Selasa, Mei 16, 2023

Selamat Hari Guru 2023

 


Happy Teacher's Day! 


Guru, 

memberi inspirasi pada anak muda.

Pendidik bangsa untuk terus maju dalam pembelajaran,

Semangat juang mereka kita semarakkan,

Semoga terus kuat dalam mendidik generasi hadapan. 


Filem berkaitan guru 

Wahh, jika kelmarin kita dah kongsikan drama Korea tentang keibuan, mari kali ni Aien nak kongsi dengan korang filem pada Aien member i inspirasi tentang tugas seorang guru. Guru itu perlu ada semangat yang kuat dalam mendidik anak-anak yang kian mencabar dengan kemajuan. 

I once jadi guru tadika. Give up because I don't have that sabar. 😪 Sian anak orang ui. Jangan kerana wang saku, kita korbankan anak-anak dahagakan ilmu. 

Back to our story, nah ini filem yang Aien dah tengok dan nak kongsi dengan korang . 

1. 3 idiots (Hindi) 

Ini merupakan filem lejen lakonan Aamir Khan, tentang 3 sahabat belajar dalam bidang engineering. Memang mencabar siapa jadi cikgu budak bijak macam ni. Professor dia pun surrender. Tapi, apa yang seronok pasal filem ni, semangat mereka tak pernah luntur baik daripada kalangan pelajarnya mahupun gurunya. 


3 idiot

2. Taare Zameen Par (Hindi) 

Ini Aien tengok atas saranan kakak yang memang minat hindustan. Wahh, best sangat dapat juga sabar macam ni. Tetap gigih meneladani anak murid dalam menelusuri alam persekolahan. Lakonan Aamir Khan juga ni. 
.

  

3. The Teacher's Diary (Thailand) 

Filem ni tengok alahai, menguji sungguh seperti di kalangan pendidik yang mengajar di luar daerah. Dengar cerita, filem ini berdasarkan kisah benar. 



Alahai sikit je filem tentang guru kamu tengok. cuba la korang sarankan lagi drama atau filem yang boleh Aien tengok tentang cikgu ni. Kalau pasal budak sekolah tu banyak la kan? Haha 


To Nayla cikgu, happy Teacher's Day! 

Isnin, Mei 15, 2023

Drama Korea: Big Mouth

 


Drama Korea: Big Mouth 


As memula ingatkan Big Mouse ke Big Mouth menceritakan tentang corruption dalam dunia Korea ni. Lakonan Lee Jong Suk dan Im Yoona (SNSD) memang mantap. 
.

Lee Jong Suk seorang penguam muda yang tinggal menjadi kambing hitam golongan politik dan melibatkan gila kuasa. 
.

Actually bukannya aku tengok penuh pun, tapi memandangkan husband layan kita layan la jugak kejap-kejap. Masalah dia ni, tak nak jadi spoiler. Haha 
.

Makanya aku skip terus pada pengakhiran drama ni saja. 

Sinopsis Big Mouth 

Ahhh, Sinopsis dengan menceritakan Park Chang Ho lakonan Lee Jong Suk seorang peguam dengan rate kemenangan setakat 10% sahaja. Tapi dia seorang yang banyak cakap dan kerana itu gelaran 'Big Mouth' diberikan kepadanya.  Tanpa disangka Park Chang Ho dituduh terlibat dalam satu kes pembunuhan dan disaspek sebagai genius swindler Big Mouse. 
.

Go Mi Ho lakonan Im Yoo Na isteri Park Chang Ho seorang yang cantik dan sangat bijaksana orangnya. Dia juga menjadi tulang belakang membantu Chang Ho menjadi peguam. Mengetahui suaminya terjebak dengan genius Swindler Big Mouse, dia cuba membantu untuk bersihkan nama baik suaminya. 
.

Review Big Mouth

Drama yang ditayangkan pada tahun 2022 ini aku (suami aku) baru nak tengok sebab kadang-kadangnya tak suka nak menunggu setiap episod baru keluar. 
.

Baru faham kenapa tajuk dia Big Mouth. Walaupun ending dia tak la berapa nak best sangat tapi puas hati bila Chang Ho dapat juga tamatkan riwayat Choi Do Ha yang sangat licik tu. Geram aje aku tengok kan. Dia agaknya memang sesuai bawak watak polos tapi sebenarnya licik seperti dalam The Glory tu kan? 
.

Dia telah mengakibatkan berjuta rakyat Korea sengsara pahtu berharap agar rakyat sokong dia sebagai datuk bandar. Adeh, orang jahat memang senang nak menang kan? Kesiannya lahai. 
.

Ending dia macam nak ada sequel lagi tapi tak tau la kan, sebab nak jugak tanya apa kejayaan yang dapat dilakukan oleh Chang Ho as Big Mouse dan juga peguam? Adakala sesetengah orang jahat tak dapat dibanteras dengan undang-undang. Itulah gunanya Big Mouse. Di Malaysia ada netizen kan? Hahaha 


Ahad, Mei 14, 2023

5 Drama Korea Tentang Ibu Patut Ditonton

 


Satu dunia menyambut Hari Ibu dinobatkan pada hari ini. And di sini Aien nak kongsi,


5 Drama Korea tentang Ibu yang patut korang tengok 


Well, best tu berdasar pendapat masing-masing, tapi Aien suka tengok drama tentang motherhood and wife-hood sejak dah bergelar isteri dan ibu ni kan. Ada banyak sangat drama tentang keibuan dan isteri ni. Cuma just kali ni Aien nak highlight-kan pada korang as reader yang berdedikasi sentiasa mencari perihal review drama ataupun drama terkini. As usual dan juga sebagai ibu ni mana la ada masa nak tonton galak sangat. Bila rasa nak tengok drama baru kita tengok. Pahtu jangan la hoping curent on going drama kecuali dah best sangat baru kita follow on going drama ek. Okay, let's go thru 5 drama Korea best tentang keibuan ni. 

