Isnin, Mac 06, 2023

Buffet Ramadhan Menu Timur Tengah Bawah RM100

 

Buffet Ramadan Menu Timur Tengah Bawah RM100

Masya Allah Tabarakallah, Hari ni Aien nak kongsi dengan korang one of the best Buffet Ramadan by Zaituna Restaurant. Korang mesti mencari kan, buffet Ramadan bajet-bajet untuk bawah ahli keluarga seisi rumah makan di luar. Memang ini la masanya korang buat tempahan awal. 


Zaituna Restaurant wajib singgah jika ke Johor Bahru


Korang tau tak, Zaituna Restaurant terletak di Taman Tasek, Johor Bahru ni memang kedai makanan Arab yang wajib disinggah jika ke JB. Jadi rambang mata kalau ke mari. Makanan portion besar dan manisan Arab menjadi tarikan tatkala Kunafa Cheese viral kunjung tiba. 

Aien sudah ke sana. Memang puas hati dan kenyang. Pergi bersama ahli keluarga memang takkan mengecewakan orang tua dan adik beradik. Pasti semua tersenyum kekenyangan. Alhamdulillah. Jadi kali ni, apa kata korang pula ambil peluang bulan mulia akan datang ni, buat tempahan siap-siap bagi mencuba menu Timur Tengah pula untuk berbuka. 


Buffet Ramadan oleh Zaituna Restaurant 


Untuk Ramadhan kali ni, Zaituna Restaurant juga tidak ketinggalan menganjurkan Buffet Ramadan bakal bertempat di Persada Convention Centre, Johor Bahru sepanjang bulan Ramadhan nanti. 


Pelbagai jenis menu lebih daripada 55 hidangan untuk korang jamu selera. Daripada Nasi Arab, Nasi Ayam dan Kambing serta Makanan Laut dan tak lupa juga Kambing BBQ Bakar. Kegemaran ramai di setiap Buffet Ramadhan. 


Selain daripada itu, tak lupa juga juadah pembuka selera serta pemanis mulut dari Malaysia serta Timur Tengah. Masya Allah, beringat makan pasti kenyang. 


Barisan menu yang pasti korang tak nak lepaskan peluang untuk mencuba. 


Kunafa Cheese, satu ketika dan hingga kini menjadi pilihan ramai sekiranya ke Zaituna Restaurant. 



Barisan pilihan air untuk dikongsi bersama. Jika Aien, air jadi pilihan utama selain makanan ringan seperti kuih muih bila makan di Buffet Ramadhan. 


Ruangan makan di Persada Convention Centre ni boleh memuatkan untuk 1000 lebih orang dah sehari tau. Jadi korang kena cepat-cepat grab your spot. 

Seperti kebiasaan korang jangan risau, ruang solat pasti disediakan bagi memudahkan korang menunaikan solat maghrib. 

Tempahan awal untuk Buffet Ramadhan Arabian 


Untuk Sebarang tempahan, sila hubungi pihak Zaituna Restaurant di :

📱 whatsapp:        
☎️ 07 213 3577

————————-————————- 
Harga
RM 79 / Dewasa
RM  39 / Kanak-kanak (6-12 Tahun) 
Bawah 5 tahun adalah percuma!


⭐️ SPECIAL DISCOUNTS FOR GROUPS and CORPORATE BOOKINGS ⭐️ 

🗓 05 Apr – 02 May 2022
⏰ 6.00pm – 9.00pm


ps: Sekali pergi mesti teringat lagi~ dan semua gambar kredit pada OWNER 

Jumaat, Mac 03, 2023

March ku masih hambar

 


Hari ketiga untuk bulan March, baru ada mood nak menulis. Nak tulis semuanya penat, stress tanpa buat apa-apa. It's better duduk senyap, baca la apa benda yang boleh hiburkan hati. 
.

Well, today is day-2 of rainy day in Johor Bahru. Kebanyakan tempat ada dah naik air dan banjir. Semoga Allah merahmati mereka. Hujan merapukan satu rahmat dari Allah, sekiranya turun berterusan dan mendatangkan bencana dan musibah untuk peringatan, maka Kau angkat la darjat mereka yang diuji. Berikan kesabaran buat mereka. Semoga semuanya baik-baik saja. 
.

