Selasa, Ogos 08, 2023

Penganti baru ; selamat berkhidmat

 


Allahumma solli ala muhammad 


Mari la kita sambung cerita, telefonku telah mati. Makanya suami sudi taja telefon bajet mampu milik iaitu Infinix Note 30  yang sedang hangat diperkatakan buat peminat telefon bajet tapi dengan spec yang agak lumayan.


Nak cerita pasal telefon ni memang tak pandai sebab sejak menggunakan smartphone, paling lama tahan 5 tahun dengan saia as heavy duty user. Aku tak main game as PUBG ke, Mobile Legend ke. Cuma dari segi penggunaan tu boleh dikatakan lasak dengan drama, game yang agak berat simpanan dia as Township, gambar dan video yang banyak. Serta apa yang dicari mesti la bateri dan simpanan besar. Paling penting camera lawa. laahh, kita kan perempuan. Mesti la nak telefon camera tiptop. 


Hari tu, dalam kepala inginku pinang iQoo z7x  keluaran Vivo. walaupun camera dia agak rendah sikit, tapi entah kenapa hati ni teringin nak pinang vivo sejak 2019 lagi. Belom berjodoh lagi kami. Husband suggest amek Infinix Note 30 jika dikira daripada segi simpanan bateri dan semuanya bagus tiptop dan paling penting harga tak sampai RM700  tau korang. Ada desas desus mengatakan tambah sikit duit boleh upgrade pergi ke Inifinix Note 30 Pro yang punya banyak kelebihan. Ceritanya di sini it is what it is. 😊 


Yang kupilih adalah Gold, rupanya Gold dalam keluarga Infinix ini adalah orange orange. Mak aihhh.. Terang menyala belakang dia, nasib baik leather. You know dah terbiasa guna Redmi Note 10 Pro dan bila berpindah ke Infinix ni macam kena downgrade pulak. Yela, harga mereka memang jauh beza. #bersyukurla wahai Nur! 


Pertama dari segi camera belakang kali ni turun 45% dari sebelumnya. Jadi nak kena berlatih lagi la menggunakan camera dia ni. Bak kata adik aku, camera mahal-mahal pun kalau tak pandai guna sama je datang dia. So, aku harus bersyukur suami sudi nak taja lagi bini dia yang tak reti nak menabung ni. Hahaha ada duit p makan ja kerja. Dah terdesak macam ni, gagau la kau. 


Cerita dia begitu saja la untuk new toy of mine. Kelebihan kotak Infinix ni comel sebab Note 30 ni mereka berkerjasama dengan Mobile Legends untuk telefon mampu milik dengan kualiti yang lebih power. Katanya jika kita main ML sambil charging takkan panas sebab dia ada satu function pindahkan pengecasan terus ke mainboard. Aku tak main jadi aku tak tau. Yang aku tahu, sekiranya line kau tak berapa nak ada pun sama jugak datang pergi dia. Semua tertakluk kepada kadar internet Malaysia yang masih sendu di sesetengah kawasan. 

.


nah layan la unboxing tak seberapa hado ni. next time kita belanja gambar dan video dari my new friend, Infi.

sampai ketemu


ps: yang penting kalau layan drama, sound dia masyuk sebab speaker dia by JBL. Hehehe

Khamis, Ogos 03, 2023

August 2023 -

 


Allahumma solli ala muhammad 


Cerita Ogos bermula dengan baik semalam, dan ditegur Allah jugak semalam dengan kematian Note 10 Pro yang berjasa selama setahun ni. Telefon pemberian adik bujang pada kakaknya jahanam kelam tanpa salam. Tetiba padam sedang daku skrol Shopee dengan niat di hati nak cari satu tab untuk senang nak update blog.


Cuba dihidupkan, masih hampa dengan tiada jawapan. Okayy la, terima kasih sudi berkhidmat untuk saia. Saia simpan kamu bagus2 okay, tapi perginya dia tanpa salam tu buat terbantut semua video dan gambar untuk kerja makan masih pending dalam tu tanpa back up di mana2 cloud. Penuh merata. Penat la heh. Haha 


Dicas pun masih kelam. Sebenarnya sebelum raya hari tu, note 10 Pro ni buat hal dengan camer hadapan dia tak hidup. Dialihkan ke selfir camera, dia jadi lagged dan jammed. Lamaaaaa.. Pahtu padam. Dicari apa punca masalah, rata-rata pengguna Redmi Note 10 pro mengatakan itu masalah umum setelah diupgrade MIU -nya. Kira punca masalah sistem utama dia juga la ni. 
.

