Selasa, Jun 20, 2023

5000 Patches Free dari Tasneem Natural HQ

 

5000 patches percuma dari Tasneem Naturel HQ 

Masya Allah tabarakallah, berita gembira buat korang pengguna setia produk bayi Tasneem Naturel. Buat yang tidak tau pula Tasneem Naturel adalah pengeluar produk bayi seperti Calm Time, CF Rub, T Rub dan Stommy Oil.  Kini, Tasneem mengeluarkan dua product lagi baru bagi membantu ibu-ibu di luar menangani masalah anak susah tidur dan juga anak sering jatuh sakit. Ianya berkelulusan FDA dan tidak berbau dan sangat mudah digunakan. 


Korang mesti nak tau kan produk apa tu kan? Sebelum tu korang boleh layan video neelofa try Patches untuk Bilal. Elok je Bilal tidur bila ditampalkan Sleep Tight Patchure ni. 



Sleep Tight Patchure Natural Herbs Patch


Selalu dengar anak-anak selalu tidur lewat dan kadang-kadang mengigau bila penat seharian. Bila perkara begini berlalu, penatnya lahai si ibu nak kawal mereka ni. Mujur Tasneem Natural datangkan Sleep Tight Patchure direka khas membantu anak-anak melelapkan mata serta mendapat tidur yang sempurna

Ehh, benda tampal-tampal ni tak menganggu keselesaan anak-anak ke? In shaa Allah sebab dia macam kain lembut tau. Tak ada rasa benda lain melekap pada badan. 100% Natural Herba digunakan dalam patchy ni. 
.


Bagi Aien penggunaan patchy ni amat membantu bila kita travel sebab kadang-kadang masa tu anak-anak selalu meragam penat dan malan tido tak berapa nak lena di tempat yang baru. Masa ni la Sleep Tight Patch ni berguna sungguh. Memang berbaloi dengan harga dia. Tengok Bilal pakai lagi la rasa nak mencuba kan? 

Kebaikan Sleep Tight Patchure 

  • Mengalakkan kitaran tidur yang normal buat kanak-kanak 
  • Membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti 
  • Mengurangkan terjaga di luar waktu tidur anak-anak 
  • Mengurangkan keresahan akibat tak cukup tidur. 


Bukan saja kanak-kanak boleh menggunakan Sleep Tight Patch ni, bahkan orang dewasa pun boleh guna. Tambahan yang mengalami masalah imsonia dan tidur yang tak berkualiti tu. 


Cara nak pakai Patchy Sleep Tight ni adalah mesti kawasan yang bebas daripada rambut losyen dan minyak. 

Elakkan juga memakai Patchy ni dalam keadaan tangan basah. 

Tampalkan pelekat Patchure Sleep Tight pada titik akupuntur sama ada di bauu belakang pinggul ataupun pergelangan tangan. 

Cadangan pemakainan adalah selama 6-8 jam. Seperti waktu tidur kitam seeloknya dipakai sebelum nak tidur tu la kan. 



CF Patch Patchure 100% Natural Herb


Buat pencinta CF Rub mesti akan sambar CF Patch ni. CF Patchure ianya diperbuat daripada 100% herba semulajadi bagi membantu anak-anak yang dibelenggu demam, selsema dan batuk berpanjangan. Mengandungi aroma peppermint dan Apricot Seed boleh tolong lega sistem pernafasan anak-anak. 



Fungsi CF Patch 

  • Mencegah dan mengurangkan batuk
  • Mengurangkan hidung berair di waktu selesema 
  • Memudahkan pernafasan dan melancarkan hidung tersumbat 
  • Menurunkan suhu panas dan melembapkan tekak. 

Secara tidak langsung, CF PATCH banyak membantu ibu-ibu dalam kerisauan apabila anak-anak selalu diserang demam, batuk atau selsema. 
.





Cara guna CF Patch ni senang sangat. Hanya tampalkan saja di bahagian depan atau belakang dada. Dan Walla!! Biarkan patchy ni buat kerja dia sendiri. Boleh digunakan sekitar 6-8 jam bergantung pada keadaan si kecil. 



Berita gembira buat mereka yang nak cuba patchure by Tasneem Natural ni kan. HQ tengah open giveaway 5000 patches percuma. Korang boleh la cuba mohon di bawah ni: 




Untuk product Tasneem Natural lain korang boleh layari laman sesawang Tasneem Natural atau media sosial mereka di Facebook dan Instagram: 

Facebook: 

Instagram: 

Isnin, Jun 19, 2023

Serlah Kecantikan bersama Kitsui Vitamin

 


Serlahkan potensi anda bersama Kitsui Vitamin 

Zaman kian berubah, namun perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Apatah lagi kini bermacam supplement dan vitamin boleh membantu wanita untuk kekal cantik, tampil menarik dan awet muda. Sebab itu, korang perlu cari bukan yang lain hanya dengan Kitsui Vitamin. 



Kitsui Vitamin adalah produk kesihatan yang tidak asing lagi di pasaran Malaysia. Terkenal dengan kualiti yang berhasil dalam beberapa minggu penggunaan, Produk Kitsui dengan bangga menampilkan sijil pengesahan bahawa mereka layak menjadi produk memenangi anugerah Super Health Brand Asia Pasific selama 2 tahun berturut-turut. Selain daripada itu juga Kitsui juga mempunyai sijil ISO, HACCP dan GMP tanpa diragui kesahihan. Ini bermakna produk mereka diperbuat dengan standard yang ketat untuk memastikan produk diiambil benar-benar selamat dalam kualiti terbaik. 

