Isnin, Jun 19, 2023

Chinese Drama: The Starry Love (2023)

 

Chinese Drama: The Starry Love (2023) 

Kisahnya terlalu di tiktok sorotan drama ni, macam best. Tapi macam pernah tengok. Sekali tengok di tiktok sendiri dah pernah post. Cari review di blog, ehhh.. ndak ada ni.. 
.

Maka di sini kita menulis review jika masih ingat lagi ni di kepala.  Rasa lepas raya hari tu dok tonton drama ni. Pelakon utama lelaki tu dalam drama Goodbye My Princess one of verstyle actor bagi I sebab before tengok dia macam watak serious. But in this drama dia bawak tiga character yang berbeza. Jom baca sinopsis. 

Sinopsis The Starry Love 

Mengisahkan tentang permaisuri melahirkan dua kembar perempuan. Tapi mengikut adat diraja mereka, yang kemudian keluar itu bawak bala. dan disebabkan perjanjian tribe mereka sulong yang berwatak lemah lembut dan baik hati dikahwinkan kepada Heaven Prince manakala si adik nakal serta penuh tipu helah dikahwinkan kepada Demon Prince. 

Tiba hari perkahwinan, pengantin boleh bertukar tandu ( kereta) mereka. Dan bermula kisah romantis dan lawak mereka. 

Drama ini adaptasi novel 'Xing Lou Ning Cheng Tang'  oleh Yi Dung Jun Hua. 

As usual, drama Wuxia dan Fantasy tak pernah kurang daripada 40 episod. 
.




Review The Starry Love 

Awal-awal drama lagi dah sakit hati bila ayahnya double standard anak daranya. Nasib si kakak Li Guang Qing Kui, seorang yang baik hati. Sentiasa pujuk adik dia. Bayangkan satu istana outcadted dia. Nak belajar pun tak boleh. Jadi dia berangan one day dia nak jadi macam kakak dia. 
 

Li Guang Ye Tan seorang yang nakal dan banyak akal. Ada aje la idea dia nak perdajalkan orang. Tapi sebenarnya dia jadi begitu kerana keadaan sekeliling dia memaksa dia menjadi kuat. Disebabkan dia dah biasa seorang, jadi ada demon yang datang menjadi kawan dia. 
.

Bila hari perkahwinan tu, kerana satu kes dia ternampak putera ketiga demon cuba nak bunuh abang dia sendiri kerana kuasa, Ye Tan ditukar ganti ke tandu kakaknya. Chao Feng (putera ketiga demon) ingat dia boleh gula-gulakan si Qing Kui. Tapi, terjatuh hati pulak. 
.

Lawak-lawak santai aje drama ni disamping sedikit huru hara sana sini tentang kuasa antara Heaven dan Demon. A macam biasa la tu kan. Plot biasa-biasa je. Nasib setiap karakter dilakonkan tu tak ada la plastik dan over sangat seperti sesetengah wuxia drama. Atleast setiap mereka membawa watak dengan baik sekali. 
.

Sebab dah lama tengok dan ada part dah let go, Over all drama ni relax-relax aje pasal cinta pasal kesetiaan dan persahabatan. Susah macamana mereka tetap bersama. Yang sedih kawan Ye Tan dari kecik, Spirit Burung mati dek kerana nak menyelamatkan Ye Tan. 
.

Aku rasa macam pernah la taip review ni. Kenapa dia tak keluar kat blog? Kejap nanti la cari balik. Haa, rupanya Ye Tan dan Qing Kui ada dua bunga yang digeruni oleh Heaven Realm kononnya bakal membawa kemusnahan. Padahal pokok mereka inilah wujud untuk meneturalkan kejahatan. Dan dunia pun aman. The End - 
.

Gambar dan video kredit pada mereka google dan youtube. 🤭🤭 

ps: Done cari post, memang belom review. Maap ler. 


