Selasa, Mei 09, 2023

Chinese Drama: Double Love (2022)

 


Double Love chinese drama 


Drama mengisahkan tentang Han Jing Mo dan Lu Wanwan, pelakon dua darjat dan bermain sebuah virtue games 'Moonblade Night'. 
.

I olls jumpa drama ni boring-boring di iQiyi apps dan nampak macam menarik sebab dia dalam dunia game kan. Terpengaruh dengan virtue game macam ni korang boleh tahu I suka drama begini. 




Sinopsis Double Love

Dalam dunia 'Moonlight Blade' Han Jing Moo seorang pelakon terkenal dalam Film Academy menggunakan nama "Mo Bai" merupakan pemain terunggul dan dipuja pemain yang lain. 
.

Lu Wanwan pula seorang bercita-cita menjadi pelakon terkenal atas usaha dia sendiri juga merupa salah seorang pemain yang memandang tinggi pada Mo Bai, dengan nama Chu He. 
.

disebabkan kedua mereka ingin memenangi 'Champion Dual Challenge' mencapai kata sepakat untuk bekerjasama demi sebuah kejayaan. Tapi Lu Wanwan tak sangka bahawa Mo Bai adalah Han Jing Moo di dunia nyata dan mereka berhubungan sehingga jatuh cinta antara satu dengan yang lain.
 .

Tak pandai la nak buat sinopsis cliche begitu tapi begitu la lebih kurang. Kiranya Double Love ni cerita percintaan Han Jing Mo dan Lu Wanwan dalam dua dunia berbeza. 
.

Drama ni juga adaptasi daripada novel karya Da Ju Mou bertajuk 'Dashen, Ni Jia Furen You Guele.'

Review drama Double Love: 

Mula-mula seronok juga nak tengok sebab dia selingan dunia nyata dan dunia game. Dia buat ML terlalu bijak dan FL terlalu banyak kantoi dalam tak sedar. Haha 
.

Pahtu ada sorang tu, dari dunia game dia terbawa ke dunia lakonan untuk rapat dan memilik Han Jing Mo, malangnya sangat tak berjaya. Nasib baik watak Lu Wanwan ni kira seorang adik yang nak berjaya sendiri, pahtu dalam dunia game dia bangga dengan kejayaan dia sendiri dan sangat tidak mengemari gossip liar. Kira Wanwan ni berfikiran terbuka dan simple je pemikiran dia. Senang! 
.

Walaupun cuma 24 episod, rasa macam meleret sangat dengan plot yang tak berapa nak ada masalah dan twist. Okay la bukan heavy drama. Santai-santai aje gituu . 

Masalah dia apabila Han Jing Mo ditinggalkan oleh ibu kandungnya dan merupakan pelakon terkenal. Banyak jugak scene yang tetiba ada dan tetiba tak ada contohnya, ada scene Han Jing Mo flashback dia kenal dengan Lu Wan Wan sejak kecil lagi apabila Wan wan baling Coke padanya pada episode 1 ke 2. Pahtuuu? Tergantung. 
.

Ada la bahagian di mana kisah selanjutnya dengan apa yang terjadi pada Gu Xiaobei (kawan Han Jing Mo) apabila dia dah keluar dari syarikat agensi dia. Tak juga sign kontrak dengan Ying Bei. 
.

Itu la katanya, Double Love kan, dia cuma nak highlightkan kisah percintaan Han Jing Mo dan Lu Wanwan yang agak cliche daripada idol-fans kepada pasangan idola terkenal. 
.

Nasib la bukan status wanita miskin lelaki kaya. But again, santai-santai boleh la kan? Tengok drama yang stress pun boleh bikin stress juga kan? Haha 
.

Nak tengok boleh la ke iQiyi. Sekarang iQiyi dah banyak drama dan movie jugaknya. Kalau langgan jadi VIP pun banyak kelebihan boleh tengpk advance. Part tak best, walau kau dah VIP dia dok remind ko suruh langgan. Hurm.. tolong laa. 

Trailer boleh tengok di bawah ; 




Ahad, Mei 07, 2023

Drama Jepun: Silent (2022)

 


Drama Jepun: Silent (2022)

Tak boleh bayangkan ehh, selama ni kau minat musik dan tetiba one day, pendengaran kau hilang? Di mana kau punya awek yang suka dengar suara kau dan kau juga tak boleh mendengar suara kau sendiri? 
.

Hi, Hi Koniciwa! Selamat sore.  Hari ni Aien nak review drama Jepun: Silent setelah sekian lama tak menonton drama Jepun ni. 
.

Sinopsis Silent: 

Tsumugi Aoba jatuh cinta dengan Sou Sakura ketika dibangku sekolah dan mereka berkongsi minat yang sama iaitu cinta pada dunia musik. Hubungan mereka berpanjangan sehingga suatu hari Sou Sakura meninggalkan Tsumugi Aoba tanpa sebarang perkhabaran setelah tamat sekolah. 
.

8 tahun berlalu, Tsumugi Aoba bekerja di Tokyo dan di sebuah kedai CD terbesar serta dikeliling musik yang disukainya. Tanpa di sangka dia bertemu semula Sou Sakura dan ingin bercakap dengannya, kemudian menyedari lelaki itu telah kehilangan deria pendengaran. 
.