Rangkaian produk Kitsui seperti makanan tambahan seperti Collagen Plus bagi membantu stabilkan hormon kolagen dalam tumbuh wanita untuk kekal awet muda. Kitsui Meal Replacement dan Belloss Fiber bagi membantu penurunan berat badan secara sehat tanpa perlu sukan extreme.

Semua produk ini diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan untuk memastikan keselamatan para pengamalnya. Jadi tidak hairan la produk Kitsui untuk memang sesuai sangat diambil dengan saranan tanpa berlebihan untuk turunkan berat badan. Paling penting sekali, semua produk Kitsui mendapat sijil Halal.



Bukan sekadar kata-kata kosong saja kerana keberhasilan daripada  Kitsui Vitamin seperti kata awam mengatakan bahawa produk Kitsui mampu meningkat tenaga dan membantu pencernaan dengan lebih baik, jenama ini kekal menjadi produk kecantikan mampu milik selain daripada produk kecantikan kegemaran ramai. Kerana itu Kitsui mampu menjadi Watson Top Brand dan Brand Laureate serta Halal Asia award dan mengekalkan kuasa mereka di pasaran kecantikan Malaysia. 





Selamat digunakan, jadi kenapa perlu ragu-ragu untuk tampil bergaya dengan Kitsui Vitamin? Seiring dengan arus popular, Kitsui memilih Anna Jobling sebagai duta bagi meneruskan legasi dalam standard industri kecantikan. 


Menjaga kesihatan adalah cara terbaik untuk memenuhi kehidupan anda sebagai seorang manusia. Drngan Kitsui Vitamin kesihatan terjaga kecantikan terjamin. Percaya pink, Pasti Cantik~ 

Chinese Drama: The Starry Love (2023)

 

Chinese Drama: The Starry Love (2023) 

Kisahnya terlalu di tiktok sorotan drama ni, macam best. Tapi macam pernah tengok. Sekali tengok di tiktok sendiri dah pernah post. Cari review di blog, ehhh.. ndak ada ni.. 
.

Maka di sini kita menulis review jika masih ingat lagi ni di kepala.  Rasa lepas raya hari tu dok tonton drama ni. Pelakon utama lelaki tu dalam drama Goodbye My Princess one of verstyle actor bagi I sebab before tengok dia macam watak serious. But in this drama dia bawak tiga character yang berbeza. Jom baca sinopsis. 

Sinopsis The Starry Love 

Mengisahkan tentang permaisuri melahirkan dua kembar perempuan. Tapi mengikut adat diraja mereka, yang kemudian keluar itu bawak bala. dan disebabkan perjanjian tribe mereka sulong yang berwatak lemah lembut dan baik hati dikahwinkan kepada Heaven Prince manakala si adik nakal serta penuh tipu helah dikahwinkan kepada Demon Prince. 

Tiba hari perkahwinan, pengantin boleh bertukar tandu ( kereta) mereka. Dan bermula kisah romantis dan lawak mereka. 

Drama ini adaptasi novel 'Xing Lou Ning Cheng Tang'  oleh Yi Dung Jun Hua. 

As usual, drama Wuxia dan Fantasy tak pernah kurang daripada 40 episod. 
.




Review The Starry Love 

Awal-awal drama lagi dah sakit hati bila ayahnya double standard anak daranya. Nasib si kakak Li Guang Qing Kui, seorang yang baik hati. Sentiasa pujuk adik dia. Bayangkan satu istana outcadted dia. Nak belajar pun tak boleh. Jadi dia berangan one day dia nak jadi macam kakak dia. 
 

Li Guang Ye Tan seorang yang nakal dan banyak akal. Ada aje la idea dia nak perdajalkan orang. Tapi sebenarnya dia jadi begitu kerana keadaan sekeliling dia memaksa dia menjadi kuat. Disebabkan dia dah biasa seorang, jadi ada demon yang datang menjadi kawan dia. 
.

Bila hari perkahwinan tu, kerana satu kes dia ternampak putera ketiga demon cuba nak bunuh abang dia sendiri kerana kuasa, Ye Tan ditukar ganti ke tandu kakaknya. Chao Feng (putera ketiga demon) ingat dia boleh gula-gulakan si Qing Kui. Tapi, terjatuh hati pulak. 
.

Lawak-lawak santai aje drama ni disamping sedikit huru hara sana sini tentang kuasa antara Heaven dan Demon. A macam biasa la tu kan. Plot biasa-biasa je. Nasib setiap karakter dilakonkan tu tak ada la plastik dan over sangat seperti sesetengah wuxia drama. Atleast setiap mereka membawa watak dengan baik sekali. 
.

Sebab dah lama tengok dan ada part dah let go, Over all drama ni relax-relax aje pasal cinta pasal kesetiaan dan persahabatan. Susah macamana mereka tetap bersama. Yang sedih kawan Ye Tan dari kecik, Spirit Burung mati dek kerana nak menyelamatkan Ye Tan. 
.

Aku rasa macam pernah la taip review ni. Kenapa dia tak keluar kat blog? Kejap nanti la cari balik. Haa, rupanya Ye Tan dan Qing Kui ada dua bunga yang digeruni oleh Heaven Realm kononnya bakal membawa kemusnahan. Padahal pokok mereka inilah wujud untuk meneturalkan kejahatan. Dan dunia pun aman. The End - 
.

Gambar dan video kredit pada mereka google dan youtube. 🤭🤭 

ps: Done cari post, memang belom review. Maap ler.