Sabtu, Jun 10, 2023

Planet Tomyam Taman Gamelan, Kuala Sungai Baru

 


Tempat jatuh lagi dikenang, apakan pula tempat bermain. Ehh, memandai aje la peribahasa kau ni kan. Entry yang sepatutnya keluar as soon as possible pulang dari Melaka bulan lalu, tapi. Macam biasa. Diperam menjadi pekasam dalam galeri dan baru nak keluar pada hari ini. 


I was back to Kuala Sungai Baru, for long time since bila ehh kali terakhir. Haa, Raya Haji tahun lalu beraya di sana. So, untuk raya aidilfitri lalu, kakak sulong Aien melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan di rumah Melaka. 

.

Makanya berkumpul kami adik beradik kecuali yang di Kuching kerana kekangan masa. Well, memandangkan kita dah sampai ke mari. Aien throwback tempat belajar Aien di sekitar Kuala Sungai Baru tu la kan. Cumanya tak sampai ke Universiti Islam Melaka tu je. Mesti dah lain bebeno ler dalam sana tu. 

.

Kita tikam belakang since dulu pernah menetap di asrama SBI kami panggil, kawasan kedai yang kini menjadi Mr.Diy, Family Mart dan sebagainya di situ berhadapan dengan Taman Gamelan dan Sekolah rendah apakan tu. 

.

Sangat mengimbau kenangan. Paling nak dicerita sini, kenangan makan di kedai tomyam akak ni kat Taman Gamelan tu la. Ada desas desus kata dah tak sama rasanya macam dulu. Mungkin tukang masak dah berubah. Bagi Aien aku nak memori makan dengan kawan-kawan. Dengan dua ketul bonda's (dah jadi mak-mak dah deme) gigih jalan kaki dari asrama semata nak dine in kedai. Dah kenyang makan sembang, sebelum balik bungkus makanan untuk supper pulak. Wei, bayangkan ehh. SBI tu ke kedai akak ni lebih kurang macam - Alah tak jauh pun tapi kalau kau dah makan kenyang sampai asrama lapar balik wei. 🤣 



Kadang-kadang rindu nak duduk sembang dengan kawan-kawan, mengimbau memori macam ni pun cukup baik. 😊 Hari kami pergi tu, agak sepi sangat. Macam kedai ni tak ada orang nampak. Dia beroperasi dari jam 6 petang sehingga 12 tgh malam. 

.

Rupanya akak tu cakap ada pasar malam depan SBi tu memang sepi sikit la kedainya. Dan paling ajaib, akak tu ingat aku. Aku suspek dia ingat si syafika tau dak. Sebab budak tu je ramah terlebih. Kadang bila kami malas nak beli makanan, kami order je kat akak ni. Dah siap delivery dan tinggal ambik kat bawah je. 



Menu biasa aku kalau makan di kedai tomyam ni selain Tomyam Sup Campur mereka, aku suka Nasi Goreng Daging Merah. kurang pedas  🤭 Ada sesetengah kedai deme suka ler letak cili padi banyak-banyak. But, this one tetiba datang. Oh my, portion dia kuat banyak hoo. Last, aku tak habis bagi dekat si Ayu suruh dia habiskan. 

Husbans order Nasi Putih tomyam Merah Daging, adik-adik yang lain order


Kuey Teow Hong Kong ke Ladna ke aku pun tak pasti. Gado jugak deme masa ni pertikaikan hoe this menu should be cooking? Sorry la, dorang ni  dah biasa jadi judge makanan and learn how to cook this. over all bagi aku layan aje la janji kenyang perut. Ye dak? 


Untuk anak-anak as usual mereka ni bukan makan berat pun, jadi kita order fries dan keropok lekor.



Tak ada yang lain pasal fries ni, But, the keropok lekor other level sampai sebelum main dish sampai appetizer ni dah habis dulu. 



Dah separuh baru ingat nak amek gambar.Biasa la kalau orang over thinking ni, dia segan dengan orang judgemental. Segan sangat-sangat risua hasil kerja dia tak memuaskan. As long as me happy, aku take aje la gambar ikut suka. 