Tak lama kemudian, begitu jugak dengan ambil gambar. shot satu, tutup apps. Satu satu, tutup. Ehhh. Kau ni. Menyirap jugak kalau jenis tak penyabar macam daku ni. Bayangkan nak ambil gambar raya walaupun pakai bluetooth remote tu kena juga berlari betulkan camera. Kau rasa? 
.

Sabar nur, kata hati. Nanti ada duit kita beli baru ek. Tu yang dok riki-riki kat shopee kan. Mana la tau dapat risik Iphong terus. Haha #tinggiangan Tu gamaknya dia merajuk terus. Adoyai.  
.

Tapi dengan keadaan sekarang kita pinang je la mana yang husband sudi taja. 🤣 Nak kumpul dana sendiri nanti-nanti la. Kebanyakan hasil kerja sendiri banyak menjurus kepada belanja makan anak-anak, kehendak dan nafsu sendiri. Hahaha Nak cari duit poket lain lagi ni. Masyaa Allah susah jadi perempuan. Dia punya nafsu tu 8 tingkat. Makan, beg, deco rumah, baju, belom masuk lagi semangat taik manok yang kejap nak bisnes itu, kejap nak bisnes ini. Aiguuuu~~ 
.

Siapa la kata surirumah ni tukang habis duit laki je ehh.. 



Isnin, Julai 24, 2023

Game klasik tanpa iklan untuk anak-anak

 



Allahumma solli ala muhammad 

Game Klasik Online tanpa iklan?


Anak-anak zaman IT dan teknologi —mereka membesar dengan begitu pantas seiring lajukan kemajuan teknologi kini. Haa, makanya daku terjumpa la satu tempat atas talian untuk anak-anak yang suka nak main game. Dari mereka fokus dengan permainan yang meragukan kita, baik la korang as parent suruh deme cuba main game ni. Mesti seronok. Aien tengok game dalam WEBSITE NI memang meriah korang. Rasanya silap hari bulan bukan takat jadi rebutan anak-anak. Dengan mak pak dia sekali turut sama. 


Pelbagai games bebas iklan di Mortgagecalculator.org 

Menyediakan pelbagai jenis permainan berasaskan pengurusan perniagaan, enterpreneur, dan banyak lagi la. Paling seronok sekali games mereka ni semua bebas iklan dan kita pun boleh main tanpa sedar waktu berjalan. Haha Bahaya sungguh kan? 

.

Surely kita boleh kawal waktu untuk bermain games ni. Here, I want to share dengan korang beberapa permainan kesukaan I dalam website ni. 


Coffee Shop 

Dalam permainan Coffee Shop ni kita boleh belajar macamana nak kawal bahan di kedai kita. Kemudian , customer service kita. Bukan dalam games saja ada masa peak hours dan ada masa lengang, kehidupan realiti juga begitu. 



Di sebabkan I suka makan, jadi untuk minat I suka games kedai-kedai macam ni. Konon verangan nak berbisnes. Bila kita dah expert dalam game sebegini, in shaa Allah jika dibawa ke kehidupan semula jadi kita boleh praktikkan keadaannya. Lumrah kalau kita berniaga, orang A nak copy idea kedai B. Jadi nak kena bijak dalam mengolah setiap idea bisnes dan juga harus percaya rezeki itu dari Allah. 



Untuk game ni aku suka sebab anak-anak ikut teruja tengok main game ni. Bila diajak main, masing-masing tak sabar tunggu giliran untuk bermain. 

Bagusnya game dari website ni anak-anak mudah nak belajar secara tak langsung dengan setiap satu permainan.


Grafik yang sangat simple dan sangat mudah nak faham apa permintaan dan aturcara permainan. Cumanya bila main di smartphone, walaupun dan di-rotate-kan skrin, masih kecil ukurannya. 


Sebab tu la, dia kata web games. 🤣 Senang sangat la dah tak payah nak muatturun games semata nak main kan. Games macam ni I selalu main masa tengah tak ada kerja sangat tapi you need to acah-acah sibuk tengok skrin. Adoi la, kenangan la masa dapat kerja dulu. 

Main game macam ni tak boleh stress. Nanti dari nak relax-relax jadi melalut pening kepala pulak. 

Tak suka dengan games restaurant, banyak lagi pilihan yang dorang sediakan untuk korang yang penting semua berkisarkan perniagaan, pengurusan wang dan pengurusan management. 

Korang boleh usha semua games ni di Games Money dan bagus untuk pendedahan anak-anak dalam menguruskan kompeni sendiri. Mana tahu boleh kalahkan Megah Holding. Chow! sibuk nak jual Ice cream ni.