February - as much as you may know. Kami berpindah. Ini bulan kedua di rumah ini, dan semalam dikejutkan dengan serangan tikus. Ergh~~ this is why kadang tak la berapa berkenan dengan rumah bawah. Udah ler bahagiam dapur kami tu tiada siling. Dia macam - Masya Allah lagi unsecure tahu - bila tengok tempat masak penuh dengan tahi dan kencing tikus. I know because I tiap malam kemas dapur tu, tetiba bangun penuh  habuk dan basah. Heee~ Maka bertambah satu lagi rutin iaitu mengelap tempat masak tu terlebih dahulu sebelum masak. 
.

Gosh~ dah la beberapa hari lepas Iolls terbaca di FB ada orang tu kena patuk ular semasa nak membuang, rupanya ular tu lilit di tempat duduk tu. Erghh. sampai hari ni, everytime nak shi shi atau yak terbayang. Ha Ha Ha I is kenot la bertahan 4 tahun lagi sini. Dia macam mental breakdown dengan dapur tak ada tingkap pahtu dapur jadi pusat penurunan kaum tikus. 
 

Nur, kau boleh! Phewwww~ 
.

This way I tak nak tulis. Once dia tulis dia automatil jadi diary. Hahaha Maafkan guwe. Sekadar ingin bercerita la ni. Mungkin I should write pro and cons rumah bawah dan rumah atas. if you tanya I konfem I jawab rumah atas. Because benda macam ni. Tapi husband sukaa rumah bawah sebab kereta boleh parking depan rumah dan rumah bawah lagi luas dari rumah atas. Begitu la cerita dia takkan habis. Jadi awak la wahai diri - belajar selesakan diri dengan keadaan. Boleh? 

Isnin, Februari 27, 2023

Beza Roti Boom dan Roti Planta

 


Salam Isnin teman-teman, ada yang masih monday blues ke tu?Harap hari ini masing-masing dimudahkan segala urusannya. Dan today nak kongsi dengan korang la permasalahan dan pertanyaan yang bermain dalam kepala sejak dua menjak ni kan. 

 

Dah berpindah rumah ni, sokmo la buat pesanan makanan dari kedai makan di simpang depan nu. Menu tarikan paling senang dan favorite anak-anak suka mengonyel ni adalah roti canai. 

.


Beza Roti Bom dan Roti Planta? 

Ini yang bermain dalam kepala pasai pa. Pada mulanya Aien memang suka nak order Roti JPlanta sebab terbayang dia rangup dan manis gitu kan. Sekali biras cakap la,  "Dari order roti planta baik order roti bom. Lagi syiok!" Me like - apa beza dia? 
.

Jawapannya adalah pada ketebalan roti tersebut! 

Iya kah? Bagi Aien la sejak dah selalu makan roti canai tu kan. Sekali, dapat roti bom yang terlalu banyak gula dan sangat tak rangup! 
.

So, permasalahan di sini adalah berdasar citarasa masing-masing. Ada yang suka roti bom sebab dia punya gula lagi banyak dan tebal rotinya berbanding dengan roti planta yang nipis dan rangup tu. 
.

Cuma - bila berjumpa dengan sesetengah kedai, kadang-kadang roti planta dia jadi terlalu oily disebabkan banyak sangat majerin diletakkan. Memula jumpa roti planta memang sedap, manis dan rangup. Perfect! Kali kedua jumpa - mak aih terlalu greasy. Tu yang biras cakap dia prefer yang roti bom. 
.


Favorite Aku - Roti Planta! 

Me like - sedap la mana2 janji makan dan perut terisi. HAHA . Anak-anak pulak dipesan roti kosong, roti telu, roti planta, roti boom dan roti cheese. Mereka suka ketiga terakhir ni. Nayla prefer roti cheese. Dia kata sedap benda wana kuning yang panjang tu. Yadoi! Itu cheese anakku. Najmi prefer benda manis, which is rpti planta. Jika Nadhira pulak, dia masih ikut orang. Belom ada citarasa sendiri. Masih dalam fasa mencuba-cuba. 

Bila dipanaskan balik pun roti planta menjadi habuan sebab rangup. Kalau roti cheese tak sempat dipanaskan semula, dah habis. Alhamdulillah. 
.

Jadi Aien buat carian di google jugak, terjumpa yang ni - Senarai roti yang korang perlu tahu dan dari sini juga Aien rasa Roti Bom dan Roti Planta tu memang tak ada beza. Cuma ketebalan rotinya saja barangkali. Mungkin juga yang Aien jumpa roti bomnya tebal. Ada kali di tempat lain roti bom sama saja seperti roti planta. 
.

But, Thosai is another level! Haha nanti kita cerita lain kali. Okay? Jadi terjawab la permasalahan selepas menulis di sini. Korang pulak suka roti apa? Cer komen sikit. Hehe