Rabu, Mac 15, 2023

Berhujung minggu bersama Opah & Atok

Seronok anak-anak bila Atok Miri dan Opah kata nak datang rumah. Ke main lagi sembang, kata Atok Opah kan tak pernah datang sini, (rumah baru) Ibu dah bagi alamat ke? Masya Allah. Anak aku dah makin besar. 

Tiba Atok dan Opah di waktu maghrib sabtu. Ayahnya belom pulang lagi. Barangan banyak pula hendak dihantar. 



Atok Nayla ni memang suka buat suprise. Tak ada kabo kata nak datang. Ibu Nayla ni pulak sejenis lupa nombor telefon. Haha Alih2 mak ayah yang datang buat kejutan untuk cucu-cucu. 

Dorang spend time dengan cucu-cucu. Terima kasih Atok dan Opah sudi datang hiburkan hati cucu-cucu yang selalu tanya Atok Opah bila nak datang. Bila kita nak pergi umah Atok dan Opah. 

Bawak cucu-cucu depa jalan. Sempat juga kami berbeli barang sekolah untuk si Nayla. Huish bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) harga eh. Jika dulu pun dah rasa mahal, sekarang tak payah cakap laa.
.


Set baju ni dengan alat tulis eh, mencecah RM250. Belom termasuk kasut. Ni pun menung lagi nak cari kasut celah mana. Kabo kat ayahnya dia diam aje. Serba salah pulak Ibu berbeli seluar bila tengok keesokan hari Nayla pergi ambil uniform (baju + seluar) . Mati-mati ler Ibu ingat BAJU SAHAJA.  Tak apa la nak, kita standby seluar yang ada tu ha. 
.


Kemudian Opahnya belanja beg sekolah dengan botol air. Wahh, moga murah rezeki Opah eh. Nasib ler Ummi ni sejenis suka nau membeli. Singgah ke mana saja tak  pernah balik dengam tangan kosong. HAHA Balik dari Johor ni pun siap bawak satu bagasi lagi. Adoii.. Kadang seram, kadang senang hati juga dengan perangai umi yang satu ni. 


Alhamdulillah terubat la rindu. Nanti bulan 4 datang la depa ke Malaya. Gitu aje la rutin sejak ayah dah pencen. Kejap ke rumah sana, kejap di sini. Kejap di situ. Merata. Orang suka berjalan, memang begitu. 
.

Dapat peluk cium sebelum Ramadan. Entah sempat panjang umur tidak bersua lagi. Mudahan Atok dan Opah Nayla sentiasa sehat-sehat hendaknya. Semoga juga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT. 
 

Stay safe, stay healthy Umi dan Ayah. Have safe journey balik Sarawak. 

.

Dah nak hujung minggu lagi, baru update eh. 

Khamis, Mac 09, 2023

Khamis cantik yang sibuk

 


Alhamdulillah syukurillah bersyukur pada Mu ya Allah, Kau jadikan kami cahaya... Ehh ternyanyi pulak. 


Hari ni such a busy dan happy day. Penat nak marah-marah so kita buat-buat happy la sebab cukup rehat. HAHA 

.

Diary hari ni, seorang suri rumah ini telah memulakan harinya seperti biasa dengan masak, laundry memandangkan hari panas hari ni. Serta mengeluarkan baju semalam yang dicucinya. One of the best thing rumah ni, koi dah tambahkan lagi tali ampaian di bahagian belakang jadi makin seronok mencuci baju. Cuci baju one of my favorite kerja rumah. Jika disutuh masak dan baju, aku pilih baju la. Senang. Masak jenuh fikir hari-hari. Kadang dah masak begitu, tekak tak nak pulak. Begitu la sebaliknya. 

.

Menyelesaikan rekod video yang tiada idea nak rekod macamana memang mencabar. Tetiba teringat ada rakan KOLs berkongsi ada client nak 3 video reels yang berbeza kemudian mahu membayar sekadar RM150. Jika ada pilihan sikit sangat tu. Aku satu video utk dua media sosial dengam voice over pun lahai. Tercungap-cungap. Konon janji dengan client nak hantar draf hari Isnin. Sudahnya rabu juga selesai sebab merekod, bancuh anak3 sibuk minta juga. Minuman supplement la anak-anak oi.. Jika kakak dan abang dikata padanya air ubat mereka dah tak minta. Si kecik sorang tu. Payah nau~ 

.

Tetiba dapat job lagi air vitamin C berkarbonat. Job suruh beli 2 botol bagi setiap perisa dan ada dua perisa. Sibuk tanya bila boleh minum.  Adehh. Ibu pun pandai, beli cukup2 buat apa kan. Dah la ayah bayar. Haha 


Dah habis rekod tu diaa.. minum tak ingat dunia padahal belom kena lulus lagi. Mati lanak kalau kena reject. Jangan kena reject sudah la ek. 

.