Simple. Drama Jepun tak pernah berat sangat bagi Aien. Cuma 11 episod dan macam tergantung pulak Aien rasa sebab tak tau kesudahan Aoba dan Sou bagaimana. Wonder pulak adakah mereka bersama atau tidak. 
.

Review Silent Japanese Drama 

Drama dia best, tapi nak kata best sangat tu tak la sebab rating di Asianwiki pun cuma 7.8/10 sahaja. Senang dihadam dan plot yang ringkas membawa kita menyelami dunia mereka yang mempunyai cacat pendengaran. Memang ada sesetengah scene sepi dan cuma isyarat tangan mendominasi skrin, terasa macam. Sepi. 
.

Sou Sakura selepas mendapat tahu dia bakal kehilangan pendengaran sepenuhnya, mula meninggalkan Tsumugi Aoba sebab tak nak teman wanitanya susah hati. Apatah Aoba sangat suka mendengar suaranya. Kind of sedih — dah biasa dengar bunyi tetiba sepi. Dan dia memutuskan untuk tidak bercakap bila dia tak boleh dengar suaranya sendiri. Dia terasa rendah diri dengan orang sekeliling. 
.

Pembukaan drama ni, dengan quotes daripada Sou Sakura; dari kecil mempunyai masalah percakapan. Sedih pulak bila dah besar hilang pendengaran. 
.

Padahal tiada juga genetic dalam keluarga mempunyai masalah yang sama. Mungkin 1/10 berpeluang mengalami masalah serupa. Mungkin juga disebabkan suka dengar earphone terlalu banyak. Skeptical orang melayu selalu begitu. 😅 
.

Bila berjumpa semula Sakura dan Tsumugi ni, dengan gigih Tsumugi belajar bahasa isyarat dan terlibat dengan sebuah la kisah percintaan antara Nana seorang wanita hilang pendengaran dari bayi dan Harou boleh bercakap dan mengajar bahasa isyarat. Adalah beberapa scene menunjuk kesukaran Nana masa universiti tatkala pensyarah mengajar di hadapan. Dengan bantuan Harou, Nana sangat-sangat berterima kasih ada yang sudi membantu dia, tapi bila Harou mula mempelajari bahasa isyarat, Nana merasakan Harou cuma kasihan dengan dirinya.

Padahal sikit pun tidak. Miss-comunication berlaku. Dah lama tu baru dia berjumpa semula dengan Harou dan rasa senang dah boleh berkomunikasi guna bahasa isyarat. 
.


At the end of drama, it's comfort story tentang dua manusia berbeza yang cuba bersama dalam satu dunia. For me, kita sama ja. Usaha tu membezakan kita. If love can make we happy, why need to deny because of our disability? Ehh betul ke ni? 

dah tu je laa. nak post semalam tak siap taip lagi.  

Jumaat, Mei 05, 2023

Biskut Raya Dari Udak Wada


Allahumma solli Ala Muhammad 


Tetiba la kan, beberapa hari sebelum raya ritu.. Ada kawan ada ni dia whatsapp tanya malam ada di rumah tak? As I know dia ni duduk are la Pontian sana, jauh naw nak menghanyar sesuatu ke rumah. Rupa-rupanya... 


Biskut Raya dari Udak Wada 


Udak wada anak-anak ni a.k.a also my sister mahu kirum biskut a.k.a cookies untuk anak-anak sebab dia teringat Najmi atu suka makan cookies. Maka, dia membuat tempahan pada kakak kawan dia ni dan minta delivery terus ke rumah. Amboi amboi. Murah rezeki ko dik. Begitu la lumrah adik-adik. Bila ada, tak pernah lokek. Haha Saling tolong menolong adik beradik. Moga murah rezeki mereka semua selalu hendaknya.

Biskut ni buatan ibuadambakery dan beliau ada juga kedai di shopee tau. Sedap biskutnya. Biasa la anak-anak, bila dia dah gemar memang iti aje la dia makan. 

Masa adik ni delivery ke rumah, anak-anak dah selamat belayar selepas kepenatan menolong ayahnya cuci kereta. Jadi tak dapat rekod reaksi mereka dapat cookies. Tapi, esok paginya Najmi dah bertanya siapa punya biskut tu. 
.


Dia pilih cookies Sea Salt Chocolate Cookies tu. Memandai aje la bagi nama .. Tapi rasanya memang itu la kan. Memang sedap uolls, masin manis berlemak krim. Sebalang ni dulu habis sebab maknya lenjan sama. Haha 


Bila Abangnya bergambar, dia juga mahu sambil memegang Double Dark Chocolate Cookies. Untuk ini anak-anak tak suka, mungkin sebab dia dark chocolate. Jadi pahit sedikit. Ala sikit je. Tapi ibu la habiskan. Haha 

Sebalang lagi adalah Premium Swiss Hazelnut Nutella Cookies. Apak panjang nama, bila anak-anak makan, kacangnya ditaruk ke tepi.  Dia tak tau kacang tu la mahal tau. 

Masa udak wada dia bagi kat budak-budak ni agaknya ada promosi raya, beli 3 balang sekali.Tak sampai raya, cookiesnya dah selamat semuanya. Thank you udak wada. 
.

Korang nak rasa cookies dia boleh grab kat Ibu Adam Bakery Rasa dia memang sedap dah rasa berbaloi la dengan harga jika nak bandingkan dengan kos pembuatan. 
.

Next nak kena repeat ni. Tunggu duit jatuh dari langit dulu ek. Hehe