1. The Good Bad Mother 



Macam Aien tulis tadi, melainkan dia best sangat baru kita tonton yang on going seperti yang ni. Tengah bersiaran di Netflix pada setiap hari apa Aien tak follow up sangat, but it's worth to watch. Somehow sebagai Ibu juga, kita menangis sebab ada sesetengah perkara yang kita buat demi kebaikan sang anak, walaupun disalaherti oleh sang anak. Sebagai anak pulak, terlalu kejam ibunya melakukan perkara begitu sehingga menghancurkan zaman kanak-kanak yang indah untuk anak tadi. 

Drama ni ada pro cons dia sebagai ibu dan anak. Kita, ibu dan wanita belajar dari pengalaman. Adakala kita kelihatan lemah, tapi dalam certain situation kita boleh jadi kuat semangat. 


"seperti tangan yang menghayun buaian" 

 

Nampak senang kan. Alah, setakat hayun buaian tu yang memang boleh turun naik. Tapi kau tau kesabaran nak buai anak tu kalau dia tak nak jugak tidur sangat la, phewww~  


Untuk The Good Bad Mother ni, mengisahkan tentang Young Soon membesarkan anak lelakinya menjadi seorang pendakwaraya setelah kematian suaminya yang dianggap bunuh diri. Meanwhile, bila anak dia dah besar dan berjaya ditikam batu pulak. Sampai satu kejadian, anaknya Kang Ho ditimpa kemalangan dan mindanya kembali seperti anak berusia 7 tahun. Peluang untuk Young Soon tebus balik apa yang anak dia tak rasa masa usia itu. 


Malangnya, bila dia gembira dengan kehidupan dan peluang yang diberi, dia diuji untuk menjadi 'The Bad Mother' semula. 


⭐⭐⭐⭐⭐/✨ 

.


2. Angry Mom (2016) 




Drama Angry Mom  ditayangkan pada kecoh isu buli di sekolah walaupun ikutkan memang sentiasa ada saja kan. 
.

Sekalipun macam tak logik la mak boleh masuk sekolah balik, still semangat mak tu nak menjaga anak dia di bangku sekolah daripada dibuli. .

Agak tak relevan la jugak, tapi boleh dilihat daripada sudut positif dia protect anak dia, pahtu walaupun anak dia tak mengaku dia maknya, dia tetap sayang pada anak dia yang seorang itu. 

Kasih ibu sehingga ke syurga, kasih ayah dikenang selamanya. 


Eh pandai je buat quotes sendiri. But, menjadi ibu is not as easy people said. Sebagai ibu di alam serba canggih, otak ko lagi kena kreatif. Anak-anak zaman siber lacked of empathy and more fragile that mulut said. gituu.. 


3. Birthcare Centre (2020)




Bakal menjadi ibu? Ini rujukan bagus untuk korang yang cintakan kerjaya dan menganggap duit boleh selesaikan apa sahaja. Menjadi ibu bukan setakat bunting selama 9 bulan dan kemudian lahirkan anak dan boleh lepas tangan begitu saja? Ahh~ lagi-lagi masyarakat nowadays woman are so judgeful. HAHAA NO OFFENSE.

Kau perempuan, tapi kau judge perempuan lain bila dia tak buat macam apa kau buaat. Tapi jangan diingat, bahwa yang lowest mother pun tetap nak buat yang terbaik untuk anak dia. 
.

Learn. Learn. Learn. Terus belajar dan mengajar kerana kita adalah ibu! 🥰 
.


4. Hi Hi Bye Mama! (2016) 


Dia mati saat melahirkan anaknya. Anak ditunggu sekian lama, akhirnya dijaga oleh waanita lain dipanggil ibu. Dia punya impian untuk diberi peluang menjaga anaknya. Tapi apa kan daya, dia cuma roh yang tertinggal unfinised bisnes di dunia ini. 
.


Rupanya selama ini, anaknya nampak dia. Jangan menidakkan kasih sayang ibu walau apa jua pilihan yang dipilihnya. Ada sebabnya. This emotional drama bawak kita menyelusuri andai tidk punya waktu saat anak-anak membesar. I use to have this question bila beranak rapat dulu. 
.

Kau sibuk beranak, tak fikir diri kau. Habis kalau kau mati siapa nak jaga anak kau? Kau tak sedih ke kalau anak kau tiada mak yang jaga dia? 

.

A bit  harsh perhaps, tapi betul jugak kan? Nak baca review dulu sebelum tinguk, BACA SINI


5. Dr Cha (2023) 




Walaupun ini bukan specificly tentang ibu tapi bagi Aien dia tentang ibu juga la sebab Dr cha itu seorang bercita-cita tingi nak jadi doktor tapi memilih jadi suri rumah menyelesaikan urusan rumah. 
.

Saat anak-anaknya dah besar, dia mengambil peluang mencari dirinya sendiri.. This also on going drama di Netflix dan menjadi penantian para ibu zaman ni. Semangat harus ada. Harus kuat. Harus sabar. Harus segalanya. 
.

Ibu - wanita yang diuji dengan anak dan suami. Dia mencari pahala disamping berkhidmat dengan kedua mereka ini. Dia mungkin akan marah, hilang sabar, akan tertekan tapi ketahui la mereka juga mahu menjadi yang terbaik buat keluarga mereka. 
.
.

Working mom atau stay at home mom! Korang kuat demi diri sendiri. Jika sendiri kalah, tiada siapa yang harus dipersalahkan. Semangat teman! Kamu kuat! Kamu wanita hebat! Ahhh~ gituu! Hugssss