Itu la serba sedikit cerita khamis seorang suri rumah. Sekadar menyimpan kenangan hari ni cantik dan panas setelah beberapa hari agak windy dan mendung. Tempat lain agaknya masih banjir lagi. Dengar radio kata mangsa banjir Johor tinggi jugak hari tu. Masih dalam fasa mengemas selepas banjir agaknya. Semoga murah rezeki mereka semua. Diberikan kesabaran menghadapi ujian Allah SWT. 

.


Last but not least, Jangan lupa Al-Kahfi okay. Salam hujung minggu warga Johor. Berbaki 10 hari lagi Nayla sekolah. Ibu yang risau. Haha 


Rabu, Mac 08, 2023

Crash Course in Romance

 


Crash course in romance

Hi, Hi, Berakhir la sudah kisah cinta terlarang pada mulanya kemudian rupanya ia adalah cinta sejati. ~ Eceehhhwahh. 

was offficially ended ahad lepas dengan 16 episod dan ditayangkan di Netflix dan korang juga boleh tengok di HiTV jugak tau.
.

Sinopsis Crash Course In Romance 

mengisahkan tentang Choi Chi Yeol - seorang guru bintang yang sangat sibuk sampai selera makan terganggu dan insomnia. Kerana dirinya sibuk mengejar akademik anak didiknya. Manakala Nam Haeng Seon - Ibu saudara yang menjaga anak saudaranya, Nam Hae E ibarat anak sendiri sejak Hae E ditinggalkan bersamanya. 
.
Bermula kisah mereka dengan salah faham dan bersatu dengan hidangan yang cukup membuatkan Chi Yeol berselera makan Padahal selama ini, beliau mempunyai masalah makan. 
.
Menampilkan barisan pelakon veteran yang hebat membawa watak masing-masing. Seperti Jeon Do Yeon - terkenal dengan drama Lover In Prague dan Jung Kyung Ho - mula kelihatan wataknya dalam Hospital Playlist padahal sebelum tu lagi banyak dah drama lakonan beliau. Tak lupa juga barisan cameo yang hebat-hebat belaka. Serta pelakon baru naik seperti actress membawa watak Nam Hae E - Roh Yoon Seo dan teman sekolahnya seperti Sun Jae, Dali dan yang lainnya. 
.

Review Crash Crush in Romance 

Hakikatnya biasa la seketul Aien ni pesimis dengan pelakon tak dikenali di matanya. Namun, tak sukar juga apabila tertarik dengan episod pertama. Memang best! 
.

Detik di mana Hae E ditinggalkan oleh emaknya. Tak lama kemudian neneknya pulak mati kemalangan dek kerana cuba mengejar anak bertuah itu. Semua berubah secara drastik. Jujur cakap ehh, who ever being Nam Haeng Seon in real world- memang kuat. 
.

Drama ni bergenre romantic comedy, tetiba jadi suspense thriller apabila orang tak disangka rupa-rupanya membunuh beberapa orang disekeliling Choi Chi Yeol. Sebenar memang boleh predict siapa bunuh tapi tak sangka. Dia datang dari long long history yang sangat menyakitkan. End up, dia boleh mati begitu saja? Ehh..Ehh the part banyak orang tak puas hati. Simple aje la. Writer pun malas nak fikir ending dia. 
.

Over all mereka semua hidup bahagia seperti kehidupan biasa. Nam Hae E masuk kolej. Sungjae masuk tentera. Nam Jae Woo - Pak Cik yang pintar Hae E akhirnya bersama dengan kawan Haeng Seon - Yeong Joo.  Nam Haeng Seon dah boleh mohon sebagai jurulatih sukan. Impiannya sejak dulu lagi. Walaupun dia ada teman lelaki yang kaya, tak pernah mengharap duit teman lelaki. 
.

Paling best, masa kritikal saat ada yang cuba porak peranda hubungan Chi Yeol dan Haeng Seon kedua mereka melamar masing-masing.  Wahh dalam struggle nak bayar duit sewa kedai pun boleh beli cincin 18k. Bestnya lahai. 
.

Banyak juga pengajaran drama ni; 

1. Mak juga taksub sangat dengan pelajaran anak walaupun sebenarnya dia berniat baik. 

2. Mak apapun kena percaya dan dengar penjelasan anak terlebih dahulu. 

3. Jangan terlalu mudah percaya dengan apa yang dilihat. Jangan mudah melatah. 

4. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain. 


Dalam drama ni highlight tentang kesusahan pelajar Korea dan ibu bapa mereka terlalu meletakkan harapan tinggi pada anak-anak. Kemudian, depresi makin meningkat dek kerana tertekan dan takut akan kegagalan. 
.

Penat~ still boleh hadam lagi la dengan drama ni. 

kredit; FB Kakimuvee



Korang boleh baca  REVIEW DRAMA LAIN . jugak tau. Heee~ Tq

Next drama please.