Sabtu, Jun 17, 2023

Chinese Drama: Song of the Moon (2022)

 


Chinese Drama: Song of The Moon (2022) 

Bermula pada penghujung 2022, drama ini menjadi tarikan para peminat Chinese Drama terutama yang meminati genre Wuxia dengan lakonan Zhang Bin Bin a.k.a Vin Zhang dan Xulu sebagai peneraju utama drama. 
.
Bersiaran di channel iQiyi mulanya ingat nak tengok, tapi macam tak best sebab belom berkenan lagi tengok both pelakon ni. Tapi sejak tonton drama Here We Meet Again dan rasa dia candy eye sangat, jadi iolls cuba nak marathon list drama lakonan beliau yang boleh tahan banyaknya. 

Mempunyai 40 episod adalah tidak hairan buat drama bergenre wuxia dan romance begini. Panjang hikayat nak diceritakan apatah kisah percintaan antara dua dewa yang bertentangan tenaga mereka. 

Sinopsis Song of the Moon 

Ketika kecil, Liu Shao bertemu dengan seorang lelaki misteri yang menukar masa depannya untuk tiga hari kegembiraan. Pada mulanya, Liu Shao hidup bebas dan senang lenang sehingga dia menjadi taruhan atau erti kata lain terlibat antara dua dunia immortal dan demon. Penglibatannya itu merungkai satu demi satu misteri dan kisah cintanya antara Lu Li, lelaki misteri berjubah hitam itu. 

Drama ini, adaptasi daripada novel "Ben Yu" karya Shu Ke. 




Review Song of The Moon 

## might content spoiler alert ##

As I said di atas tadi, memula masa ditayangkan nak tengok, tapi macam kurang berkenan dengan both pelakon utama, jadi I drop this drama until beberapa hari lepas after watched satu lakonan Zhang Bin Bin ni, Iolls mula google beliau. Uishh, banyak drama dia yang I nak tengok tapi tak tengok-tengok. 🤭 Dia ni hensem, tapi kalau lakonan dia tu, macam satu rentak je tau. Macam Zul Aripin yang tengah viral sekarang ni. 🤣🤣 

Dia macam nak best, tapi tak best. So I gagah tengok drama ni yang pada mulanya 10 episod pertama agak catchy. Menarik sebab Liu Shao ni beriya cari siapa Immortal yang bawak dia jalan-jalan tu. Sampai ulang tahun kelahirannya ke-18, misterious light keluar dari badan Liu Shao dan sebagai tanda amaran, perjalanan hidupnya akan berubah selepas itu. 

Demon Ao Yen nakkan kuasa dalaman Liu Shao yang aneh itu. Tapi, Lu Sheng (Half demon) mempunyai perancangan yang jauh lebih panjang untuk Liu Shao.  Dihantar anak buahnya, Lu Li sebagai guardian Liu Shao selepas dia disuruh bersembunyi di Mansion Marquis Duke Wu Yang demi mengelakkan dibunuh oleh Demon Ao Yen. 

Quite tricky drama ni sebab banyak sangat watak sampingan tapi agak santai sebelum 10 episod seterusnya yang macam krik krik aje laa. Pahtu dibuatnya kisah cinta Lu Li dan Liu Shao terhenti sebab mereka bakal mengulangi sejarah sebelumnya. Lu Sheng meletakkan Soul Devouring Spell pada Lu Li supaya berjaga-jaga dari terus mencintai Liu Shao. Tapi, kalau dah namanya suka siapa boleh larang kan? Walaupun membunuh diri sendiri. 

Sehingga satu detik di mana Four Stone apakan tu, tempat separuh hati God of Moonlight dibenam oleh God of Sun kerana dipengaruhi demon. I la geram tengok drama macam ni, sebab mereka di Immortal Palace acah dewa sangat padahal kadang ada setengah dari dorang lagi kuat pengaruh jahat dia. Ada je demon jahat macam Demon King in White He Na. Dia dulunya nakal, tapi demi penduduk Aquatic Demons, dia berubah. Sampai dia jatuh hati dengan Liu Shao. Sanggup berbuat apa saja untuk gadis yang dicintainya. Sehingga hujung drama, dia masih tak dapat memiliki Liu Shao. 