Okay berbalik dengan our keropok lekor, sampai aku tapau dengan akak tu 4 batang ui. Haha tak pernah dibuat dek orang. Memandangkan esok tak tau nak sarapan apa di homestay, aku tanya la dengan akak ni boleh dak beli RM10 kan? Tanya ler dia beli kat mana bagai. Actually boleh je jadi peramah, tapi risau orang rimas. Again — overthinking. 
.

Kau, puas kami makan keropok lekor ni untuk 7 orang 3 hari kat homestay tu  buat sarapan. Kap kup kap kup mengonyel. Dan keropok lekor dia manis-manis rasa. Akak tu kata dia beli dari Kedah. yang dari Terengganu kurang sikit rasanya dibandingkan yang aku beli ni. 
.

Over all, kalau korang ke Kuala Sungai Baru dan nak save bajet mungkin boleh cuba kedai Planet Tomyam ni. untuk kami 7 orang makan RM78 tak termasuk Keropok Lekor RM10. Boleh la kan? Padan dengan harga zaman ni. 
.

Planet Tomyam Taman Gamelan
Kuala Sungai Baru, 
Masa beroperasi: 5.30 petang sehingga 1 pagi. 

Boleh check laman facebook mereka yang lama tak update tu. 
.

Jumaat, Jun 02, 2023

Chinese Drama: Meet Yourself (2023) Review


 

Chinese drama: Meet Yourself 

Lakonan Li Xian dan Liu Yifei memang santai dan drama ni sangat bermanfaat untuk jadi pedoman. 


Jika korang pernah tonton Go Go Squid , dalam tu Li Xia  sangat serius orangnya tapi dalam drama kali ni, beliau bawak watak yang dangat happy go lucky dan disenangi oleh semua warga kampung. Manakala untuk pelakon wanita utama ini kali pertama melihat beliau berlakon rasa, dan jika dikenalpasti, Liu Yifei ni pernah membawa watak Mulan. Wow kan? Haa, bila diperiksa semula profile dia, Aien pernah tengok lakonan Liu Yifei bersama Kris Wu dalam movie bertajuk, Never Gone. 
.


Sinopsis Meet Yourself Chinese Drama 

Xu Hongdou, seorang pengawai di sebuah hotel terkenal di Beijing, mula mencari makna kehidupannya apabila kematian teman baiknya Chen Nanxing di perkampungan luar bandar. 
.

Ringkas sinopsis yang diberikan di mana-mana laman web yang ada. Namun, drama sepanjang 40 episod ini sangat meninggalkan kesan pada Aien. Deep inside, willing to find something meaning in our life. HongDou selama ini selalu bekerja sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri mula mencari rakan baru dan memahami purpose of her life. 
.

Quite sad, more to healing drama, I rekomen pada sesiapa yang rasa down. Dengan keindahan Kampuang YunMao yang terletak di Yunnan, Selatan Mainland China memang semulajadi persekitarannya. 
.

Xie ZhiYao, seorang anak kampung itu berjaya di bandar Beijing pula ke kampung semula untuk membangun kampung YunMao agar kekal dengan tradisional China. Berkisarkan bidang perniagaan, perhotelan dan perlancongan skop drama ni agak meluas juga disamping menerapkan semangat kekeluargaan, persahabatan dan sedikit romantik. 
.

Review Meet Yourself. 



Xu HongDou mula tiba di kampung YunMao, menetap di Youfeng Yard selama 3 bulan untuk pulihkan semangat beliau selepas kehilangan Chen Nanxing. Setiap apa yang dilakukan dia rekod dan catit untuk photo story. Mula pun dah sedih. Tapi, dengan watak Xie ZhiYao yang hanppy go lucky menjadikan cerita ni sangat hidup dengan watak sampingan yang lain. Even nenek Xie Zhiyao paling happy dan bermakna. Paling supportive, paling orang kata watak kecil tapi beri impak yang besar. Walaupun kadang rasa, apa guna watak En.Hu sebagai salah seorang penyewa di Youfeng Yard — seorang penyanyi tapi hidupnya agak tanpa hala tuju.

Awal-awal lagi dah senyum tengok how much Xie Zhiyao ni suka curi pandang pada Xu Hongdou dan bila dia tau gadis ni seorang manager dalam bidang perhotelan specialist front desk management, dia rasa nak simpan Hongdou untuk kepentingan dia sendiri. Erti kata lain, ZhiYao suka Hongdou. Satu kampung tahu, hahaha sampai bergosip satu kampung pun mereka masih menidakkan. 
.

