! Musim winter di Johor beberapa hari. Kabare semua?? Yosh~ ada yang masih sudi singgah ke walaupun Aien dah lama juga tak blogwalking serta meninggal jejak di merata tempat. Hew hew hew .. 


Pheww~  alhamdulillah Januari ended very well walaupun sepanjang Januari tu seolah tak pasti apa yang akan berlaku sebab semua berjalan tidak seperti diharapkan BUT kami laluinya dengan baik-baik saja. 


As you might know - kami dalam fasa perpindahan dan sendiri awal tahun ritu macam samar-samar nak nampak bakal rumah yang kami duduki. Alhamdulillah masuk bulan Rejab asbab doa semua orang barangkali, kami ketemui rumah di mudah.my walaupun menggunakan ejen - rumah dah selamat dimasuki sedari semalam. Eh betul ke ayat aku ni? 


Ye la. betul la. dah selamat berpindah randah semalam secara pukal, disebabkan tetiba pulak gajah putih suami minta nyawa. 🙈 Allahu akbar. Tak apa. in shaa Allah, ada rezeki lain Allah nak ganti. Ataupun anggap saja reminder Allah SWT untuk kita sekeluarga, ye dak? 
.


Pindah rumah ✅ 


Bulan percubaan berjalan dengan baik. Alhamdulillah. dan bila badan over penat - kids over react happy. Haha Memasing la kan - menguji kesabaran ibu dia yang teruja nak mendeko. Rumah baru - suasana baru. Masing-masing baru nak adaptasi tempat baru. Ehh, adaptasi ko kata? Haha ko ingat novel ke apa ni nyahh?!! 

 
Allahu akbar - sebut pasal adaptasi, ada benda nak kongsi dengan korang ni pasal bulan ni terborong karya PENA KAYU sebanyak 5 karya. Astaga. Mampus laaa - kata duit nak simpan buat beli kain baju raya aiguu. Haha 


Nanti kita sambung eh. Sekarang nak cerita officially TRIAL PASS IS ENDED! BERMULA FASA SEBENAR 2023. Kau nak susun bagaimana ni ngah? Haa, cer kabo sikit kat aku ngah, apa plan kau dah pindah rumah landed ni? 

- mana boleh kasitau kat ko, nanti tak jadi. 🙈 Alasan ler. 

- Udah lee ko ni, ko tu kena canang satu negara baru menjadi. Kalau tak mana maunyaa. Haha 


Macam-macam laa, haa one more thing! Blogger Raydah Alhasbi ke alhabsyi ada kasi barang tau. Suprise katanya! Nasib tak serah kunci lagi tau! Thank you tau! Nanti kita buat sesi unboxing! 

Buat korang rakan blogger, Aien dah rajin main IG. Haha kadang terlupa diri ni blogger. But, Bila I rasa nak bebel panjang, I naip ler sini. Harap kome sudi ler baca ye. Sebagai kenangan bahawa seorang Ibu bernama Khafisah ini suka membebel. Demi untuk tidak membebel pada anak dengan banyaknya, jadi kena story mpry berjela dalam bentuk karangan. Ehh- Dah la. Kang menurun pulak PV! Bai! 



Ps: Hoping for better Februari cause that the best of the best month!