Rabu, Mei 03, 2023

Balik Kampung Style Legoland

 


Balik Kampung Style Legoland 


Allahumma solli ala muhammad

Tak dapat bawak anak-anak pulang ke Miri merasai suasana beraya gaya Sarawak,  rezeki mereka dapat balik kampung  style LEGOLAND. Seronok sangat seawal pagi dah bangun, semangat nak menyarungkan baju raya hasil tangan ibu tu kan. Dalam kereta bernyanyi riang lagu Arwah Sudirman, Balik Kampung. 
.

Untuk lebih lanjut korang boleh baca di sini: 

Balik Kampung To Legoland Malaysia Resort


Kami tiba seawal 10 pagi di 'Kampung Legoland' belom ramai pengunjung tapi meriah juga di kaunter tiket dia. Mungkin juga kami pergi saat orang mula bekerja selepas cuti hari raya dan awal pagi, tak merasa la sesak di kaunter tu kan. 
.


As usual seketul khafisah ni fokus kepada vlog dia, jadi terlepas bahagian penting untuk diambilkan gambar. Video boleh tonton di INSTAGRAM AIENIENKA

Masuk-masuk Theme Park je ada Halamana Desa dengan suasana hari raya dimeriahkan lagi  permainan klasik seperti Teng Teng, Congkak, Batu Seremban, Chapteh. Teruja anak-anak nak cuba setiap permainan tersebut. 

 

Ada juga Aidilfitri Hunt di Miniland. Seronok bawak anak-anak mengenali rumah tradisional dan misi menajamkan mata mereka mencari apa yang diperlukan dalam misi mencari tu. Borang tu korang boleh dapatkan di 'Pondok Kita' dan selepas selesai sesi mencari, boleh la claim gift dari 'Pondok Kita' tu. Nak belajar main kompang pun boleh di Pondok Kita ni. 


Rasa seperti ini kali pertama anak-anak jumpa kompang. The most teruja semestinya si bujang sorang tu. Sebab dia memang gemar bergendang. Habuan dia la jumpa kompang ni  


Anjung Seri pulak menyediakan suasana redup sampai memikir misi mengalahkan lawan. Amboi-amboi sampai kerut dahi anak tu bermain ni ye. Nak cuba baju kurung kedah bagi anak perempuan pun boleh. 


Dah lapar, boleh juga singgah ke 'Warung Kampung' untuk jamu selera anak-anak yang semakin teruja dan bersemangat. 



Tak lupa singgah di Pangkin Pak Long, bermain congkak. Nayla laju saja bermain apabila sekali diajar oleh ayahnya. Dari lawa bertudung sampai hilang hijabnya masih tekun bermain. 


Biasa di kampung tu, Balai Raya ni tempat berkumpul sama-sama ahli kampung, bermesyuarat ataupun rewang. Untuk Balai Raya Halaman Desa Legoland, di sini orang ramai dijemput 'rewang' buat ketupat Lego. 


Gigih mereka berempat menyusun ketupat Lego ni. Ibu macam biasa jadi tukang ambil gambar saja. Haha Ngelat la kan. Tapi tak siap sebab dah lewat petang. Nak pergi Ziarah - menziarahi di Sea Life pulak kan.


Jangan lupa claim tiket dia dulu ni, untuk kutip 'duit raya' di rumah-rumah yang ada dalam Sea Life. Rugi kalau tak dapat jamu dodol. 


Jemput makan semua. So cute dorang punya set up untuk kampung-kampung dalam Sea Life. Which me almost forget benda ni sebab excited dan nak tengok ikan.

Balik Kampung gaya Legoland 


Dah puas berjalan, jangan lupa untuk check it out event menarik Legoland. Untuk Halaman Desa ini sampai 21 May je tau. Yela, raya kan sebulan. 

Boleh tengok di sini: 


dan periksa tiket di sini: 




Hati-hati pulang ke Halaman Desa Legoland tu. Semoga selamat sampai. ✨

Selasa, Mei 02, 2023

Blood Pressure Ouson di Shopee

Allahumma solli ala muhammad 

Blood Pressure Measurement Ouson


Usia dah 30-an laki bini mungkin supplement dan alat-alat kesihatan begini wajib ada di rumah. Just in case. 


Sejak kes, Blood Pressure Mencanak,  bulan lalu kali kedua tersangkut lagi. Dan makin tinggi dalam 154/92 rasanya. Debor dia lain macam. Dua kali cek pun masih tinggi. Kena lagi follow up 2 hari sekali sebelum berjumpa dengan doktor pada 12 April lalu. 

Pahtu misi dan doktor sarankan supaya sediakan buku 555 dan mesin tekanan darah ini di rumah untuk periksa paling tidak setiap minggu.

.

Ceritanya nasib la dapat duit raya dari kerja dengan rakan blogger, terus la kita beli mesin ni di mana lagi kan? Kedai kegemaran kita, SHOPEE! 



Rezeki beli musim perayaan, dapat la free gift sampul raya, ada diskaun voucher dan terkejut ada dua dia punya arm belt tu. Ehh, ku ingatkan beli mesin tu dia tiada arm belt, jadinya kena beli asing. Rupanya dia suruh tambah lagi in case ada yang over weight ke kan. Di sini macam bagus amek yang basic pun berbaloi. Tengok siap ada warranty lagi 3 tahun. Okay la kan? 

Kita beli di preffered store jadi tak ada ragu-ragu sangat. Baca reviu pun kata bagus. Jadi disebabkan musim perayaan, ambil masa dua minggu juga nak sampai ke rumah. 