Hongdou tak perlu lafazkan 'Wo Ai Ni' pada Zhiyao untuk mengatakan betapa dia cintakan lelaki itu, dari segi tingkahlakunya, support moral setiap jali Zhiyao rasa down dengan masalah kampung, dan kemajuan kampung tu, HongDou selalu ada. They sharing each other soul and problem. 
.

Suka sangat! Habis Aien google bandar Yunnan tu dan rasa macam nak pergi sebab sejak tahun 2023 ni, banyak jugak drama yang sedia menaikkan bandar tu. Quite estetik dan tenang. Cuma jika ke sana, masyarakat Yunnan berbahasa mandarin tapi dalam dialek mereka. sukar juga untuk difahami. 
.

Over all banyak la jugak life quotes boleh diambil dari drama ni. walaupun ending dia macam, ehh dah habis ke? 40 episod rasa macam tak cukup untuk tahu perkembangan Zhiyao dan Hongdou serta friendship antara penyewa Youfeng Yard serta penduduk kampung Yunmao. Serius best! 
.

Drama healing yang kedua Aien rasa best selain Go Ahead tu. Karakter Hongdou yang dibawa oleh Liu Yifei sangat meninggalkan kesan. 
.


Malas nak  puji lebih-lebih korang cuba tengok sendiri. tengok je dulu 10 episod, pahtu datang sini, komen post Aien ni k. Selamat menonton. 

Khamis, Jun 01, 2023

Jun: 2023

 



Hi Hi June, dah masuk separa 2023. Separuh ke separa je kan la iye. Masa tetap berjalan, semoga kehidupan kita tetap dengan kegembiraan. 

.


Baru habis tengok Meet Yourself, healing betul drama tu. Esok kita review eh. Hari ni nak cerita what happen 2023? 

.

Hal besar untuk 2023 adalah pindah rumah dan Nayla sekolah. Selebihnya small matter dihadapi dengan sabar dan redha perjalanan akhir zaman memang sukar. Asyik mikirkan mana kita, tapi begitu juga. 

.


Korang rasa macamana? Nampak posting kat timeline facebook, untuk tahun 2023 apa rakyat Malaysia rasa? Rata-rata mengalami masalah serupa. 

1. Kesihatan merundum. Anak-anak sering sakit. Pahtu kematian memang akan mengejut. Tiada siapa menyangka hari terakhir mereka. 

2. Bahan mentah semua naik harga. Jangankan barang-barang. Dengar kata bil air/api,  OPR semua naik lagi. 

3. Manusia semakin kejam, Malaysia dah tak aman. 

.

As long as kau tak kacau orang mungkin la macam Stay At home mok ni, mana bergaul dengan orang. Tengok berita bila dia nak tengok. Trending semasa kalau dia rasa nak ikut dia ikut. Macam blog ni, kadang sepi manjang. Kadang rasa idea mencurah-curah. Tapi teringat satu kata, jika tak mampu memberi manfaat jangan mendatangkan mudarat. Terkedu kejap. 


Zaman la ni semua orang nak berkongsi, mencari rezeki di media sosial. Ntah la nok, aku pun lelah mikirnya. Best jugak dapat healing p Yunnan tu kan. Suasana kampung, orang kampung friendly. Dapat kawan baru. Nak kekalkan yang ada pun payah. Nak bina circle baru. Minyak dijual tak laku ke tu? 

.


Over all, untuk separuh masa pertama 2023 agak sendu dan rasa macam hidup seadanya saja. Janji hidup, binatang di hutan pun hidup. Mana la nak jadi hamba selamat dunia dan akhirat? Kaya dunia akhirat? Terlalu banyak kata-kata quotes dalam kepala, selagi jasad masih di situ, penat juga oi. Jika ia di situ, tanpa roh pun agaknya sangat meringankan beban orang sekeliling barangkali. 


Korang macamana? Harap semua sihat belaka, dan  sentiasa dimudahkan segala urusan. Kita jangan ajak orang down sesama. Bagi semangay mudahan korang hidup baik-baik saja. Kan?