Khamis, Ogos 03, 2023

August 2023 -

 


Allahumma solli ala muhammad 


Cerita Ogos bermula dengan baik semalam, dan ditegur Allah jugak semalam dengan kematian Note 10 Pro yang berjasa selama setahun ni. Telefon pemberian adik bujang pada kakaknya jahanam kelam tanpa salam. Tetiba padam sedang daku skrol Shopee dengan niat di hati nak cari satu tab untuk senang nak update blog.


Cuba dihidupkan, masih hampa dengan tiada jawapan. Okayy la, terima kasih sudi berkhidmat untuk saia. Saia simpan kamu bagus2 okay, tapi perginya dia tanpa salam tu buat terbantut semua video dan gambar untuk kerja makan masih pending dalam tu tanpa back up di mana2 cloud. Penuh merata. Penat la heh. Haha 


Dicas pun masih kelam. Sebenarnya sebelum raya hari tu, note 10 Pro ni buat hal dengan camer hadapan dia tak hidup. Dialihkan ke selfir camera, dia jadi lagged dan jammed. Lamaaaaa.. Pahtu padam. Dicari apa punca masalah, rata-rata pengguna Redmi Note 10 pro mengatakan itu masalah umum setelah diupgrade MIU -nya. Kira punca masalah sistem utama dia juga la ni. 
.

Tak lama kemudian, begitu jugak dengan ambil gambar. shot satu, tutup apps. Satu satu, tutup. Ehhh. Kau ni. Menyirap jugak kalau jenis tak penyabar macam daku ni. Bayangkan nak ambil gambar raya walaupun pakai bluetooth remote tu kena juga berlari betulkan camera. Kau rasa? 
.

Sabar nur, kata hati. Nanti ada duit kita beli baru ek. Tu yang dok riki-riki kat shopee kan. Mana la tau dapat risik Iphong terus. Haha #tinggiangan Tu gamaknya dia merajuk terus. Adoyai.  
.

Tapi dengan keadaan sekarang kita pinang je la mana yang husband sudi taja. 🤣 Nak kumpul dana sendiri nanti-nanti la. Kebanyakan hasil kerja sendiri banyak menjurus kepada belanja makan anak-anak, kehendak dan nafsu sendiri. Hahaha Nak cari duit poket lain lagi ni. Masyaa Allah susah jadi perempuan. Dia punya nafsu tu 8 tingkat. Makan, beg, deco rumah, baju, belom masuk lagi semangat taik manok yang kejap nak bisnes itu, kejap nak bisnes ini. Aiguuuu~~ 
.

Siapa la kata surirumah ni tukang habis duit laki je ehh.. 



Isnin, Julai 24, 2023

Game klasik tanpa iklan untuk anak-anak

 



Allahumma solli ala muhammad 

Game Klasik Online tanpa iklan?


Anak-anak zaman IT dan teknologi —mereka membesar dengan begitu pantas seiring lajukan kemajuan teknologi kini. Haa, makanya daku terjumpa la satu tempat atas talian untuk anak-anak yang suka nak main game. Dari mereka fokus dengan permainan yang meragukan kita, baik la korang as parent suruh deme cuba main game ni. Mesti seronok. Aien tengok game dalam WEBSITE NI memang meriah korang. Rasanya silap hari bulan bukan takat jadi rebutan anak-anak. Dengan mak pak dia sekali turut sama. 


Pelbagai games bebas iklan di Mortgagecalculator.org 

Menyediakan pelbagai jenis permainan berasaskan pengurusan perniagaan, enterpreneur, dan banyak lagi la. Paling seronok sekali games mereka ni semua bebas iklan dan kita pun boleh main tanpa sedar waktu berjalan. Haha Bahaya sungguh kan? 

.

Surely kita boleh kawal waktu untuk bermain games ni. Here, I want to share dengan korang beberapa permainan kesukaan I dalam website ni. 


Coffee Shop 

Dalam permainan Coffee Shop ni kita boleh belajar macamana nak kawal bahan di kedai kita. Kemudian , customer service kita. Bukan dalam games saja ada masa peak hours dan ada masa lengang, kehidupan realiti juga begitu. 