Bagi I episod 20-34 macam, kalau dilajukan pun tak apa jugak sebab cerita pasal Immortal Palace nak stabilkan Four Stone Enourment tu dari terus dipecah oleh yang berniat jahat. Sedar-sedar, Immortal Master busuk hati nak Lou Ge, yang masa tu sedang berjuang nak jadi Supreme God, tapi kena lalui sekali lagi kisah cinta penuh tragik bersama Liu Shao. Immortal Master ni punya nak Immortal Palace tu kekal ada Supreme God untuk 10 ribu tahun sekarang, selepas kehilangan yang sebelumnya, dia sanggup berkerjasama dengan kuasa jahat dibawah batu tu. 
.


Sekali untuk episod 35, mak aihh. sampai tersedu-sedu I nangis pasal kisah cinta adik He Na, Fu si General of Water dan adik Lou Ge, Lou Ning yang juga mengulang sejarah kisah cinta Demon King dan Immortal Ze Shui. Tapi, sebab Lou Ning ni sangat dijaga oleh Lou Ge dari kecik dia sangat baik dan telus. 

Fu pulak, seorang adik yang sanggup buat apa saja untuk abang dan rakyatnya (kononnya la) berbuat jahat merata. Bertemu dengan Lou Ning, dah naluri dia jahat, tapi semua tu tak menghalalkan cara. Lou Ning sedih sangat bila ditipu hidup-hidup oleh Fu. 😭😭 Dia tahu Fu buat semua sebab nak angkat sumpahan Aquatic Demon yang dorang takkan boleh keluar dari air di sebabkan kisah cinta Immortal Ze Shui dan Demon King pada 10ribu tahun lalu. Jadi Lou Ning sepakat dengan He Na, untuk menjadi Demon Queen, barulah sumpahan tu boleh terangkat. Malangnya, Fu tersalah anggap ingat Lou Ning curang padanya. Diberikan Lou Ning Phoenix Tears untuk melupakan kekasih hati pada tanggapan Fu adalah He Na, tapi malangnya, orang itu adalah dirinya. Sehingga mati Lou Ning sentiasa menjaga Fu daripada berbuat jahat lagi. Sedih bak hang... 
.

Memang minat lakonan Riley Wang anak kelahiran Canada ni. Antara drama Riley Wang yang I dah tengok: 

I Hear You lakonan bersama Rose Zhou Lu Si
dan First Romance lakonan yang lebih santai.


Berbalik pada drama kita tadi, bila tengok ending dia confuse jap. Supposed to be dia berhenti sehingga episod 39 di mana, Liu Shao sanggup menguasai kuasa God Of Sun yang ada padanya dan mengambil semua kuasa jahat yang cuba mempengaruhi Lou Ge tapi jasadnya hancur. Lou Ge hidup sebagai pengembara demi mencari Burung Api berkaki Tiga jelmaan Liu Shao padahal burung tu selalu ada dibelakangnya.   Tetiba episod 40, rupanya Kuasa Jahat tu bagi peluang nak tengok bagaimana mereka menghapuskan dirinya. Adehhh, sakitnya tu di sini tahu. Sudahnya, Fu mati demi menebus semua kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.  Dengan gabungan kuasa air Fu dan He Na, kuasa jahat berjaya dikurung semula  sebelum dihapuskan oleh Liu Shao dan Lou Ge.  Kiranya keamanan Three Realm berjaya diselamatkan dan mereka watak utama hidup bahagia. Tapi most of fans cakap sad ending pasal Fu dan Lou Ning tadi. Huwaaaa~ masih tak leh move on... 


Take five sebelum next drama...


ps: all image credit to google. 

Isnin, Jun 12, 2023

Chinese Drama: Here We Meet Again (2023) Review

 



Chinese Drama: Here We Meet Again (2023) 

Randomly jumpa drama ni atas suggestion team C-drama Fans. Lepas tonton Chen Nanxing a.k.a Janice Wu mati dalam Meet Yourself rupanya diri dia sibuk mencari cintanya kembali dalam drama di WeTV. 

Drama sepanjang  32 episod berkisarkan friendship, comedy dan romance sesuai ditonton secara santai bagi mereka yang meminati bidang saind computer. 