Dah semangat unboxing tu kan, kita buat la test sikit. Ha Ha Ha 


Ouson Care Blood Pressure

Apuuu waiii~~ Nama dek waiii~~ ini kali kedua ye pam. Hurm, teruja juga boleh buatkan tekanan darah naik ye kawan-kawan. Haha Tak tau la wei. Kadang-kadang baring-baring pun boleh rasa semput. Dia macam tak cukup nafas aje gitu. 

Kesan daripada pil hormon

Simptom ini dialami sejak Nadhira berusia 1 tahun lalu. Dia macam debor-debor aje. Lambat makan atau isi perut dia mula mata berpinar, pening kepala pahtu nak pitam. Adakah kesan dari pil hormon? 
.

Doktor hari tu cakap bukan. Faktor pemakanan katanya. Kurangkan pengambilan garam dan minyak. Banyakkan bersenam pesannya lagi. Siap ditanya kalau makan daging pening tak? Kemain menidakkan. Sekali raya hari tu, ku hentam rendang daging dan daging masak itam. Mak ehh kau.. Sekali makan pening. Sekali duduk pening. Haa, sudah pasti la tu. Ada kata stop ambil pil perancang tu. Mesti okay BP tu. Aku pun lahai konfius sampai rasa... Dah tua nok.. Macam penat nak hidup pun ye jugak. Tapi amalan tak banyak lagi. 
.

Laki pun cakap bila ku sibuk pasal bapa saudaranya yang nampak uzur raya ritu.. Awak tu tak sedar diri, sama jugak darah tinggi muda-muda. Adakah disebabkan aku rajin ke klinik jadi dapat detect? Kalau tak ke klinik amacam? tunggu la next appointment macamana. Bulan May, June Julai bersusun tiap bulan ke klinik serupa rumah kedua tu.  Misi siap pesan, sayang diri awak. Belajar teknik pernafasan. Tenang. Mesti BP awak cantik. Sekarang ni, tekanan darah awak dah serupa 40-an. Hypertension dah awak ni tau.
.

dan aku pun... Haa, nak beli mesin BP tu tekan la gambar atau link di bawahnya. Sekarang ni nak kena jaga pemakanan je la ek. Banyak bersenam. Buat Nur! Jangan cakap je! 

Dah, kita follow up next appointment hujung bulan nanti okay. Hew heww heww.




Isnin, Mei 01, 2023

5/12 untuk 2023

 


Allahumma solli ala muhammad 


Kisah April tamat semalam, penutupannya adalah dengan ahli rumah diuji kesihatan mereka. Anak dan bapa tumbang sama. Esok kita buat bubur dan nasi goreng je la. Haha begitu lumrah jadi ibu dan isteri, sebelum pejam mata fikir menu. Bangun tidur terus nak masak aje la. Ada perapan ayam goreng tak jadi masak semalam boleh la digoreng bersama. 

.


April — bermula dengan minggu kedua berpuasa. Alhamdulillah Ramadan yang sangat menguji kesabaran berlalu dengan half of my star. Hari Raya mereka juga teruja dengan keseronokan lampu lip lap, ibu hias rumah dan mesti pakai baju raya. 

.

April juga, ehhh.. apa benda eh berlaku April ni? Macam kejap nau ler. Selain dari get ready for raya, puasa dan aktivit biasa tiada luar biasa bagi seorang suri rumah yang tidak pandai memandu ini. 

.

Half way dah 2023 ni nur, bila kau nak kuat semangat drive kereta tu? Janji azam 2023 nak belajar mandu balik? Lesen ada, semangat ku teda ni bah. Lagi cuaca tak menentu (salahkan cuaca) kereta yang asyik minta cas aja. (hish itu semua alasan) Laki pakai kereta p kerja. Tetiba ku jalan di marketplace muka buku tu, kancil 3000 ja bai. Hurm.. 

.

Entah apa 2023 ni aku dah buat aku pun tak tau. Nasib la hari2 dok berkonten buat job untuk client, unpaid job dan semuanya la. Tetibe bersyukur la aku suka mengadap telefon. So try buat duit pakai telefon pun sana sini macam tak nampak hasilnya. Termenung lagi. Usaha lagi khafisah~ bisik diriku sendiri. .


APRIL tamat. Another month coming. May — bulan yang penuh dengan hari-hari kelahiran orang yang terdekat. Birthday Nayla juga coming soon. 5 tahun sudah anak dara. Pandai dah lukis broken heart jika Ibu asyik marah. Soalan wajib deme, "kenapa Ibu asyik marah je?" 

.

Aku tanya diri aku balik malam hari; Kenapa kau asyik marah je nur? Orang lain pun selalu berbisik sesama mereka, orang tu asyik tinggi suara je dengan anak. Tak boleh ke cakap elok-elok? bak kata Najmi, Ibu ni cakap eyok-eyok la sikit.. 

.

Again, me and myself. unsettled battle inside myself. Tried. Tapi dia jadi berapi. Agaknya itu sebab BP asyik nak tinggi aje. Belajar tarik nafas duhai diri. Bertenang. Back to Him. 

.

Okay, the end of this diary, again. Please be good to yourself. Buat apa yang kau mampu. Lain, serah pada Dia. ❤️



Nayla berkongsi bulan kelahiran dengan sepupu dan dua pupu serta usu dia. In shaa Allah jika tiada aral melintang juga ada majlis besar. Semoga dipermudahkan urusan mu. 
.

May, please teach me something so I can remember how good I am to myself. Haha



Oh ya selamat bercuti semua! Selamat Hari Pekerja korang!! Take care and enjoy your holiday..