Di sebabkan I suka makan, jadi untuk minat I suka games kedai-kedai macam ni. Konon verangan nak berbisnes. Bila kita dah expert dalam game sebegini, in shaa Allah jika dibawa ke kehidupan semula jadi kita boleh praktikkan keadaannya. Lumrah kalau kita berniaga, orang A nak copy idea kedai B. Jadi nak kena bijak dalam mengolah setiap idea bisnes dan juga harus percaya rezeki itu dari Allah. 



Untuk game ni aku suka sebab anak-anak ikut teruja tengok main game ni. Bila diajak main, masing-masing tak sabar tunggu giliran untuk bermain. 

Bagusnya game dari website ni anak-anak mudah nak belajar secara tak langsung dengan setiap satu permainan.


Grafik yang sangat simple dan sangat mudah nak faham apa permintaan dan aturcara permainan. Cumanya bila main di smartphone, walaupun dan di-rotate-kan skrin, masih kecil ukurannya. 


Sebab tu la, dia kata web games. 🤣 Senang sangat la dah tak payah nak muatturun games semata nak main kan. Games macam ni I selalu main masa tengah tak ada kerja sangat tapi you need to acah-acah sibuk tengok skrin. Adoi la, kenangan la masa dapat kerja dulu. 

Main game macam ni tak boleh stress. Nanti dari nak relax-relax jadi melalut pening kepala pulak. 

Tak suka dengan games restaurant, banyak lagi pilihan yang dorang sediakan untuk korang yang penting semua berkisarkan perniagaan, pengurusan wang dan pengurusan management. 

Korang boleh usha semua games ni di Games Money dan bagus untuk pendedahan anak-anak dalam menguruskan kompeni sendiri. Mana tahu boleh kalahkan Megah Holding. Chow! sibuk nak jual Ice cream ni. 



Selasa, Julai 18, 2023

Salam Maal Hijrah 1445H /2023

 


Allahumma solli ala muhammad 


Sudah sampai penghujung tahun Islam sudah kita. Bulan Islam bermula dengan Muharram dan digelar Maal Hijrah kerana  untuk memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW yang berpindah daripada Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. 


Jom kita baca sedikit infografik yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di bawah ni  



Baginda Rasulullah SAW mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk berhijrah.  Mengikut Hadis riwayat Al-Bukhari bermaksud: 

Aku telag bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari Kota Makkah menuju ke satu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu ku mengira tempat itu adalah Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib. (Nama lama untuk Madinah.) 


Perjalanan dari Madinah ke Makkah bukan seperti sekarang. Ia adalah sebuah perjalanan yang memakan masa yang agak lama dan banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa tersebut. Al sebenarnya penghijrahan Rasulullah SAW bukan la berlaku dalam bulan Muharram pun. 


Walaupun ia sebuah perjalanan yang panjang dan merbahaya, Nabi Muhammad SAW percaya dengan wahyu Allah. Baginda tetap juga mengutamakan keselamatan para sahabat yang mengikut baginda bersama-sama dalam penghijrahan itu. 


Sesungguhnya, pengajaran daripada kisah Hijrah Rasulullah SAW ini adalah tidak salah kita berubah ke arah kebaikan. Percaya perjalanan hijrah itu bukan mudah, tapi ada manis menunggu di penghujungnya. 🥰 
.

Bagi tahun 2023 ini, Awal Muharram jatuh pada 19 Julai 2023, Rabu. Doa akhir tahun perlu dibaca sebelum waktu Maghrib (Selasa) mengharapkan kebaikan Allah SWT untuk sepanjang tahun yang berlalu. Doa awal tahun pula perlu dibaca selepas solat Maghrib. 

Semoga tahun baru kita bersama dengan azam baru dan bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik sebelum semua terlambat. 💖 
.

Awal Muharram juga merupakan hari cuti umum bagi negeri Johor juga. Jadi selamat bercuti anak-anak.

Salam Maal Hijrah dan ampun maaf zahir batin dari saya penulis aienienka.com ✨