Lakonan Janice Wu dan Vin Zhang sangat la menimbulkan 'kontroversi' di kalangam peminat drama China pasal hot hot gitu. Tapi ia tidak la seperti yang anda sangkakan. Sweet, romance tapi persahabatan paling ditekankan dalam drama ni. Selain daripada itu juga, long lost childhood sweetheart juga boleh la untuk drama ni. Jom baca sinopsis dia. 

Sinopsis Here We Meet Again 



Here we meet again mengisahkan tentang seorang cucu daripada sebuah syarikat besar, Donghe Group diberikan tugasan untuk menyelamatkan branch mereka di Xi'an dari ditutup. Di sana, Xiang Yuan bertemu crush sewaktu sekolah menengah, Xu Yanshi. 


Berbalik di alam persekolahan, Xiang Yuan mengejar cinta Yanshi tanpa segan dan diketahui seisi sekolah. Namun bertemu di alam dewasa, Xiang Yuan cuba menyelamatkan syarikat manakala Yanshi tenggelam dalam masalah syarikat yang terlalu banyak. 


Kerana selalu diperlekehkan Xu Yanshi tetap dengan cita-citanya untuk menjadi navigator engineer. Manakala Xiang Yuan dalam menyelesaikan masalah Welin beliau banyak belajar menyelesaikan masalah tanpa hubungan keistimewaan. Kedua mereka bersama dalam mengejar impian masing-masing dalam mengekalkan perhubungan yang lama terputus. 


Drama ini adaptasi dari novel 'Here We Meet Again' oleh penulis Er Dong Tu Zi 


Review Here We Meet Again 

Mula-mula pesimis jugam drama bila tipikal mac ni, tapi belajar sesuatu dari drama tentang navigasi. Quite challenging antara GPS daripada Amerika Syarikat dan Beidou Navigation hasil dari China sendiri. 

Secara logik kita boleh tengok betapa USA dan China berlumba-lumba dalam menghasilkan sesuatu yang boleh dipakai oleh seisi bumi. Namun, sesama mereka bersaing adakala secara sihat atau sebaliknya. 

Untuk drama ni, satu perkara baru la Aien belajar tentang navigasi iaitu GPS yang sekarang menjadi tunjang utama buat semua pengguna kenderaan. Bagi Xu Yanshi, dia seorang cerdik pandai dalam menguruskan kehidupannya di sebalik dibuang keluarga, dan menghadapi pelbagai kesulitan dalam menjadi seorang yang berjaya. Dia terlalu banyak berkorban demi kawan-kawan, sehingga semua orang sanggup membantunya di kala dia di puncak kerjayanya. 
.

Sikap Yanshi sangat tenang dan sabar walau dikutuk kerna latar belakang. Berbeza sekali dengan karakter Xiang Yuan yang open dalam meluahkan segala tindak tanduknya. 
.

Selain pekerjaan mereka, drama Here We Meet Again ini adalah sebuah perjalanan percintaan mereka berdua yang telah bertemu ketika kecil dan terpisah kerana waktu. Apabila bertemu semula, Yanshi tidak ragu-ragu lagi untuk teruskan perjuangannya menjadi seorang yang lebih berjaya dalam bidang navigasi.
.

Keyword drama Here We Meet Again ni - ingatkan Xiang Yuan yang telah berusaha habis nak menjadikan Xu Yanshi ni cinta dia, rupanya sejak dari kecil Yanshi always look forward untuk bertemu dengan Xiang Yuan tanpa mengetahui latar belakang wanita tersebut. 


Over all, drama ni tak ada la berat sangat cuma jika korang bukan peminat timeline yang agak meleret dan penghujung sangat rushing. senang kata drama melewe gini usah la tengok. 
.

Seperti kebanyakan peminat drama china, Aien jugs menonton drama ni kerana Vin Zhang sangat comel dalam drama Here We Meet Again ni berbanding dalam drama sebelumnya. 
.

Nanti kita cuba marathon drama lakonan Vin Zhang ni tau. Janice Wu pun tak kurang hebatnya. 
.





Okayy dah boleh habiskan drama lain. Hehe